Thursday, July 30, 2009

Jejak Luang Phor Thuard


Orang cerita pasal sejarah dari wasiat, aku pun nak cerita sejarah dari wasiat juga. Namun cerita ini bukan wasiat yang disimpan oleh seorang saja tapi ramai juga yang mempunyai cerita yang sama. Ceritanya ialah berkaitan Luang Phor Thuard Jiab Nam Thalay Ched. (Jiab Nam Thalay Ched bermaksud Pijak Air Laut Jadi Tawar). Selain gelaran itu, keramat ini mempunyai gelaran lain lagi antaranya ialah SamiRamo, Luang Phor Thuard Watt Chang Hai dan lain-lain lagi. Sebab-sebab berkaitan gelaran itu akan diceritakan kemudian. Dalam artikel ini juga akan disentuh kaitan Luang Phor Thuard dengan candi-candi yang ditemui di Kedah.


Menurut wasiat turun temurun, Luang Phor dilahirkan pada bulan 4, tahun Mak Rong (thn Naga Besar) sekitar tahun 2125 (1582 M) iaitu kira-kira 427 tahun yang lepas di Amphor Sathing Phrak, Songkhla. Ayahnya bernama Nai Hu, seorang Siam Islam, manakala ibu pula ialah Nang Chan, Siam Budhha. (tiada paksaan dlm agama, dua orang dari agama berbeza boleh hidup satu bumbung). Luang Phor merupakan anak tunggal dan ibunya berusia 44 tahun ketika melahirkan beliau.


Menurut cerita, ketika baru lepas pantang, Nai Hu dan Nang Chan pergi ke huma mengerat padi manakala anak kecil itu dibawa bersama dan diletak dalam buaian yang digantung antara pokok iaitu ton wa dan ton maw (aku tak pasti Melayu sebut apa pokok ni, kat kampung aku dengar org Melayu panggil pokok Reyang, buah dia kalu masak warna hitam kebiruan, bila makan gigi dan lidah pun jadi biru juga). Tak semena-mena, dalam dua laki bini itu bekerja potong padi itu, kedengaran anak kecil mereka menangis lalu Nai Hu dan Nang Chan pun pergi tengok. Alangkah terperanjat bila mereka lihat seekor ular tedung selar sedang melingkar di buaian anak kecil itu. Rakan-rakan lain dipanggil untuk menghalau ular itu tapi bukan sahaja ia tidak mahu beredar tapi menegakkan kepalanya sambil mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Lalu Nai Hu dan Nang Chan pun dapat mengagak bahawa ini bukan sebarangan ular, pasti ia adalah jelmaan dari sesuatu yang sakti. Sejurus itu, Nai Hu pun mengambil padi dan digoreng jadikan bertih lalu disembahkan kepada ular bersama bunga-bungaan. Selesai sahaja Nai Hu berbuat demikian, ular pun beredar dan kedua laki bini pun menerpa ke arah anak mereka dan mendapati terdapat sebutir geliga dalam buaian itu.


Ceritanya agak panjang, tapi aku cuba singkatkan supaya mata aku pun tak berpinar menaipnya. Ini cerita wasiat, mana boleh cut and paste..he..he. Oh..lupa pula, nama Luang Phor yang diberi oleh ibubapa ialah Pu. (nanti tentu ada org dari blog sebelah bagi penambahan pulalah tu..)

Maka setelah besar, Dek Chai Pu pun belajar di Watt DeeLuang, di Songkhla juga. Tak lama kemudian kerana tertarik dengan cara kehidupan sami, beliau pun mula jadi Sami junior (samanen).


Ketika Luang Phor lulus jadi sami senior, ibubapa beliau sudah berusia 60 tahun. Ada satu ketika, ibubapa beliau datang ke watt merayu beliau keluar dari sami dan jadi ketua kampung atau kamnan tapi beliau tidak berminat. Pada usia 25 tahun, Luang Phor pergi ke Nakorn SriThammaraj untuk menyambung pengajian dalam ilmu agamanya. Setelah itu beliau kembali semula ke Songkhla.


Cerita ini akan dipendekkan lagi, dah lewat ni. Maka pada satu ketika, Luang Phor pun bertolak ke negara kota Ayutthaya menumpang kapal layar. Entah apa bala, ketika melalui N. SriThammaraj, angin pun berpusing dan perjalanan tak boleh diteruskan beberapa hari. Disinilah titik permulaan mengapa Luang Phor digelar Keramat pijak air laut tawar. Dikatakan akibat tersadia beberapa hari di tengah laut, bekalan minuman pun habis. Anak-anak kapal dan penumpang lain sudah kelam kabut. Dipendekkan cerita, dikatakan Luang Phor telah mencelupkan kaki beliau ke permukaan laut dan para orang yang melihat ternampak air laut sekitar kaki Luang Phor itu berkilau lain macam. Lalu Luang Phor menyuruh orang mencedok air itu dan minum dapati air laut itu tidak masin dan boleh di minum.


Pendekkan cerita lagi, Luang Phor pun sampai Ayutthaya dan menetap di Watt ThaiSakwan. Dan ada satu ketika ada rombongan 7 kapal besar utusan dari Langka nak bermain bertaruh dengan raja Ayutthaya. Rombongan itu membawa 84,000 kepingan emas sebesar daun asam jawa setiap satu. Dalam setiap kepingan itu ditulis mentera Buddha dan disuruh ahli dari Ayutthaya menyusun mentera itu secara tepat. Kalu berjaya, hadiahnya 7 kapal bersama muatan, kalu tak berjaya, kena hantar ufti ke negeri Langka. Dan dipendekkan cerita juga, Maharaja telah mewakilkan Luang Phor menyusun mentera itu dan berjaya. Dan maharaja memberi gelaran SamiRamo kepada Luang Phor.


Skip lagi, tak lama kemudian, Luang Phor mohon dari Maharaja untuk pulang ke Songkhla, tapi kali ini Luang Phor mengembara melalui jalan darat. Di mana Luang Phor singah, di situ didirikan watt dan ada yang masih wujud sampai hari ini. Setelah berjalan bertahun-tahun, akhirnya Luang Phor menetap di Watt Chang Hai, Patani. Menurut sejarah, nama Chang Hai itu diperolehi kerana gajah yang menunjukkan tempat itu. Chang Hai bermaksud gajah beri. Diceritakan pada satu ketika PiJa (Raja) Saiburi atau Meang Sai mencari satu tapak untuk perbuat istana bagi adindanya. Untuk makluman, Saiburi ialah nama Siam bagi Kedah. Bermaksud raja Kedahlah yang nak buat istana tu. Sama ada raja tu tok nenek Nai Long Kassim atau bukan, wallahualam. Maka baginda melepaskan gajah untuk menunjuk tempat nak perbuat istana itu. Sampai satu tempat, gajah pun berpusing-pusing kat situ juga tak mau berjalan. Lalu Pija Saiburi pun nak pilihlah tempat tu buat istana, tapi adindanya tak berkenan pula. Lalu orang Siam rakyat Pija Saiburi masa itu pun buatlah watt kat situ, diberi nama Watt Changhai. kekal sampai hari ini.


Menetap di Watt Changhai tak lama, Luang Phor mengembara lagi sampai ke negeri Siam di sebelah sini iaitu Saiburi (Kedah), Pinang dan Perak. Menurut cerita, beliau meninggal di Perak. Sebelum meninggal, beliau berwasiat supaya mayat beliau dibawa pulang dan disemadikan di Watt Changhai. Menurut cerita lagi, kerja-kerja membawa mayat (ada cerita kata diusung, ada kata dibawa dengan gajah) memakan masa beberapa hari sehingga mayat beliau hampit reput dan mengeluarkan air kuning (air mayat). Dikatakan, setiap tempat di mana air kuning ini menitis ke tanah, pihak rombongan yang mengusung itu menimbunkan tanah dan memacak sebatang teras kayu sebagai penanda, dan kemudian mereka mendirikan candi ditempat-tempat yang ditanda itu. Di sinilah aku rasa yang candi-candi kecil yang ditemui di Kedah ada kaitan dengan Luang Phor. Candi bagi orang Siam ialah tempat simpan mayat atau abu mayat, dlm kes candi kecil yang dijumpai di Kedah tiada mayat didlmnya sbb ia hanya tempat persinggahan mayat sahaja.


Berasaskan maklumat ini, sejarawan dari Jabatan Sejarah Universiti Thaksin, Chaiwut Piyakul bersama pasukanya telah turun padang dan menyelidik beberapa tempat sebanyak 18 tempat bermula di Perak dan berakhir di Watt Changhai.

Tempat pertama ialah, di tebing Sungai Bah dan Sungai Kenaring, Mukim Kenaring, Grik, Perak. Di sini ada satu tempat di beri nama SamiMati oleh penduduk setempat.


Tempat ke 2 ialah Watt Kroh Dalam (Watt terbiar), Pengkalan Hulu. Jarak dari tempat pertama sekitar 80 km. Di sini ada satu tempat keramat yang penduduk setempat beri nama Sami Hujan. (menurut cerita, berlaku kemarau di sini dan Luang Phor telah mohon hujan lalu hujan turun, maka keramat itu digelar sami hujan). Di katakan Ajarn Phim iaitu ketua Sami Watt Changhai pada tahun 2505 (1962) telah datang ke sini untuk mendapatkan tanah di sini dan di bawa balik ke Patani utk dicampur dengan adunan lain bagi membentuk arca atau amulet Luang Phor Thuard. (aku antara seorang yang memiliki amulet Luang Phor Thuard keluaran tahun tersebut).


Tempat ke3, Watt Cadap (juga terbiar), di Belukar Semang, Kroh, Perak. Jarak dari tempat ke2 kira-kira 3 km, dipercayai juga menjadi tempat rehat rombongan membawa mayat Luang Phor. Namun menurut Chaiwut, tiada bukti kukuh ditemui di sini.


Tempat ke4, Koh Meru, Baling. Di sini jarak dari tempat ke3 sejauh 14 km. Pada setiap 15 haribulan, bulan 5 setiap tahun diadakan upacara keagamaan oleh masyrakat Siam di sini.


Tempat ke5, Bukit Sami atau Khuan Phrak, menurut Chaiwut lokasi ini ialah di Kedah, namun tiada bukti kukuh yang ditemui di sini.


Tempat Ke6, Bukit Candi atau Khuan Chedi, di Teloi kanan. Dipercayai terdapat sebuah candi dibukit itu, namun pemilik tanah yang merupakan orang Islam telah memusnahkannya. Ada juga yang menamakan tempat ini Bukit Gong atau Khuan Gong kerana Dahulu kala pada malam penting agama Buddha dikatakan ada bunyi gong datang dari arah bukit ini.


Tempat ke7, Watt Nang Plaeng atau Padang Peliang. Tempatnya ialah berhampiran Watt ketika ini.


Tempat ke8, Watt Thung Kwai...

dan detailnya selain 10 lokasi lagi akan disambung kalu ada masa...harap bersabar. Dah Siam Malaysia malas nak korek sejarah tempat sendiri, kita baca saja hasil usaha orang luar (Siam Thailand)


Gambar di atas ialah tugu Luang Phor Thuard yang paling besar di Thailand, bertempat di Hua Hin, Prak Chuapkirikhan.






Thursday, July 23, 2009

Siam Islam?

Siam adalah Siam. Mereka yang anti Siam di selatan Thai menggelar dengan gelaran kebencian iaitu Siam Buddha Kafir Harbi. Mungkin sangat sedap mulut mereka dengan gelaran itu dan hati pun terasa puas dapat keluar gelaran itu dari mulut.
Tapi nak gelar apa pun, kadang-kadang sesuatu perkataan itu terasa kesan atau bahangnya bila dituju pada bangsa tertentu. Bagi bangsa lain pula contohnya bangsa Siam, gelar mcm tu mrk tak rasa geli sikit pun.

Tapi ada satu aliran baru dengan sumber rujukan sejarah cara sendiri mendakwa Siam adalah Islam, yg kafir ialah Thai. Mujur orang Thai tak reti baca bahasa Melayu, kalu tidak tentu mrk pening sebab sejak zaman nenek moyang mereka tahu yang Siam dan Thai adalah benda yang sama.

Kalau Siam ni Islam, tak tahulah Islam aliran mana pula sebab setahu aku tak ada istilah-istilah aktiviti harian Islam dalam bahasa Siam. Mustahil sangat kalau sesuatu bangsa itu menganuti agama tertentu tapi tak ada istilah atau bahasa bagi merujuk kegiatan harian atau kegiatan rutin agama dalam bahasa mereka. Kalau kita lihat hari ni kalau seseorang ibu yang menasihati anak nya yang keluar merantau dia berpesan :" duduk kat sana nanti jangan tak sembahyang pula"
Ini adalah pesanan popular keluarga Islam kepada anak cucu mereka.
Agak-agak Siam Islam zaman Ayutthaya pesan anak cucu mereka macam mana? Tak ada istilah Islam dalam bahasa Siam sama ada merujuk sembahyang, puasa, haji, dan lain-lain.
Orang Islam di Siam memang ada, tapi Siam Islam memang tak ada. Jangan dok merapu..
Orang Islam di Siam bukan orang Siam tetapi merupakan Arab, Makasar, Melayu dan lain-lain.
Dan pihak Siam tidak pernah cuba menutup kewujudan mereka, malah nama Makasar di abadikan sebagai nama sebatang jalan di Bangkok sampai hari ni.

Kira-kira bagus juga puak yang dok canang tentang Siam ni. Pendedahan mereka tentang nama semenanjung Tanah Melayu yang asalnya adalah Semenanjung Siam Malaca itu bolehlah membuka mata orang yang tak tahu atau tak jelas lagi siapa sebenarnya pendatang. Sebenarnya bukan cerdik pandai tak tahu hakikat ini, tapi sengaja simpan bukti ini bawah tikar, untuk kebaikan sesetengah pihak juga. Tapi kita tak perlulah perbesarkan sangat isu siapa pendatang, siapa datang dahulu, siapa datang kemudian. Berdebat tentang isu ini serupa debat isu ayam dengan telur, tak ada kata putus yang mana datang dulu. Takut debat-debat nanti, yang terbukti datang dulu ialah kaum India, naya besar pula. Tentu puak Hindraf pula yang untung atas angin.