Tuesday, October 23, 2007

Sejarah Kedah Versi Siam

Ini ada sedikit sejarah Kedah yg saya dapati dari Sejarah Satun versi Songhkla. Saya translate dari bahasa Siam, so kalau depa bohong, saya pun bohonglah (tiru kata anai-anai)

Pada zaman Krung Ratnakosin, Satun menjadi sekadar Tambol yg berada dlm kawasan negeri Saiburi (Kedah)
Oleh itu, sejarah Satun ada kait mengait dgn sejarah Saiburi. Pada zaman Somdet Yotfa Chulalok, Raja (Chau Meang) Saiburi bernama Tunku Abdullah telah mangkat, adik baginda bernama Tunku Dibaudin yg merupakan Raja Muda menjadi Sultan menggantikan Tunku Abdullah.
Tak lama kemudian, Tunku Dibaudin pun mangkat juga tanpa meninggalkan waris (anak).
Lalu anak-anak Tunku Abdullah yg seramai sepuluh org (dari ibu berlainan) berebut tahta raja Saiburi.
Chao Prakya Nakonsithamarat yg bertanggungjawab dlm pentadbiran negeri jajahan telah berunding dgn Tunku Pangeran dan Tunku Bisnu supaya mengadap Yotfa Chulalok utk menyelesaikan pertikaian itu. Lalu Tunku Pangeran yg lebih tua telah dilantik menjadi Raja Saiburi, manakala Tunku Bisnu sebagai Raja Muda.
Bonney, R.,, dlm bukunya Kedah 1771-1821: mengatakan: In 1802,
Tengku Pangeran traveled to Singora (Songklha) to persuade the Thai governor to support his claim to the Sultan of
Kedah. Tengku Pangeran eventually obtained an audience with Rama I, and successfully argued his cause. In 1803, he
returned to Kedah with an army of 5,000 Siamese troops, and was installed as Sultan. Tengku Bisnu’s attempt to claim the
throne of Kedah less than 10 years later, was very similar to Tengku Pangeran’s attempt.
Dlm buku Undang-Undang kedah pula menyatakan bunga emas yg akan dihantar ke Siam pada tahun tersebut dibuat special sikit. (ini saya tambah, bukan translate dari teks asal)
Tak lama kemudian, berlaku kejadian musuh (mungkin Burma) melanggar negeri Thalang, Tahun 2352 (1809)Tunku Pangeran menghantar 2,500 bala tentera utk mengusir musuh. Pada 2355 pula (1812) Tunku Pangeran telah menyerang dan menawan Perak, menjadikan Perak turut berada dlm jajahan Siam. Atas kejayaan ini Tunku Pangeran telah dinaikkan gelaran Chao Praya Saiburi.
Tidak lama kemudian berlaku pertelingkahan antara Tunku Pangeran dgn Tunku Bisnu. Menurut buku sejarah Nakonsithammarat, perselisihan berlaku bila Tunku Bisnu meminta daerah Kuala Muda tapi Tunku Pangeran tak beri, lalu keduanya mengadap Raja Siam utk selesaikan. Penyelesaian dibuat dgn melantik Tunku Bisnu menjadi Gabenor Satun, manakala tempat Raja Muda Saiburi diambil alih oleh Tunku Ibrahim.
Dlm buku sejarah ini menyebut, kejadian pertelingkahan ini memperlihatkan puak Saiburi mula berpecah kpd dua puak iaitu satu puak Tunku Pangeran dan satu puak lagi ialah puak Tunku Bisnu. Tunku Bisnu mangkat selepas dua tahun berada di Satun.
Pada tahun 1820, kedengaran berita bahawa musuh (tidak disebut siapa) hendak menyerang Negeri Sayam dgn berpakat dengan Tunku Pangeran. Lalu pihak Sayam pun keluar menyiasat dan menghantar tentera dari Nakonsithammarat dan tentera Songhkla bersiap sedia di Satun . Pada tahun 1821, Tunku Mom (Siam tulis Mom, Mom pun Mom lah) yg merupakan salah seorg adik Tunku Pangeran (tak pasti ibu mana) masuk mengadu Chao Praya Nakonsithammarat bahawa Tunku Pangeran sudah mula berpakat dgn musuh. Lalu arahan dikeluar supaya Tunku Pangeran masuk mengadap tapi Tunku Pangeran enggan, bunga emas pun tak hantar. Lalu bertambah yakinlah bahawa memang Tunku Pangeran mau berontak.
Lalu titah dikeluarkan supaya Chao Praya Nakonsithammarat menyerang Meang Saiburi (Kedah).
Chao Praya Nakonsithammarat tidak terus menyerang tetapi berpura hendak meyerang negeri Maris dan negeri Taknao Siri dan meminta Tunku Pangeran menghulur bantuan makanan. Tunku Pangeran enggan, maka sahlah yg Tunku pangeran ingin berlawan. Lalu Chao Praya Nakonsithammarat pun serang Tunku Pangeran, berlaku sedikit penentangan dan Tunku Pangeran kalah lalu lari ke Kok Mark (Pulau Pinang). Saiburi (Kedah) dipertanggungjawabkan kpd anak Chao Praya Nakonsithammarat bernama Saeng.
(Musuh bisik atau tak bisik, tak ada dicerita dlm sejarah versi Satun ini)

2 comments:

Anonymous said...

Mengenai musuh bisik, memang ada orang dulu cerita tap[i aku budak-budak lagi tak berapa ambil tahu ..... jadi bila cerita itu timbul sekarang memang aku percaya ada sebab dah dengar cerita tu sejak tahun 60an lagi.

Anonymous said...

Abdul Yadeh!Kalau dah berani sangat, bagilah nama penuh, letaklah gambaq macam anai-anai buat. Jangan jadi pengecut!