Saturday, July 7, 2007

Siam di Tanah Melayu







Petikan ini adalah dari buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Ibrahim Shukri.






....Adapun kedatangan orang-orang Siam asli ke Tanah Melayu ini ialah dengan cara beransur-ansur dari suatu puak kepada suatu puak. Maka mengikut kenyataan dalam kitab-kitab sejarah bahawa masa kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu ialah dalam kurun Masehi yang ke-4 dan yang ke-5 lagi dengan keadaan yang begitu lama menjadi ramailah mereka itu menduduki dalam Tanah Melayu. Setelah orang-orang Siam asli mulai mendesak kekuasaan orang-orang Hindu dengan jalan bercampur gaul dan bersemenda-semendi. Akhirnya menyebabkan darah-darah orang Hindu itu bercampur dengan darah Siam asli yang membawa kekuasaan orang-orang Hindu itu lemah hingga akibat dari percampuran ini raja Hindu pun telah berubah menjadi darah Siam asli. Akhirnya dengan beransur-ansur kekuasaan orang Hindu dalam Tanah Melayu itu pun jatuhlah pula ke orang-orang Siam asli.



Setelah orang-orang Siam asli dapat berkuasa dalam Tanah Melay, maka sentiasa mereka mendesak hingga bertambah-tambah maju dan jauh masuk ke Selatan Tanah Melayu seperti negeri-neger Gelangggayu, Gangga Negara, Pahang dan lain-lain pada masa itulah yang dikatakan orang Siam asli telah berkuasa dalam Tanah Melayu.Maka kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu itu telah kekal beberapa ratus tahun lamanya hingga sampai dalam kurun Masehi yang ke-8. kekuasaan mereka pun mulai lemah kerana pada masa itu terdiri sebuah kerajaan orang-orang Melayu dalam Pulau Sematera iaitu kerajaan Sri Wijaya. Kerajaan ini telah datang menakluk negeri orang Siam asli dalam Tanah Melayu dan akhir sekali seluruh Tanah Melayu dapat ditakluk oleh kerajaan Sri Wijaya itu dan terhapus semua sekali kekuasaan orang-orang Siam asli...






Adapun, ketika itu Siam bukan merampas Tanah Melayu dari org Melayu tetapi dari org Hindu kerana ketika itu bukan saja Tanah Melayu, Melayu itu sendiri pun belum wujud lagi. Siam Asli. menurut kitab sejarah adalah org-org yg berugama Buddha. Mereka memakai tali leher benang dan menggantungkan objek gambar Buddha.



Walau pun semenanjung ini belum ada org Melayu, penulis sentiasa merujuk tempat sebagai "Tanah Melayu" utk memudahkan kefahaman. Perihal Melayu, Ibrahim menjelaskan:






....Sekarang marilah pula kita mengetahui akan hal ehwal keturunan orang-orang Melayu itu dan dari mana asalnya kedatangan mereka masuk menduduki dalam Semenanjung Tanah Melayu ini. Adapun datuk nenek orang-orang Melayu itu asalnya bertempat dalam pulau Perca atau pulau Sumatera. Dalam masa kedatangan orang-orang Hindu ke Tanah Melayu maka beberapa banyak pula di antara mereka itu yang telah belayar arah ke timur dengan menumpu kepada pulau yang di selatan dan yang timur Tanah Melayu itu, diantara pulau-pulau itu ialah pulau Sumatera, manakala orang Hindu itu datang ke sana tinggallah mereka itu dengan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk asli dalam pulau itu sehingga terdirilah beberapa buah kerajaan yang didirikan oleh zuriat orang-orang Hindu itu.
Pada masa itu kedudukan orang-orang Jakun itu tidak bernegeri tetapi mereka ada berkampung halaman ada dengan ketua-ketua mereka dan pandai pula mencari penghidupan seperti menangkap ikan dan lain-lain. Demikian juga mereka pandai membuat dan menggunakan perahu dalam lautan serta berani mereka melayarkan perahu-perahu itu hingga jauh ke tengah lautan kerana mencari penghidupannya.Apabila orang-orang Hindu itu datang ke sana dan bercampur gaul dengan bangsa Jakun itu hingga sampai beranak dan bercucu cicit menjadi zuriat keturunannya yang besar. Maka daripada zuriat keturunan inilah yang menjelmakan pula sejenis bangsa manusia yang baharu yang menggelarkan dirinya “orang Melayu” ertinya orang mulia....






Dan peta semenanjung pun berubah wajah dari peta asal yg bernama Siam dgn logo gajah bertukar jadi peta Malay Peninsular.



Bercakap berkenaan gajah putih, ia menjadi khazanah negara Thai sampai hari ini. Org Thai tidak sekali-kali rela gajah putih ini dijual beli oleh negara lain. Ada pun gajah putih ini bukanlah putih macam kerbau balaq, cuma ada sikit balaq pada bahagian muka dan pangkal belalai saja.






Serangan Burma ke atas Ayuthia adalah berkaitan dgn keengganan Chakraphat menyerahkan gajah-gajah putihnya sebagaimana dinyatakan:






...Tabinshwehti ( 1531-50) of the Toungoo dynasty sought to become a Chakravartin, the world conqueror of the Buddhist white elephant myth. The King of Siam possessed a number of these precious animals, and he was determined to have them. His demand for a couple of white elephants and Chakrap'at's refusal, much discussed as the cause of the war,....



-DGE Hall






Apakah golongan keturunan Nai Long ini adalah saki-baki Siam asli yg telah bersemenda-semendi dgn Melayu dari Sri Wijaya? Mereka masih berbangga mengaku org Siam, malang sekali pengaruh Islam Sri Wijaya telah membuat mrk malu utk mengaku nenek moyang mrk adalah org Siam kapiaq.

4 comments:

arram sunag said...

"Bercakap berkenaan gajah putih, ia menjadi khazanah negara Thai sampai hari ini. Org Thai tidak sekali-kali rela gajah putih ini dijual beli oleh negara lain. Ada pun gajah putih ini bukanlah putih macam kerbau balaq, cuma ada sikit balaq pada bahagian muka dan pangkal belalai saja."

Gajah putih betul(bukan setakat kepala & belalai) memang ada kat Thailand. Sekarang pun masih ada. Saya ada gambar tapi tak reti nak post

Anonymous said...

Pelik.. Yang mana satu betoi ?
Kalau putih pangkal belalai tu, taik kapang..

Unknown said...

errkk, mo tanya kedatangan org hindu itu dari kelompok arya kah atau Dravidian? dan hmmm adakah kerajaan Sri wijaya itu sudah Islam? kamu salahkan kerajaan Sri wijaya Islam dlm blog kamu ini, setahu saya Sri wijaya masih ada pengaruh hindu, jd bagaimana dgn kerajaan langkasuka? pattani? dan Kedah tua? adakah mereka jg adalah dari kelompok org siam yg dikalahakan oleh kedatangan kelompok Hindu kemudiannya? saya masih nmpk lojik kpd teori siam itu tidak sama dgn suku tai (tai-kadai)

Kapcai said...

Siam kapiaq?yg hang tu apa?