“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh dua tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”
Buku ni memulakan kata dgn tahun 1060 Hijrah, kemudian mengucapkan salam penamat pada tahun 222 Hijrah. Ada ka patut? Org yg baca kena la guna otak utk menilai daripada beberapa sudut. Jangan kerana ia kena pada selera kita, terus saja kita terima bulat-bulat. Buku ini karangan manusia, bukan kitab suci Tuhan yg tak ada kesilapan. Kesilapan yg dimaksudkan berkemungkinan ia tamat tulis pada 1222 hijrah tapi penulis tidak meletak perkatan seribu.
Kemungkinan kedua, perkataan seribu hilang dan tidak dpt dibaca oleh Maryam Salim.
Pembaca yg bijak tidak akan terima sesuatu maklumat dlm sesebuah buku bulat-bulat. Kita kena bandingkan zaman 222 Hijrah tu. Masa tu, bahasa Melayu belum lengkap. Beberapa batu bersurat yg ditemui bertarikh sekitar 222 Hijrah menggunakan bahasa Sanskrit atau Kawi. Manakala bahasa Melayu dlm Undang-Undang Kedah amat moden, kalau dibandingkan zaman 222 Hijrah itu.
Yg kedua, tak perlu nak banding sebab penulis ada sebut
..zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh ...
Sultan Jamalul Alam Badrul Munir ini menjadi sultan Acheh pada 1703-1726, tak kan tak tau.
Menjadi perkara biasa kalau kita tulis tahun 2007 sebagai tahun 07, org akan dapat fahami 07 tujuh itu 1907 ka, 1807 ka atau 2007 berdasarkan maklumat yg kita tulis tu. Kalau kita tulis
“Tamat al kalam bilkhair wassalam, tahun kosong tujuh, tahun org Islam pertama menyambut hari raya di angkasa lepas"...
Tak kan tahun itu tahun 1907?
1 comment:
Hanya mereka yang jahil tentang sejarah dan perkembangan Bahasa Melayu yg menganggap Undang-Undang Kedah ditulis pada tahun 222 HijrahPerkembangan Bahasa Melayu berlaku melalui 3 peingkat iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu dalam Undang-Undang Kedah bolehlah dikatakan berada pada peringkat Bahasa Melayu Klasik, manakala tahun sekitar 222 Hijrah memperlihatkan Bahasa Melayu berada pada peringkat bahasa Melayu kuno.
Melayu kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara.
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
-Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
-Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
-Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Selain itu, ia banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit sedangkan bahasa Melayu yang diguna dalam penulisan Undang-Undang Kedah menggunakan Bahasa Melayu yang lebih bersifat kemelayuan. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit wujud dlm bahasa Melayu kuno kerana:
-Pengaruh agama Hindu
-Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
-Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno tidak menggunakan huruf Jawi tetapi menggunakan hurup Palawa dan Nagiri. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa termasuk Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M), Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M). Manakala bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit, Susunan ayat bersifat Melayu, Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan), bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan), Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas), Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat), Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta), Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya). Ciri-ciri ini tidak ada langsung dlm bahasa Melayu yang diguna dalam penulisan Undang-Undang Kedah.
Bahasa yg terdapat di Batu Bersurat Terengganu pula bolehlah diletakkan dlm zaman peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
- batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. dan bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
-Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380), masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
-batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)yang ditulis dalam tulisan Jawi, membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Walau bagaimanapun, bahasa Melayu pada batu bersurat Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi ini masih kuno dari bahasa Melayu dlm Undang-undang Kedah. Selain dari kuno kerana dipahat pada batu, bahasanya lebih sukar difahami kalau dibandingkan dgn bahasa melayu dlm Undang-undang Kedah. Catatan pada batu bersurat Terengganu adalah seperti berikut:
Muka pertama
RasululLah denganyangarwahsantabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Muka kedua
Keluarga di Benua jauh kan
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
Kelima derma barang orang....(mar)dika.
Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
*Bagi org zaman sekarang yg sudah khatam dgn undang-undang Islam berkaitan hukuman terhadap penzina tentu dapat menangkap maksud ayat-ayat di atas, tapi bagi mrk yg tak ada pengetahuan ini tentu sukar atau lambat menangkap maksudnya.
Muka ketiga
Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............
Muka keempat
..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.
Kesimpulanya, kalau batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yg dianggar bertarikh sekitar tahun 1303-1387 itu agak berserabut susunan bahasanya (serupa org India cakap Melayu), bagaimana mungkin bahasa Melayu dalam Undang-undang Kedah yg didakwa bertarikh 500 tahun lebih awal itu lebih moleh susunan bahasanya?
Sekian, moga bermafaat.
Anti mereka-reka.
Bertarikh tahun dua ribu tujuh, tahun hakim dan peguam berkelakuan mendatangkan kecurigaan.
Post a Comment