Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava, iaitu huruf Kawi dan Nagiri, sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Huruf Kawi dan Nagiri berasal daripada bahasa Dravida di India Selatan. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy):
Svasti cri
cakavarsatita 605 ekadaci
cuklapaksa vulan vaicakha daputa
hyang nayik di samvau mangalap
siddhayatra
di saptami cuklapaksa
vulan jyestha dapunta hyang marlapas
dari minana Tamvar (Kamvar)
mamava yang vala dua laksa
ko dua ratus cara di samvau
dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna
datang di matada (nau) sukhacitta
di pancami cuklapaksa vulan asada
laghu mudita datang
marvuat vanua ... Crivijayajaya
siddhayatra subhika ...
Makna:
vulan = bulan
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke
Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:
Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di perahu
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya
datang di matada dengan suka cita
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Seriwijaya
yang berjaya, yang bahagia, yang makmur
Bahasa yg diguna dlm penulisan Undang-undang Kedah yg didakwa bertarikh 222 Hijrah ada macam ni ka? Perkataan muflis pun ada dlm Undang-undang Kedah. Sepatutnya buku ini dijadikan bahan kajian dlm pelajaran sastera sekolah-sekolah. Amat berguna utk perbandingan dalam kajian linguistik.
Friday, October 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
peh...
tak tahu plak fakta macam ini..
fuh3x..
aku bukan nak sokong blog anai2 tu atau ape2. sbb aku pon pelik nagn jawapan yang aku tnye kat dia, lain plak jawapan dia. x logik.
tp tentnag terjemahan tu, mybe dalam UUK versi DBP tu si maryam dah translate ikut susunan kata bahasa melayu moden untuk difahami. mybe sebab tu teratur je susunan bahasanye. coz aku penah ikut kelas translate yg diajar oleh munsyi Dewan bahasa ni.. Diorg mmg akan traslate bahasa sesuatu sesuai dgn pemahaman org sekarang. sbb tu maybe ade perkataan muflis dan sebagainya..
So, nak tau kene rujuk UUK versi jawi tu. baru leh komen. UUK versi jawi yang belum disunting bahasa oleh Maryam.
Mantap la artikel ni��
Post a Comment