Banyak perkataan-perkataan Siam yg ditulis dalam huruf Siam bila ditulis dalam huruf rumi sering disebut secara salah. Yang pasti, orang yang menulis perkataan Siam ini tahu membaca tulisan Siam, tapi orang yang membaca tulisan rumi yang menyebut perkataan Siam itu tidak tahu baca tulisan Siam.
Apa yang saya ingin sentuh di sini ialah perkataan WONG, dlm tulisan Siam di tulis วงศ์. Huruf Siam yang diguna dalam mencipta perkataan ini ialah wor, ngor dan sor. Peliknya, bila ditukar ke huruf rumi, di tulis WONGSE, padahal sebutan Siam hanyalah WONG. Mungkin perkataan ini menggunakan huruf sor (ศ) sebagai penutup, maka penulis rumi pun tulis WONGSE atau WANGSA.
Antara perkataan Siam yang ada perkataan WONG ini termasuk ราชวงศ์ (Rajwong) ditulis dlm rumi sebagai RAJA WANGSA, SirikWong, ditulis dgn huruf rumi sebagai Seri Wangsa dan tak ketinggalan มะโรงมหาวงศ์ (Marong Mahawong) kemudian ditulis dalam hutuf rumi sebagai Merong Mahawangsa.
Utk pengetahuan mereka yg tidak mahir bahasa Siam/Thai, WONG bermaksud keluarga diraja. Contoh, Rajwong Chakri bermaksud: Keluarga diraja Chakri. Jadi, Marong Mahawong bermaksud: Marong Keturunan Raja Besar. (maha bermaksud besar). Contoh: Maha Oobart=Bala besar, Maha Phai =bencana besar.
Tidak salah menulis Mahawong sebagai Mahawangse atau Mahawangsa supaya ada kesan bunyi ssss sebab dalm tulisan Siam ada huruf sor sebagai penutup. Tapi memberi makna kepada bunyi tambahan (se,sa,ser) itu yang tak tepat kerana sebutan asalnya ialah wong sahaja. Sa,se, ser itu hanyalah tambahan dalam tulisan rumi dan tidak membawa apa-apa makna.
Kononnya Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau).
Saya juga pernah bertemu dgn perkataan Boromokot ditulis Boromokote. Kalau begitu dalam bahasa Siam bolehlah dikata Bo= puak atau keturunan, Ro=tahu, Mo =bomoh, kote=ntah apa jadah.
Jadi, Bo Ro Mo Kote bermaksud Keturunan Tahu Bomoh Kote atau Keturunan Tahu Mengubat Kote.
Rasanya waris mutlak keturunan ini ialan Dr. Ismail Thamby. Sila baca salasilah beliau di Doktor Sakit Tuan
Saturday, October 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ishh.. kau ni agak-agak le, dr ismail tahmby punya belajar tinggi pakar bidang tu
Post a Comment