Tuesday, December 30, 2008

Jawapan Kepada Tetamu


Arikel ini dibuat khusus utk menjawab komen atau pertanyaan seorang pengunjung.

Pertanyaan beliau:


...boleh kah anda terangkan tentang ibu manjalara yang berkahwin dengan paduka sri sultan abdul hamid?

Anda pasti keturunan Tai. yang baru tiba di Kedah bersama mengiringi mendiang ibu Manjalara. ibu kepada Tunku Abdul Rahman putera Al Haj.

December 25, 2008 2:14 PM


Memandangkan saya kekurangan masa, maka saya kutip malumat dari blog anai-anai sebagai jawapan. Jawapan sebenar dari saya akan menyusul.

Harap sabar menunggu.


Maklumat dari blog anai-anai:


..Makcik Manjalara adalah anak Rama V, Chula Luang Khorn (Chulalongkorn). Untuk itu, Sultan Abdul Hamid membina sebuah wat untuk isterinya di Kanchut, belakang Muzium Alor Setar hari ini. ..


Macam biasa, Mr anai-anai selalu mencampur benda benar dgn benda tak benar.

Yg benar di atas ialah tentang pembinaan Watt atau kuil Buddha, yg tak benar pula ialah yg mengatakan Makcik Manjalara (Nama Siam nya ialah Neang) adalah anak atau puteri Rama V.

Saya akan ceritakan dilain masa siapa datuk nenek Tunku yg sebenarnya. Buat masa ini, saya sertakan dulu gambar Tunku semasa bersekolah di Bangkok.


Mengenai kemusykilan mengatakan saya keturunan Tai yg datang ke Kedah mengiringi Makcik Manjalara, itu tidak benar. Keturunan saya sudah berada di sini sejak zaman Sri Vichai (Melayu kata Sri Wijaya). Malah org Siam sudah wujud di sini sehingga ke Singapura sebelum Parameswara membuka Melaka. Sejarah ada menebut Parameswara lari ke Melaka sebab di buru oleh Siam sbb dia bunuh seorang wakil Siam di Temasik. Siam itu berada di sana bukan datang melancung sbb masa tu tak ada Air Asia. Dia memang menetap di sana.


*Gambar di atas ialah Tunku Abdul Rahman berama seorang anak Kerabat Raja Siam. Keterangan gambar menyatakan tahun 2457 (1914)

(Tunku ialah yg lebih tinggi, manakala yg rendah itu ialah Luang Thawin. Gelaran kerabat Siam ialah Luang, tak ada Long sbb Long dlm bahasa Siam bermaksud keranda, sesat, turun.)

Friday, October 31, 2008

Jai, Keturunan ke empat Sheikh Ahmad Qomi yang murtad


Cerita tentang Jai yang murtad telah saya paparkan dalam artikel saya yang lepas Murtad di Era Ayutthaya , tapi kali ini saya akan paparkan cerita yang sama yang saya dapat sumbernya bukan dari orang-orang lain melainkan anak cucu Tuan Sheikh Ahmad Qomi sendiri.


.. Jai, the son of Chao Phya Chamnarn Bhakdi (Somboon) was intially a Royal Page of King Somdej Phra Chao Narai the Great, then raised to Phya Petr Pichai in the reign of King Boromma Gotr (1773 - 1758) by the King. According to extracts from archives, on the eighth month of the tenth waning moon, in the year of the Tiger, King Boromma Gotr became seriously ill. Little hope was held for him. He did, however, recover from his illness in the twelveth month. In order to make merit and thanksgiving (to receive benediction from the Buddhist priests and present offerings of food and gifts to them), he decided to go to Mount Phra Buddha Bart (where the sacred Buddha foot - print is located in Saraburi Province).
On this occasion all the senior officials and all members of the Royal Court were to accompany him. The rites were to last for seven days.

During the preliminary arrangements, a list of anybody of any importance was draw up. Jai's name was not included! Needless to say he was displeases and disappointed. He sought and secured an audience with the King and asked why he had been put in disgrace by not being allowed to accompany the King on this occasion. The King pointed out that he was not in disgrace or disfavour, but owing to Jai's nationality and religion, being Persian and a Muslim, he did not feel it proper to have him go on a pilgrimage to the Buddha's Foot print as he was not a Buddhist or a Siamnese. Jai promptly replied that he was more than willing to embrance Buudhism and become a Siamnese. The King immediately consented to have him included in his entourage. Special rites, presided over by His Holiness the Patriarch, were held at Phra Buddha Bart for Jai's acceptance of the Buddhists tenets and the taking of his oath of allegiance to the King. He was then made Chao Phya Petr Pichai. This created even more rejoicing in the merit - making and thanksgiving rites and ceremony. Thus Jai became the first descendant of Sheikh Ahmad Qomi Chao Phya Boworn Rajnayok to become a Siamnese and a Buddhist. It is here that a dicotomy in the descendants of Sheikh Ahmad Qomi occurs: one that has carried on right up to the present. He was also the Commander of the Moor Volunteers as well as the Japanese Volunteer Forces.

Chao Phya Petr Pichai (Jai) had four children, the eldest of whom was a daughter named Keaow. A son Shane, a Muslim, became the fourth Phya Chula Rajmontri, Leader of the Muslim Community in Siam in the reign of King Somdej Phra Chao Egatutr, the last of the Phya Chula Montries of the Ayudhya period. So the leadership of the Muslim Community reverted back to the descendants of Sheikh Ahmad Qomi and away from the descendants of Mohamudh Said, the two brothers who ushered in the Leadership of the Muslim Community in Siam. A son Sane was Phya Maha Sena in the reign of King Somdej Phra Chao Egatutr. The youngest son, Noo, was Chamuen Wai Woranart at the time Krung Sri Ayudhya was sacked by the Burmese. It must be mentioned here that Phya Chula Rajmontri (Shane) was the progenitor of the Ahamudh Chula Family Tree...


Berbuktikan kejadian murtad ini, dakwaan bahawa Raja Boromokot itu Islam adalah pembohongan belaka kerana Jai menjadi murtad semata-mata hendak mengikut Raja Boromokot beribadat di Watt Buddha.

Tapi mengapa kita perlu mengambil berat dakwaan dua tiga orang yang bersumberkan wasiat puak sendiri itu. Kalau wasiat seseorang dijadikan satu perkara yang wajib dipercaya, kacau bilaulah dunia. Nanti saya pun boleh wasiatkan kepada anak cucu saya bahawa saya ini keturunan raja (Raja Kapor).

Bukan kita menidakkan atau menolak terang-terang sesuatu wasiat tapi biarlah selari dengan sumber-sumber lain sama ada sumber barat atau Islam. Ini sumber barat pun tak ada sebut, sumber Cina pun tak sebut, sumber dari Parsi pun terang-terang sebut bahawa raja-raja Siam itu Buddha belaka. Malah satu tujuan kedatangan Parsi ke Siam (Ayutthaya) ialah mengislamkan raja-raja Siam dan rakyatnya.

Sahlah yang selalu dakwa bukan-bukan itu bukannya realiti tapi sekadar skrip drama yang suka benar mereka watak-watak yang tak wujud. Drama ini pula bukanlah drama kelas A yang boleh jual kepada stesen-stesen TV tapi drama kampungan yang dipersembahkan berselang-seli dengan pertunjukan tarian hadrah di majlis-majlis perkahwinan. Bolehlah juga penari-penari hadrah yang rata-rata darai itu berhenti lap peluh.

Thursday, October 23, 2008

SALASILAH SHEIKH AHMAD QOMI


Kpd geng merapu meraban, kalu nak merapu pasal salasilah org lain tu tolong hati-hati sikitlah sebab masih ada cucu cicit orang itu yang masih hidup. Jangan memandai-mandai nak modified salasilah orang lain pula.

Contohnya keturunan Tuan Sheikh Ahmad Qami, masih ada lagi cucu-cicitnya di Thailand. Rajin-rajin lah masuk membaca web-site mereka, http://www.bunnag.in.th/main.php

Walau pun web itu dalam bahasa Thai, tapi ada satu bahagian yang menggunakan bahasa Inggeris iaitu bab HISTORY.


Wednesday, October 22, 2008

Tepuk Menepuk di perkarangan Pejabat Perdana Menteri Bangkok




Sepanjang puak Phantamirt (PAD) mengadakan demontrasi sejak lima bulan lepas, saya tidak ketinggalan mengikutinya secara berterusan menerusi siaran langsung 24 jam dari stesen tv ASTV ( TV milik Sondhi Limthongkul, ketua demontrasi ini).


Pada satu ketika, seorang pemimpin pelajar naik ke atas pentas dan berucap. Dalam ucapan itu terselit kata-kata: " Amma dan papa jangan risau tentang saya. Saya di sini sedang berjuang untuk negara, bangsa dan raja.."..


Selepas kejadian rusuhan pada 7 Oktober yang mengakibatkan dua orang mati, ibu dan ayah si mati menulis meluahkan perasaan dalam surat yang dibaca atas pentas PAD. Luahan dari bapa berbunyi: "..papa bangga dengan adik Bow (Bow ialah nama timangan si mati)...adik Bow mati kerana berjuang untuk bangsa......"..


Luahan dari si ibu pula berbunyi lebih kurang: "..mama tahu adik Bow seorang yang baik dan sentiasa membantu mama...bla..bla.."..


Ramailah yang menitiskan air mata mendengar surat itu dibacakan.


Tapi bukan persoalan itu yang saya mau timbulkan. Cuma saya mula sangsi kenapa orang-orang dalam puak ini tidak berbahasa macam orang Siam. Kenapa panggil ibu dengan panggilan mama, bapa dengan panggilan papa. Kaji punya kaji, puak protes ini namanya saja Thai, tapi keturunannya bukan. Bangsa apa tu, yang panggil mak dan bapa dengan panggilan mama dan papa?


Selain itu atas pentas tu turut mengundang opera Cina untuk buat persembahan untuk berhibur. Ada kumpulan muzik turut membuat persembahan dan mencipta lagu berjodol " Luk Chin Rak Chart" (anak Cina Sayangkan Bangsa) Bangsa apa yang disayang tu?


Manakala ada ketika perhimpunan ini orangnya kurang kerana pada ketika itu ada pesta "Kin Che", (Makan Sayur). Bangsa apa yang mengamalkan budaya ini?


Ada juga yang terang-terang mencetak tulisan bonda mereka di belakang t-shirt. Tulisan apa tu?


Mereka ini bertuah kerana hidup di Thailand, boleh melalak atas jalan berbulan-bulan, boleh hijack pejabat perdana menteri sampai hari ini, siap buat pentas menyanyi, menari dalam kawasan itu seakan itu milik datuk mereka. Kalau di negara lain mungkin lain jadinya terutama di negara yang mengamalkan racist bila media-media mula menghasut dengan meletakkan tajuk-tajuk besar berbunyi: " Bangsa Cicak jangan main api".."Bangsa Cicak jangan Jolok sarang Tebuan"..Bangsa Cicak sudah pijak kepala Bangsa Mawas"..dan macam-macam lagi hasutan.


Bertuahlah kau Sondhi sebab bukan kat negara lain. Kononnya berjuang untuk negara dan raja. Sebenarnya berjuang untuk diri perut sendiri. Orang berperibadi macam tu kononnya nak berjuang untuk orang lain? Hutang berbillion-billion tapi tak mau bayar nak tunjuk tauladan baik kat orang lain? Atau saja-saja nak timbulkan huru-hara supaya bebas dari bayar hutang?




Ini sedikit berkaitan Sondhi Limthongkul, pemilik media The Manager ini..




...Sondhi Limthongkul, Chinese name Lin Mingda, born 7 November 1947. Sondhi was born to Chinese immigrant parents from Hainan in Bangkok. He studied history at University of California, Los Angeles, where he became a reporter for the student newspaper, The Daily Bruin, from 1966 to 1969.Upon returning to Thailand, he worked for the newspaper Prachatipatai (Democracy) as reporter and managing editor from 1973 to 1974. He wrote several exposes of the political developments that led to the bloodshed on Oct. 14, 1973, an event that brought the government down.


Following the Asian Financial Crisis of 1997, Sondhi's satellite and publishing businesses faced a meltdown. His WCS was sold to the CP Group before it was renamed TA Orange and later became True Move. The Manager Group was saddled with THB 20 billion in debt but only THB 4 billion in equity. The Manager Group's holding company alone had liabilities of THB 6 billion. Manager Media had Bt4.7 billion in debt.
Sondhi was personally in debt for THB 1.5 billion. Sondhi ended up declaring himself bankrupt for three years. This meant that his THB 1.5 billion debt could be claimed from whatever was in his personal account for a span three years, rather than having to repay the debt over 15 or 20 years as earlier scheduled.Sondhi's companies were also investigated for irregular inter-company transactions. IEC guaranteed a THB 1.2 billion baht loan by M group in 1996, but never disclosed this guarantee to the public.
M Group later defaulted on the loan, sending IEC into bankruptcyAuditors of Eastern Printing, Sondhi's SET-listed printing company, noted that its huge losses partially stemmed from lendings to associated companies and the establishment of off-balance accounts to related publishing companies. For example, in its 2000 financial statement, Sondhi-linked companies Asia Inc and FRYE Smith (USA) Co owed Bt59.86 million and Bt125.79 million respectively to Eastern Printing. Likewise, according to its 2000 financial statements, Manager Media lent Bt1.061 billion to related publishers, under guarantee from Sondhi.
The Manager Group furiously attacked the Democrat-led government over its management of the economic crisis during its time in office from late 1997 to 2000. This included scathing attacks on Finance Minister Tharin Nimmanhaeminda for his emergency financing agreements with the IMF and Deputy Prime Minister Sawit Bhodhivihok for his policy of privatizing the state-owned electricity sector....




Orang macam ni pun dianggap pejuang. Mungkin orang inilah yang anai-anai kata bukan Siam ni. Yang ini memang saya setuju 100%...memang dia ni bukan Siam. Thai tak semestinya Siam dalam kes macam ni.
Tangan tepuk plastik yang diguna oleh pengikut dia seperti dalam gambar ni pun sebenarnya adalah produk jual tak habis temasya Olimpik Beijing. Maka dia ni tolong borong habis.






Monday, October 13, 2008

Suasana Pengkebumian Pu (Tok) Yen




Melihat pada suasana pengkebumian itu, tohmahan bahawa Thailand menghalang aktiviti keagamaan org-org Islam adalah karut belaka.

Sunday, October 12, 2008

Poo Yen, Warga Emas Thai Muslim meninggal pada usia 108 tahun

"Grandpa Yen", boatman of Phetchaburi, dies at 108



Phetchaburi - Grandpa Yen, an old man who had been living alone on his small boats for years, died here of natural causes Sunday morning. He was 108 years old.

He was pronounced dead at the Prachao Klao Hospital at 10:40 am.

Neighbours from him unconscious on his boat in the morning and rushed him to the hospital. Doctors tried but failed to resuscitate him.

The old man became famous when a life documentary programme aired his story. He had been living alone on his small boat on a river in the province for years and mostly lived on fishing.

Learning about his story, Her Majesty the Queen granted a boat for the old man to live on.

The Nation


http://www.nationmultimedia.com/breakingnews/read.php?newsid=30085824

Thursday, July 17, 2008

Patani - Claim of peace rejected

Army, Pulo cast doubt on breakthrough after '100 years of violence'

The Thai Army chief and leaders of Malay Muslim separatist groups distanced themselves yesterday from an announcement by the self-proclaimed spokesman of 11 "underground" separatist groups that the 100-year-old insurgency in the troubled South had come to an end.

Kasturi Mahkota, foreign affairs chief of the Patani United Liberation Organisation (Pulo), said he was unaware of the affiliation of the three men whose videotaped statement was aired on Army-run Channel 5, during which they declared that the struggle was over.

General Anupong Paochinda identified the self-proclaimed leader as Malipeng Khan, a former separatist leader who was active from 1984-87 and who tried but failed to unify various insurgent factions.

But an Army intelligence officer who claimed he met Malipeng in Egypt and Syria about a decade ago cast doubt on whether it was him or his brother Shamsudin as the person had dyed hair and a fake moustache.

Chettha Thanajaro, a former Army chief and defence minister, claimed to have brokered the "breakthrough" in the armed conflict with the help of unnamed foreign countries and international agencies.

"From July 14 onwards, all the militant and political units of our group will support peace formation in Thailand," said the group's leader, who did not give his name.

He said any unit failing to abide by the decision would be considered renegade and that measures would be taken to "eliminate" it. In the background was a flag that other separatist and exiled leaders said was unfamiliar to them.

Kasturi said Pulo was looking into the matter and declined to say if the footage was a hoax.

Other separatist leaders, who spoke on condition of anonymity, raised similar questions about the broadcast, saying it was unlikely the separatist movements in the deep South, or anywhere else for that matter, would lay down their weapons unconditionally after nearly a century of struggle.

And if the ceasefire does not come through, Chettha could conveniently put the blame on the separatist movements on the ground, they said.

Exiled and official sources said discussions between the Thai Army and the separatist movements had been conducted quietly with the help of international mediators but that at the current stage were not considered formal "negotiations".

Kasturi said as far as he was concerned: "Nothing has changed, and the dialogue with the Thai authorities is still in the pipeline."

Speaking to a group of reporters later in the afternoon, Chettha, leader of the Ruam Jai Thai Chart Pattana Party, a minor member of the governing six-party coalition, appeared to retreat from his earlier stance.

He said he was not entirely sure of the standing of the three men who appeared in the videotape but maintained the announcement was not bogus.

"I would not have been the only one fooled," he said.

Chettha said his associates told him the three men, whom he declined to name, were the actual leaders of the separatist movements.

When asked to explain why the bomb attacks on police headquarters in Yala and Pattani took place on the day when the ceasefire was to come into effect, namely July 14, Chetta said the movement's command/control/communications system was not as efficient as the Army's.

"They need time to get the word out to their men on the ground," Chetta said.

By Don Pathan
The Nation
Published on July 18, 2008

Patani - Gencatan Senjata


Wednesday, July 16, 2008

Selatan Thai - 4 Tahun 99 Jiwa Terkorban&Nasib Guru Di Tengah Arus Darah Dan Airmata


Pemberita: Pakorn Peungnet
Meja Berita Selatan, Dewan Isra


Ditengah-tengah kebanggaan angka penjenayahan yang kelihatan menurun suatu pertanyaan muncul: “Sungguhkah keadaan di kawasan 3 wilayah sempadan selatan berkembang ke arah yang lebih baik?” Jawapan mungkin tidak bermakna kerana pihak pengganas berpaling menyasarkan guru-guru sekolah dasar Thai buat kali lain, membentukkan gelombang keganasan yang paling hebat dan lebih kejam daripada dahulu.
Cuma 4 hari masuk bulan Karakadakom/Julai 2 orang guru dasar Thai terborban, Nai Rewat Waewsanga, 38, guru Sekolah Komuniti Wat Piyaram, Daerah Bandar, Pattani, dan Nai Weera Muencan, 54, pengarah Sekolah Ban Mahe, Mukim Bemang, Daerah Raman, Wilayah Yala (Jala).Kedua-dua orang guru sekolah dasar Thai tersebut terbunuh dengan cara yang sama iaitu sebelum ditembak mati mereka menunggang motosikal supaya balik ke tempat tinggalnya. Di antara itu penjahat yang guna motosikal lain menghambatinya dan menembak mereka, kedua-duanya sampai ajal belum sampai di rumah.
Perkara yang amat mengerikan!Ambil hitung nasib seorang guru, Nai Chaiyong Kubaha, 55, yang minta bersara belum cukup umur kerjanya. Dia dilantik menjawat ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Pattani. Menjelang waktu Maghrib di atas anak tangga menaiki Mesjid Raja Al Fathoni di Jalan Yarang (Jerang), Lorong 8, kawasan Metropolitan Pattani, dia kena tembak mati dalam kawasan Mesjid!Orang sekitar menyaksi 2 orang pemuda menunggang motosikal berhenti di hadapan mesjid. Tiidak berapa lama tiba Nai Chaiyongpun di hadapan mesjid. Dia masuk kawasan mesjid dengan hati yang khusuk. Ketika berjangkah naik anak tangga itulah penjahat menghampirinya dari belakang dan menembak seorang mukmin pulang ke rahmat-u-Allah dalam sekejap mata!
Sejak berlaku peristiwa 4 Makarakom/Januari 2547/2004 (peristiwa serangan merampas senjata di kem pileng) terukir sejarah ketenggangan dalam 3 wilayah sempadan selatan yang hingga kini telah 4 tahun setengah, tercatat angka 99 orang guru sekolah dasar Thai gugur dalam pelbagai cara dan rupa. Angka ini belum diambil kira lagi beberapa orang mangsa cedera yang jumlahnya lebih banyak kalau dibandingkan.
Selama 4 tahun lebih guru sekolah dasar Thai terkorban. Ada yang ditembak mati di hadapan sekolah malah dalam kelasnya seperti kes Khru (guru) Prasan Makchu, guru Sekolah Bereng, Daerah Ruesoh (Jabat), Wilayah Narathiwat. Dan yang termasyhur kes Khru (guru) Culing Pongkanmul, guru Sekolah Kucing Lepat, Daerah Rangae (Legeh), Wilayah Narathiwat yang teraniaya hingga ajal.
Ada beberapa ketika yang acap sekali guru-guru sekolah Thai terkorban. Ambil contoh pada suatu jurang yang makan masa hanya 20 hari antara 24 Singhakom/Ogos - 12 Kanyayon/September, 2550/2007, tercatat 5 orang guru Thai gugur ditembak mati. Di antaranya seporang mayatnya turut dibakar:
1. Nai Nong Bunyasak, selaku pengarah Sekolah Ban Senor Pittayakom ditembak mati dan mayatnya dibakar pada 24 Singhakom/Ogos, 2550/2007 di Daerah Yarang, Pattani.
2. Nang Kesini Timtep guru Sekolah Sasna Sueksa, Daerah Saiburi, Pattani ditembak mati di pintu gerbang sekolah pada 27 Singhakom/Ogos. 2550/2007.
3. Nai Chalong Apakorn penyelia pendidikan, Kawasan Pendidikan-3 Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada 2 Kanyayon/September, 2550/2007.
4. Nai Suwich Wongsanit, pensyarah di bidang eleltronik , Kolej Teknik Pattani, ditembak mati pada 3 Kanyayon/September, 2550/2007.Dan
5. Khru (guru) Wirat Payongsak, guru Sekolah Ban Pak Se, Mukim Bongor, Daerah Rangae (Legeh), Narathiwat, ditembak mati pada 12 Kanyayon/September, 2550/2007.
Situasi guru sekolah dasar Thai menjadi sasaran nahas mengikut penganalisa mengata kerana para guru adalah kaki tangan kerajaan Thai yang merupakan wakil kerajaan penjajah di sisi pengganas. Walau begitu para guru bukan pasukan bersenjata, ini adalah hakikat. Para guru berbeza dengan polis dan askar. Dari sudut ketenteraan para guru adalah sasaran terlemah, paling mudah diserang. Mereka mesti berulang-alik antara rumah dan sekolah pagi dan petang.
Penganalisa mengata selanjutnya pembunuhan yang menyasarkan guru sekolah dasar Thai adalah perbuatan simbolik yang mana mereka bertanggungjawap memenuhi lambang yang mewakili kerajaan Thai. Mereka mengajar bahasa Thai, menulis, membaca dan menutur. Mereka juga memikul beban agar mempertahankan mata pelajaran Thai yang ditentukan oleh penjajah Thai atas murid-murid Melayu Islam.

Akibat pembunuhan amat mengancam dan terkeji mengikut penganalisa, kerana kenahasan para guru Thai merupakan ancaman psikologi yang kibatnya paling mendalam yang boleh menguasai naluri di bawah sedar. Sekali gus menimbulkan tekanan yang meluas terhadap masyarakat.Setiap kali berlaku serangan paling bahaya itu pihak kawalan keselamatan menjadi sibuk dalam mencari langkah-langkah lebih berpotensi untuk mengawal dan menyelamatkan para guru dari menjadi mangsa kekerasan namun kurang berkesan.
Telah dimaklumkan antara pihak yang menuntut dan beraktif akan melemparkan kekejamannya terhadap sasaran yang diam dengan mereka yang responsif menunggu-nunggu serangan hendap, kedua-dua pihak itu ada perbezaan.Dalam situasi terkini penganalisa menyaksi kelemahan yang ketera apabila aturgerak yang dicadangkan untuk mengawal para guru sekolah dasar Thai yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera, sebaliknya menjadi sasaran diam pasukan pengganas.
Prasit Megasuvan penasihat Perikatan Guru Wilayah Sempadan Selatan dan bekas ahli Jawatankuasa Bebas Untuk Perpaduan Negara berpendapat, gelombang baru pengganas mengambil guru sebagai sasarannya kerana guru lebih senang diserang langsung. Kedudukan para guru sebagai sasaran pengganas sebenarnya telah termaktub dalam agenda keganasan. Rakyatlah yang membela guru-guru itu daripada ancaman pengganas.
Rakyat memarahkan pengganas yang membuatkan mereka berhenti menysasarkan para guru. Pengganas membuat alihganti dengan berpaling menyasarkan terhadap pasukan polis dan tentera. Tetapi tidak berapa lama mereka berpaling pula menyerang guru-guru yang lemah lumpuh dan tanpa senjata.“Sekarang pengganas tertekan oleh pihak kawalan kesetabilan negara sekuat-kuatnya. Ini membuatkan puak itu menukar sasarannya menjadi guru-guru pula,” ujarnya.Prasit juga menunjuk, kerajaan dan pihak kawalan kestabilan negara tidak berperanan dengan sewajarnya dalam penyelesaian masalah 3 wilayah.“Saya piker pihak berkuasa tidak mengambil berat masalah ini.
Pihak tentera mengamalkan kerja tenteranya sedangkan pihak politik tidak bergerak langsung. Sebab itu kalau keadaan jadi aman, hanya sebentar atau sementara saja. Semenjak permulaan idiologi pengganas tidak berubah, masih kekal selama-lamanya. Boleh kata di sini, saya yakin pergaduhan di sempadan selatan adalah pergaduhan idiologi. Ini adalah pertikaian bertaraf pemikiran. Kalau pihak kita tiada jalan keluar bersama, ketegangan tidakan sudah-sudah. Pihak pengganas berpikir seorang gerila gugur seorang lagikan bertambah ganti. Ada anakbuahnya mengambil tempat dan peperangan tidakan sudah-sudah,” ujarnya.Rumusan seorang khru (guru sekolah dasar Thai) menanggung bimbang terhadap hari depannya yang baginya amat menderita dan gelap gelita…

Wednesday, July 9, 2008

MuayThai Cara Islam

Oleh kerana ada yg mempertikaikan Muaythai itu tak mencerminkan ciri-ciri Islam dan mendedahkan aurat...nah..ini..Muaythai ala Islam..
Detal tentang peninju:
Nama atas Gelanggang - Namsaknoi Yuthagarngamtorn
Nama sebenar - Mohammed Chaiyama
Asal - Surat Thani
:: Lumpinee Champion 115 lbs
:: Lumpinee Champion 122 lbs
:: Lumpinee Champion 135 lbs ( 2000-2006 )
:: WMC World Champion 115 lbs
:: PABA Boxing Champion 135 lbs
:: Ford Ranger Tournament winner
:: Champion of South of Thailand 95 lbs
:: Champion of South of Thailand et 126 lbs
:: Voted Best Fighther of the year 1996 by the Sportswriters Association of Thailand
:: Voted Best Fighther of the year 1999 by the Sports Authority of Thailand
:: Best Wai Kru/Ram Muay of the year 2001
:: Best Wai Kru/Ram Muay of the year 2006

Sunday, July 6, 2008

Antara Bala dengan Ular

Satu perangai orang kita bila terjumpa ular dia akan bantai ular itu. Sebabnya, pada pendapat mereka sekiranya kita tak bantai ular itu, ular itu akan bantai kita (secara patuk atau belit). Ini kerana naluri ular yang pakar membelit. Maka timbullah gurauan , (gurauan itu merujuk bangsa tertentu tapi saya tidak mahu melibatkan mana-mana bangsa sebab bagi saya semua bangsa adalah sama, ada yang baik ada yang buruk. Oleh itu saya gantikan bangsa itu dengan Bala), iaitu : "Kalau jumpa ular dengan Bala, elok bantai Bala dulu."
Logik di sebalik gurauan ini ialah, ular memang bahaya sebab suka belit. Tapi Bala pun suka belit dan belitannya lebih bahaya dari belitan ular, oleh itu kalau jumpa ular dengan Bala, bantai Bala dulu. Lepas tu baru bantai ular.
Dan rasionalnya tetap ada. Baru tak sampai 24 jam Bala membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib pernah main Altantuya depan belakang, Bala buat pengakuan bersumpah lagi bahawa Najib tak pernah buat begitu. Tidak kah ini belit namanya. Belit ini adalah belit segala belit yang melibatkan ketidaktentuan politik sesebuah negara. Antara dua pengakuan bersumpah itu sudah pasti ada satu daripadanya yang tipu (belit) atau pun lebih parah lagi, kedua-duanya adalah tipu (belit).
Begitu mudah dia bermain dengan undang-undang. Dan jangan terperanjat kalau sedikit masa lagi orang akan mempermainkan Quran pula bila bersumpah dengan junjung Quran. Bila ada dua pihak bersumpah, salah satu pihak tentu berbohong dan sekaligus mempermainkan kitab itu.
Saya nak cerita sikit tentang sumpah cara Siam. Pada masa saya kecil-kecil dulu pernah terdengar cara dua pihak yang bertikai nak menegakkan benang basah masing-masing. Cara bersumpah ini dalam bahasa Siam di sebut Kin Nam Bort (minum air sumpah). Dikatakan, kedua pihak yang bertelagah itu akan diberi minum air dari satu bekas yang sudah dijampi. Kebiasaannya, pihak yang bersalah akan berasa gusar dan terus mengaku kesalahannya kerana sekiranya dia meneruskan upacara Kin Nam Bort itu sedangkan dia tahu yg dia berada dipihak bersalah, tentu dia tahu akibatnya. Dikatakan bahawa selepas kedua-duanya minum air yang sudah dijampi itu, pihak yang benar tidak mengalami apa-apa tetapi pihak yang bersalah akan muntah darah. Dalam manuskrip The Ship of Sulaiman, penulis turut memaparkan cara-cara orang Siam Ayutthaya bersumpah, ada dua cara iaitu "Trial with water" dan "Trial With Fire". Cara Trial with water itu tidak sama dengan cara Kin Nam Bort tapi motifnya sama, iaitu mencari siapa benar siapa salah. Malas saya nak taip kedua-dua cara itu dilaksanakan, nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku The Ship of Sulaiman. Saya nak taip kesemua takut kena saman pulak nanti, buku tu dilindungi Hak Cipta.
Cara-cara mencari pesalah sistem purba ini semakin ditinggalkan bila dunia makin berubah di mana manusia mula guna cara lain seperti cara ugut, cara dera dan pada zaman moden ini secara santifik seperti ujian DNA dan sebagainya.

Sekian dulu Muhong kali ini. Kalu jumpa Ular dengan Bala, tulong bantai Bala dulu.

Friday, July 4, 2008

Fitnah tak habis-habis

Nampaknya perkembangan negara Malaysia hari ini bersemarak dengan fitnah memfitnah. Siapa fitnah siapa, sukar untuk kita memutuskannya. Apa pun, artikel kita hari ini bukan membincangkan fasal fitnah zaman moden ini, tapi berkaitan fitnah pada zaman Ayutthaya.
Sebenarnya kejadian fitnah ini berlaku di kalangan orang-orang Islam (Iran) pada masa itu. Perkara ini timbul kerana mereka dengki mendengki sesama sendiri dalam merebut jawatan penting istana semasa pemerintahan King Narai. Pada hal kedatangan mereka pada mulanya adalah bertujuan berdagang tapi oleh kerana King Narai amat memerlukan bangsa asing untuk menjalankan pentadbiran yang berkaitan perhubungan luar negara, maka puak-puak Iran ini telah lupa bidang sebenar mereka iaitu berniaga dan mula tamakkan jawatan politik pula.
Antara fitnah yang berlaku termasuklah memfitnah bahawa perdana menteri King Narai iaitu Aqa Muhammad telah berbohong kepada King narai...

Dalam Ship Of Sulaiman menyebut:

..Due to their lack of intergrity, which is a coomodity always wanting in the low-bred, they were quick to stumble into the meshes of mischief and sedition. They become embroiled in mutual hatred, malice, jealousies and all manner of perverseness. ..
..They repeatedly complained to the king..

Dan pada kesudahannya, King Narai sangat murka kepada Aqa Muhammad.

...His Majesty became angry with Aqa Muhammad and accused him of not telling the truth..The king ordered attendants to sew Aqa Muhammad's two lips together with strips of cane and they kept the wretched minister in that painful condition for the whole day...

Sifat dengki sesama sendiri antara puak Iran ini tidak habis setakat itu sahaja. Sesudah Aqa Muhammad meninggal, beliau meninggalkan dua orang anak. Semasa hidup Aqa Muhammad sebagai menteri, kedua anak nya ini juga turut membesar dalam suasana istana dan King narai menamakan mereka ini Chu Chi dan Chu Kia. Bila Bapa mereka meninggal, King Narai menyerahkan tugas Aqa kepada anak-anak ini..

..When their father died, the king passed on the old man's office to the two sons. As head of the Iranian community and a minister their father had been in charge of all business transactions. The son were now assigned that job...

Keadaan ini menyebabkan sifat dengki makin menebal:

...However, the other Iranians were jealous and hostile and they encouraged the young men's debauchery and caused them to be unsuccessful in their work...

Bukan setakat itu sahaja, mereka mula memfitnah bahawa kedua orang muda ini mempunyai rancangan untuk merampas tahta. Orang-orang Iran yang dengki itu terus menerus menghasut dan mengadu domba:

..Certain of Iranians, who were trying to further their own interests and had spread calumny againts the boys, were quick to take advantage of the opportunity. The most jealous of their number put their heads together and actually wrote out and order for the boys' execution, declaring, ' According to our religion (Islam) any one who behaves in such a manner and is disloyal to his lord, must be put to death...

Walau pun termakan hasutan puak dengki ini namun King Narai tidak mudah mengikut saranan mereka untuk menjatuh hukum bunuh terhadap budak-budak ini memandang King Narai menganggap mereka seperti puteranya sendiri sebagaimana dinyatakan dalam Ship of Sulaiman:

..The King acted nobly in this matter and through his messenger he announced, "I have raise these boys myself. I will neither kill them as some of you suggest nor will i pardon them. I have decided to send them into exile in certain part of my kingdom which is in the jungle far from the path of all travelers...

Semenjak itu, penulis mengatakan mereka tidak pernah lagi melihat kedua orang muda itu:
..while we were in Siam it was not possible the ascertain whether these boys were still alive or already died...

Mungkin kubur purba di Nakorn Srithammarat ada kaitan dengan kisah di atas? Untuk pengetahuan pembaca, di sebuah kawasan hutan di sebuah kampung terdapat sebuah kubur lama. Penduduk di kawasan ini masih beragama Islam. Kubur itu di namakan Kubor Kampong Lamo (Kampung Lama). Penduduk tempatan mengatakan kubur itu adalah milik Panglimo (Panglima)Che Teh. Kalau ada peminat sejarah hendak mengkaji lebih mendalam bolehlah pergi menziarah sendiri. Lokasinya ialah di Tambol MokLan, Amphor Thasala, Changwat Nakorn Sri Tammarat. Tapi pastikan anda boleh berbahasa Thai, Walau pun anak cucu Panglima Che Teh ini masih Islam, mereka tak faham bahasa Melayu. kalau anda tak boleh Thai Bangkok, Thai dialek seperti saya cakap sekarang ini ok, (Dialek Nakkorn Sritammarat atau Pathalung), dialek Siam Pendang atau Siam Kubur Panjang, minta maaf, mereka tak faham.
Menurut seorang Kamnan (Ketua Kampung) Hashim Saad dari Setul yang merupakan cucu cicit Panglima Che Teh, Che Teh ada adik bernama Alang. Alang pernah memetap bersama Che Teh di Thasala sebelum berhijrah dan menetap dan meninggal di Setul. Kuburnya pun masih ada dan terpelihara oleh anak-anak cucu di Setul. Di sebelah barat kubur Panglima Che Teh kira-kira 500 meter jaraknya terdapat satu kampung bernama Baluko Tok Alang (Belukar Tok Alang) mengambil nama sempena nama Alang, adik Panglima Che Teh. Menurut Kamnan Hashim Saad, Panglima Che Teh dinamakan Teh atau Puteh kerana kulitnya yang putih.
Adakah Panglima Che Teh dan Tok Alang ini anak-anak Perdana Menteri Aqa Muhammad yang dibuang daerah oleh King Narai?
Wallahualam bissawab.

Artikel akan datang: Fitnah yang membawa pembunuhan beramai-ramai orang Melayu Makasar di zaman Ayutthaya. Masih banyak lagi kisah menarik dari catatan perjalanan duta Parsi dalam manuskrip Ship of Sulaiman ini.
...

Tuesday, July 1, 2008

Siam Islam Tiga Bahasa

Kewujudan Siam Islam sudah tentu sudah amat lama. Undang-undang Kedah ditulis pada 222 hijrah. Sudah tentu Siam wujud lebih awal dari tarikh itu. Yg peliknya, UUK bahasa Melayu bertulisan Jawi itu amat cantik dan moden bahasanya sedangkan secara ilmiah kita tahu pada tahun 222 hijrah itu, jangankan bahasa Melayu, orang Melayu pun belum wujud lagi. Kalau wujud pun, bahasa yang digunakan tidaklah semoden seperti dalam UUK. Bukti-bukti catatan pada batu-batu bersurat yang bertarikh lebih lewat dari tahun hijrah 222 itu menunjukkan bahasa Melayu kuno yang bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit. Kalau fikiran kita cetek, janganlah kita merendahkan kemampuan pengetahuan pembaca lain.
Seterusnya, hari ini kita dapati semua bangsa di rantau ini mempunyai bahasa lisan dan tulisan sendiri kecuali satu dua bangsa yg ada bahasa percakapan sahaja tetapi tulisan terpaksa meminjam huruf orang lain untuk menyampaikannya. Yang Siam Islam ni, bahasa percakapan Siam slang wayang kulit Asun, tulis UUK dalam bahasa Melayu guna huruf Arab.
Siam apa kejadah nih..cakap Siam, tulis Melayu. Melayu atau Siam nih..kalu Siam, dia cakap Siam, dia tulis pun tentu dalam bahasa Siam tak kiralah nak guna huruf apa pun. Tapi harus diingat, bahasa Siam hanya boleh guna huruf Siam, kalu guna huruf lain tak akan dapat difahami.
Yang cakap Siam tapi tulis bahasa Melayu ialah kita sekarang ni lah. Sesama kita, kita cakap Siam..bila pergi sekolah, kita kena baca dan tulis dalam bahasa Melayu guna rumi sebab kita bukan berada dalam negara Siam. Jadi yang Siam Islam ni cakap Siam tapi tulis UUK dlm bahasa Melayu, mereka ni kiranya Siam yg duduk dlm negeri Melayulah. Negeri mana tu? Kedah.
Siam Asli ada huruf tulisan tersendiri. Mujur mereka ini tak pandai baca dan tulis guna huruf Siam, kalu tidak tentu mereka klaim kata depa punya kesemua.

Monday, June 30, 2008

Tajai suka makan Chang


Membaca artikel oleh penulis jemputan dlm blog pluag hari ini aku dapat membuat kesimpulan betapa bercelarunya puak Siam Islam ini tentang asal keturunan diri sendiri. Sebenarnya kali ini aku ingin cerita pasal cara-cara pengkebumian org-org Siam zaman Ayutthaya yg diceritakan oleh org Parsi semasa mereka berkunjung ke Ayutthaya yg diceritakan dlm manuskrip Ship of Sulaiman. Pendedahan tentang cara pengkebumian itu nanti sedikit sebanyak akan dapat menjawab persoalan puak Siam Islam yg mempersoalkan di mana kubur-kubur raja-raja Siam Ayutthaya.

Namun bila aku nampak artikel Salmi Baharom itu aku tangguhkan dulu artikel tentang cara pengkebumian itu. Sebenarnya aku agak tertarik juga tentang cerita Salmi ini sebab ia tidak merapu macam tulisan anai-anai. Selain Salmi, penulis sejarah geng depa ini yg boleh dianggap berwibawa ialah Naim (Nai Long Naim?). Kalu dia merapu pun, tak lah karut serupa cerita Back to The Future.

Berbalik pada tulisan Salmi, aku ingin menambah sedikit lagi keunikan penutur bahasa Siam ini. Apa yg unik, penutur Siam ini boleh membalikkan sebutan sesuatu perkataan yg boleh membawa makna lain. Aku dah test kat penutur bahasa Melayu, memang mrk tak boleh buat. Contoh perkataan terbalik seperti: Het Pi (yg Salmi kata cendawan tahun dlm artikelnya). Perkataan ini kalau disebut terbalik akan jadi Hi Pet. Apa maksudnya, hanya org yg faham bahasa Siam yg tahu, tak perlulah suruh aku terjemahkan pula. Kalau bukan penutur bahasa Siam, mrk akan terbalikkan Het Pi kpd Pi Het.

Penutur bahasa Siam juga tidak memanggi haji sbg Tok Haji. Mrk sekadar panggil Tok Ji atau Ji saja. Bila seseorg Tok Ji yg buruk perangai, mrk akan tanya Ji sesama sendiri, Ji apa perangai mcm tu? Nanti akan ada org jawab: Ji Het. Malas aku nak terbalikkan.

Berkaitan Het Pi, adakah ia bermaksud cendawan tahun? Jgn lupa bahwa Pi ada beberapa maksud dlm bahasa Siam. Pi=tahun, Pi Kruai=jantung pisang, Pi=serunai. Pau Pi, tiup serunai. Dlm kes Het Pi, aku rasa ia adalah cendawan serunai sbb bentuk cendawan yg belum kembang itu seakan-akan serunai. Walau bagaimana pun, aku lihat cendawan itu yg selalu tumbuh atas busut seakan-akan tetek babi. Lalu org kampung aku namakan ia Het Noom Moo. (cendawan tetek babi atau cendawan susu babi). Mmg sedap Het ini walau direbus dicampur dgn sedikit garam pun sgt manis hirup supnya.

Sekarang aku nak sentuh tentang kecelaruan Siam Islam ini tentang asal usul diri sendiri. Pertama tentang Chang (ketupat yg dibalut dgn daun buluh). Chang ini bukan makanan atau juadah Siam walau pun Siam di Thailand ada jual. Ia adalah makanan org China dan dibuat sebagai makanan ketika perayaan Duan Wu. Biasanya pada perayaan ini akan diadakan juga pesta lumba perahu.

Asal-usul chang ini ada kena mengena dgn kepercayaan org-org China. Kononnya pada zaman dahulu seorg pahlawan yg setia kpd Istana dan negara China. Beliau amat disayangi oleh rakyat. Akibat kekalahan dlm satu peperangan, beliau telah dipaksa utk bunuh diri oleh maharaja dgn terjun ke dlm sungai. Selepas beliau terjun, para penduduk mencari mayat beliau dgn mudik ke hulu ke hilir dgn perahu. Di sinilah dikatakan kenapa lumba perahu menjadi temasya utama pada perayaan ini. Manakala chang pula di buat oleh penduduk dan dilempar ke dalam sungai sbg makanan ikan supaya ikan-ikan tidak memakan mayat beliau. Sekarang Chang dah makin canggih. Antaranya ialah bak chang. Bak=daging. Bak Chang=chang daging. Daging apa? sama-sama tau lah.

Yg kedua, Salmi ada sebut Tajai sbg satu permainan org-org Siam Islam dan mengatakan ia telah pupus dan tidak pernah dimainkan lagi. Ini tidak benar kerana org-org Siam kapiag masih memainkannya setiap tahun. Pada 9hb yg lepas, kakak saya ada mengadakannya di kampungnya di daerah Pendang. Mungkin nenek moyang Salmi pun pernah terlibat dgn permainan Tajai ini sebelum ia beransur pupus di kalangan Siam Islam kerana org Siam Islam semakin belajar tinggi dlm pengetahuan Islam dan mula menyedari bahawa main Tajai ini adalah satu perbuatan syirik. Ini bukan permainan tapi lebih kpd pemujaan Tok Nenek. Dlm bahasa Siam, Ta bermaksud Tok, Jai pula ialah nenek. Dlm upacara ini ada pemujaan, ada hidangan makanan kpd Tok Nenek..kepala babi pun ada. Upacara akan diiringi oleh paluan gendang (tapi tak ada serunai) dan nyanyian-nyanyian yg membuatkan org yg nak menurun tu tak dapat kawal diri dan mula menurun.

Aku pernah melihat sendiri mereka menurun. Antara tok nenek yg mari (kononnya) ialah Tajai Chau Pa (Tok Nenek Sakai). Bila tok nenek ni mari, org yg menurun beraksi menggaru-garu badan (sbb sakai gatal kena ketit sengkenit). Ada juga aksi Tajai laga ayam, Tajai Cap Yuan (tok nenek ambik madu lebah dari pokok) , Tajai tikam buaya. Ada satu lagi Tajai yg mari, mungkin yg ini akan dimanipulasikan oleh anai-anai pulak. Ia adalah Tajai Silat. Tak tau sesat dari mana Tajai ini. Mungkin Tok Nenek Salmi kot? Sbb Salmi dah menganggap upacara ini syirik, jadi tajai dia tak dak tempat nak berseronok, kena tumpang seronok dgn anak-cucu Siam yg masih kapiag. Walau bagaimanapun..syyyhhh..jgn bagitau Tok Ji...ada juga saudara-saudara Siam Islam yg sorok-sorok hulur duit dan beras dan pulut utk menjayakan upacara syirik ini.

Air dicincang tak kan putus. Walau bagimanapun, aku harap Salmi hati-hati kalau nak hantar artikel ke blog anai-anai. Nanti boleh spoilt dia punya projek. Takat cerita chang dan Tajai sudah cukup menunjukkan bahawa Siam Islam bukanlah Islam dari asal.

Tuesday, June 24, 2008

Orang Zaman Ayutthaya tahu asal-usul mereka adalah Thai.

Sekali lagi dari manuskrip Ship of Sulaiman, penulis menyebut:

..The Iranian and the Franks call the natives of Shahr Nav, Siamese, but the natives themselves trace their stock back to Tai, whom they hold to be one of their devils and genii...
Sama ada apa itu maksud Tai, org pada zaman itu telah memberitahu penulis Parsi itu bahawa mereka berasal dari keturunan Tai. Itu adalah fakta kpd penulis kerana ia diberitahu sendiri oleh org2 Ayuthaya.
Kemudian, penulis membuat andaian pula (andaian berbeza dgn fakta):
..Allthough the natives do not trace their line back to Adam, it is quite possible that in accord with the view of the local Iranians, the lost people of Siam go back to San ibn Yafuth ibn Nuh..

Namun penulis merupakan org yang berwibawa dan tidak mengatakan andaiannya itu adalah yg sahih. Bila sesuatu perkara itu tidak berapa pasti, penulis Parsi ini menulis:

..In the end there is no guiding pilot through this sea of fantasy. "Only God knows the full history of His creatures".
Begitulah bertanggungjawabnya penulis terhadap perkara-perkara yg tidak ada kepastian atau tanpa bukti yg sahih.
Namun tentang perkara berkaitan agama anutan org Ayuthaya ketika itu, penulis dapat menceritakan dgn pasti sbb beliau melihat dgn mata kepala sendiri di mana beliau mengguraikan dgn panjang lebar dlm tajuk-tajuk kecil seperti:
-A description of the religion of Siam
-Idolatry and transmigration
-Refutation of the doctrince of transmigration
-Idolatry and superstition
-Divine incarnations
-The Monk in Siam
-How a man become a monk
-The Siamese day of worship
-The form of worship In Siam

Dengan segala bukti semasa itu, dakwaan bahawa raja Ayuthaya beragama Islam(dlm kes ini Narai) adalah karut belaka. Sebenarnya kita dari keturunan Siam yg masih mengamalkan agama dan budaya org Siam sejak dahulu sudah cukup bukti-bukti bertulis sendiri. Namun kita ingin juga melihat tulisan pihak lain tentang Ayutthaya terutamanya dari Parsi yg beragama Islam itu dan ternyata tidak ada percanggahan langsung. Manuskrip ini tidak berada dlm tangan org Siam, ia terselamat kerana berada dlm tangan rombongan duta Parsi, kalau berada dlm simpanan Siam belum tentu kita dapat membacanya hari ini kerana dikhuatiri musnah akibat keganasan Burma yg menyerang Ayutthaya.
Sekiranya benar dakwaan puak Nai Long bahawa mrk adalah cucu cicit kerajaan Ayutthaya, bererti mrk ini baru sahaja memeluk agama Islam dan menukar identiti Siam kpd Melayu. Penukaran identiti ini bukanlah kerana takut diburu dan dibunuh oleh pihak Thai tetapi akibat tamakkan habuan-habuan yg akan diperolehi dlm negara Malaysia yg diperuntukkan kpd mrk yg bergelar Melayu. Sekarang baru mrk terhegeh-hegeh menjejak kembali asal-usul sampai sanggup mengharu-birukan sejarah lain sampai ke sejarah raja-raja Ayutthaya.

Sukhothai itu Musuh Puak Kapiag?

Pelik tapi benar. Inilah terjemahan dari seorg pakar putar belit sejarah ke atas perkataan Sukhothai. Katanya, sukk bermaksud musuh, kho bermaksud puak, dan Thai bermaksud kapiag. Tak pasti bahasa Siam daerah mana yg dia pakai.
Kalau Sukhothai bermaksud musuh puak kapiag, bermakna Sukhothai itu bukan kapiag. Tak kan Kapiag nak musuh dgn Kapiag.
Dan yg pasti, dlm bahasa Siam tak ada istilah-istilah seperti kapiag, haram dan lain-lain istilah sebegitu sbb Siam bukan bangsa yg suka kapiag mengkapiag sesama manusia.
Paling marah sgt pun, Siam akan maki org itu sbg Anjing..
Nanti aku akan bawa usul ke kabinet supaya pemeriksaan kesihatan di jalankan terhadap kakitangan perkhidmatan awam yg sedang berkhidmat dgn kerajaan. Pemeriksaan ketika mula-mula dilantik dulu tidak memadai kerana ada org yg gila bermusim, mungkin masa baru di lantik dulu dia ok.
Kalau sah ada sakit mental nanti akan dinasihatkan pencen cepat, boleh buat kajian sejarah sepenuh masa.

Sunday, June 22, 2008

SEMPADAN BUMI SIAM MASA SILAM



Persempadanan kawasan di kawasan Asia Tenggara kebanyakannya di buat oleh pihak Farang (Farang adalah panggilan org Thai terhadap org Putih sebagaimana org Melayu memanggil Mat Salleh terhadap golongan ini. Tidak pasti dari mana dan apa puncanya org Melayu menggelar org putih sbg Mat Salleh, tapi org Thai menggelar org putih sbg Farang dari gelaran Frank yg digunakan oleh org Parsi terhadap org putih pada zaman Ayutthaya)

Akibat garisan sempadan oleh Farang ini, Thailand kehilangan sebuah khazanah berharga, iaitu tinggalan tapak kuil purba abad ke 11 (Khao Phra Viharn ) yg terlepas masuk dalam sempadan Kemboja.

Yadeh bawa isu tersebut pada kali ini kerana puak protes jalanan di Thailand pada hari ini menuduh bahawa pemilikan Khao Phra Viharn oleh Kemboja adalah atas restu Thaksin. Ini adalah tuduhan mengarut. Mahkamah Keadilan Antrabangsa telah memutuskan pada tahun 1961 bahawa Kemboja berhak ke atas Khao Phra Viharn. Namun oleh kerana keunikan Khao Phra Viharn, pihak Thai dan Kemboja bersetuju utk menjadikan Khao Phra Viharn sbg pemilikan bersama. Kesanggupan pihak Kemboja utk bersetuju ialah kerana kedudukan Khao Phra Viharn ini tidak boleh dimasuki melalui sempadan Kemboja tetapi harus masuk melalui Thailand. Ini kerana dari arah Kemboja, ia merupakan tebing gunung yg tinggi.

Namun hasrat Kemboja ingin mengisytiharkan Khao Phra Viharn sbg khazanah negara Kemboja secara bersendirian membuatkan pihak Thai tidak berpuas hati.

Memang kalau kalau hendak pergi ke Khao Phra Viharn dari Kemboja, mrk perlu naik helikopter (tak mungkin org zaman dulu boleh lakukan) atau mendaki berhari-hari utk sampai ke tapak kuil, namun undang-undang tetap undang-undang. Khao Phra Viharn berada dlm sempadan Kemboja, jadi dari segi undang-undang, Thai tak berhak langsung. Kalau berhak pun, boleh ambik hasil kutip tol atau tiket atau bayaran pas sempadan terhadap pelancong sama ada dari Kemboja atau dari Thailand sendiri yg hendak melawat ke tapak itu. Atau pihak Kemboja kena bina sistem kereta kabel.


Di bawah ini ada senario pertikaian Khao Phra Viharn.



1904
Feb 14
Siam cedes territories (present-day northeast Cambodia) to French Indo-China. Khao Phra Viharn now stands on the international border (map). Precise demarcation and mapping are to be carried out by a Franco-Siamese Mixed Commission. , but the Commission ceases to function. France makes a demarcation map on its own and sends it to Siam who neither approves or disapproves it.

1934

Siam carries out its own survey and discovers divergence between the French-made map and the real watershed, but she doesn't make appeal or protest. Siam creates its own demarcation map, but she doesn't send it to France or Cambodia


1941
May 9

Under the Japanese mediation, Thailand regains territories south of Khao Phra Viharn.


World War II
1946
Nov 17

Under international pressures, Thailand recedes regained territories to French Indo-China, making Khao Phra Wihaan again stand on the international border.


1953
Nov 9

Cambodia gains independence from France.
Cambodian soldiers encounter Thai police constables at Khao Phra Wihaan, thus the beginning of the dispute.


1957
Thai border police occupy Khao Phra Viharn.


1958
Thailand and Cambodia hold negotiations in Bangkok.


1958
Oct

Sarit fortifies Thai Army positions along the border and takes control of the disputed Phra Viharn.

Nov

Cambodian government decides to suspend diplomatic relations with Thailand.


1959
Feb 20

After a UN special envoy's visit to the border area, both countries agree to normalise ties.

Sep 30

Cambodia applies the dispute to the International Court of Justice.

Oct 6

The Court accepts the application and institutes proceedings. Thailand raises objections to its jurisdiction.

Oct 17

The Government is to ask M.R. Seni Pramoj to represent Thailand at the International Court of Justice over Khao Phra Viharn.

Oct 28

General Prapart Charusathien, Minister of the Interior, gives up eating Cambodian fish over the Khao Phra Viharn dispute.

Nov 1

Momrajwong Seni Pramoj, advocate for Thailand, says in a statement on TV that he is 100 percent certain of winning the Khao Phra Viharn case.

Nov 14

The official police spokesman appealed to the public not to hold parades and demonstrations over Khao Phra Viharn.

Dec 17

The International Court of Justice gives Cambodia a deadline of January 20 to file its complaints over Khao Phra Viharn.


1960
Oct 15

Cambodia will take the dispute with Thailand regarding possession of Khao Phra Viharn to the International Court of Justice.

Oct 26

Momrajwong Seni Pramoj is honored to defend Thailand in the Khao Phra Viharn case, without fee.

Nov 3

Prime Minister Field Marshal Sarit Thanarat hopes the UN will not permit Thailand to lose any beloved treasures, such as Khao Phra Viharn.

Nov 5

The last $2,500 of the Free Thai movement funds will be turned over to help the expenses of the Khao Phra Viharn World Court case.

Nov 19

Foreign Ministry tries to refute charges by a newspaper that it has done nothing useful in the Khao Phra Viharn case.


1961
May 26

The Court holds that it has jurisdiction over Thailand.

Oct 20

Sarit makes a speech that Cambodian leaders are courting communist countries and allowing them sanctuary with the aim of destroying the countries in Southeast Asia.


Oct 23
Cambodia severes ties with Thailand. All border areas adjacent to Cambodia were sealed


1962
Mar

"...the Thais in March found a new way to irritate the Cambodians by forbidding them to land at Bangkok Airport (the Cambodians promptly retaliated)..."

Apr 10

Court hearing begins.

Jun 15


The Court rules (9 vs. 3 votes) that Khao Phra Viharn belongs to Cambodia.
2
Restoration
-
"When the World Court awarded a frontier temple to Thailand's traditional enemy, Cambodia, Sarit was ready to refuse to hand it over. Bhumibol said the court's order would be obeyed."

Jun 24

Thailand believes US presidential adviser Mr Dean Acheson has misused his official position to act for Cambodia in the Khao Phra Viharn case.

Jun 28

Students of five universities are to march in Bangkok today to protest the World Court judgment for Cambodia over Khao Phra Viharn.

Jul 15

Over 200 demonstrations have been held over Khao Phra Viharn and the government is asking people to return to work.

Jul 18

Thailand will insist on a full demarcation of the border with Cambodia because of the unjust Khao Phra Viharn verdict.

Aug 24

A Cambodian infantry company entered Thailand to try to reach Khao Phra Viharn Temple but was driven off by gunfire.


1963
Jan 15 ?
Sihanouk attends flag-raising ceremony at Khao Phra Viharn.

Jul 2

In a televised address, PM Sarit explains that Thailand will comply with the Court ruling and withdraw from Khao Phra Viharn.

Jul 16

Khao Phra Viharn is officially returned to Cambodia.


Thursday, June 19, 2008

Keris, Islam...Seluar, Kristian?






Pelik sungguh...kalu pakai keris automatik Islam ka? Kalu lagu tu, Raja Siam sekarang ni kiranya Kristian lah sebab dia pakai seluar org putih atau Farang...

Walaubagaimana pun, keris dlm gambar di atas bukan keris Siam Islam, tapi keris Iran...

Tuesday, June 17, 2008

Narai o Narai, kenapa engkau berkeris?


Dengan merujuk lukisan di atas yg menunjukkan seorg Lebai berkeris terus mendakwa bahawa King Narai itu adalah Islam. Mereka dengan gelojohnya memetik tulisan M. Ismail Marcinkowski bagi menyokong andaian mrk. M. Ismail menulis:


..."King Narai himself is said to have been under Iranian cultural influence in terms of his daily food and dress and his preferred architectural styles", ..


Ismail menulis begitu dgn merujuk manuskrip "SAFINE-YE SOLAYMANI" (Ship of Sulaiman), manakala puak yg membuat andaian ini pula mencedok tulisan Ismail dari internet tanpa membaca sendiri manuskrip tersebut.


Yang sebenarnya, King Narai memang meminati cara kebudayaan luar termasuk cara berpakaian. Dia dikatakan di pengaruhi oleh perdana menterinya Aqa Muhammad, seorg bangsa Iran. Namun, hanya dari segi pakaian sahaja yg ditiru, dari segi pegangan agama tidak pula, sebagaimana disebut oleh penulis:


..He (Narai)delved into the percepts on the natural disposition and lusts of man but when it came to beholding the beauty of the true Belove and mastering the Perfect Subject, which consists in knowing the one God, his inner eye of understanding remained limited to the bare exterrior of the world. Despite the breadth of his studies, the king held firmly to the path of ingratitude before his Maker and to this day he continues on the road of ignorance....(SAFINE-YE SOLAYMANI, Tr. O Kane, pg.99)


Walaubagaimana pun, penulis mendakwa bahawa hubungan antara org Siam (kafir) dgn org Islam semakin baik pada zaman King Narai berbanding zaman ayahanda nya.


...However, a certain degree of change did take place. Contrary to the fixed attitude which his father displayed, the presentt king has made certain concessions and the most basic beliefs he held, have been shaken to their foundation. His pagan faith is no longer so firm and the hatred which usually exists between the no-believers and the faithful, has disappeared..(SAFINE-YE SOLAYMANI. pg. 99)


Sekarang, tiba lah bahagian yg dipetik oleh Ismail kemudian di copy and paste oleh puak putar belit sejarah ni.


...the King of Siam sincerely was interested in raising himself, of acquiring distinction and improving his way of living, his household and his possessions. He was eager to learn about the other kings of the inhabitated world, their behaviour, customs and principles...Thus dressing himself with sincerity, he has abandoned his former style of clothing and he has started to wear Iranian clothes, our kind of long embroidered tunic, trousers, shirts and shoes and socks..


Keris??


..When his servants ask what kind of weapon he wishes to wear, he replies, 'What one wears must conform to one's rank and I find the Iranian style dagger (sejenis senjata spt Keris) alone worthy of my waist...


Maka, dari situlah ilustrasi pelukis yg melakarkan potret King Narai spt di atas itu. Namun, pelukis mungkin menambah sedikit supaya King Narai ini menjadi spt org Iran lalu menambah serban atas kepalanya, padahal King Narai tidak mahu pakai serban.


...But he (King Narai) has turned his head aside from wearing the turban because of its weight. He declares, 'My head has no desire for the elaborate crown of Jamshid. This simple cap of felt is proper to my station'...(SAFINE-YE SOLAYMANI, pg.99)


Begitulah adanya, catatan ini adalah catatan org yg hidup pada masa kejadian (real time) bukan catatan org yg hidup beratus tahun kemudian, yg hanya pandai memberi nama Sheikh itu, Sheikh ini, Abd itu, Abd ini kepada raja-raja Ayutthaya tanpa sumber yg sah. Hanya wasiat dari seorg yg gagap nak..nak..nak.. Semua dia nak, termasuk nak jadi raja, bukan raja-sebarang raja malah Yg Dipertuan Agong...ntah la Labu...

Kadang-kadang pelik juga, mrk ini bercerita tentang Siam, tapi bila terjumpa potret org berkeris mrk terus buat kesimpulan bahawa org itu adalah Islam kerana keris adalah senjata Melayu. Dlm penutup satu artikel mrk, mereka menyoal. 'Keris ini melambang Muai (Thai) atau silat? (Melayu). Kadang-kadang mrk lupa yg mrk bukan bercerita pasal Melayu, tapi tentang Siam. Siam tetap Siam lah, walau ugama apa pun mrk tetap Siam yg cakap Siam, senjata pun cara Siam. Kalau keris, bukan Siam tapi Makasar.

Thursday, June 12, 2008

Wednesday, June 11, 2008

Maki Hamun Carut Marut

(Hari ini saya melawat blog anai-anai dapati dalam satu komen menjawab soalan seorg pengunjung dia mengamuk sakan. Perhatikankan perkataan-perkataan yg lepas dari hati seorg waris Syah Alam Yg Maha Mulia bila baginda murka)

...Pasal mamat tu kau jangan pedulikan dia sebab dia tu Siam Kafir Laknatullah, menyamar sebagai Melayu. Dia kata kita curi sejarah raja Thai padahal dia tak cermin muka dulu, sebenarnya raja thai yang curi sejarah Siam Islam, sebab tu kena rujuk arkib raja thai yang ada banyak lagi manuskrip tulisan jawi bila nak buat filem. Bangsa Thai wujud tahun bila, sedangkan bangsa Siam Islam wujud jauh lebih awal dari bangsa thai. Bukti pun ada. Kalau sejarah Siam Islam berkisar setakat di Ayuthia saja kenapa ada peta menunjukkan Siam jauh lebih besar sampai ke Pulau Jawa. Bukan peta lama pun, peta tahun 1700++ saja. Suruh dia tunjuk mana lagi makam 30 raja siam (kesemuanya 33) kalau ada di Thailand hari ini, yang ada pun 3 sahaja, tu pun sebab mangkat disana. Kenapa U-UK sebut adat Siam tapi dalam teks jawi, ada undang2 agama Islam pulak tu didalamnya? Orang macam tu memang tak ada prinsip, tak ada otak, kau cakap macamana pun tak jadi apa, tunggul bebal, suka cakap kotor dan penuh dengan maki hamun. Logik xade, fikir guna kepala lutut. Ajak berbincang tak mau. Kau biarkan je, nanti dia tahu la langit tinggi rendah, dia nak lari p tang mana, Malaysia ni pun bukan besag mana pun. Dia ingat dia hebatlah, megah, dia belum kenai lagi, tak pa. Jangan kata dia, Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah, inikan pula dia. Itulah mentaliti pekerja basuh kandang anjing kat kedai di Kampung Pandan tu, jaga pam minyak shell, buang masa je kau layan....

Selama ini walau Yadeh provoke mcmana pun, dia baginda tak akan lepas perasaan dlm blog baginda sendiri, tak mau menjatuhkan martabat blog baginda dan juga status baginda yg merupakan Pensyarah kanan di sebuah universiti tempatan (Pensyarah subjek Seni Lukis dan Senireka). Walau bagaimanapun, baginda tetap manusia biasa, perasaan murka tetap ada, lalu baginda mencipta satu blog (sejarahnagaraketag.blogspot.com) yg diguna semata-mata utk maki hamun dan mencarut terhadap Yadeh.
Baginda kata Yadeh selalu maki hamun..mana maki hamun..Yadeh cuma menyangkal dakwaan baginda yg mengatakan raja-raja Ayuthia itu Islam..Yadeh kata bukan Islam..itu saja..maki hamun ka mcm tu? Yg baginda seranah Yadeh Siam Kafir Laknatullah, itu bukan maki hamun ka? Yadeh rasa semaha-maha maki hamun, maki kata Kafir Laknatullah inilah maha segala maki...
Lagi satu baginda sebut dlm komen :..nanti dia tahu la langit tinggi rendah, dia nak lari p tang mana, Malaysia ni pun bukan besag mana pun. Dia ingat dia hebatlah, megah, dia belum kenai lagi, tak pa.

Apa ke jadahnya ini Tuanku? Preofesional sikit la Yg Maha Mulia. Tak kan kalah berdebat nak main kasar pulak..tak kan nak kirim skuad Razak Baginda utk bantai Yadeh..Ampun Tuanku berjuta-juta (ribu ampun sikit sgt) ampun, sembah Yadeh harap diampun..tolong jgn apa-apakan Yadeh..sampai masa Yadeh mati jugak..biar Yadeh mati dgn sendiri...
Bapa menakan Yadeh Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah? mana ada..baginda masih macam biasa, masih disayangi rakyat. Ahli-ahli politik Thai yg berbalah masing-masing dok tunggu celah, nak tunggu pihak mana yg tersilap cakap yg boleh dikaitkan dgn menghina raja, dpt point kalu, siap la pihak yg terlepas cakap tu..kat Thailand, buat silap benda lain boleh, buat silap terhadap raja, sayonara la karier politik tu..raja kat negara lain ada ka mcm tu? Bila satu pihak ugut nak dakwa satu pihak kerana hina raja, pihak yg nak kena dakwa tu kata: SO WHAT?
Baru-baru ni Raja Bhumiphol Adulyadej gering dan masuk hospital, kawasan hospital tu penuh dgn rakyat tak kira bangsa, ada menangis, ada yg meraung, ada histeria (tang ni Yadeh tak berapa setuju..semua org akan mati tak kira sapa, buat apa histeria sampai mcm tu sekali)..tapi ini menunjukkan yg Raja Bhumiphol Adulyadej belum pun dah panas, menggelupur duduk tak senang, tapi sakit pening baginda menjadi kerisauan rakyat jelata. Kat negara lain ada mcm tu ka? Apa maksud Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah wallahualam.
Oh ya, Yg maha mulia turut mencaci Yadeh kata penjaga kandang anjing..anjing pun anjing lah..sekurang-kurangnya anjing tak pandai muhong..dlm bhasa Siam, anjing di sebut MA...kiranya Kedah Pasai Ma itu ialah Kedah Pasai Anjing lah nohhh..

Tuesday, June 10, 2008

Kunci Hilang



(Artikel di bawah saya copy dari web site lain. Harap tuan-tuan baca dan guna minda yg matang utk menilai. Sebarang komen dalam shout box akan saya delete kalau saya fikir ia keterlaluan)

A 12th century key to the Kaabah in Makkah, Saudi Arabia, the holiest site in Islam, is seen in these undated handout photographs released in London 10 April 2008. The key sold for 9.2 million pounds late on Wednesday, setting a new record for an Islamic work of art at auction. The Abbasid period key, made of iron and measuring 37 cm long, sold at Sotheby's in London for more than 18 times its pre-sale estimate and was bought anonymously. It is the only known example to remain in private hands. The key, one of the ultimate symbols of religious power, is engraved with the words: "This is what was made for the Holy House of God during the time of our lord the Imam son of Imam Al-Muqtadi Abu Ja'far Al-Mustansir Abu'l-Abbas 573." According to the auctioneer, the tradition of dedicating the key to each caliph appears to have originated with the Abbasid caliphs in Baghdad. In addition to the example sold at Sotheby's this week, there are 58 recorded Kaabah keys, all held in museums. Most, 54, are in the Topkapi Palace Museum in Istanbul, two are in the Nuhad Es-Said Collection, one is in the Louvre in Paris and one is in the Islamic Art Museum in Cairo. (Reuters/AFP/Sotheby's)

Misteri Kunci Ka’bah, Umat Islam Wajib Mengembalikannya ke Tempat Semula

Saleh Al-Shaybi, orang yang diserahi tanggung jawab untuk menjaga Ka’bah, menghimbau Muslim yang kaya di seluruh dunia untuk membantu mengembalikan kunci Ka’bah yang terjual seharga 18 juta dollar di balai lelang Sotheby, London sepekan yang lalu.Shaybi dan nenek moyangnya telah mengemban tugas menjaga Ka’bah sejak berabad-abad yang lalu. Ia mengatakan, kunci Ka’bah yang berusia 800 tahun itu kemungkinan dicuri, meski tidak diketahui apakah kunci yang terjual di balang lelang itu palsu atau asli.Sejumlah kalangan di Arab Saudi bereaksi setelah membaca pemberitaan di media massa tentang terjualnya kunci Ka’bah tersebut. Sejarahwan Saudi, Hani Fairouzi mempertanyakan bagaimana kunci Ka’bah bisa dicuri. Ia mengatakan, pencurian itu bukan tindakan kriminal biasa, tapi bisa dibilang sebagai perampokan terhadap masyarakat secara keseluruhan.“Sungguh menyedihkan, ketika tahu ada warisan sejarah yang tak ternilai harganya telah diselundupkan dari tempat di mana benda itu seharusnya berada. Dengan segala hormat dan penghargaan pada Saleh Al-Shaybi, saya ingin mengatakan bahwa para penjaga Ka’bah juga bertanggung jawab atas kunci-kuncinya, ” kata Fairouzi.Ia juga meminta pihak berwenang di Kerajaan Saudi untuk melakukan penyelidikan. “Jika kunci Ka’bah saja bisa diselundupkan, benda-benda bersejarah lainnya kemungkinan bisa bernasib sama. Faktanya, kunci itu dipercayakan Rasulullah pada keluarga Shaybi, keluarga yang paling bertanggung jawab dibandingkan dengan lainnya. Adalah kewajiban umat Islam di dunia, termasuk Kerajaan Saudi untuk mengembalikan kunci itu ke tempat asalnya, ” tukas Fairouzi.Menurutnya, Organisasi Konferensi Islam, Liga Muslim Dunia dan asosiasi-asosiasi Islam lainnya harus bekerjasama untuk mengembalikan kunci Ka’bah tersebut. Fairouzi juga meminta UNESCO ikut turun tangan untuk menghentikan pencurian benda-benda budaya dan benda-benda yang dilihat dari sisi keagamaan, sangat penting.Penulis Saudi Al-Okayl ikut berkomentar. Ia menyatakan ada kontradiksi dalam pernyataan Al-Shaybi. “Dia tidak bisa memastikan apakah kunci itu hilang. Tapi ia menginginkan kunci itu dikembalikan, ” kata Okayl.Okayl berpendapat, keberadaan kunci-kunci Ka’bah seharusnya dicatat dengan baik, sehingga jika ada yang hilang bisa langsung terdeteksi. “Pencuri yang mengambil kunci Ka’bah akan melakukannya, setelah tahu nilai dan arti penting benda itu. Tujuannya, tentu saja untuk mendapatkan uang, ” ujar Okayl.Okayl sependapat bahwa umat Islam wajib mengembalikan kunci itu ke tempatnya semula. “Kalau pemiliknya sekarang minta harga yang tinggi, umat Islam bisa mengumpulkan dananya bersama-sama. Besar kemungkin, kunci itu dibeli oleh seorang Muslim. Tapi bisa muncul orang lain yang mengklaim punya kunci Ka’bah yang lain. Jadi, harus benar-benar diteliti, setiap upaya yang ingin mengeksploitasi sentimen umat Islam, ” tukas Okayl.

Kerajaan Sukhothai dan bezanya dengan Kerajaan Chakri


(Artikel di bawah ini merupakan tulisan seorang pengunjung blog ini. Sebarang bantahan atau teguran berkaitan artikel ini hendaklah diajukan terus kpd penulis asal artikel ini.)


Selamat sejahtera kepada para sahabat sekelian yang beragama Islam dan beragama Buddha, saya berharap agar saudara-saudari yang beragama Islam dan Buddha janganlah bermusuhan hanya kerana salah faham, kita semua adalah anak negeri Kedah tidak kira apa agama anutan kita.
Saya ada membaca Sejarah Nagara Kedah yang ditulis oleh seorang pengkaji sejarah yang tak tahulah belajar sejarah secara mendalam atau tidak. Kita bukanlah menolak semua yang dipaparkan mereka sebagai salah, malahan kita sangat menghargai usaha saudara-saudara kita dalam pencarian sejarah negeri kita yang tercinta, namun kita dapati banyak fakta yang ada dalamnya bercampur aduk dan ada setengahnya yang tidak masuk akal seakan-akan dongeng sahaja.
Marilah kita mulakan dengan permulaan Kerajaan Sukhothai, kerajaan Sukhothai memang sebuah kerajaan yang didirikan oleh orang-orang dari etnik Thai atau disebut Mieo dalam bahasa Siam, semua orang termasuk etnik Thai sendiri tahu nenek moyang mereka berasal dari China Selatan. Kerajaan Sukhothai mula didirikan pada tahun 1238 dan masih wujud lagi pada abad ke-14 masihi. Sebenarnya orang Thai sudah berada sejak kurun ke-7 Masihi lagi di utara Tanah Besar Asia Tenggara. Ada beberapa kerajaan yang didirikan oleh orang-orang yang berbahasa Thai iaitu di Laos iaitu kerajaan Lan Chang (medan gajah bukan cekap berjalan ka bergerak, takat amik ujung ja kawan aku cakap Melayu pon reti) yang dibangunkan oleh Tiao Fa Ngum di Luang Prabang atau Muang Sua pada zaman dahulu, Phayao, Chiang Sen, dan Lanna Thai atau Kerajaan Ribuan Sawah di utara Thailand. Sekarang ini kita selalu dengar tentang orang Thai Shan di Chiangmai, Lanna Thai letaknya di kawasan itu lah.
Sukhothai sebenarnya merupakan sebahagian daripada kerajaan naungan yang diperintah oleh kerajaan Khmer Chenla sehinggalah dua orang panglima bernama Po Khun Pha Muang dan Pho Khun Bang Glang Hao mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1238. Mereka mendirikan sebuah kerajaan yang ditadbir orang Thai dikenali sebagai Sukhothai dengan Po Khun Bang Glang Hao menjadi rajanya yang pertama. Po Khun Bang Glang Hao menggunakan gelaran Po Khun Sri Intrathit.
Sukhothai memperluas empayarnya dengan membentuk pakatan-pakatan ketenteraan dengan kerajaan-kerajaan Thai yang lain. Sukhothai juga menjadikan agama Buddha Theravada sebagai agama rasmi kerajaan dengan bantuan sami-sami Sinhala. Ada juga kisah mengenai agama Buddha Theravada diperkenalkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunchai di tengah Thailand hari ini. Kerajaan Haripunchai merupakan kerajaan kecil yang didirikan oleh orang-orang Mon.
Po Khun Intrathit digantikan oleh anaknya Po Khun Ban Muang. Selepas itu Po Khun Ban Muang pula digantikan oleh adiknya Pho Khun Ramkhamhaeng pada tahun 1278. Sukhothai mencapai kegemilangan dalam pemerintahan Po Khun Ramkhamhaeng. Po Khun Ramkhamhaeng juga yang bertanggungjawab mencipta tulisan yang digunakan oleh orang Thai hari ini berdasarkan aksara orang Khmer boran (purba), anda masih boleh lihat tulisan Khmer purba di kuil-kuil Buddha di Thailand hari ini, aksara-aksara Sakyan tersebut tidak boleh dibaca atau difahami oleh orang awam sebaliknya diketahui oleh sami-sami yang belajar kitab suci. Tradisi mencacah badan dengan lukisan-lukisan suci dan tulisan-tulisan suci itu sebenarnya budaya orang Khmer.
Siam mula digunakan sebagai nama empayar bermula dengan pemerintahan kerajaan Sukhothai, kerajaan Ayuttaya hanya menggunakan nama empayar Siam selepas mengambil alih kuasa pada kurun ke-13 M. Empayar Siam semasa zaman Sukhothai menganjur dari Mortaban di Burma sehingga ke Luang Prabang di Laos serta ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga Nakhorn Si Thammarat di selatan. Macam hari ini juga lah, tiap-tiap kawasan dalam sesuatu empayar atau negara itu mesti ada kawasan pentadbirannya yang tersendiri dengan satu kerajaan pusat.
Siam memang berasal dari nama kawasan yang didiami oleh nenek moyang orang Thai di China iaitu Xian atau Sai-Am dalam dialek China Sichuan pada zaman kuno. Orang Siam dipanggil sebagai Mieo dan suku kaum ini memang masih wujud lagi di China hari ini seperti di Yunnan dan ada setengahnya sudah berasimilasi dengan orang Cina atau etnik Han zaman moden ini.
Selepas Po Khun Ramkhamhaeng mangkat, dia digantikan oleh anaknya Loithai. Semasa pemerintahan Loithai inilah, kerajaan-kerajaan kecil seperti Uttaradit di utara, kerajaan Lao di Luang Prabang, dan Wiengchan atau Vientiane membebaskan diri daripada naungan kerajaan Sukhothai. Banyak lagi kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah Sukhothai mula membebaskan diri daripada naungannya tapi tak perlu lah kita sebutkan semuanya. Kuasa kerajaan pusat mula merosot sehingga kembali kepada yang asal sahaja. Dalam masa yang sama, Ayuttaya di bawah pimpinan Thammaratcha ll mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menggantikan Sukhothai sebagai pemerintah pusat pada tahun 1319. Anda bolehlah lawati Thailand sambil melihat Sila Charuk atau inskripsi yang mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Sukhothai seperti Sila Charuk Po Khun Ramkhamhaeng dan Sila Charuk Wat Srichum (menceritakan perihal sejarah Sukhothai dan Sri Lanka) serta Sila Charuk Wat Pammuang (Rekod-rekod amalan keagamaan dan politik Raja Loithai).
Sukhothai masih wujud lagi dalam abad ke-13 M dan menjadi kerajaan di bawah naungan Sri Ayuttaya sekitar tahun 1365 M sehingga 1378 M. Pada tahun 1421, kerajaan Ayuttaya melantik Thammaratcha ke – IV menjadi raja Sukhothai . Sekitar tahun 1430 M, ibu kota Sukhothai dipindahkan ke Phitsanulok dan selepas kemangkatan Thammaratcha ke – IV, Sukhothai hanya menjadi sebuah daerah dalam Ayutthaya.
Sukhothai bukanlah dinasti yang sama dengan dinasti Chakri, harap saudara-saudari jangan terkeliru. Dinasti Chakri didirikan oleh Phya Thaksin pada kurun ke-16 M, sedangkan Dinasti Sukhothai didirikan pada kurun ke – 12 M seperti yang kita catatkan sebelum ini. Saya cadangkan saudara-saudari sekalian menonton filem bertajuk Suriyothai, dalamnya ada diceritakan sejarah serangan Burma di Siam dengan fokus kepada wirawatinya Suriyothai.
Hubungan orang Khmer dengan Siam
Pada kurun ke – 11 sehingga kurun ke – 12 ke timur Thailand zaman moden, ibu kota bagi kerajaan orang Khmer adalah Angkor dan kerajaan mereka di Kemboja dikenali sebagai kerajaan Angkor turut meliputi sebahagian Thailand di timurnya. Pemerintah-pemerintah Khmer memerintah masyarakat yang sudah maju dari segi strukturnya serta mempunyai kawasan pemerintahan yang luas atau banyak negeri naungan dalam kerajaan mereka.dan budaya orang Khmer sudah merebak ke serata kawasan yang bernaung di bawah mereka. Orang Khmer berjaya menguasai jalan-jalan perdagangan di kawasan Thailand dan Indochina.
Kawasan yang dinaungi kerajaan Khmer sejauh Thailand hari ini, meliputi kawasan timur laut sehingga ke tengah Thailand atau Bangkok zaman sekarang ini selain menjangkau kawasan di barat seperti daerah Kanchanaburi. Raja-raja Ayuttaya mengamalkan adat-istiadat orang Khmer termasuklah dari segi bahasa Istana, pakaian, serta adat-adat pertabalan. Tidak seperti kerajaan orang Thai sebelum itu iaitu kerajaan Sukhothai yang mengamalkan konsep raja sebagai bapa kepada rakyat, kerajaan Ayuttaya mengamalkan konsep Dewaraja atau menyembah kepada Raja, maksudnya peribadi Raja itu suci, ini pun warisan daripada orang Khmer. Pada kurun ke- 16 M, Ayuttaya sudah mencapai kegemilangan dengan menjadi satu empayar yang terkaya dan terbesar di Asia Tenggara, setara dengan London lah kalau ikut pengaruhnya. Sejak awal kurun ke – 16 M lagi, Portugis sudah membina hubungan dagang dan membekalkan senjata api kepada Ayuttaya yang juga terpaksa menghadapi saingan daripada kerajaan Thai lain yang menjadi saingannya di Chiangmai.
Thailand dikenali di Barat dengan nama Siam sehingga tahun 1939. Sayam iaitu sebutan yang betul bagi Siam berasal dari dialek bahasa Cina di Sichuan.

Kerajaan-kerajaan dalam Kemboja
Ada lima zaman yang boleh kita bahagikan dalam sejarah negara Kemboja, kerana negara ini turut terlibat dalam empayar Siam. Dari abad pertama Masihi, kerajaan Funan atau Phnom yang mempunyai sistem pemerintahan dan kehidupan yang berasaskan kebudayaan dari India. Pemujaan raja sebagai Dewaraja mengikut mazhab orang Brahmin kerana orang Brahmin turut serta dalam pentadbiran dalam Istana Kemboja. Aksara India juga turut diterima menjadi tulisan bagi bahasa orang Kemboja atau Khmer.
Antara abad ke – 6 dan abad ke – 7 M, sebuah lagi kerajaan Khmer yang dikenali sebagai Chenla menakluki negara jirannya iaitu Funan atau Phnom. Kerajaan Chenla masih mengekalkan ciri-ciri pentadbiran dan budaya yang sama dengan kerajaan yang ditaklukinya dalam sistem pemerintahan di Istana. Selain itu, kerajaan Chenla turut menawan kerajaan-kerajaan sekelilingnya yang kini berada dalam kawasan Laos, Vietnam, dan Thailand.
Chenla kemudian digantikan oleh kerajaan Angkor yang menandakan zaman klasik di Kemboja bermula kurun ke – 9 M. Kerajaan ini kekal sehinggalah pertengahan kurun ke – 15 M. Semasa zaman ini, orang Kemboja sudah mencapai kemajuan dari segi seni bina dan pencapaian mereka dalam bidang ketenteraan. Kerajaan Angkor kehilangan negeri-negeri naungannya secara beransur-ansur apabila orang Vietnam dari utara menyerang dan apabila kerajaan-kerajaan kecil orang Thai memberontak dan membebaskan diri dari naungannya.
Protektorat Perancis mula masuk ke Kemboja dan membuat perjanjian pada tahun 1863. Mereka memasukkan Kemboja ke dalam wilayah naungannya atau dijajah secara tak langsung. Kemboja menyertai Kesatuan Negara-negara Indochina pada tahun 1887. Indochina jatuh ke tangan Jepun semasa perang dunia ke – ll, tetapi Perancis menuntut Kemboja kembali pada tahun 1945 sebagai sebahagian daripada kesatuan negara-negara yang dinaungi Perancis. Raja Norodho Sihanouk yang ditabalkan dengan restu Perancis pada tahun 1941 telah ditekan oleh parti nasionalis untuk menuntuk kemerdekaan yang diberikan kepada Kemboja pada tahun 1953.
Apa yang generasi muda Thailand dan Malaysia tidak ketahui?
Generasi muda Thailand hari sama lah macam generasi muda Malaysia yang hanya tahu nak berseronok, bersenang-lenang, dan tahu nak glamor sahaja. Perkara tentang sejarah mereka tak tahu sangat, macam yang di Malaysia ni mereka guna sejarah yang bercampur aduk untuk tuntut harta pusaka. Itu hak mereka lah kita tiada kena mengena, tapi yang sakitnya apabila Kedah dikatakan sebagai tempat bermulanya kerajaan Ayuttaya.
Dalam buku sejarah termasuklah kalau kita mengkaji kitab-kitab hikayat seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terung Pipit dan Tarikh Salasilah Negeri Kedah pun, Kedah bukanlah negeri orang Thai walaupun semasa zaman Ayuttaya ia pernah menjadi negeri naungan Ayuttaya, sebab kita dan orang sebelah Thailand sana pun tahu yang etnik Thai berasal dari utara. Marahlah orang Kedah atau orang Islam dari Kedah kerana negeri Kedah yang bertamadun lama sejak mencapai kegemilangannya pada kurun ke – 5 M dikatakan baru memulakan kerajaan bertamadun pada abad ke -13 M. Kerajaan Kedah pada kurun ke – 5 M diperintah oleh raja Bhagadatta atau Misi Sripura, ada juga disebut dalam rekod China dan Arab. Namanya bukan nama Islam pun, kita pun tak tahu nak tafsir nama ini mengikut bahasa Siam juga, mungkin bahasa Siam Kedah boleh menafsirkannya wallahua’alam.
Berbalik kepada pembelajaran sejarah di Thailand sebab orang Melayu tak tahu baca aksara Thai dan tak cakap Siam macam puak-puak Raja Kapur, mereka terutamanya golongan berpendidikan sering membezakan etnik Khmer dan etnik Khom sebagai etnik yang tidak berkaitan. Mereka terkeliru apabila mengatakan orang Khom yang membina Angkor Wat dan Angkor Thom, orang Khom juga dikatakan membangunkan empayar yang tidak kurang besarnya juga. Oleh itu, mereka terkeliru apabila mengatakan bahawa budaya Khmer berasal dari Thailand.
Sekarang baru kita masuk topiknya betul-betul takut anda semua tercampur-aduk. Perkataan Khom berasal dari perbendaharaan Thai lama iaitu “Khmer Krom” yang bermaksud orang “Khmer Tanah Datar”. Dalam bahasa percakapan yang ringkas, perkataan Khmer digugurkan sehingga yang tinggal hanyalah perkataan “Krom” yang bermaksud “Tanah Datar”. Perkataan ini lama-lama disebut sebagai “Klom” atau “Kelom” dan akhirnya menjadi “Khom” sahaja. Bagi orang Kemboja pula bukan kita tafsir sendiri, mereka kata Khom bermaksud sabar berasal dari akronim dua perkataan atau aksara Khmer iaitu Khmer [kho] + Mon [mo] = Khom. Dua etnik ini tergolong dalam golongan orang Darat pada zaman moden sebab kerajaan mereka jauh dari laut atau mereka tak berapa suka duduk dekat laut.
Ciri-ciri kebudayaan dalam budaya orang Thai yang dianggap sebagai berasal dari India seperti seni bina kuil atau wat, corak-corak seni, serta perkataan-perkataan bombastik yang ada dalam perkamusan Siam tu bukan masuk terus dari India. Ciri-ciri tersebut melalui pelbagai pihak sebelum diterima oleh orang Thai. Mula-mula budaya dan agama dibawa dan disebar oleh orang Sinhala (mungkin juga Tamil), selepas itu diterima dan diubahsuai sedikit oleh orang Mon atau orang Khmer. Menurut M. R. Kukrit Pramoj, seorang cendekiawan dan bekas Perdana Menteri Thailand, konsep Dewaraja dan beberapa kosa kata yang khas berkaitan dengan bahasa Diraja di Thailand sebenarnya diterima daripada Kemboja.
Budaya Thai di Thailand berasal daripada budaya Khmer purba, Kemboja juga turut terlibat dalam memperkenalkan seni mempertahankan diri tempatan. Muay Thai dikatakan mempunyai pergerakan yang sama atau hampir sama dengan Pradan Serey di Kemboja. Muay Thai di Thailand asalnya boleh dikesan melalui Muay Boran (tinju purba). Ia merupakan sejenis cara berperang yang digunakan oleh tentera Siam di samping Krabi Krabong, negara berjiran seperti Laos pun ada memberi pengaruh kepada seni mempertahankan diri ini.
Ayuttaya pernah diserang Burma dua kali. Raja Ayuttaya pernah minta perlindungan dua kali di bandar Odong dan merayu raja-raja Khmer membantu dalam usaha membebaskan Ayuttaya. Begitulah caranya tentera Siam atau Thai menerima Muay Thai atau Khmer Muay Boran. Di Kemboja pun tiada wat yang mempunyai tulisan suci dalam huruf Thai, tapi di Thailand ada tinggalan kerajaan Angkor (purba) yang berselerak di seluruh Thailand. Anda boleh lihat pula budaya mencacah tubuh orang Thailand dengan tulisan suci dengan aksara Sakyan, aksara Sakyan tu sebenarnya aksara purba Khmer. Tanya lah kat tuk sami yang ada di Thailand, depa pun tahu cerita, cuma kerajaan masa zaman Rathanayom tak bagi tuk-tuk sami buka mulut saja, nanti kena hukum bunuh atau kena penjara. Puak-puak Istana la ni pun tak ramai dah tahu cerita, depa pun sama lah macam tuk sami, takut kena penjara.
Berabad-abad lamanya orang Tai (Thai) turun ke selatan melalui daerah Yunnan tempat asal mereka di China selatan dan menetap di utara Thailand sehingga sekarang. Mereka terpaksa keluar kerana perluasan kuasa Kubilai Khan iaitu Maharaja dinasti Yuan (Monggol) di China. Orang Thai memanggil kawasan tanah yang subur sebagai “Semenanjung Keemasan” dan membangunkan kerajaan-kerajaan kecil serta berusaha membebaskan kerajaan mereka seperti kerajaan Sukhothai daripada naungan dan pengaruh Kemboja.
Daripada latarbelakang yang telah disebutkan, munculnya kerajaan Ayuttaya. Putera Uthong merupakan anak kepada Raja kerajaan Chiang Saen, kerajaan ini dibangunkan orang Thai pada kurun ke – 13 M, bukan orang Melayu atau Cina. Putera Uthong dimahkotakan sebagai Ramathibodi l pada tahun 1350 selepas merampas kuasa daripada kerajaan Sukhothai. Dia meluaskan kerajaannya dan empayar Siam dengan mengambil kawasan Sukhothai dan sesetengah kawasan yang sekarang ini sepatutnya kawasan Kemboja termasuk Chainat dan Lopburi. Ibu kota Ayuttaya terletak 400 batu dari kerajaan Sukhothai.
Orang Siam tahu budaya Siam dan sejarah dia, orang Siam pun tahu pasai budaya Khmer- Khom pasai depa dapat daripada puak ni lah pengaruh budaya dan bahasa. Kerajaan Funan di Kemboja boleh dikesan dari kurun ke -100 M sehingga kurun ke – 1400 M. Thailand dan Siam memang bermula sejak kurun ke – 1200 pun, apa yang sejarah kena padam? Kita pun tak paham sebab Istana Thai memang ambil model Khmer termasuklah perbendaharaan kata dalam bahasa Diraja Siam memang bahasa Khmer Boran.
Pemerintah zaman dulu-dulu memang minat dengan benda-benda Khom-Khmer ni. Misalnya, Khun Pa Muang yang bertanggungjawab dalam bantu membangunkan Sukhothai serta memerintah Muang Rad la ni kat utara Thailand diberi gelaran Sri Intirabodintirathit sebelum dipendekkan jadi Si Intrathit saja. Gelaran ni depa amik daripada nama dewa penjaga atau Pi Fa bandar atau Muang Sri Sothonpura. Lambang kerajaan Khun Pa Muang pulak diberi nama Pra Khan Jayasri atau pedang Jayasri. Permaisurinya pula bergelar Sikara Maha Tewi. Semua lambang kerajaan ni kurniaan Raja Angkor.
Kita pun boleh tengok lagi Sila Charuk atau inskripsi sebagai bukti di Wat Srichum di Sukhothai, batu ni memang tak boleh dipersoalkan lagi keasliannya sebab ia masih baru lagi sekitar abad ke -14 M, jadi mudah nak jalankan kajian berbanding benda yang dah berkurun-kurun. Istilah Thai, Pi Fa digunakan untuk merujuk raja dan istilah Sri Sothonpura secara langsung merujuk raja Khom-Khmer serta bandar dirajanya. Raja Khom-Khmer tu berkemungkinan Raja Jayawarman V111 (1243 M – 1295 M) dengan bandar dirajanya Sri Sothonpura yang melalui kajian arkeologi tak dinafikan lagi sebagai Angkor Thom. Maha Tewi permaisuri Khun Pa Muang pula ialah anak Jayawarman V111, jadi Khun Pa Muang ni menantu la jugak kepada Jayawarman, Raja Angkor.
Sejarah kerajaan orang Lao Lan Chang di Luang Prabang pun berkongsi perkara yang sama. Fa Ngum yang merupakan raja pertama kerajaan Lao pernah meminta perlindungan di Angkor. Di sana dia diberikan tangkal Buddha Phrahk Bang dan berkahwin dengan Mahesi, seorang anggota keluarga diraja Angkor sebelum memerintah kerajaan Lao pada tahun 1353 M.
Kerajaan Ayuttaya pun sama, masih mengamalkan kebudayaan Khmer dari pertengahan abad ke – 14 M sehingga kejatuhannya. Yang menariknya kesenian dan kebudayaan Khmer dalam Istana diraja Thai menyebabkan berlakunya peperangan dan yang menang dalam peperangan mengambil kebudayaan tamadun yang kalah sebagai kebudayaan mereka, sehingga wujud pula dakwaan yang lebih pelik lagi apabila puak-puak di Kedah ini hendak merebut harta pusaka mengatakan Siam mencuri budaya Melayu dengan fakta yang tunggang terbalik dan bercampur-aduk dengan benda yang tak berkaitan, ni apa ke jadahnya? Buat apa pi campoq Kedah Tua dengan dinasti Ayuttaya?
Tamadun Khom-Khmer akhirnya tenggelam, seperti Sri Sothonpura (Angkor Thom atau Sri Yasodhapura), ibu negara kerajaan tersebut jatuh tiga kali ke tangan tentera yang menawannya. Mula-mula ditawan Raja U-Thong pada tahun 1369 M, kali kedua ditawan oleh Raja Ramesuan pada tahun 1388/9 M dan akhirnya jatuh kepada Raja Sam Phraya pada tahun 1431. Jatuhnya Sri Sothonpura bolehlah disamakan dengan kejatuhan Ayuttaya pada tahun 1767 M. Ha, ni kita nak perbetulkan, ahli sejarah Thailand pun salah juga bila mereka pesongkan fakta ini dengan menjadikan orang Burma sebagai kambing hitam sebab tak mahu mengaku orang Thai pun terlibat dalam kejatuhan kerajaan tamadun lama iaitu Angkor. Angkor pun boleh dikatakan sebagai kerajaan kepada orang Thai juga sebab orang Thai dah bercampur dengan orang Khom-Khmer. Orang Khmer sudah ada dalam Thailand dan kawasan-kawasan lain di Tanah Besar Asia Tenggara sejak 2000 tahun yang lalu, Thailand hanya wujud sejak 100 tahun yang lalu. Kalau anda melawat Thailand, jangan lupa lawati kuil-kuil di sana. Anda akan dapati sami-sami Thai ada pagoda Khmer yang melindungi penganut agama Buddha Thai. Nanti kita cari lain mengenai kawasan di selatan Thailand pula, nak letak semua dalam satu rencana boleh makan masa berhari-hari, dak pon keliru pula jadinya.

Kucailana, 10-06-2008