Monday, June 30, 2008
Tajai suka makan Chang
Tuesday, June 24, 2008
Orang Zaman Ayutthaya tahu asal-usul mereka adalah Thai.
..The Iranian and the Franks call the natives of Shahr Nav, Siamese, but the natives themselves trace their stock back to Tai, whom they hold to be one of their devils and genii...
Sama ada apa itu maksud Tai, org pada zaman itu telah memberitahu penulis Parsi itu bahawa mereka berasal dari keturunan Tai. Itu adalah fakta kpd penulis kerana ia diberitahu sendiri oleh org2 Ayuthaya.
Kemudian, penulis membuat andaian pula (andaian berbeza dgn fakta):
..Allthough the natives do not trace their line back to Adam, it is quite possible that in accord with the view of the local Iranians, the lost people of Siam go back to San ibn Yafuth ibn Nuh..
Namun penulis merupakan org yang berwibawa dan tidak mengatakan andaiannya itu adalah yg sahih. Bila sesuatu perkara itu tidak berapa pasti, penulis Parsi ini menulis:
..In the end there is no guiding pilot through this sea of fantasy. "Only God knows the full history of His creatures".
Begitulah bertanggungjawabnya penulis terhadap perkara-perkara yg tidak ada kepastian atau tanpa bukti yg sahih.
Namun tentang perkara berkaitan agama anutan org Ayuthaya ketika itu, penulis dapat menceritakan dgn pasti sbb beliau melihat dgn mata kepala sendiri di mana beliau mengguraikan dgn panjang lebar dlm tajuk-tajuk kecil seperti:
-A description of the religion of Siam
-Idolatry and transmigration
-Refutation of the doctrince of transmigration
-Idolatry and superstition
-Divine incarnations
-The Monk in Siam
-How a man become a monk
-The Siamese day of worship
-The form of worship In Siam
Dengan segala bukti semasa itu, dakwaan bahawa raja Ayuthaya beragama Islam(dlm kes ini Narai) adalah karut belaka. Sebenarnya kita dari keturunan Siam yg masih mengamalkan agama dan budaya org Siam sejak dahulu sudah cukup bukti-bukti bertulis sendiri. Namun kita ingin juga melihat tulisan pihak lain tentang Ayutthaya terutamanya dari Parsi yg beragama Islam itu dan ternyata tidak ada percanggahan langsung. Manuskrip ini tidak berada dlm tangan org Siam, ia terselamat kerana berada dlm tangan rombongan duta Parsi, kalau berada dlm simpanan Siam belum tentu kita dapat membacanya hari ini kerana dikhuatiri musnah akibat keganasan Burma yg menyerang Ayutthaya.
Sekiranya benar dakwaan puak Nai Long bahawa mrk adalah cucu cicit kerajaan Ayutthaya, bererti mrk ini baru sahaja memeluk agama Islam dan menukar identiti Siam kpd Melayu. Penukaran identiti ini bukanlah kerana takut diburu dan dibunuh oleh pihak Thai tetapi akibat tamakkan habuan-habuan yg akan diperolehi dlm negara Malaysia yg diperuntukkan kpd mrk yg bergelar Melayu. Sekarang baru mrk terhegeh-hegeh menjejak kembali asal-usul sampai sanggup mengharu-birukan sejarah lain sampai ke sejarah raja-raja Ayutthaya.
Sukhothai itu Musuh Puak Kapiag?
Kalau Sukhothai bermaksud musuh puak kapiag, bermakna Sukhothai itu bukan kapiag. Tak kan Kapiag nak musuh dgn Kapiag.
Dan yg pasti, dlm bahasa Siam tak ada istilah-istilah seperti kapiag, haram dan lain-lain istilah sebegitu sbb Siam bukan bangsa yg suka kapiag mengkapiag sesama manusia.
Paling marah sgt pun, Siam akan maki org itu sbg Anjing..
Nanti aku akan bawa usul ke kabinet supaya pemeriksaan kesihatan di jalankan terhadap kakitangan perkhidmatan awam yg sedang berkhidmat dgn kerajaan. Pemeriksaan ketika mula-mula dilantik dulu tidak memadai kerana ada org yg gila bermusim, mungkin masa baru di lantik dulu dia ok.
Kalau sah ada sakit mental nanti akan dinasihatkan pencen cepat, boleh buat kajian sejarah sepenuh masa.
Sunday, June 22, 2008
SEMPADAN BUMI SIAM MASA SILAM
1904
Feb 14
Siam cedes territories (present-day northeast Cambodia) to French Indo-China. Khao Phra Viharn now stands on the international border (map). Precise demarcation and mapping are to be carried out by a Franco-Siamese Mixed Commission. , but the Commission ceases to function. France makes a demarcation map on its own and sends it to Siam who neither approves or disapproves it.
1941
May 9
1946
Nov 17
1953
Nov 9
Cambodian soldiers encounter Thai police constables at Khao Phra Wihaan, thus the beginning of the dispute.
1957
Thai border police occupy Khao Phra Viharn.
1958
Thailand and Cambodia hold negotiations in Bangkok.
1958
Oct
1959
Feb 20
1960
Oct 15
1961
May 26
Oct 23
Cambodia severes ties with Thailand. All border areas adjacent to Cambodia were sealed
1962
Mar
The Court rules (9 vs. 3 votes) that Khao Phra Viharn belongs to Cambodia.
2
Restoration
-
"When the World Court awarded a frontier temple to Thailand's traditional enemy, Cambodia, Sarit was ready to refuse to hand it over. Bhumibol said the court's order would be obeyed."
1963
Jan 15 ?
Sihanouk attends flag-raising ceremony at Khao Phra Viharn.
Thursday, June 19, 2008
Keris, Islam...Seluar, Kristian?
Tuesday, June 17, 2008
Narai o Narai, kenapa engkau berkeris?
Thursday, June 12, 2008
Wednesday, June 11, 2008
Maki Hamun Carut Marut
...Pasal mamat tu kau jangan pedulikan dia sebab dia tu Siam Kafir Laknatullah, menyamar sebagai Melayu. Dia kata kita curi sejarah raja Thai padahal dia tak cermin muka dulu, sebenarnya raja thai yang curi sejarah Siam Islam, sebab tu kena rujuk arkib raja thai yang ada banyak lagi manuskrip tulisan jawi bila nak buat filem. Bangsa Thai wujud tahun bila, sedangkan bangsa Siam Islam wujud jauh lebih awal dari bangsa thai. Bukti pun ada. Kalau sejarah Siam Islam berkisar setakat di Ayuthia saja kenapa ada peta menunjukkan Siam jauh lebih besar sampai ke Pulau Jawa. Bukan peta lama pun, peta tahun 1700++ saja. Suruh dia tunjuk mana lagi makam 30 raja siam (kesemuanya 33) kalau ada di Thailand hari ini, yang ada pun 3 sahaja, tu pun sebab mangkat disana. Kenapa U-UK sebut adat Siam tapi dalam teks jawi, ada undang2 agama Islam pulak tu didalamnya? Orang macam tu memang tak ada prinsip, tak ada otak, kau cakap macamana pun tak jadi apa, tunggul bebal, suka cakap kotor dan penuh dengan maki hamun. Logik xade, fikir guna kepala lutut. Ajak berbincang tak mau. Kau biarkan je, nanti dia tahu la langit tinggi rendah, dia nak lari p tang mana, Malaysia ni pun bukan besag mana pun. Dia ingat dia hebatlah, megah, dia belum kenai lagi, tak pa. Jangan kata dia, Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah, inikan pula dia. Itulah mentaliti pekerja basuh kandang anjing kat kedai di Kampung Pandan tu, jaga pam minyak shell, buang masa je kau layan....
Selama ini walau Yadeh provoke mcmana pun, dia baginda tak akan lepas perasaan dlm blog baginda sendiri, tak mau menjatuhkan martabat blog baginda dan juga status baginda yg merupakan Pensyarah kanan di sebuah universiti tempatan (Pensyarah subjek Seni Lukis dan Senireka). Walau bagaimanapun, baginda tetap manusia biasa, perasaan murka tetap ada, lalu baginda mencipta satu blog (sejarahnagaraketag.blogspot.com) yg diguna semata-mata utk maki hamun dan mencarut terhadap Yadeh.
Baginda kata Yadeh selalu maki hamun..mana maki hamun..Yadeh cuma menyangkal dakwaan baginda yg mengatakan raja-raja Ayuthia itu Islam..Yadeh kata bukan Islam..itu saja..maki hamun ka mcm tu? Yg baginda seranah Yadeh Siam Kafir Laknatullah, itu bukan maki hamun ka? Yadeh rasa semaha-maha maki hamun, maki kata Kafir Laknatullah inilah maha segala maki...
Lagi satu baginda sebut dlm komen :..nanti dia tahu la langit tinggi rendah, dia nak lari p tang mana, Malaysia ni pun bukan besag mana pun. Dia ingat dia hebatlah, megah, dia belum kenai lagi, tak pa.
Apa ke jadahnya ini Tuanku? Preofesional sikit la Yg Maha Mulia. Tak kan kalah berdebat nak main kasar pulak..tak kan nak kirim skuad Razak Baginda utk bantai Yadeh..Ampun Tuanku berjuta-juta (ribu ampun sikit sgt) ampun, sembah Yadeh harap diampun..tolong jgn apa-apakan Yadeh..sampai masa Yadeh mati jugak..biar Yadeh mati dgn sendiri...
Bapa menakan Yadeh Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah? mana ada..baginda masih macam biasa, masih disayangi rakyat. Ahli-ahli politik Thai yg berbalah masing-masing dok tunggu celah, nak tunggu pihak mana yg tersilap cakap yg boleh dikaitkan dgn menghina raja, dpt point kalu, siap la pihak yg terlepas cakap tu..kat Thailand, buat silap benda lain boleh, buat silap terhadap raja, sayonara la karier politik tu..raja kat negara lain ada ka mcm tu? Bila satu pihak ugut nak dakwa satu pihak kerana hina raja, pihak yg nak kena dakwa tu kata: SO WHAT?
Baru-baru ni Raja Bhumiphol Adulyadej gering dan masuk hospital, kawasan hospital tu penuh dgn rakyat tak kira bangsa, ada menangis, ada yg meraung, ada histeria (tang ni Yadeh tak berapa setuju..semua org akan mati tak kira sapa, buat apa histeria sampai mcm tu sekali)..tapi ini menunjukkan yg Raja Bhumiphol Adulyadej belum pun dah panas, menggelupur duduk tak senang, tapi sakit pening baginda menjadi kerisauan rakyat jelata. Kat negara lain ada mcm tu ka? Apa maksud Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah wallahualam.
Oh ya, Yg maha mulia turut mencaci Yadeh kata penjaga kandang anjing..anjing pun anjing lah..sekurang-kurangnya anjing tak pandai muhong..dlm bhasa Siam, anjing di sebut MA...kiranya Kedah Pasai Ma itu ialah Kedah Pasai Anjing lah nohhh..
Tuesday, June 10, 2008
Kunci Hilang
Kerajaan Sukhothai dan bezanya dengan Kerajaan Chakri
Saya ada membaca Sejarah Nagara Kedah yang ditulis oleh seorang pengkaji sejarah yang tak tahulah belajar sejarah secara mendalam atau tidak. Kita bukanlah menolak semua yang dipaparkan mereka sebagai salah, malahan kita sangat menghargai usaha saudara-saudara kita dalam pencarian sejarah negeri kita yang tercinta, namun kita dapati banyak fakta yang ada dalamnya bercampur aduk dan ada setengahnya yang tidak masuk akal seakan-akan dongeng sahaja.
Marilah kita mulakan dengan permulaan Kerajaan Sukhothai, kerajaan Sukhothai memang sebuah kerajaan yang didirikan oleh orang-orang dari etnik Thai atau disebut Mieo dalam bahasa Siam, semua orang termasuk etnik Thai sendiri tahu nenek moyang mereka berasal dari China Selatan. Kerajaan Sukhothai mula didirikan pada tahun 1238 dan masih wujud lagi pada abad ke-14 masihi. Sebenarnya orang Thai sudah berada sejak kurun ke-7 Masihi lagi di utara Tanah Besar Asia Tenggara. Ada beberapa kerajaan yang didirikan oleh orang-orang yang berbahasa Thai iaitu di Laos iaitu kerajaan Lan Chang (medan gajah bukan cekap berjalan ka bergerak, takat amik ujung ja kawan aku cakap Melayu pon reti) yang dibangunkan oleh Tiao Fa Ngum di Luang Prabang atau Muang Sua pada zaman dahulu, Phayao, Chiang Sen, dan Lanna Thai atau Kerajaan Ribuan Sawah di utara Thailand. Sekarang ini kita selalu dengar tentang orang Thai Shan di Chiangmai, Lanna Thai letaknya di kawasan itu lah.
Sukhothai sebenarnya merupakan sebahagian daripada kerajaan naungan yang diperintah oleh kerajaan Khmer Chenla sehinggalah dua orang panglima bernama Po Khun Pha Muang dan Pho Khun Bang Glang Hao mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1238. Mereka mendirikan sebuah kerajaan yang ditadbir orang Thai dikenali sebagai Sukhothai dengan Po Khun Bang Glang Hao menjadi rajanya yang pertama. Po Khun Bang Glang Hao menggunakan gelaran Po Khun Sri Intrathit.
Sukhothai memperluas empayarnya dengan membentuk pakatan-pakatan ketenteraan dengan kerajaan-kerajaan Thai yang lain. Sukhothai juga menjadikan agama Buddha Theravada sebagai agama rasmi kerajaan dengan bantuan sami-sami Sinhala. Ada juga kisah mengenai agama Buddha Theravada diperkenalkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunchai di tengah Thailand hari ini. Kerajaan Haripunchai merupakan kerajaan kecil yang didirikan oleh orang-orang Mon.
Po Khun Intrathit digantikan oleh anaknya Po Khun Ban Muang. Selepas itu Po Khun Ban Muang pula digantikan oleh adiknya Pho Khun Ramkhamhaeng pada tahun 1278. Sukhothai mencapai kegemilangan dalam pemerintahan Po Khun Ramkhamhaeng. Po Khun Ramkhamhaeng juga yang bertanggungjawab mencipta tulisan yang digunakan oleh orang Thai hari ini berdasarkan aksara orang Khmer boran (purba), anda masih boleh lihat tulisan Khmer purba di kuil-kuil Buddha di Thailand hari ini, aksara-aksara Sakyan tersebut tidak boleh dibaca atau difahami oleh orang awam sebaliknya diketahui oleh sami-sami yang belajar kitab suci. Tradisi mencacah badan dengan lukisan-lukisan suci dan tulisan-tulisan suci itu sebenarnya budaya orang Khmer.
Siam mula digunakan sebagai nama empayar bermula dengan pemerintahan kerajaan Sukhothai, kerajaan Ayuttaya hanya menggunakan nama empayar Siam selepas mengambil alih kuasa pada kurun ke-13 M. Empayar Siam semasa zaman Sukhothai menganjur dari Mortaban di Burma sehingga ke Luang Prabang di Laos serta ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga Nakhorn Si Thammarat di selatan. Macam hari ini juga lah, tiap-tiap kawasan dalam sesuatu empayar atau negara itu mesti ada kawasan pentadbirannya yang tersendiri dengan satu kerajaan pusat.
Siam memang berasal dari nama kawasan yang didiami oleh nenek moyang orang Thai di China iaitu Xian atau Sai-Am dalam dialek China Sichuan pada zaman kuno. Orang Siam dipanggil sebagai Mieo dan suku kaum ini memang masih wujud lagi di China hari ini seperti di Yunnan dan ada setengahnya sudah berasimilasi dengan orang Cina atau etnik Han zaman moden ini.
Selepas Po Khun Ramkhamhaeng mangkat, dia digantikan oleh anaknya Loithai. Semasa pemerintahan Loithai inilah, kerajaan-kerajaan kecil seperti Uttaradit di utara, kerajaan Lao di Luang Prabang, dan Wiengchan atau Vientiane membebaskan diri daripada naungan kerajaan Sukhothai. Banyak lagi kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah Sukhothai mula membebaskan diri daripada naungannya tapi tak perlu lah kita sebutkan semuanya. Kuasa kerajaan pusat mula merosot sehingga kembali kepada yang asal sahaja. Dalam masa yang sama, Ayuttaya di bawah pimpinan Thammaratcha ll mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menggantikan Sukhothai sebagai pemerintah pusat pada tahun 1319. Anda bolehlah lawati Thailand sambil melihat Sila Charuk atau inskripsi yang mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Sukhothai seperti Sila Charuk Po Khun Ramkhamhaeng dan Sila Charuk Wat Srichum (menceritakan perihal sejarah Sukhothai dan Sri Lanka) serta Sila Charuk Wat Pammuang (Rekod-rekod amalan keagamaan dan politik Raja Loithai).
Sukhothai masih wujud lagi dalam abad ke-13 M dan menjadi kerajaan di bawah naungan Sri Ayuttaya sekitar tahun 1365 M sehingga 1378 M. Pada tahun 1421, kerajaan Ayuttaya melantik Thammaratcha ke – IV menjadi raja Sukhothai . Sekitar tahun 1430 M, ibu kota Sukhothai dipindahkan ke Phitsanulok dan selepas kemangkatan Thammaratcha ke – IV, Sukhothai hanya menjadi sebuah daerah dalam Ayutthaya.
Sukhothai bukanlah dinasti yang sama dengan dinasti Chakri, harap saudara-saudari jangan terkeliru. Dinasti Chakri didirikan oleh Phya Thaksin pada kurun ke-16 M, sedangkan Dinasti Sukhothai didirikan pada kurun ke – 12 M seperti yang kita catatkan sebelum ini. Saya cadangkan saudara-saudari sekalian menonton filem bertajuk Suriyothai, dalamnya ada diceritakan sejarah serangan Burma di Siam dengan fokus kepada wirawatinya Suriyothai.
Hubungan orang Khmer dengan Siam
Pada kurun ke – 11 sehingga kurun ke – 12 ke timur Thailand zaman moden, ibu kota bagi kerajaan orang Khmer adalah Angkor dan kerajaan mereka di Kemboja dikenali sebagai kerajaan Angkor turut meliputi sebahagian Thailand di timurnya. Pemerintah-pemerintah Khmer memerintah masyarakat yang sudah maju dari segi strukturnya serta mempunyai kawasan pemerintahan yang luas atau banyak negeri naungan dalam kerajaan mereka.dan budaya orang Khmer sudah merebak ke serata kawasan yang bernaung di bawah mereka. Orang Khmer berjaya menguasai jalan-jalan perdagangan di kawasan Thailand dan Indochina.
Kawasan yang dinaungi kerajaan Khmer sejauh Thailand hari ini, meliputi kawasan timur laut sehingga ke tengah Thailand atau Bangkok zaman sekarang ini selain menjangkau kawasan di barat seperti daerah Kanchanaburi. Raja-raja Ayuttaya mengamalkan adat-istiadat orang Khmer termasuklah dari segi bahasa Istana, pakaian, serta adat-adat pertabalan. Tidak seperti kerajaan orang Thai sebelum itu iaitu kerajaan Sukhothai yang mengamalkan konsep raja sebagai bapa kepada rakyat, kerajaan Ayuttaya mengamalkan konsep Dewaraja atau menyembah kepada Raja, maksudnya peribadi Raja itu suci, ini pun warisan daripada orang Khmer. Pada kurun ke- 16 M, Ayuttaya sudah mencapai kegemilangan dengan menjadi satu empayar yang terkaya dan terbesar di Asia Tenggara, setara dengan London lah kalau ikut pengaruhnya. Sejak awal kurun ke – 16 M lagi, Portugis sudah membina hubungan dagang dan membekalkan senjata api kepada Ayuttaya yang juga terpaksa menghadapi saingan daripada kerajaan Thai lain yang menjadi saingannya di Chiangmai.
Thailand dikenali di Barat dengan nama Siam sehingga tahun 1939. Sayam iaitu sebutan yang betul bagi Siam berasal dari dialek bahasa Cina di Sichuan.
Kerajaan-kerajaan dalam Kemboja
Ada lima zaman yang boleh kita bahagikan dalam sejarah negara Kemboja, kerana negara ini turut terlibat dalam empayar Siam. Dari abad pertama Masihi, kerajaan Funan atau Phnom yang mempunyai sistem pemerintahan dan kehidupan yang berasaskan kebudayaan dari India. Pemujaan raja sebagai Dewaraja mengikut mazhab orang Brahmin kerana orang Brahmin turut serta dalam pentadbiran dalam Istana Kemboja. Aksara India juga turut diterima menjadi tulisan bagi bahasa orang Kemboja atau Khmer.
Antara abad ke – 6 dan abad ke – 7 M, sebuah lagi kerajaan Khmer yang dikenali sebagai Chenla menakluki negara jirannya iaitu Funan atau Phnom. Kerajaan Chenla masih mengekalkan ciri-ciri pentadbiran dan budaya yang sama dengan kerajaan yang ditaklukinya dalam sistem pemerintahan di Istana. Selain itu, kerajaan Chenla turut menawan kerajaan-kerajaan sekelilingnya yang kini berada dalam kawasan Laos, Vietnam, dan Thailand.
Chenla kemudian digantikan oleh kerajaan Angkor yang menandakan zaman klasik di Kemboja bermula kurun ke – 9 M. Kerajaan ini kekal sehinggalah pertengahan kurun ke – 15 M. Semasa zaman ini, orang Kemboja sudah mencapai kemajuan dari segi seni bina dan pencapaian mereka dalam bidang ketenteraan. Kerajaan Angkor kehilangan negeri-negeri naungannya secara beransur-ansur apabila orang Vietnam dari utara menyerang dan apabila kerajaan-kerajaan kecil orang Thai memberontak dan membebaskan diri dari naungannya.
Protektorat Perancis mula masuk ke Kemboja dan membuat perjanjian pada tahun 1863. Mereka memasukkan Kemboja ke dalam wilayah naungannya atau dijajah secara tak langsung. Kemboja menyertai Kesatuan Negara-negara Indochina pada tahun 1887. Indochina jatuh ke tangan Jepun semasa perang dunia ke – ll, tetapi Perancis menuntut Kemboja kembali pada tahun 1945 sebagai sebahagian daripada kesatuan negara-negara yang dinaungi Perancis. Raja Norodho Sihanouk yang ditabalkan dengan restu Perancis pada tahun 1941 telah ditekan oleh parti nasionalis untuk menuntuk kemerdekaan yang diberikan kepada Kemboja pada tahun 1953.
Apa yang generasi muda Thailand dan Malaysia tidak ketahui?
Generasi muda Thailand hari sama lah macam generasi muda Malaysia yang hanya tahu nak berseronok, bersenang-lenang, dan tahu nak glamor sahaja. Perkara tentang sejarah mereka tak tahu sangat, macam yang di Malaysia ni mereka guna sejarah yang bercampur aduk untuk tuntut harta pusaka. Itu hak mereka lah kita tiada kena mengena, tapi yang sakitnya apabila Kedah dikatakan sebagai tempat bermulanya kerajaan Ayuttaya.
Dalam buku sejarah termasuklah kalau kita mengkaji kitab-kitab hikayat seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terung Pipit dan Tarikh Salasilah Negeri Kedah pun, Kedah bukanlah negeri orang Thai walaupun semasa zaman Ayuttaya ia pernah menjadi negeri naungan Ayuttaya, sebab kita dan orang sebelah Thailand sana pun tahu yang etnik Thai berasal dari utara. Marahlah orang Kedah atau orang Islam dari Kedah kerana negeri Kedah yang bertamadun lama sejak mencapai kegemilangannya pada kurun ke – 5 M dikatakan baru memulakan kerajaan bertamadun pada abad ke -13 M. Kerajaan Kedah pada kurun ke – 5 M diperintah oleh raja Bhagadatta atau Misi Sripura, ada juga disebut dalam rekod China dan Arab. Namanya bukan nama Islam pun, kita pun tak tahu nak tafsir nama ini mengikut bahasa Siam juga, mungkin bahasa Siam Kedah boleh menafsirkannya wallahua’alam.
Berbalik kepada pembelajaran sejarah di Thailand sebab orang Melayu tak tahu baca aksara Thai dan tak cakap Siam macam puak-puak Raja Kapur, mereka terutamanya golongan berpendidikan sering membezakan etnik Khmer dan etnik Khom sebagai etnik yang tidak berkaitan. Mereka terkeliru apabila mengatakan orang Khom yang membina Angkor Wat dan Angkor Thom, orang Khom juga dikatakan membangunkan empayar yang tidak kurang besarnya juga. Oleh itu, mereka terkeliru apabila mengatakan bahawa budaya Khmer berasal dari Thailand.
Sekarang baru kita masuk topiknya betul-betul takut anda semua tercampur-aduk. Perkataan Khom berasal dari perbendaharaan Thai lama iaitu “Khmer Krom” yang bermaksud orang “Khmer Tanah Datar”. Dalam bahasa percakapan yang ringkas, perkataan Khmer digugurkan sehingga yang tinggal hanyalah perkataan “Krom” yang bermaksud “Tanah Datar”. Perkataan ini lama-lama disebut sebagai “Klom” atau “Kelom” dan akhirnya menjadi “Khom” sahaja. Bagi orang Kemboja pula bukan kita tafsir sendiri, mereka kata Khom bermaksud sabar berasal dari akronim dua perkataan atau aksara Khmer iaitu Khmer [kho] + Mon [mo] = Khom. Dua etnik ini tergolong dalam golongan orang Darat pada zaman moden sebab kerajaan mereka jauh dari laut atau mereka tak berapa suka duduk dekat laut.
Ciri-ciri kebudayaan dalam budaya orang Thai yang dianggap sebagai berasal dari India seperti seni bina kuil atau wat, corak-corak seni, serta perkataan-perkataan bombastik yang ada dalam perkamusan Siam tu bukan masuk terus dari India. Ciri-ciri tersebut melalui pelbagai pihak sebelum diterima oleh orang Thai. Mula-mula budaya dan agama dibawa dan disebar oleh orang Sinhala (mungkin juga Tamil), selepas itu diterima dan diubahsuai sedikit oleh orang Mon atau orang Khmer. Menurut M. R. Kukrit Pramoj, seorang cendekiawan dan bekas Perdana Menteri Thailand, konsep Dewaraja dan beberapa kosa kata yang khas berkaitan dengan bahasa Diraja di Thailand sebenarnya diterima daripada Kemboja.
Budaya Thai di Thailand berasal daripada budaya Khmer purba, Kemboja juga turut terlibat dalam memperkenalkan seni mempertahankan diri tempatan. Muay Thai dikatakan mempunyai pergerakan yang sama atau hampir sama dengan Pradan Serey di Kemboja. Muay Thai di Thailand asalnya boleh dikesan melalui Muay Boran (tinju purba). Ia merupakan sejenis cara berperang yang digunakan oleh tentera Siam di samping Krabi Krabong, negara berjiran seperti Laos pun ada memberi pengaruh kepada seni mempertahankan diri ini.
Ayuttaya pernah diserang Burma dua kali. Raja Ayuttaya pernah minta perlindungan dua kali di bandar Odong dan merayu raja-raja Khmer membantu dalam usaha membebaskan Ayuttaya. Begitulah caranya tentera Siam atau Thai menerima Muay Thai atau Khmer Muay Boran. Di Kemboja pun tiada wat yang mempunyai tulisan suci dalam huruf Thai, tapi di Thailand ada tinggalan kerajaan Angkor (purba) yang berselerak di seluruh Thailand. Anda boleh lihat pula budaya mencacah tubuh orang Thailand dengan tulisan suci dengan aksara Sakyan, aksara Sakyan tu sebenarnya aksara purba Khmer. Tanya lah kat tuk sami yang ada di Thailand, depa pun tahu cerita, cuma kerajaan masa zaman Rathanayom tak bagi tuk-tuk sami buka mulut saja, nanti kena hukum bunuh atau kena penjara. Puak-puak Istana la ni pun tak ramai dah tahu cerita, depa pun sama lah macam tuk sami, takut kena penjara.
Berabad-abad lamanya orang Tai (Thai) turun ke selatan melalui daerah Yunnan tempat asal mereka di China selatan dan menetap di utara Thailand sehingga sekarang. Mereka terpaksa keluar kerana perluasan kuasa Kubilai Khan iaitu Maharaja dinasti Yuan (Monggol) di China. Orang Thai memanggil kawasan tanah yang subur sebagai “Semenanjung Keemasan” dan membangunkan kerajaan-kerajaan kecil serta berusaha membebaskan kerajaan mereka seperti kerajaan Sukhothai daripada naungan dan pengaruh Kemboja.
Daripada latarbelakang yang telah disebutkan, munculnya kerajaan Ayuttaya. Putera Uthong merupakan anak kepada Raja kerajaan Chiang Saen, kerajaan ini dibangunkan orang Thai pada kurun ke – 13 M, bukan orang Melayu atau Cina. Putera Uthong dimahkotakan sebagai Ramathibodi l pada tahun 1350 selepas merampas kuasa daripada kerajaan Sukhothai. Dia meluaskan kerajaannya dan empayar Siam dengan mengambil kawasan Sukhothai dan sesetengah kawasan yang sekarang ini sepatutnya kawasan Kemboja termasuk Chainat dan Lopburi. Ibu kota Ayuttaya terletak 400 batu dari kerajaan Sukhothai.
Orang Siam tahu budaya Siam dan sejarah dia, orang Siam pun tahu pasai budaya Khmer- Khom pasai depa dapat daripada puak ni lah pengaruh budaya dan bahasa. Kerajaan Funan di Kemboja boleh dikesan dari kurun ke -100 M sehingga kurun ke – 1400 M. Thailand dan Siam memang bermula sejak kurun ke – 1200 pun, apa yang sejarah kena padam? Kita pun tak paham sebab Istana Thai memang ambil model Khmer termasuklah perbendaharaan kata dalam bahasa Diraja Siam memang bahasa Khmer Boran.
Pemerintah zaman dulu-dulu memang minat dengan benda-benda Khom-Khmer ni. Misalnya, Khun Pa Muang yang bertanggungjawab dalam bantu membangunkan Sukhothai serta memerintah Muang Rad la ni kat utara Thailand diberi gelaran Sri Intirabodintirathit sebelum dipendekkan jadi Si Intrathit saja. Gelaran ni depa amik daripada nama dewa penjaga atau Pi Fa bandar atau Muang Sri Sothonpura. Lambang kerajaan Khun Pa Muang pulak diberi nama Pra Khan Jayasri atau pedang Jayasri. Permaisurinya pula bergelar Sikara Maha Tewi. Semua lambang kerajaan ni kurniaan Raja Angkor.
Kita pun boleh tengok lagi Sila Charuk atau inskripsi sebagai bukti di Wat Srichum di Sukhothai, batu ni memang tak boleh dipersoalkan lagi keasliannya sebab ia masih baru lagi sekitar abad ke -14 M, jadi mudah nak jalankan kajian berbanding benda yang dah berkurun-kurun. Istilah Thai, Pi Fa digunakan untuk merujuk raja dan istilah Sri Sothonpura secara langsung merujuk raja Khom-Khmer serta bandar dirajanya. Raja Khom-Khmer tu berkemungkinan Raja Jayawarman V111 (1243 M – 1295 M) dengan bandar dirajanya Sri Sothonpura yang melalui kajian arkeologi tak dinafikan lagi sebagai Angkor Thom. Maha Tewi permaisuri Khun Pa Muang pula ialah anak Jayawarman V111, jadi Khun Pa Muang ni menantu la jugak kepada Jayawarman, Raja Angkor.
Sejarah kerajaan orang Lao Lan Chang di Luang Prabang pun berkongsi perkara yang sama. Fa Ngum yang merupakan raja pertama kerajaan Lao pernah meminta perlindungan di Angkor. Di sana dia diberikan tangkal Buddha Phrahk Bang dan berkahwin dengan Mahesi, seorang anggota keluarga diraja Angkor sebelum memerintah kerajaan Lao pada tahun 1353 M.
Kerajaan Ayuttaya pun sama, masih mengamalkan kebudayaan Khmer dari pertengahan abad ke – 14 M sehingga kejatuhannya. Yang menariknya kesenian dan kebudayaan Khmer dalam Istana diraja Thai menyebabkan berlakunya peperangan dan yang menang dalam peperangan mengambil kebudayaan tamadun yang kalah sebagai kebudayaan mereka, sehingga wujud pula dakwaan yang lebih pelik lagi apabila puak-puak di Kedah ini hendak merebut harta pusaka mengatakan Siam mencuri budaya Melayu dengan fakta yang tunggang terbalik dan bercampur-aduk dengan benda yang tak berkaitan, ni apa ke jadahnya? Buat apa pi campoq Kedah Tua dengan dinasti Ayuttaya?
Tamadun Khom-Khmer akhirnya tenggelam, seperti Sri Sothonpura (Angkor Thom atau Sri Yasodhapura), ibu negara kerajaan tersebut jatuh tiga kali ke tangan tentera yang menawannya. Mula-mula ditawan Raja U-Thong pada tahun 1369 M, kali kedua ditawan oleh Raja Ramesuan pada tahun 1388/9 M dan akhirnya jatuh kepada Raja Sam Phraya pada tahun 1431. Jatuhnya Sri Sothonpura bolehlah disamakan dengan kejatuhan Ayuttaya pada tahun 1767 M. Ha, ni kita nak perbetulkan, ahli sejarah Thailand pun salah juga bila mereka pesongkan fakta ini dengan menjadikan orang Burma sebagai kambing hitam sebab tak mahu mengaku orang Thai pun terlibat dalam kejatuhan kerajaan tamadun lama iaitu Angkor. Angkor pun boleh dikatakan sebagai kerajaan kepada orang Thai juga sebab orang Thai dah bercampur dengan orang Khom-Khmer. Orang Khmer sudah ada dalam Thailand dan kawasan-kawasan lain di Tanah Besar Asia Tenggara sejak 2000 tahun yang lalu, Thailand hanya wujud sejak 100 tahun yang lalu. Kalau anda melawat Thailand, jangan lupa lawati kuil-kuil di sana. Anda akan dapati sami-sami Thai ada pagoda Khmer yang melindungi penganut agama Buddha Thai. Nanti kita cari lain mengenai kawasan di selatan Thailand pula, nak letak semua dalam satu rencana boleh makan masa berhari-hari, dak pon keliru pula jadinya.
Kucailana, 10-06-2008
Monday, June 9, 2008
Lancar Macam Mesin Gun
Dlm blog sejarahnagarakedah, dikatakan org tembun dlm klip di atas menyimpan wasiat turun temurun. Beliaulah yg dimaksudkan sbg Nai Long Kasim Ibn Nai Long Ahmad, waris terkini keturunan raja-raja Ayuthaya. Dlm rekod JPN, nama dia ini ialah Kasim B Hj Ahmad, dari mana datang Nai, wallahualam..
Nai Kasim ni di katakan boleh menghafal dan mengingat wasiat dgn baik dan boleh menyampaikannya dgn lancar pula selancar mesin gun sebagaimana dakwaan dlm blog itu,,,,
...Pasal bercakap mengenai sejarah Kedah, udahlah lancar, ibarat peluru mesingan keluarnya..
betul tak betul, cuba tengok dlm klip di atas..lancar mcm mesingun, kadang-kadang gagap-gagap, kadang-kadang cuit org sebelah utk mendapat kepastian..
salah satu percakapan NLK dlm klip di atas: ..."bila dia balik dari ngaji dari ghrom..ghrom..dia balik pi di negeri cina nun, di negeri cina ni dia mula start nak..nak..nak..nak..nak apa ni..nak..nak..nak..nak"..mesin gun depa muntah peluru bunyi nak..nak..nak..nak..
apa yg jibauknya, semua benda dlm bahasa Siam itu ada saja maknanya dialihkan makna dlm bahasa melayu..kalu betul ok jugak..ini merapu saja..tipu org melayu yg tak faham bhasa Siam boleh la..
Thursday, June 5, 2008
The Ship Of Sulaiman (sos) vs Undang-undang Kedah (uuk)
Dua buah buku ini ada persamaan iaitu ia merupakan terjemahan dari manuskrip yang disimpan di muzium. Perbezaannya pula, sos merupakan tulisan yang direct to the point, ia menceritakan sesuatu perkara secara teratur dan tak perlukan otak mereng untuk memahaminya. Manakala uuk pula merupakan undang-undang atau kanun yang menerangkan tentang kutipan cukai pelabuhan dan dari cukai itu berapa hendak diberi kpd sultan, berapa hendak diberi pada panglima dan berapa hendak diberi kepada pang enam. Ia tidak lebih dari sebuah undang-undang atau kanun tapi ada puak otak mereng yang menggunakan buku ini untuk membuktikan salasilah nenek moyang mereka malah dengan tebal muka turut mendakwa bahawa mereka itu berasal dari keturunan Raja-raja Ayuthaya yang kononnya beragama Islam.
Dalam tulisan kali ini, saya ingin merujuk Phra Narai, raja Ayutthaya yang dikatakan berugama Islam hanya dengan merujuk pada gambar lukisan lama pada sekeping pintu yang menunjukkan seorang lebai berserban dan berkeris. Kononnya Narai ini adalah org yg sama dgn hang Tuah dan Tu Saaban. Kiranya Narai ini adalah dari species katak pisang yang boleh melompat ke sana ke sini bagi menjalan tiga watak secara serentak, tak ubah macam wakil rakyat atau org politik yg suka lompat-lompat itu.
Saya memilih Narai kerana pada masa yang sama saya ingin merujuk The Ship Of Sulaiman memandangkan penulis manuskrip yang merupakan utusan dari Parsi merujuk Narai sebagai King Of Siam dlam catatannya. Walau pun dlm catatan ini tidak menyebut nama Narai kita dapat mengagaknya kerana dlam catatan ini turut menyebut bahawa menteri kanan raja adalah Frank (orang putih). Frank ini tidak lain tidak bukan adalah Phaulcon. Frank minister ini sangat berkuasa sehinggakan utusan Parsi ini harus mendapat kebenaranya sebelum mengadap raja setelah tertangguh selama 20 hari sebagaimana catatan dlam sos ms. 60..
...twenty days later a messenger came and announced that the king wished my most humble self to go to the house of the Frank prime minister...he ask me what the purpose of our visit to Siam really was, i answer:"Our king, the benefactor of mankind, has sent us to this country for the purpose of goodwill and strengthening the foundations of accord and love and there are absolutely no other motives attached to our mission"...
Tetapi perkara yang sebenarnya, kedua-dua pihak (Islam dan Kristian) sedang berusaha untuk mempengaruhi Narai memeluk agama mereka. Pihak utusan Parsi sangat benci kpd Phaulcon sebab ia menjadi penghalang niat mereka di mana Narai dikatakan lebih cenderung utk menerima agama Kristian berbanding Islam. Mereka mengakui perkara ini dlam cataan sos ms. 120..
..As the faith of the Siamese king the situation is not very clear...but every so often he (Narai) shows interest in the faith of his particular prime minister..
Menurut catatan ini lagi, terdapat ramai orang Islam dan Kristian di Ayutthaya ketika itu. Catatan menyebut..
...Siamese men and women will join whatever religion of their overlords' adhere to. Thus the Iranians who have settled in Siam and begun to raise a family,brought all their household into fold of Islam. In the same way the Christian community has managed to convert about five to six thousand natives to its faith. . When this fact is brought to the king's attention, he says that he has no interest in the matter and that the people may adhree to whatever religion they wish as long as they remain part of his peasantry. Thus every nation which comes to Siam converts some natives to ists own religion. What faith the king really holds in his heart, 'God knows best the secrets of His servants....
Namun, penulis tidaklah perlu bertanya kpd Allah apa anutan Narai kerana selepas itu mereka sendiri mencatatkan tentang pegangan agama Siam...
...Just as we have Friday for our holy day, the Siamese have a particular day and night of the week which is their day of worship and this day called Vam Pra (wah, sama mcm yang kita Siam Buddha masih praktik sampai hari ni). How ever, their special day does not recur regularly but in the first, seventh, fifteenth and twenty-seventh of their month , a month which is calculated by an ancient system. (memang la, kita ikut haribulan, buka hari. kalau haribulan tu jatuh hari Ahad, Ahad la, kalu jatuh hari Jumaat, Jumaat la..walaubagaimana pun kalendar Siam sampai 15 saja bai, mana sampai 27, tak apa, kita terima sbb bai mana faham, kalu mrk faham tentu mrk tak buang masa pegi teropong anak bulan utk menentukan tarikh puasa atau raya) . When the time comes they sit on the floor in the temples and face the idols. In the company of their teachers and religious leaders they recite and worship from evening through to the next day. During this time no one engages in work or pays the least attention to bussiness.
That evening the king himself goes to the temple and place of worship and he gathers the indigent monks before him. The monk who is deemed the most learned is given a place on the royal throne and in the same way that the people prostrate themselves before the king...
Di Ayutthaya ada 21 buah masjid? Tak dinafikan kerana sebelum kedatangan utusan Parsi ini, sudah ada penempatan-penempatan Iran. Malah, sebelum Phaulcon, menteri kanan raja adalah orang Islam bernama Aqa Muhammad, di mana mereka mencatat...
...when Aqa Muhammad passed away, the king was ini need of foreign support. Taking advantage of the situation, an ill-begotten Christian rose power and filled the empty position...(sos ms.59)
Walau bagimanapun, dlm sos ini tidak pula disebut berapa jumlah masjid, yang mereka sebut adalah temple...
...despite the fact that Siam is only a small kingdom it contains more than five thousand temples and if this was not enough the monks encourage the natives to build new ones...(sos ms.116)
Saya ingin menyentuh sedikit tentang keris. Memang diakui keris bukan senjata buatan Siam. Tapi kalau orang lain yang membawa atau menghadiahkan keris itu, tak kan Siam tak mau. Dari mana asal-usul keris di Ayutthaya, jawapannya juga boleh diperolehi dalam SOS ini..
..Another festivity which is worth mentioning is the dancing of the men of java and Macassar. The Macassars are from a separate country which lies near Siam (bayangkan, Negara makasar itu dikatakan berdekatan dengan Siam, tentu Siam ketika itu ada sampai ke Johor hari ini) and has its own king and they are all Shafi'i Muslims. Despite the fact they live in Siam they still preserve their own way of life and in general this is the case with all the foreign nations that have settled in Siam.These Macassar had their own neighbourhood in Shahr Nav and there they lived and followed the creed of their own religion. For instance, it is their custom that both the men and women always carry weapons with them. They walk about with daggers fixed to their lungi, which is a tunic they wear to cover their private parts and they do not even put aside their weapons when they go to bed at night. When they have a party, male or female musicians play wild music and arouse the men who take up sharp daggers in their hand. The Macassar call their dagger a kris and it has anexcellently wrought serpentine blade. In the manufacture of such daggers they are great craftmen and they are known to temper the blade by dopping it in poison...(sos ms.136)
Sedikit tentang rutin harian raja (kalau mau tau lebih, boleh pinjam buku sos ini dari saya)..
..Considering himself an upstanding idolator and a god in his own right, the king lives a life of the strictest devotion...As soon as the king wakes up, he washes and change his clothes. Then he goes to the temple and prostrates himself before the idols and the carved images of his relatives, living and dead. After morning prayers the king leaves the temple and proceeds to a special room where he receives several learned doctors...(sos ms.140).
Sekian dahulu buat kali ini. Maaf sekiranya ada kesilapan ejaan kerana saya tulis rujuk buku, bukan copy paste dari web site.