Kewujudan Siam Islam sudah tentu sudah amat lama. Undang-undang Kedah ditulis pada 222 hijrah. Sudah tentu Siam wujud lebih awal dari tarikh itu. Yg peliknya, UUK bahasa Melayu bertulisan Jawi itu amat cantik dan moden bahasanya sedangkan secara ilmiah kita tahu pada tahun 222 hijrah itu, jangankan bahasa Melayu, orang Melayu pun belum wujud lagi. Kalau wujud pun, bahasa yang digunakan tidaklah semoden seperti dalam UUK. Bukti-bukti catatan pada batu-batu bersurat yang bertarikh lebih lewat dari tahun hijrah 222 itu menunjukkan bahasa Melayu kuno yang bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit. Kalau fikiran kita cetek, janganlah kita merendahkan kemampuan pengetahuan pembaca lain.
Seterusnya, hari ini kita dapati semua bangsa di rantau ini mempunyai bahasa lisan dan tulisan sendiri kecuali satu dua bangsa yg ada bahasa percakapan sahaja tetapi tulisan terpaksa meminjam huruf orang lain untuk menyampaikannya. Yang Siam Islam ni, bahasa percakapan Siam slang wayang kulit Asun, tulis UUK dalam bahasa Melayu guna huruf Arab.
Siam apa kejadah nih..cakap Siam, tulis Melayu. Melayu atau Siam nih..kalu Siam, dia cakap Siam, dia tulis pun tentu dalam bahasa Siam tak kiralah nak guna huruf apa pun. Tapi harus diingat, bahasa Siam hanya boleh guna huruf Siam, kalu guna huruf lain tak akan dapat difahami.
Yang cakap Siam tapi tulis bahasa Melayu ialah kita sekarang ni lah. Sesama kita, kita cakap Siam..bila pergi sekolah, kita kena baca dan tulis dalam bahasa Melayu guna rumi sebab kita bukan berada dalam negara Siam. Jadi yang Siam Islam ni cakap Siam tapi tulis UUK dlm bahasa Melayu, mereka ni kiranya Siam yg duduk dlm negeri Melayulah. Negeri mana tu? Kedah.
Siam Asli ada huruf tulisan tersendiri. Mujur mereka ini tak pandai baca dan tulis guna huruf Siam, kalu tidak tentu mereka klaim kata depa punya kesemua.
Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ya abdul,bngsa melayu wujud lg awal dr tarikh tu..sblom kdtngan org thai ke indocina,kami org melayu hidup rukun damai dngan bngsa mon dan khmer malah sama2 membina negara kota kami..kmudian dtg org thai lalu mnjajah dan mencuri budaya dan binaan org2 melayu,khmer dan mon...bhsa mlayu adlah bhasa asia tnggara dan bhasa dunia masa tu,buat apa tlis dlm bhasa yg hanya kamu aja paham,mcm bhsa inggeris skarang la..belajar sejarah jngan hnya merujuk thailang yg memutar belit sejarah...bngsa thai ada batu bsurat?prasasti?ada bukti rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan catatan-catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua?bngsa melayu ada...
Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja
"Mala Malayu iva Malayam raja"
Post a Comment