Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767 dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logik ke jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah. –inilah kata-kata pakar sejarah tak bertauliah yang sedang senyum kambing seperti dalam gambar di atas tu.
Amboi-amboi...ALAM MELAYU konon..manyak cantekkk..hairan bin ajaib, dia ni tak pernah kutip sumber-sumber sejarah Patani utk buat cross reference. Sebab apa dia tak kutip?
Sebab sumber sejarah dari Patani cerita dengan jelas dari mana asal usul Melayu.

Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyebut:
..Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau Singapura dan Melaka oleh orang-orang MELAYU yang datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-orang MELAYU yang datang dari PULAU SUMATERA menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang MELAYU itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. ...

(malah nama MELAYU pun belum wujud kerana semasa mereka datang dari Sumatera, entah apa nama bangsa pelaut ini. Menurut Anai-anai, nama MELAYU ni pun Siam yang bagi iaitu Ma LA Yu bermaksud Mai la dok sini. Tapi kenapa nama ini timbul, tidak pula diberitau punca atau kejadiannya. Mungkin masa tu org Melayu ni asyik duduk tepi laut, jadi Siam pun ajak depa pi dok atas darat. Tapi Depa tak mau sebab kalau duduk atas darat, susah cari makan. Tapi Siam merayu berkali-kali sambil tarik tangan dan berkata: Ma Lae YU..Ma Lae Yu..lalu depa pun kata: Eh, Siam panggil kita Ma La Yu, best jugak nama ni. Mulai detik ini, minit ini apa kata kita namakan bangsa kita ni MALAYU.. He..he)
Sambung..sambung Sejarah Patani semula...

..Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang dalam bahasa Siam ertinya kota raja. Sekarang dalam ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai” (dalam buku Cetera Patani dikatakan perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha mazhab Mahayana).
Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Sri Wangsa. (Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang menyembah ugama Mahayana). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut....
...Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Pasai selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani....

Berkaitan pengislaman raja Patani..
...Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” ...

Lalu raja pun masuk Islam..
Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat jelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Buddha itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa...
Dalam Hikayat Patani juga turut diceritakan tentang pengIslaman raja Patani ini. Namun dalam satu perenggan dikatakan:
... Adapun raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam, yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan; lain dari pada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya….
Mungkin perkara yang sukar ditinggalkan ialah bab bini ramai sebab raja dahulu bininya berduyun-duyun. Sikap begini terbawa-bawa sampai sekarang oleh orang-orang hipokrit tahap cicak kubin ini iaitu bab makan babi saja yang cukup strict keharamannya, kalau bab betina, haram tolak tepi, taubat kemudian. Tak kira la betina tu anak tokey babi ke anak peniaga sup tulang babi. Kalau ikut kita pi Siam, nak makan nasi kena cari kedai yang ada gantung ayat Quran. Tak boleh makan masakan Siam Buddha kapiag harbi. Tak bersih, kata depa. Tapi bila dapat betina pelacur, terus perap dalam bilik hotel tak mau keluar-keluar lagi. Tinggal kita dok merayap sorang-sorang. Haram jadah sungguh.
Dan yang pasti, Patani dan Ayutthaya terlibat beberapa kali dalam peperangan. Dan dakwaan bahawa Portugis adalah Kafir zimmi dan patuh taat setia pada Raja Aytthaya adalah karut sebab Portugis membantu Patani dan turut membekalkan meriam dan ubat bedil pada Patani hingga Ayutthaya tewas beberapa kali. Mungkin kafir zimmi pada anggapan Patani la kot? Dan mungkin juga Patani juga yang di salah anggap sebagai Ayutthaya. Sestengah sejarawan mengatakan Shahrul Nawi sebenarnya adalah Patani kerana Patani satu ketika dulu sangat makmur. Malah ada satu tempat bernama Nawi berhampiran Patani. Wallahualam bissawab.

2 comments:
" Menurut Anai-anai, nama MELAYU ni pun Siam yang bagi iaitu Ma LA Yu bermaksud Mai la dok sini. Tapi kenapa nama ini timbul, tidak pula diberitau punca atau kejadiannya. Mungkin masa tu org Melayu ni asyik duduk tepi laut, jadi Siam pun ajak depa pi dok atas darat. Tapi Depa tak mau sebab kalau duduk atas darat, susah cari makan. Tapi Siam merayu berkali-kali sambil tarik tangan dan berkata: Ma Lae YU..Ma Lae Yu..lalu depa pun kata: Eh, Siam panggil kita Ma La Yu, best jugak nama ni. Mulai detik ini, minit ini apa kata kita namakan bangsa kita ni MALAYU"
pemughong besaq....melayu asal dari mala-yu..yu=bangsa..mala=gunung..sapa bangsa gunung?hang caghi sendri la...
hati-hati menulis,kalau tak setuju dengan anai-anai,jangan pula bangsa lain kau libatkan sama.
jangan sebab anai-anai kau kata pemuhong,kau pun jadi pemuhong macam dia sampai Melayu pun kau nak libat sama pergaduhan bodoh kau sesama Siam.
nak bergaduh, pi kat bangkok sana,ada geng baju merah,putih,biru dan macam-macam,pilih saja buat demo ke nak gulingkan PM ke itu hangpa punya pasai,tetapi bab hina bangsa orang lain adakah Buddha ajar kat penganutnya macam tu?
Post a Comment