Nampaknya Incik Anai-anai membuat satu asumsi silap lagi bila mengatakan Cina Khek itu adalah Cina Islam.
Dlm artikel terbarunya SEJARAH, KAEDAH PENGKAJIAN DAN MASYARAKAT anai-memuatkan pendapat dari dua sumber seperti berikut:
....Begitu banyak cross referance yang saya jalankan menunjukkan ada maklumat yang sengaja disembunyikan dan tidak di tonjolkan. Di sini saya ingin mengambil contoh perkataan ‘khaek’, satu perkataan thai, berasal dari perkataan siam yang merujuk kepada orang-orang Islam di Patani dan juga semenanjong.
" In Thai, for example, farang is a well-known adjective and noun referring to Western people without any specification of nationality, culture, ethnicity, language, or whatever. Khaek is another term which covers the peoples and countries of the Malay peninsula, the East Indies, South Asia, and the Middle East without any distinction. Khaek also denotes Muslim, but by no means exclusively so. That is to say, a reference is sometimes made regardless of whether or not a certain characteristic really belongs to any particular nation or ethnic group, because the aim of the discourse is to identify the un-Thainess rather than to define the characteristic of any particular people."
Thongchai Winichakul, “Siam Mapped. The History of the Geo Body of a Nation”, Honolulu: University of Hawaii Press, 1994, Pg3.
Dalam menceritakan mengenai orang-orang China yang datang melombong bijih timah diatas perbelanjaan Long Jaafar di Larut, perkataan khaek ini juga disebut oleh Joginder Singh dalam bukunya, “Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959)”, seperti berikut,
“Orang yang mula sekali datang ialah suku khaek dan mereka membuat tempat kediaman dikawasan Kelian Pauh iaitu berdekatan dengan rumah penjara Taiping sekarang ini……Di Larut ada dua kongsi gelap yang bermusuh – kongsi gelap Hai San (puak khaek) dan kongsi gelap Ghee Hin (puak Kongfu). Ahli-ahli kedua kongsi gelap yang bermusuhan itu jarang benar bercampur gaul diantara satu sama lain”.
Joginder Singh Jessy, “Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959”), Dewan Bahasa dan Pustaka,1975, ms153.
Lalu anai-anai pun membuat kesimpulan:
..Agak pelik sewaktu kita mempelajari sejarah di sekolah dahulu, kenapa orang-orang china ini bergaduh setelah merantau begitu jauh mencari rezeki ditempat orang. Rupa-rupanya mereka bukan sahaja berlainan puak malah berlainan agama juga....
Ingin saya menegaskan bahawa khaek yg disebut oleh Thongchai Winichakul tidak sama dgn khaek yg disebut oleh Joginder Singh Jessy.
Saya tidak mau membuang masa saya utk menerangkan apa itu khaek yg disebut oleh Joginder Singh Jessy, tapi saya tahu khaek ini bukan Islam. Silalah anai-anai pergi google internet cari perkataan khek, kek atau Hakka atau pergi menemuramah ahli Penang Khek Association di Burmah Road, Penang. Persatuan mereka ini besar, bangunan pun besar, di situ juga ada muzium mereka, ada alat-alat mendulang bijih dsb. Silalah dapatkan primary data dari mereka ini. Anai-anai akan tau Cina Khek ini kalau sembah nenek moyang, mereka letak babi panggang satu ekor cukup sifat, yg tak ada taik dia saja.
*Gambar di atas: Presiden Penang Khek Association, Datuk Cheah See Kian menunjukkan peralatan mendulang yg dipamerkan di muzium persatuan mereka di Bangunan Penang Khek Association, Jalan Burmah, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment