Saturday, November 24, 2007

Fitnah atau cinta terlarang?

Watt Chaiwattanaram merupakan sebuah watt purba, terletak di tebing sungai Chao Phraya sebelah barat. Dibina oleh Chao Phrasart Thong pada tahun 2173 (1630 Masehi) merupakan antara watt purba yang cantik serta menjadi tumpuan pelancong. Selain dari keunikan senibina, satu lagi perkara menarik ialah terdapatnya kubur Chao Fa Thammathibet dan Chao Fa Sangawan (Nim).
Para pengkaji sejarah yang mengkaji berdasarkan tulisan sejarawan luar tidak berapa tahu tentang sejarah Ayutthaya secara terperinci walau mengaku mereka adalah cucu cicit dinasti Ayuthaya. Mereka hanya boleh cerita tentang si polan itu perintah dari tahun berapa ke tahun berapa sebagaimana terdapat dalam tulisan sejarawan luar. Padahal dalam sejarah sebenar, bermacam-macam perkara berlaku dalam sejarah istana yang sejarawan luar kurang tahu atau tahu sikit-sikit sahaja. Malah, salasilah Ayutthaya bukanlah dari satu jurai keturunan dan peralihan kuasa bertukar ganti sama ada secara baik atau sebaliknya seperti bunuh membunuh dan santau menyantau.
Chao Fa Thammathibet, dikenali juga sebagai Chao Fa Kung (kung bermaksud udang dlm bahasa Siam) merupakan putera Chao Yu Hua Boromokot dengan permaisuri yang sah. Chao Fa Thammathibet merupakan pewaris tahta yang sah, beliau ada dua adik berlainan ibu iaitu Chao Fa Aekathast dan Chao Fa Uthumphorn yang merupakan putera-putera Boromokot dengan gundik. Entah berapa ramai gundik-gundik maharaja pada masa itu, tetapi sebelum itu Pires pernah menyatakan King Of Siam memiliki beratus isteri (gundik).
Diriwayatkan, Chao Fa Thammathibet telah dituduh oleh pihak-pihak tertentu mengatakan beliau bermain cinta dengan salah seorang gundik iaitu Chao Fa Nim atau Chao Fa Sangawan, seorang gundik paling disayangi oleh ayahandanya. Siapa yang tukang tuduh, tidak ceritakan tapi kalau polis zaman sekarang siasat, memandangkan Chao Fa Thammathibet adalah pewaris tahta, tentu org yang merupakan reserve pewaris menjadi suspek utama.
Tak pasti tuduhan zina itu mempunyai empat saksi alim ulammak atau empat ekor ular dalam semak, Bomorokot terus percaya, lalu Chao Fa Thammathibet dan Chao Fa Sangawan disebat sampai mati. Keduanya kemudian dikuburkan di Watt Chaiwattanaram, kuburnya ada sampai hari ini.
Yang Aekathast pula, walaupun sudah bertukar dari reserve menjadi pewaris nombor satu (ranking naik), Boromokot melihat dia ini seorang yang dungu (Mat Salleh kata stupid) lalu dihantar ke Watt (jadi sami) utk belajar biar jadi pandai sikit. Namun bila Boromokot mangkat dan Uthumphorn naik tahta tak sampai 10 hari, Aekathast pun baling kain kuning dia dan balik ke istana terus duduk singahsana.
Pertanyaan sesetengah orang: Kenapa Aekathast tak ada kubur?
Jawapan: Kematian Aekathast bukan berlaku dalam masa aman di mana istana boleh buat majlis pengkebumian besar-besaran. Kematian Aekathast adalah masa perang, orang ramai bawa diri sendiri pun susah, nak pikul mayat Aekathast pulak. Burma pula serang, libas tak kira siapa, rogol, bunuh dan bakar seluruh kota. Diceritakan juga bahawa bahang kepanasan terbakarnya kota Ayutthaya membuatkan emas yang dilekatkan pada arca Buddha menjadi cair.

ps. Yot Fa Chulalok adalah anak menteri, Aekathast pulak anak gundik....

No comments: