Friday, October 5, 2007

Siam Pendang Awas Sikit - SKMM akan buat lawatan ke rumah anda..


saya dah habaq, kalau nak pasang parabola tu, jgn tunjuk sangat. Sekarang satu Malaysia sudah tau Siam Pendang pakar pasang parabola. Ini kerana ada org sudah tulis dlm ruangan forum Utusan Malaysia tarikh 5/10/2007 pasal keghairahan Siam Pendang pasang Parabola.




Banyak parabola di kampung Siam

SAYA dapati semakin ramai penduduk menggunakan antena parabola untuk mendapat siaran di televisyen masing-masing. Adakah ini salah dari segi undang-undang?
Saya agak tentu salah. Mengapa pihak yang berkaitan tidak mengambil tindakan? Kenapa parabola itu tidak dikenakan cukai oleh kerajaan?
Pihak kastam perlu memainkan peranan dalam hal ini. Jangan biarkan sampai sudah mudarat nanti sukar untuk menanganinya.
Kawasan atau tempat yang paling ramai orang menggunakannya ialah di kampung-
kampung Siam seluruh negeri Kedah.
Kalau tidak percaya, datanglah tengok dan siasat terutama sekali di daerah Pendang, Kedah.
– WARGA BIASA,
Kedah.



*yg dlm gambar tu ialah jenis 3 in 1. Hanya pakar saja yg tau buat sebab dia guna 3 LNB dan satu piring utk terima signal dari 3 satelite iaitu satelit Thaicom, ST1 dan NSS6. Boleh dapat kira-kira 200 channel seluruh Asia. Elok juga tu, dok tengok RTM1,RTM2,TV3 boring juga. Sekali-sekala tengok siaran lain negara baru terbuka sikit minda. Sekarang ni kan zaman langit terbuka, tapi apa nak buat, minda kita kena tutup.

SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

http://161.139.39.251/akhbar/satellit/1997/bh97310.htm