Copy dari : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/empayar-benua-islam-siam-ayuthia-nagara.html
..BOROMORAJA II SYAH ALAM YANG MAHA MULIA SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA1424 – 1491Makam baginda terletak di Kota Seputih, Kubang Pasu Kedah...
..Kenapa Laksemana Cheng Ho dan tidak nama raja lain yang pernah memerentah Benua Siam Islam? Mudah sahaja, kerana Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (bergelar Parameswara di Melaka) telah berkahwin dengan adik perempuan Laksemana Cheng Ho (salah seorang dari dua beradik) dan hari ini kita kenali nya sebagai Puteri Lindungan Bulan. Nama baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan baginda bersemayam di Kota Naga berhampiran Jitra Kedah. Naga disini sebagai simbol Maharaja China bermaksud baginda adalah Raja Besar Benua Siam. Makam baginda terletak di Kota Si Putih. Si Putih yang dimaksudkan disini adalah adik Laksemana Cheng Ho, Puteri Lindungan Bulan...
...Naga disini sebagai simbol Maharaja China bermaksud baginda adalah Raja Besar Benua Siam...(betul ka...? Gambar tangga kat atas tu kiranya tangga Istana Marong Mahawangsa kot?)
Rumusan kita:
BOROMORAJA II mati pada 1448
King Rama Tibodi II pula mati pada 1529 selepas naiki tahta selama 38 tahun.
Zheng He atau Cheng Ho pula lahir pada 1371 di Kunyang, dalam wilayah Yunnan.
Rama Tibodi II telah berkahwin dengan adik perempuan Laksemana Cheng Ho . Kiranya Rama Thibodi II ni kawin dengan nenek kebayanlah..
Pesanan kita: Lain kali mau muhong kena pandang kiri kanan. Muhong jenis ni orang Siam kata "Khi Hok Cap Tid" (muhong tangkap lekat). Kalau sejarah kita pakai reka-reka (muhong) ia tak konsisten, kemarin kita muhong lagu lain, hari ini kita muhong lagu lain.
Dari fakta di atas:
Parameswara adalah BOROMORAJA II dan juga King Rama Tibodi II - Ini kira super mustahil sebab jarak kematian antara dua orang ni hampir 100 tahun. Yang untung ialah Parameswara sebab hidup dua zaman.
No comments:
Post a Comment