Tuesday, June 24, 2008

Orang Zaman Ayutthaya tahu asal-usul mereka adalah Thai.

Sekali lagi dari manuskrip Ship of Sulaiman, penulis menyebut:

..The Iranian and the Franks call the natives of Shahr Nav, Siamese, but the natives themselves trace their stock back to Tai, whom they hold to be one of their devils and genii...
Sama ada apa itu maksud Tai, org pada zaman itu telah memberitahu penulis Parsi itu bahawa mereka berasal dari keturunan Tai. Itu adalah fakta kpd penulis kerana ia diberitahu sendiri oleh org2 Ayuthaya.
Kemudian, penulis membuat andaian pula (andaian berbeza dgn fakta):
..Allthough the natives do not trace their line back to Adam, it is quite possible that in accord with the view of the local Iranians, the lost people of Siam go back to San ibn Yafuth ibn Nuh..

Namun penulis merupakan org yang berwibawa dan tidak mengatakan andaiannya itu adalah yg sahih. Bila sesuatu perkara itu tidak berapa pasti, penulis Parsi ini menulis:

..In the end there is no guiding pilot through this sea of fantasy. "Only God knows the full history of His creatures".
Begitulah bertanggungjawabnya penulis terhadap perkara-perkara yg tidak ada kepastian atau tanpa bukti yg sahih.
Namun tentang perkara berkaitan agama anutan org Ayuthaya ketika itu, penulis dapat menceritakan dgn pasti sbb beliau melihat dgn mata kepala sendiri di mana beliau mengguraikan dgn panjang lebar dlm tajuk-tajuk kecil seperti:
-A description of the religion of Siam
-Idolatry and transmigration
-Refutation of the doctrince of transmigration
-Idolatry and superstition
-Divine incarnations
-The Monk in Siam
-How a man become a monk
-The Siamese day of worship
-The form of worship In Siam

Dengan segala bukti semasa itu, dakwaan bahawa raja Ayuthaya beragama Islam(dlm kes ini Narai) adalah karut belaka. Sebenarnya kita dari keturunan Siam yg masih mengamalkan agama dan budaya org Siam sejak dahulu sudah cukup bukti-bukti bertulis sendiri. Namun kita ingin juga melihat tulisan pihak lain tentang Ayutthaya terutamanya dari Parsi yg beragama Islam itu dan ternyata tidak ada percanggahan langsung. Manuskrip ini tidak berada dlm tangan org Siam, ia terselamat kerana berada dlm tangan rombongan duta Parsi, kalau berada dlm simpanan Siam belum tentu kita dapat membacanya hari ini kerana dikhuatiri musnah akibat keganasan Burma yg menyerang Ayutthaya.
Sekiranya benar dakwaan puak Nai Long bahawa mrk adalah cucu cicit kerajaan Ayutthaya, bererti mrk ini baru sahaja memeluk agama Islam dan menukar identiti Siam kpd Melayu. Penukaran identiti ini bukanlah kerana takut diburu dan dibunuh oleh pihak Thai tetapi akibat tamakkan habuan-habuan yg akan diperolehi dlm negara Malaysia yg diperuntukkan kpd mrk yg bergelar Melayu. Sekarang baru mrk terhegeh-hegeh menjejak kembali asal-usul sampai sanggup mengharu-birukan sejarah lain sampai ke sejarah raja-raja Ayutthaya.

No comments: