Tuesday, July 17, 2007

Kheag Tesh? Apa benda tu? Jenama serbuk cuci atau serbuk kari?




..Peta Benua Islam Siam Nagara Kedah Pasai Ma (Kheag Tesh-Islam tempatan)...begitulah tulisan seorg blogger dlm web blognya.


Beginilah kalau tak faham sesuatu perkara tapi cuba nak menjadi org yg tau.


Mana boleh Kheag Tesh itu Islam Tempatan?


Taukah dia apa yg dimaksudkan Khaek Thed dlm bahasa Siam?


Nampaknya blogger ini mendapat maklumat primary data dari seorang yg gila drama Likay Kedah yg amat popular satu ketika dulu. Agaknya salasilah yg didakwa itu sebenarnya adalah dongeng atau cerita rekaan dlm drama likay itu. Dan Khaek Thed adalah satu watak dlm likay Kedah itu.




Likay ini dipelopori oleh Din Kiau (saya panggil dia Ta Kiau, Ta dlm bahasa Siam Kedah lebih kurang Tok dlm bahasa Melayu. Ta Kiau sudah mati kira-kira 10 thn lepas ketika berusia 75 thn) dan rakan-rakannya yg terdiri dari Ta Loy (masih hidup, 85 thn), Ta Prean atau Lebai Husin (Siam masuk Melayu, mati 20 thn lepas ketika berusia 70an), Ta Klap atau Tok Harun (adik Ta Prean, juga Siam masuk Melayu, rasanya masih hidup..tak berapa pasti).


Lain-lain ahli Likay dari Kampung Tok Arang, Bt5 Jln Changlon ini ialah Din Niam, (dah mati)Din Nem (adik Din Niam), Epua (bini Din Niam, dah mati) anak-anak Din Niam (3 org yg ahli Likay ini), Bang Nawi, Bang Bu (tak pasti nama dia Abu atau Sabu), Tok Nog (nama dia Noor kot, dah mati) dan beberapa org lagi yg tak berapa ingat nama mereka.




Bang Bu dan Tok Nog, walau Melayu mereka ini boleh cakap Siam dan boleh menyanyi lagu Likay dlm bahasa Siam. Bang Nawi tak pandai sangat. Bang Nawi adalah ahli paling muda selain anak-anak Din Niam yg tak aktif lagi. Saya dengar khabar sekarang ini Bang Nawi sedang menghidupkan kembali seni rakyat yg hampir pupus ini. Sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah mengunjung Bang Nawi di Kg Tok Arang. Rumahnya bersempadan pagar saja dgn kubur Tok Arang. Maaf, saya tak mengetahui apa-apa berkaitan sejarah Tok Arang, yg pasti kuburnya masih ada, bernisan batu sungai sahaja. Kalau ada kesempatan ke kg Tok Arang, saya akan rakamkan gambar kubur Tok Arang dan lampirkan di sini. Mungkin Tok Arang adalah pelopor di situ memandangkan namanya diabadikan sebagai nama kg iaitu Kampung Tok Arang yg bersempadan dgn Kg Kodiang lama. Kodiang adalah nama Siam, asalnya Kok Daeng. Tentu org Siam pernah bertapak di situ. Selain Kok Daeng, sebuah bukit berhampiran Kodiang yg byk sireh turut di beri nama oleh Siam sbg Bukit Sireh. Khuan Khou Phlu. Sekarang dikenali sbg Bukit Keplu.




Selain dari Likay, di kampung ini juga adalah tempat tinggal Nang Liang (Tok Dalang Liang, sudah mati). Setelah ketiadaan Lung Liang, anaknya Chei mengambil alih dgn menggunakan nama Chei Chaiden. Chei juga telah mati lima thn yg lepas. Abang Chei, Klong dan adiknya Khrau tidak berminat utk meneruskan tradisi, sayang sungguh. Nanti ada kesempatan, saya nak minta patung-patung wayang Lung Liang ini. Yang amat menarik, salah satu patung lawak iaitu Nu Theng mempunyai sesuatu yg istimewa. Ketika Ta Klap masuk Jawi dan tukar nama kpd Harun, Lung Liang telah ambik "kulit hujung" Ta Klap yg dipotong dan digantung di bawah bibir Nu Theng. Menurut Lung Liang, ini adalah untuk memberi kesan lawak mencarut Nu Theng secarut-carutnya. Nu Theng memang mencarut. Sebelah tangan dia buat jari macam lubang, sebelah tangan lagi jarinya berbentuk alat sulit lelaki.




Berbalik pada likay, ia dilengkapi dgn peralatan gendang yg ahlinya ketika bergendang turut menyanyi menyambut nyanyian watak-watak pelakonnya.


Biasanya Tok Nog atau Ta Loy akan membawa watak bapa tua iaitu bapa kpd putera atau puteri. Tok Nog bapa kpd putera raja, Ta Loy bapa kpd puteri. Ketika putera atau puteri nak keluar merantau, mrk akan mengadap Tok Nog atau Ta Loy. Tok Nog, bila dia bercakap dia akan buat-buat batuk (lakon sbg org tua)..dia batuk uhuk..uhuk..uhuk..pooottt...poooottt..(yg bunyi pooot..pooot,, tu kononnya batuk sampai terkentut..nak lawak lah tu)..lakonan pula menggunakan bahasa Siam dan Melayu Kedah bercampur-campur..




Bang Bu dan Bang Nawi pula biasanya akan jadi khadam kpd putera-puteri. Watak mrk ini juga sebagai pelawak, pakai sarung buruk, tak pakai baju tapi pakai selendang dan juga topeng muka merah. Nama watak mrk ialah Senna (mungkin Aston Senna tu org Siam jugak kot), sorang alagi nama Adam.


Nyanyian Senna saya ingat sikit-sikit iaitu: "..Senna nam nong, nan lae lae chong kallai..senna ork pai, raew-raew wai-wai..."


Manakala Adam pula nyanyi: (bahasa Melayu).." Adam tak mau timbanglah kati..kati lah cina..kati cina berat sebelah..


Masa nyanyi ni Senna atau Adam akan menari tertonggek-tonggek, putra raja ikut belakang, menari pusing dua tiga kali kononnya berjalan jauh lah tu sampai lah jumpa antara putera dan puteri. Senna dan Adam pun berjumpa, pakat buat lawak sakan. Tapi depa dua ni memang sakit badan sebab silap cakap akan kena bantai oleh putera/puteri dgn batang buluh yg dipecah-pecahkan..bunyi prap! prap!..habis likay bengkak-bengkak badan.




Likay ini juga ada unsur-unsur sembahan dan pemujaan. Selepas upacara pemujaan, yg akan keluar mula-mula sekali ialah Khaek Thed yg kita sebut pada permulaan artikel inilah. Khaek Thed ni ialah India yg masuk berdagang dalam negeri Siam. Macam mana geng Nai Long boleh kata Khaek Thed ni ialah sebuah kerajaan.




Dlm Likay ini, watak Khaek Thed di bawa oleh Ta Klap (Tok Harun). Memang ada gaya sebab dia tu hitam sikit. Budak-budak memang seronok dan tak sabar-sabar nak tengok kemunculan Khaek Thed ni. Sebelum dia keluar tu, para pemukul gendang akan menyanyi-nyanyi seperti memanggil-manggil utk Khaek Thed ini utk muncul. Kemuncak nyanyian itu ialah seperti berikut:.."aei laka aei madulae langka...aei laka aei madulae langka..rema da pisae rayu-rayaaaa..." habis saja rangkap ni, tirai belakang pemuzik gendang pun bergegar-gegar..ganas juga Khaek Thed ni ya..Belakang tirai yg bergegar tu terdengarlah suara Khaek Thed nyanyi berbunyi: .."aiyaa reman daraaaaeeee...aiya reman daraaeeee..."


Tukang pukul gendang terus sambut "..aei laka aei madulae langka..rema da pisae rayu-rayaaaa..."(maaf, bahasa ni saya pun tak tau apa maksud..mungkin bahasa org siam atau melayu yg nak mengajuk bahasa india kot).




Lepas tu Khaek Thed pun keluar dari tirai dan berjoget jalan depan, gostan ke belakang. Naik debu panggung likay atas tanah tu. Budak kecik ada yg menangis sebab takut bila tengok Khaek Thed yg berserban, bermisai dan berjambang palsu itu. (budak zaman dulu memang takut dgn org India)...Lepas menari ke depan ke belakang tu, Khaek Thed pun nyanyi: " phom no kho klau ma lau reang Khaek Thed..phom no kho klau ma lau reang Khaek Thed..phinu wikset ma lau reang khaek dam"..( ini nak cerita pasai khaek Thed)


Tukang gendang pun sambut: " sayang tal abang besa, sayang tal abang besa, phi khaek khau ma kola meang Sai, kola oiii, kola meang Sai"..(kola=kuala)..


Khaek Thed sambung lagi: " arai phak neng theng ma na tha..theng ma na tha, phi khaek khau ma kola meang Sai..."
Apakah Kola meang sai ini ialah Kola Kedah? (Kuala Kedah). Org Siam memang panggil Kedah sbg Saiburi atau Meang Sai.


Tukang gendang pun sambut: " sayang tal abang besa, sayang tal abang besa, phi khaek khau ma kola meang Sai, kola oiii, kola meang Sai"


Dah habis nyanyi, Khaek Thed pun ada cakap sikit..tukang layan dia ialah Senna yg di lakonkan oleh Bang Bu. Cakap Khaek Thed ni lebih kurang org India cakap Siam lah..semua cakap dia akan mula dgn arai spt arai kin nam, arai kin khau, arai bla..bla..bla..


Inilah apa yg di sebut Khaek Thed tu..tak lebih dari seorang pedagang, bukan sebuah ketua kerajaan. Nai Long peminat Likay ka?


Khaek Thed juga ada bawa bini, namanya Yayi. Nyanyian Yayi saya kurang ingat, tapi bapa kpd kawan saya bernama Din Dam yg suka mencarut mengajuk nyanyian Yayi bini Khaek Thed seperti berikut: " Yayi, Yayi siau-siau, jok khen pai jiau, t*t khiau mean nuai pring.." ha..ha..ha..

No comments: