Antara satu fakta yang selalu digunakan oleh hijacker bagi menyokong bahawa Ayutthaya itu negeri Islam ialah kononnya Ayutthaya juga dikenali sebagai Syahrun Nuwi.
Kalau Ayutthaya disebut oleh orang-orang Arab sebagai Syahrun Nuwi, adakah ia bermakna negeri Islam?
Ayutthaya adalah terkenal kepada pelbagai bangsa, jadi kalau sesuatu bangsa itu mengelar Ayutthaya dalam bahasa mereka sendiri tak bermakna ia adalah negara kaum bangsa yang menggelar itu. Itu adalah gelaran orang Arab, entah-entah orang Siam Ayutthaya tak pernah tahu pun yang negeri mereka diberi nama Syahrun Nuwi. Samalah bila orang Melayu beri nama Holland sebagai Belanda sedangkan orang Holland tak tahu menahu. Seratus, dua ratus tahun dari sekarang bila kaum Holland itu ditakdir pupus, mungkin ada orang akan dakwa Holland itu negara moyang mereka sebab nama Belanda, dan Belanda pula adalah bahasa moyang mereka contohnya durian belanda, ayam belanda dan apa-apa belanda lah. Ini menguatkan dakwaan na darn mereka kononnya mereka saja yang faham maksud belanda sedangkan orang putih tak tau apa itu belanda.
Berbalik pada Syahrun Nuwi, lain pula pendapat WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH ketika membicarakan tentang SYEIKH Hamzah al-Fansuri dalam tulisannya bertajuk : Syeikh Hamzah al-Fansuri Sasterawan Sufi Agung. Menurut Shagir,
....Tarikh lahir Syeikh Hamzah al-Fansuri secara tepat belum dapat dipastikan, adapun tempat kelahirannya ada yang menyebut Barus atau Fansur. Disebut lebih terperinci oleh Prof. A.
Hasymi bahawa Fansur itu satu kampung yang terletak antara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Aceh Selatan).
Dalam zaman Kerajaan Aceh Darussalam, kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Pendapat lain menyebut bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.
Drs. Abdur Rahman al-Ahmadi dalam kertas kerjanya menyebut bahawa ayah Syeikh Hamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh bersama Wan Ismail dan Po Rome atau Po Ibrahim (1637- 1687 M) meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di Phanrang. Bahawa Syeikh Ismail Aceh itu pernah menjadi gabenor di Kota Sri Banoi menggantikan Gabenor Wan Ismail asal Patani yang melepaskan jabatan itu kerana usianya yang lanjut.
Drs. Abdur Rahman Al-Ahmadi berpendapat baru, dengan menambah Syahrun Nawi itu di Sri Banoi Sri Vini, selain yang telah disebutkan oleh ramai penulis bahawa Syahrun Nawi adalah di Siam atau Aceh. Dalam Patani, iaitu antara perjalanan dari Patani ke Senggora memang terdapat satu kampung yang dinamakan Nawi, berkemungkinan dari kampung itulah yang dimaksudkan seperti yang termaktub dalam syair Syeikh Hamzah al-Fansuri yang menyebut nama Syahrun Nawi itu. Kampung Nawi di Patani itu barangkali nama asalnya memang Syahrun Nawi, lalu telah diubah oleh Siam hingga bernama Nawi saja.
Syahrun Nawi adalah di Patani masih boleh diambil kira, kerana pada zaman dulu Patani dan sekitarnya adalah suatu kawasan yang memang ramai ulamanya. Saya telah sampai ke kampung tersebut (1992), berkali-kali kerana mencari manuskrip lama. Beberapa buah manuskrip memang saya peroleh di kampung itu. Lagi pula antara Aceh dan Patani sejak lama memang ada hubungan yang erat sekali. Walau bagaimanapun Prof. A. Hasymi menyebut bahawa Syahrun Nawi itu adalah nama dari Aceh sebagai peringatan bagi seorang Pangeran dari Siam yang datang ke Aceh pada masa silam yang bernama Syahir Nuwi, yang membangun Aceh pada zaman sebelum Islam...
Wednesday, November 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment