Amat mengejutkan bila terdapat pihak-pihak yg tidak dapat menerima sejarah seperti yang seadanya tapi tanpa segan silu ingin menukar atau menghapuskannya. Mungkin sikap begini ada dalam hati dan jiwa mereka, maka mereka sentiasa berperasangka bahawa org lain pun bersikap macam mereka juga.
Berkaitan dgn cadangan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka, ramai yang membantah. Seorang daripadanya mempersoalkan dlm ruangan forum utusan Malaysia. Antara ngomelannya ialah:
...Saya ingin bertanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, apakah yang akan mereka lakukan jika ada pihak menjumpai tinggalan kota milik Siam di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.
Apakah kita kelak akan membina semula kubu Siam di negeri-negeri itu bagi menunjukkan betapa kita menghargai sejarah? Dan kita tidak kisah dengan implikasi sejarahnya...

Oh..baru saya tahu, kalau mereka jumpa kesan tinggalan selain dari tinggalan warisan Islam, mereka akan abaikan atau lebih kotor lagi : musnahkan.
Mereka nak cari warisan Islam saja. Teruskanlah mencari bang...moga-moga ketemu.
Seorang pembaca lain pula lebih sadis bila dia cadangkan supaya diruntuhkan sahaja semua kesan tinggalan penjajah. Betapa hipokritnya mereka ini. Dia berkata:
...Malah saya dengan keras sarankan agar diruntuhkan semua struktur yang ada elemen menjajah minda anak bangsa. Mereka tidak mengerti ini semua, kitalah pemikir dan penyelamat jiwa dan minda mereka ratusan tahun akan datang.
Ini kerja besar. Bolehkah kita buat? Memang kerja besar hanya mampu dibuat oleh orang berjiwa besar. Jika ada bantahan daripada pihak mereka atas keruntuhan itu bererti mereka telah tewas dan kita menang. Berjuang dengan senjata dan darah sudah tamat. Kita tunggu kedatangan pejuang bangsa untuk kerja ini....

Ini kepala otak serupa kepala otak Taleban saja..berasa menang dgn meruntuhkan tinggalan sejarah..
Antara saranan mereka yg saya petik dari ruangan forum Utusan Malaysia pada bulan Jun 2007 adalah seperti dibawah. Mari kita lihat beberapa pendapat org yg takut pada bayang-bayang sendiri ini:
Kubu Portugis tidak perlu dibina
CADANGAN Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka seharusnya dikaji semula. Memang benar, kubu itu sebahagian daripada warisan Melaka, tetapi ia bukanlah warisan yang perlu kita beri peruntukan berjuta-juta ringgit untuk membinanya kembali.
Pada pandangan saya, jika ada pihak di negara ini meminta kerajaan Portugal membiayai kos pembinaan semula kubu itu, mereka mungkin sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih besar daripada RM12.8 juta.
Kenapa mereka sanggup membayarnya? Sebab pembinaan semula kubu itu akan memberi kegagahan kepada sejarah penjajahan Portugis.
Para penyelidik mengatakan dokumen lama Portugis mencatatkan bahawa kubu itu dibina dengan batu-batu yang diambil dari masjid dan kubur di Melaka.
Kubu itu sebenarnya didirikan daripada runtuhan simbol Melayu dan Islam.
Dan kini kita mahu membina semula ‘warisan’ tersebut semata-mata kerana ia satu ‘warisan’. Ia adalah satu langkah yang tidak kena.
Setiap apa yang kita panggil warisan perlu dilihat dengan perspektif. Kita boleh melihat warisan dengan perspektif liberal dan sudut pandangan untuk menghargai apa juga ‘warisan’ tanpa mengambil kira latar belakangnya. Sedangkan warisan juga perlu dianalisis dalam konteks perspektif Melayu dan Malaysia.
Saya menilai cadangan untuk membina semula kubu itu sebagai usaha yang tidak sepatutnya dilakukan.
Tidak semua warisan perlu dikekalkan. Tidak cukupkah dengan Kota A Famosa (gambar), bekas kubur St. Francis Xavier dan warna merah bangunan Stadthuys di Melaka?
Bukan bermakna kita malu dengan sejarah masa lepas. Tidak. Kita tidak malu dengan sejarah, tetapi tidak elok tumpuan yang berlebih-lebihan diberi kepada era tertentu semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan pihak asing dan memperoleh sedikit dana daripada pertubuhan antarabangsa.
Kubu Portugis itu merupakan lambang penguasaan kuasa kolonial Kristian Eropah ke atas wilayah yang asalnya sebuah kesultanan Islam yang terkenal.
Membina semula kubu itu akan bererti mengenang semula kemegahan kuasa kolonial Kristian Eropah. Apakah yang kita dapat daripadanya?
Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Hamid A. Abu Sulayman pernah mempersoalkan perbuatan ummah yang cenderung ke arah talfiq cara Barat untuk menangani masalah kebudayaannya.
Saya tidak menyarankan supaya semua tinggalan kuasa kolonial Eropah diruntuhkan. Tidak. Tetapi apa yang runtuh tidak payahlah dibina semula. Cukuplah kita menguruskan tinggalan yang sedia ada.
Dalam buku Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah (1796-1854) menulis tentang bagaimana Residen William Farquhar (1774- 1839) meruntuhkan kubu Portugis di Melaka pada tahun 1807. Farquhar, seorang jurutera yang hidup sezaman dengan Stamford Raffles, menjadi residen di Melaka antara 1803-1818.
Kata Munsyi Abdullah: “Sebab Inggeris itu terlalu cerdiknya itulah sebabnya dipecahkannya kota ini; kerana jikalau kiranya kota ini dapat ke tangan bangsa lain, nescaya beberapa lama pun diperanginya tiadalah akan alah, oleh sebab demikianlah kukuhnya dan hikmatnya kota ini.”
Di kota itu juga, kata Munsyi Abdullah, terdapat penjara untuk menyeksa tahanan.
Beliau menyambung: “Ada pun seri negeri Melaka itulah kota itu. Maka apabila sudah pecah kota itu, maka negeri Melaka tiada berseri lagi, umpama seorang perempuan yang kematian suaminya, tiadalah berseri mukanya.
Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah, itulah alamat dunia ini tiada kekal; yang ada ditiadakan, dan yang tiada diadakan, berubah-ubah adanya.”
Yang lepas, lepaslah.
Saya ingin bertanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, apakah yang akan mereka lakukan jika ada pihak menjumpai tinggalan kota milik Siam di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.
Apakah kita kelak akan membina semula kubu Siam di negeri-negeri itu bagi menunjukkan betapa kita menghargai sejarah? Dan kita tidak kisah dengan implikasi sejarahnya.
Kedatangan pelancong ke Melaka pada masa depan sebenarnya tidak ada kaitan dengan kubu Portugis itu.
Sejak zaman remaja, saya telah lebih daripada sepuluh kali melawat Melaka. Saya kini tidak lagi melawat Melaka kerana A Famosa dan Stadthuys, tetapi kerana tarikan kawasan peranginan di negeri itu dan keunikan gaya hidup di Jonker Street. Saya juga ke Melaka kerana ikan bakar, Taman Mini Ayer Keroh dan Perigi Hang Tuah.
Saya tidak akan melawat Melaka semata-mata kerana kubu Portugis telah dibina semula. Ia tidak memberi saya sesuatu yang baru.
– KAWAN CICIT BABA MELAKA,
Kuala Lumpur.
Sokong tidak bina kubu Portugis
SAYA tertarik membaca pandangan Kawan Cicit Baba Melaka mengenai usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka.
Alasan yang diberikan oleh Kawan Cicit Baba Melaka bahawa kubu Portugis itu dibina daripada keruntuhan simbol Islam dan Melayu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Lebih-lebih lagi kubu asalnya dibina daripada batu-batu masjid dan kubur orang Islam yang mati sebelum Portugis menawan Melaka pada tahun 1511.
Tidak guna nanti kita berasa gah dengan kubu yang dibina semula itu sedangkan ia tidak memberi sebarang makna kepada semangat kita sebagai sebuah bangsa berdaulat.
Elok kerajaan kaji balik rancangan itu.
Tak payahlah kita buat semula kubu penjajah tersebut.
Peruntukan yang disediakan untuk projek itu boleh dialihkan untuk pelbagai program melindungi warisan lain yang lebih berfaedah.
Pada pandangan saya, tumpuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Melaka sahaja adalah tidak adil.
Kesultanan Melayu di Kedah, misalnya, juga mempunyai tinggalan-tinggalan kota yang hebat, malah usia kerajaannya telah menjangkau 1,000 tahun.
Kesultanan Kedah yang ada sekarang kesinambungannya telah berusia hampir satu milenium.
Malah pandangan sesetengah ahli sejarah bahawa Islam bertapak lebih awal di Kedah daripada di Melaka menunjukkan kita juga perlu memberi perhatian kepada sejarah negeri lain di Malaysia selain Melaka.
Sebagai contoh, tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof pernah menulis mengenai kewujudan pusat pentadbiran pertama kerajaan Melayu Islam di Kedah di Kota Bukit Meriam. Kota itu terletak di selatan Kedah.
Kota tersebut dibina sesudah bertapaknya Islam secara rasmi di negeri itu pada tahun 1136 Masihi ekoran pengislaman Sultan Mudzaffar Shah, menurut ahli sejarah itu.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan patut berusaha mencari tapak Kota Bukit Meriam, kaji pelan asalnya dan bina semula kubu kota itu.
Saya percaya pembinaan semula Kota Bukit Meriam akan lebih bermanfaat kepada bangsa kita berbanding mencantikkan kubu Portugis di Melaka.
Menjadikan pembinaan semula Kota Bukit Meriam sebagai projek nasional, jika menjadi kenyataan, adalah lebih berguna daripada memegahkan penjajahan kuasa Kristian Eropah di negara kita.
Cadangan membina semula kubu Portugis ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 adalah satu langkah yang tidak sensitif.
– PELANGGAN PEKAN RABU,
Alor Star.

Lagi bantah cadangan bina kubu Portugis
Peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan antara lain ialah bersangkutpaut dengan harta peninggalan yang dianggap sebagai ‘warisan’. Mencari, memulihara dan mengekalkannya.
Perspektif dan definisi ‘warisan’ ini perlulah jelas.
Warisan adalah khazanah atau harta dalam pelbagai bentuk yang ditinggalkan oleh manusia atau kelompok manusia zaman silam kepada yang berhak mewarisinya di zaman ke hadapan, memiliki pertalian sosial sama ada dalam bentuk keturunan, suku kaum, kepercayaan atau raja kepada rakyatnya.
Nyatalah peninggalan warisan ini mempunyai sentimen kesinambungan keagungan generasi penerus terhadap orangorang sebelumnya. Tidak syak lagi perantara ‘warisan’ ini menjadi asas psikologi patriotisme bangsa terhadap generasi datuk nenek mereka.
Maka semestinyalah psikologi yang tertanam itu berbentuk positif dan berkembang mencipta warisan baru selamanya.
Dalam konteks kementerian berkaitan dalam negara ini sewajarnya warisan yang mahu diiktiraf dan dipelihara itu berbentuk ‘kekitaan’.
Mesti ada rupa bangsa sejak 40 ribu tahun lalu sejak zaman purba Paleolitik di Lembah Bujang umpamanya, berterusan hingga sekarang dan akan datang
Berbalik kepada isu cadangan untuk membina semula kubu Portugis ini, persoalannya ialah ia warisan daripada siapa kepada siapa? Apakah psikologi positif yang hendak diwariskan oleh Portugis kepada anak jajahnya?
Dalam firasat saya kuat menyatakan mereka hanya ingin membuktikan kegagahan dan keunggulan zaman silam kepada anak cucu mereka pada masa hadapan selama mana kubu atau monumen itu tertegak.
Maka tidak hairanlah di mana saja mereka menjajah dibangunkan struktur bangunan yang unik lagi mampu bertahan lama hingga anak jajah sepakat begitu sayang dan membanggakannya sebagai ‘warisan’.
Maka merantau serata dunia anak cucu mereka atas taraf pelancong mencari bukti dan warisan keunggulan itu. Mereka datang dan berkata “Inilah rupa orang-orang yang pernah dijajah oleh datuk nenek aku dahulu,” sambil memandang anak-cucu jajahan ini sebagai terlalu kecil dan hina.
Mereka tidak hairan pembangunan prasarana mencakar langit di sekitar warisan itu. Mereka terus melihat kejahilan dan kekerdilan kita selama mana warisan mereka masih wujud.
Lihatlah bagaimana bangunan Keretapi Tanah Melayu, Bangunan Sultan Sulaiman (sekadar namakan beberapa contoh depan mata) di Kuala Lumpur mampu menarik perhatian sektor industri pelancongan.
Empayar
Mereka silih ganti datang mahu mencari bukti ‘warisan’ mereka. Dan kita hanya mengemis wang mereka, itu saja. Pada saya warisan itu ialah warisan mereka di tanah air kita, bukan warisan kita.
Di mana warisan kita?
Bukankah segala naskhah lama Melayu telah diculik dan disembunyikan di negara mereka. Malah pejuang-pejuang bangsa di zaman penjajahan sangat mulia namun kita tulis dalam buku sejarah sebagai ‘pemberontak’.
Sangat hairan begitu besarnya empayar kerajaan Melayu Melaka yang diajarkan kepada anak bangsa di sekolah namun tangga istana pun tak tertinggal lagi.
Apakah mungkin cerita Kesultanan Melaka itu cerita dongeng? Mereka sebenarnya secara licik dan berstrategi jangka panjang memutuskan dan melenyapkan warisan sebenar kita daripada diketahui oleh generasi penerus.
Mengapa perlu kekalkan kubu Portugis?
Selain daripada untuk mengemis wang daripada baka-baka penjajah yang kita gamit dan diarak sebagai pelancong, tidak ada keperluan lain melainkan ia terus meninggalkan kesan negatif kepada minda anak bangsa kita selamanya.
Kita bayangkan datuk nenek kita dahulu menjadi mangsa kezaliman - bunuh, dera, rogol, mengaut kekayaan dan lain-lain.
Saranan Kawan Cicit Baba Melaka dalam Forum, Utusan Malaysia 4 Jun lalu sebagai “apa yang runtuh tidak payah dibina semula” sangat wajar, terima kasih.
Malah saya dengan keras sarankan agar diruntuhkan semua struktur yang ada elemen menjajah minda anak bangsa. Mereka tidak mengerti ini semua, kitalah pemikir dan penyelamat jiwa dan minda mereka ratusan tahun akan datang.
Ini kerja besar. Bolehkah kita buat? Memang kerja besar hanya mampu dibuat oleh orang berjiwa besar. Jika ada bantahan daripada pihak mereka atas keruntuhan itu bererti mereka telah tewas dan kita menang. Berjuang dengan senjata dan darah sudah tamat. Kita tunggu kedatangan pejuang bangsa untuk kerja ini.
– Sohadis Musidi,
Batu Pahat.

Kenapa perlu bina semula kubu Portugis?
KEMENTERIAN Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diwujudkan dengan harapan untuk memelihara dan memulihara kebudayaan, kesenian dan warisan negara.
Jika direnungkan oleh orang kampung seperti saya, maksud perkataan memelihara dan memulihara menunjukkan sesuatu benda yang hendak dipelihara atau dipulihara itu telah sedia wujud.
Adakah itu makna sebenarnya, saya serahkan kepada kementerian berkenaan untuk menjawabnya. Cadangan pembinaan semula kubu Portugis dilihat sebagai antagonis kepada kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada Ogos ini.
Bersusah payah datuk moyang kita berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, tetapi kini kita senang-senang pula hendak membina semula kubu penjajah.
Apa yang mahu dibanggakan? Dengan peruntukan lebih kurang RM12.8 juta, lebih baik kerajaan salurkan untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti menambah katil di hospital awam, membina pusat asuhan kanak-kanak, membantu golongan fakir dan miskin, membina padang permainan dan banyak lagi kemudahan untuk rakyat.
Saya harap kementerian berkenaan khasnya dan kerajaan amnya lebih prihatin dan rasional dalam melaksanakan sesuatu projek.
– MAS 9459,
Subang.

7 comments:
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose[/url] This lens is more appropriate with a smaller frame than with the oversized shades discussed. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats cheap[/url] Rvgsgf
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin uk[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Jacken[/url] Tzxcoz [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora jewellery[/url]
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose down jackets sale[/url] You can ask your friends or leave queries on social networking sites which will be answered by others who have information on what you are looking for. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats cheap[/url] Nthfdt
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Shop[/url] Gqoobi [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora charm[/url]
[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose chilliwack[/url] It is one thing over wearing clothing. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats cheap[/url] Kzxmhk
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin shoe sale[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Parka[/url] Wsopzc [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora Sale[/url]
I am sure you will love jFctohKW [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/]gucci online store[/URL] online shopping THZosCYN [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ ] http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ [/URL]
you must read wDqZyIKj [URL=http://www.replicalv.webs.com/]knock off louis vuitton[/URL] for less MUzuuUWS [URL=http://www.replicalv.webs.com/ ] http://www.replicalv.webs.com/ [/URL]
must check oxVmTyDS [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/]designer inspired handbags[/URL] with low price uMVRQzaa [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ ] http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ [/URL]
for ccIexbbF [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/]cheap designer bags[/URL] to get new coupon MsbMhZjJ [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ ] http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ [/URL]
Post a Comment