Friday, July 4, 2008

Fitnah tak habis-habis

Nampaknya perkembangan negara Malaysia hari ini bersemarak dengan fitnah memfitnah. Siapa fitnah siapa, sukar untuk kita memutuskannya. Apa pun, artikel kita hari ini bukan membincangkan fasal fitnah zaman moden ini, tapi berkaitan fitnah pada zaman Ayutthaya.
Sebenarnya kejadian fitnah ini berlaku di kalangan orang-orang Islam (Iran) pada masa itu. Perkara ini timbul kerana mereka dengki mendengki sesama sendiri dalam merebut jawatan penting istana semasa pemerintahan King Narai. Pada hal kedatangan mereka pada mulanya adalah bertujuan berdagang tapi oleh kerana King Narai amat memerlukan bangsa asing untuk menjalankan pentadbiran yang berkaitan perhubungan luar negara, maka puak-puak Iran ini telah lupa bidang sebenar mereka iaitu berniaga dan mula tamakkan jawatan politik pula.
Antara fitnah yang berlaku termasuklah memfitnah bahawa perdana menteri King Narai iaitu Aqa Muhammad telah berbohong kepada King narai...

Dalam Ship Of Sulaiman menyebut:

..Due to their lack of intergrity, which is a coomodity always wanting in the low-bred, they were quick to stumble into the meshes of mischief and sedition. They become embroiled in mutual hatred, malice, jealousies and all manner of perverseness. ..
..They repeatedly complained to the king..

Dan pada kesudahannya, King Narai sangat murka kepada Aqa Muhammad.

...His Majesty became angry with Aqa Muhammad and accused him of not telling the truth..The king ordered attendants to sew Aqa Muhammad's two lips together with strips of cane and they kept the wretched minister in that painful condition for the whole day...

Sifat dengki sesama sendiri antara puak Iran ini tidak habis setakat itu sahaja. Sesudah Aqa Muhammad meninggal, beliau meninggalkan dua orang anak. Semasa hidup Aqa Muhammad sebagai menteri, kedua anak nya ini juga turut membesar dalam suasana istana dan King narai menamakan mereka ini Chu Chi dan Chu Kia. Bila Bapa mereka meninggal, King Narai menyerahkan tugas Aqa kepada anak-anak ini..

..When their father died, the king passed on the old man's office to the two sons. As head of the Iranian community and a minister their father had been in charge of all business transactions. The son were now assigned that job...

Keadaan ini menyebabkan sifat dengki makin menebal:

...However, the other Iranians were jealous and hostile and they encouraged the young men's debauchery and caused them to be unsuccessful in their work...

Bukan setakat itu sahaja, mereka mula memfitnah bahawa kedua orang muda ini mempunyai rancangan untuk merampas tahta. Orang-orang Iran yang dengki itu terus menerus menghasut dan mengadu domba:

..Certain of Iranians, who were trying to further their own interests and had spread calumny againts the boys, were quick to take advantage of the opportunity. The most jealous of their number put their heads together and actually wrote out and order for the boys' execution, declaring, ' According to our religion (Islam) any one who behaves in such a manner and is disloyal to his lord, must be put to death...

Walau pun termakan hasutan puak dengki ini namun King Narai tidak mudah mengikut saranan mereka untuk menjatuh hukum bunuh terhadap budak-budak ini memandang King Narai menganggap mereka seperti puteranya sendiri sebagaimana dinyatakan dalam Ship of Sulaiman:

..The King acted nobly in this matter and through his messenger he announced, "I have raise these boys myself. I will neither kill them as some of you suggest nor will i pardon them. I have decided to send them into exile in certain part of my kingdom which is in the jungle far from the path of all travelers...

Semenjak itu, penulis mengatakan mereka tidak pernah lagi melihat kedua orang muda itu:
..while we were in Siam it was not possible the ascertain whether these boys were still alive or already died...

Mungkin kubur purba di Nakorn Srithammarat ada kaitan dengan kisah di atas? Untuk pengetahuan pembaca, di sebuah kawasan hutan di sebuah kampung terdapat sebuah kubur lama. Penduduk di kawasan ini masih beragama Islam. Kubur itu di namakan Kubor Kampong Lamo (Kampung Lama). Penduduk tempatan mengatakan kubur itu adalah milik Panglimo (Panglima)Che Teh. Kalau ada peminat sejarah hendak mengkaji lebih mendalam bolehlah pergi menziarah sendiri. Lokasinya ialah di Tambol MokLan, Amphor Thasala, Changwat Nakorn Sri Tammarat. Tapi pastikan anda boleh berbahasa Thai, Walau pun anak cucu Panglima Che Teh ini masih Islam, mereka tak faham bahasa Melayu. kalau anda tak boleh Thai Bangkok, Thai dialek seperti saya cakap sekarang ini ok, (Dialek Nakkorn Sritammarat atau Pathalung), dialek Siam Pendang atau Siam Kubur Panjang, minta maaf, mereka tak faham.
Menurut seorang Kamnan (Ketua Kampung) Hashim Saad dari Setul yang merupakan cucu cicit Panglima Che Teh, Che Teh ada adik bernama Alang. Alang pernah memetap bersama Che Teh di Thasala sebelum berhijrah dan menetap dan meninggal di Setul. Kuburnya pun masih ada dan terpelihara oleh anak-anak cucu di Setul. Di sebelah barat kubur Panglima Che Teh kira-kira 500 meter jaraknya terdapat satu kampung bernama Baluko Tok Alang (Belukar Tok Alang) mengambil nama sempena nama Alang, adik Panglima Che Teh. Menurut Kamnan Hashim Saad, Panglima Che Teh dinamakan Teh atau Puteh kerana kulitnya yang putih.
Adakah Panglima Che Teh dan Tok Alang ini anak-anak Perdana Menteri Aqa Muhammad yang dibuang daerah oleh King Narai?
Wallahualam bissawab.

Artikel akan datang: Fitnah yang membawa pembunuhan beramai-ramai orang Melayu Makasar di zaman Ayutthaya. Masih banyak lagi kisah menarik dari catatan perjalanan duta Parsi dalam manuskrip Ship of Sulaiman ini.
...

No comments: