Satu perangai orang kita bila terjumpa ular dia akan bantai ular itu. Sebabnya, pada pendapat mereka sekiranya kita tak bantai ular itu, ular itu akan bantai kita (secara patuk atau belit). Ini kerana naluri ular yang pakar membelit. Maka timbullah gurauan , (gurauan itu merujuk bangsa tertentu tapi saya tidak mahu melibatkan mana-mana bangsa sebab bagi saya semua bangsa adalah sama, ada yang baik ada yang buruk. Oleh itu saya gantikan bangsa itu dengan Bala), iaitu : "Kalau jumpa ular dengan Bala, elok bantai Bala dulu."
Logik di sebalik gurauan ini ialah, ular memang bahaya sebab suka belit. Tapi Bala pun suka belit dan belitannya lebih bahaya dari belitan ular, oleh itu kalau jumpa ular dengan Bala, bantai Bala dulu. Lepas tu baru bantai ular.
Dan rasionalnya tetap ada. Baru tak sampai 24 jam Bala membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib pernah main Altantuya depan belakang, Bala buat pengakuan bersumpah lagi bahawa Najib tak pernah buat begitu. Tidak kah ini belit namanya. Belit ini adalah belit segala belit yang melibatkan ketidaktentuan politik sesebuah negara. Antara dua pengakuan bersumpah itu sudah pasti ada satu daripadanya yang tipu (belit) atau pun lebih parah lagi, kedua-duanya adalah tipu (belit).
Begitu mudah dia bermain dengan undang-undang. Dan jangan terperanjat kalau sedikit masa lagi orang akan mempermainkan Quran pula bila bersumpah dengan junjung Quran. Bila ada dua pihak bersumpah, salah satu pihak tentu berbohong dan sekaligus mempermainkan kitab itu.
Saya nak cerita sikit tentang sumpah cara Siam. Pada masa saya kecil-kecil dulu pernah terdengar cara dua pihak yang bertikai nak menegakkan benang basah masing-masing. Cara bersumpah ini dalam bahasa Siam di sebut Kin Nam Bort (minum air sumpah). Dikatakan, kedua pihak yang bertelagah itu akan diberi minum air dari satu bekas yang sudah dijampi. Kebiasaannya, pihak yang bersalah akan berasa gusar dan terus mengaku kesalahannya kerana sekiranya dia meneruskan upacara Kin Nam Bort itu sedangkan dia tahu yg dia berada dipihak bersalah, tentu dia tahu akibatnya. Dikatakan bahawa selepas kedua-duanya minum air yang sudah dijampi itu, pihak yang benar tidak mengalami apa-apa tetapi pihak yang bersalah akan muntah darah. Dalam manuskrip The Ship of Sulaiman, penulis turut memaparkan cara-cara orang Siam Ayutthaya bersumpah, ada dua cara iaitu "Trial with water" dan "Trial With Fire". Cara Trial with water itu tidak sama dengan cara Kin Nam Bort tapi motifnya sama, iaitu mencari siapa benar siapa salah. Malas saya nak taip kedua-dua cara itu dilaksanakan, nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku The Ship of Sulaiman. Saya nak taip kesemua takut kena saman pulak nanti, buku tu dilindungi Hak Cipta.
Cara-cara mencari pesalah sistem purba ini semakin ditinggalkan bila dunia makin berubah di mana manusia mula guna cara lain seperti cara ugut, cara dera dan pada zaman moden ini secara santifik seperti ujian DNA dan sebagainya.
Sekian dulu Muhong kali ini. Kalu jumpa Ular dengan Bala, tulong bantai Bala dulu.
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment