Kononnya zaman Siam Islam Ayutthia itu, bahasa yang digunakan adalah bahasa Siam loghat Siam Kubur Panjang sehingga puak marang perapu zaman anak Malaysia jadi Astro Nut ini menyatakan kebanyakan sebutan termasuk tempat-tempat yang ada di Malaysia ini adalah berasal dari sebutan Siam. Sampai pokok pinang tunggal pun dikatakan berasal dari perkataan Siam iaitu Pin Nang Tut Gal (jadi inang buntut gatai).
Kersan pula dikatakan bermaksud ke dua dlm bahasa Siam. Ekataat pula dikatakan bermaksud aku taat.
Tapi bila sampai bab undang-undang, ia ditulis dalam bahasa Melayu, dan guna huruf Arab (Jawi) untuk menyampaikannya. Sedangkan semua orang tahu bahawa Siam ada bahasa tulisan sendiri sejak zaman Ayutthaya lagi, bukan baru ada pada zaman negara ditukar ke nama Thai.
Bahasa percakapan ialah Siam, bahasa undang-undang pula bahasa Melayu. Undang-undang ni ditulis untuk unta padang pasir ka? Bayangkanlah, orang duduk Malaysia bercakap bahasa Melayu, tapi undang-undang atau perlembagaan negara ditulis dlm bahasa Siam, bahasa yg orang bercakap Melayu tak akan faham. Ada logik ka?
Sungguh aneh puak ini. Muhong dia jenis kebudak-budakan.
Sunday, November 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment