Pemberita: Pakorn Peungnet
Meja Berita Selatan, Dewan Isra
Ditengah-tengah kebanggaan angka penjenayahan yang kelihatan menurun suatu pertanyaan muncul: “Sungguhkah keadaan di kawasan 3 wilayah sempadan selatan berkembang ke arah yang lebih baik?” Jawapan mungkin tidak bermakna kerana pihak pengganas berpaling menyasarkan guru-guru sekolah dasar Thai buat kali lain, membentukkan gelombang keganasan yang paling hebat dan lebih kejam daripada dahulu.
Cuma 4 hari masuk bulan Karakadakom/Julai 2 orang guru dasar Thai terborban, Nai Rewat Waewsanga, 38, guru Sekolah Komuniti Wat Piyaram, Daerah Bandar, Pattani, dan Nai Weera Muencan, 54, pengarah Sekolah Ban Mahe, Mukim Bemang, Daerah Raman, Wilayah Yala (Jala).Kedua-dua orang guru sekolah dasar Thai tersebut terbunuh dengan cara yang sama iaitu sebelum ditembak mati mereka menunggang motosikal supaya balik ke tempat tinggalnya. Di antara itu penjahat yang guna motosikal lain menghambatinya dan menembak mereka, kedua-duanya sampai ajal belum sampai di rumah.
Perkara yang amat mengerikan!Ambil hitung nasib seorang guru, Nai Chaiyong Kubaha, 55, yang minta bersara belum cukup umur kerjanya. Dia dilantik menjawat ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Pattani. Menjelang waktu Maghrib di atas anak tangga menaiki Mesjid Raja Al Fathoni di Jalan Yarang (Jerang), Lorong 8, kawasan Metropolitan Pattani, dia kena tembak mati dalam kawasan Mesjid!Orang sekitar menyaksi 2 orang pemuda menunggang motosikal berhenti di hadapan mesjid. Tiidak berapa lama tiba Nai Chaiyongpun di hadapan mesjid. Dia masuk kawasan mesjid dengan hati yang khusuk. Ketika berjangkah naik anak tangga itulah penjahat menghampirinya dari belakang dan menembak seorang mukmin pulang ke rahmat-u-Allah dalam sekejap mata!
Sejak berlaku peristiwa 4 Makarakom/Januari 2547/2004 (peristiwa serangan merampas senjata di kem pileng) terukir sejarah ketenggangan dalam 3 wilayah sempadan selatan yang hingga kini telah 4 tahun setengah, tercatat angka 99 orang guru sekolah dasar Thai gugur dalam pelbagai cara dan rupa. Angka ini belum diambil kira lagi beberapa orang mangsa cedera yang jumlahnya lebih banyak kalau dibandingkan.
Selama 4 tahun lebih guru sekolah dasar Thai terkorban. Ada yang ditembak mati di hadapan sekolah malah dalam kelasnya seperti kes Khru (guru) Prasan Makchu, guru Sekolah Bereng, Daerah Ruesoh (Jabat), Wilayah Narathiwat. Dan yang termasyhur kes Khru (guru) Culing Pongkanmul, guru Sekolah Kucing Lepat, Daerah Rangae (Legeh), Wilayah Narathiwat yang teraniaya hingga ajal.
Ada beberapa ketika yang acap sekali guru-guru sekolah Thai terkorban. Ambil contoh pada suatu jurang yang makan masa hanya 20 hari antara 24 Singhakom/Ogos - 12 Kanyayon/September, 2550/2007, tercatat 5 orang guru Thai gugur ditembak mati. Di antaranya seporang mayatnya turut dibakar:
1. Nai Nong Bunyasak, selaku pengarah Sekolah Ban Senor Pittayakom ditembak mati dan mayatnya dibakar pada 24 Singhakom/Ogos, 2550/2007 di Daerah Yarang, Pattani.
2. Nang Kesini Timtep guru Sekolah Sasna Sueksa, Daerah Saiburi, Pattani ditembak mati di pintu gerbang sekolah pada 27 Singhakom/Ogos. 2550/2007.
3. Nai Chalong Apakorn penyelia pendidikan, Kawasan Pendidikan-3 Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada 2 Kanyayon/September, 2550/2007.
4. Nai Suwich Wongsanit, pensyarah di bidang eleltronik , Kolej Teknik Pattani, ditembak mati pada 3 Kanyayon/September, 2550/2007.Dan
5. Khru (guru) Wirat Payongsak, guru Sekolah Ban Pak Se, Mukim Bongor, Daerah Rangae (Legeh), Narathiwat, ditembak mati pada 12 Kanyayon/September, 2550/2007.
Situasi guru sekolah dasar Thai menjadi sasaran nahas mengikut penganalisa mengata kerana para guru adalah kaki tangan kerajaan Thai yang merupakan wakil kerajaan penjajah di sisi pengganas. Walau begitu para guru bukan pasukan bersenjata, ini adalah hakikat. Para guru berbeza dengan polis dan askar. Dari sudut ketenteraan para guru adalah sasaran terlemah, paling mudah diserang. Mereka mesti berulang-alik antara rumah dan sekolah pagi dan petang.
Penganalisa mengata selanjutnya pembunuhan yang menyasarkan guru sekolah dasar Thai adalah perbuatan simbolik yang mana mereka bertanggungjawap memenuhi lambang yang mewakili kerajaan Thai. Mereka mengajar bahasa Thai, menulis, membaca dan menutur. Mereka juga memikul beban agar mempertahankan mata pelajaran Thai yang ditentukan oleh penjajah Thai atas murid-murid Melayu Islam.
Akibat pembunuhan amat mengancam dan terkeji mengikut penganalisa, kerana kenahasan para guru Thai merupakan ancaman psikologi yang kibatnya paling mendalam yang boleh menguasai naluri di bawah sedar. Sekali gus menimbulkan tekanan yang meluas terhadap masyarakat.Setiap kali berlaku serangan paling bahaya itu pihak kawalan keselamatan menjadi sibuk dalam mencari langkah-langkah lebih berpotensi untuk mengawal dan menyelamatkan para guru dari menjadi mangsa kekerasan namun kurang berkesan.
Telah dimaklumkan antara pihak yang menuntut dan beraktif akan melemparkan kekejamannya terhadap sasaran yang diam dengan mereka yang responsif menunggu-nunggu serangan hendap, kedua-dua pihak itu ada perbezaan.Dalam situasi terkini penganalisa menyaksi kelemahan yang ketera apabila aturgerak yang dicadangkan untuk mengawal para guru sekolah dasar Thai yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera, sebaliknya menjadi sasaran diam pasukan pengganas.
Prasit Megasuvan penasihat Perikatan Guru Wilayah Sempadan Selatan dan bekas ahli Jawatankuasa Bebas Untuk Perpaduan Negara berpendapat, gelombang baru pengganas mengambil guru sebagai sasarannya kerana guru lebih senang diserang langsung. Kedudukan para guru sebagai sasaran pengganas sebenarnya telah termaktub dalam agenda keganasan. Rakyatlah yang membela guru-guru itu daripada ancaman pengganas.
Rakyat memarahkan pengganas yang membuatkan mereka berhenti menysasarkan para guru. Pengganas membuat alihganti dengan berpaling menyasarkan terhadap pasukan polis dan tentera. Tetapi tidak berapa lama mereka berpaling pula menyerang guru-guru yang lemah lumpuh dan tanpa senjata.“Sekarang pengganas tertekan oleh pihak kawalan kesetabilan negara sekuat-kuatnya. Ini membuatkan puak itu menukar sasarannya menjadi guru-guru pula,” ujarnya.Prasit juga menunjuk, kerajaan dan pihak kawalan kestabilan negara tidak berperanan dengan sewajarnya dalam penyelesaian masalah 3 wilayah.“Saya piker pihak berkuasa tidak mengambil berat masalah ini.
Pihak tentera mengamalkan kerja tenteranya sedangkan pihak politik tidak bergerak langsung. Sebab itu kalau keadaan jadi aman, hanya sebentar atau sementara saja. Semenjak permulaan idiologi pengganas tidak berubah, masih kekal selama-lamanya. Boleh kata di sini, saya yakin pergaduhan di sempadan selatan adalah pergaduhan idiologi. Ini adalah pertikaian bertaraf pemikiran. Kalau pihak kita tiada jalan keluar bersama, ketegangan tidakan sudah-sudah. Pihak pengganas berpikir seorang gerila gugur seorang lagikan bertambah ganti. Ada anakbuahnya mengambil tempat dan peperangan tidakan sudah-sudah,” ujarnya.Rumusan seorang khru (guru sekolah dasar Thai) menanggung bimbang terhadap hari depannya yang baginya amat menderita dan gelap gelita…
2 comments:
Your blog is very creative, when people read this it widens our imaginations.
Well for me its better to be more realistic.
Post a Comment