Kali ni mau sembang keluar tajuk sikit, iaitu berkaitan ura-ura Sami Vellu untuk mengharamkan motosikal berkuasa tinggi (saya akan sebut motor besar lepas ini) menggunakan lebuhraya.
Alasan, katanya motor besar ini membahayakan pengguna lain yg bayar tol. Katanya, pengguna yg bayar tol perlu diberi keselesaan dan pengguna lain (motosikal) kalau nak guna lebuhraya kena baik-baik sikit.
Kata Tok Sami lagi, ada motor besar memintas kereta dia dgn kelajuan 170kmj. Kalau Tok Sami atau drebar Tok Sami tak pandu pada kelajuan 160kmj, mcm mana Tok Sami tau motor besar itu pada kelajuan 170 kmj? Jadi Tok Sami pun melanggar had laju 110kmj juga ekkkk..
Saya tak nampak di mana bahayanya motor besar ini kepada pengguna lain. Sebagai pengguna lebuhraya yg agak kerap, saya sebaliknya berasa terhibur bila melihat kumpulan motor besar memintas saya satu demi satu dari pelbagai jenama dan pelbagai rupa bentuk. Sikit pun tak rasa nyawa saya terancam, sikit pun tak rasa bahaya. Mengapa pula kata grup motor besar ini menyusahkan pengguna empat tayar ke atas? Motor besar ni kalau dia pintas kita, mana dia halang kita? Dlm masa tak sampai 10 saat dia pintas kita, jarak dia dgn kita dah jauh.
Tok Sami harus faham, para pengguna motor besar ini bukan dari kalangan budak tercicir sekolah. Kebanyakan mereka adalah golongan profesional dan menyertai kelab-kelab tersendiri. Kelab-kelab mereka tentu sentiasa memastikan ahli-ahli mereka mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yg lain.
Menunggang laju bukan satu perkara mengabaikan keselamatan. Kalau nak tunggang 40kmj mcm org dok tayang dlm taman2 perumahan, lebih baik jgn beli motor besar yg harganya pun lebih mahal dari kereta buatan Malaysia. Baik beli kereta yg Tok Sami dok guna dlm padang gof tu. Tunggang laju tak bahaya, cuma bahaya tak dijangka seperti anjing/kambing/lembu/gajah/org nak bunuh diri melintas. Sebab itulah mereka guna lebuhraya dan tunggang laju kerana mereka menjangkakan lebuhraya yg di bawah kawalan Tok Sami itu bebas dari binatang-binatang tersebut. Kalau ada binatang lintas dan berlaku kemalangan motor besar, itu bukan salah mereka tapi salah Tok Sami kerana lalai dan biar binatang berada di lebuhraya.
Selain itu, harap Tok Sami dan para penyokong cadangan Tok Sami itu tunjukkan statistik kemalangan lebuhraya yg melibatkan motor besar.
Tok = singkatan Dato...
No comments:
Post a Comment