...Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Pasai selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani.
Di antara Kumpulan orang-orang Islam Pasai itu adalah seorang orang tuanya yang alim dalam hukum-hukum agama Islam bernama Syeikh Safiyy al-Din. Orang tua ini selain dari alimnya, juga ia telah terkenal seorang dukun yang pandai mengubat bermacam-macam jenis penyakit. Demgan hal ini penduduk-penduduk dalam negeri Patani sangatlah menghormati dan memuliakan tuan Syeikh itu.
Pada suatu masa Raja Antira (Raja Patani) itupun menghidapi sejenis penyakit pecahlah tubuhnya atau penyakit kusta semakin lama semakin hebat penyakit itu. Banyaklah dukun-dukun atau tabib-tabib dari orang Siam asli telah dipanggil mengubati baginda, tetapi jangankan sembuh malahan semakin pula bertambah-tambah. Habislah sekalian dukun-dukun yang bijak dari segala bangsa telah mencuba mengubati baginda itu tidaklah juga sembuh. Lalu disuruh oleh baginda seorang hambanya memalu canang di seluruh ceruk negeri mencari siapa yang sanggup mengubati panyakit baginda itu serta menawarkan bebrapa hadiah yang banyak. Berjalanlah raja itu sambil memukul canang di serata-rata kampung dan dusun mencari dukun yang sanggup mengubati penyakit baginda tetapi tiadalah juga dapat sehingga masuklah hamba raja itu ke dalam kampung orang-orang Pasai. Manakala didengar oleh Syeikh Safiyy al-Din akan orang memalu canang itu keluarlah ia bertanya, “kenapa engkau memalu canang itu.” Jawab hamba raja itu, “adalah raja kami sedang menghadapai penyakit kusta, habis sekalian dukun dalam negeri ini mencuba mengubatinya tetapi tidak berjaya. Dengan sebab inilah berjalan memalu canang mencari sesiapa yang sanggup mengubat penyakit baginda itu dan baginda telah berjanji akan memberi sebaik-baik hadiah kepada mereka yang sanggup mengubatinya,” Maka berkata Syeikh Safiyy al-Din, “Berilah tahu kepada raja engkau, aku sanggup mengubat penyakitnya.”
Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” Kehendak Syeikh Safiyy al-Din itu telah diizinkan oleh baginda hingga beberapa hari kemudian penyakit baginda itu dapatlah disembuhkan oleh Tuan Syeikh itu. Maka amatlah sukacitanya baginda lalu dikurniakan beberapa banyak harta benda kepada Syeikh Safiyy al-Din tetapi janji baginda hendak mengubah agama itu tidaklah ditunaikan.

Dalam hal itu tiada berapa lama kemudian, penyakit baginda itu berbaliklah semula, disuruh baginda memanggil Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya pula. Syeikh Safiyy al-Din sangguplah juga mengubatnya tetapi dengan syarat yang tersebut mana raja pun mengakulah. Setelah diubatkan beberapa hari kemudian penyakit itu pada kali baginda pun mungkir juga kehendak Syeikh itu tidak diturut hingganya penyakit itu berbalik pula kali ketiga maka disuruh pula Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya. Pada kali ini Syeikh Safiyy al-Din berdatang semabah kepada raja itu menyatakan, “selagi Tuanku tidak menyempurkan janji Tuanku dengan patik selama itulah penyakit tuanku tidak akan sembuh.” Mendengar perkataan Syeikh ini bertitah bagind, “jika sembuhlah penyakit kali ini wajiblah aku sempurnakan janji aku itu,” Lalu Syeikh Safiyy al-Din pun mengubatlah pula penyakit baginda itu sehingga akhirnya sembuhlah dan sihat kembali tubuh baginda sebagai sedia kala.
Setelah itu baginda pun mempersilakan Syeikh Safiyy al-Din ke istananya serta disuruh ajar kepadanya mengucap dua kalimah syahadat. Syeikh Safiyy al-Din pun sangatlah sukacita kerana kehendaknya telah berjaya dan diajarkan baginda itu mengucapkan dua kalimah syahadat. Semenjak itu baginda pun tetaplah memeluk agama Islam dan perpaling dari agama Buddha.
Dengan kehendak Raja Antira itu maka Syeikh Safiyy al-Din telah dilantik menjadi guru mengajar hukum-hukum Islam di dalam istananya dan diberi gelaran kebesaran kepadanya “Datuk Sri Raja Fiqih. Yang demikian tinggallah Datuk Sri Raja Fiqih
Mengajar hukum-hukum Islam kepada baginda, kaum kerabat diraja dan orang-orang besarnya sehingga bebrapa lama habislah sekalian mereka itu memeluk agama Islam. Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat kelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Hindu itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa.
Semenjak itulah rakyat-rakyat dalam negeri Patani telah menerima agama Islam dan menjadi agama kebangsaannya hingga sampai pada hari ini. Pada suatu hari Datuk Sri Raja Fiqih Itu telah mengadakan suatu keramaian menabalkan Raja Antira menjadi Sultan mengikut istiadat secara Islam serta digelarkan nama baginda itu “Sultan Muhamad Syah”. kemudian diatur gelaran nama sekalian orang-orang besar raja mengikut sebagaimana gelaran yang dipakai di dalam negeri-negeri Melayu iaitu gelaran pada pangkat menteri-menterinya dipanggil datuk danorang kaya sehingga gelaran itu telah terlekat beberapa lamanya.
Manakala telah sempurnalah mengatur hal ehwal di dalam negeri maka Sultan Muhamad Syah menyusun pula urusan luar negeri iaitu telah dikirim suatu rombongan utusannya kepada Sultan Melaka guna merapatkan tali persahabatan diantara dua buah negeri ini. Istimewa neger Melaka telah terkenal sebuah negeri Melayu yang tertua dan lebih dahulu sekali memeluk agama Islam. Pada masa itu sultan yang memerintah neger Melaka ialah Sultan Muhamad Syah (4) manakala sampai rombongan utusan kerajaan Melayu Patani itu ke Melaka, telah disambut oleh sultan Melaka dengan penuh kehormatannya, sewaktu utusan itu kemabali ke Patani banyaklah pula dikirim barang-barang persembahan hadiah kepada sultan Patani.
Tiada berapa tahun kemudian, Sultan Muhamad Syah menghatar pula suatu utusannya ke negeri Siam (5) yang berkerajaan di Ayuthia kerana menyambung persahabatan baginda dengan Raja Siam-Thai. Dari semenjak itulah negeri Patani pun mulailah dikenal oleh dunia luar sehingga namanya telah dikenali oleh seluruh bangsa timur dan barat lebih daripada mara kerajaan ayahandanya lagi. ahli-ahli perniagaan mulalah menumpu ke negeri Patani menjual beli barang dagangan mereka. Mereka itu ialah orang-orang Siam-Thai, China, Jepun, Jawa, India dan Arab melainkan orang-orang Eropah sahaja yang belum tiba ke Patani.
Keadaan di dalam negeri Patani semakin hari semakin bertambah ramai serta perniagaan antarabangsa itu sentiasalah maju. Manakala di kuala atau muara sungai Patani selalulah disinggah oleh kapal perniagaan yang membawa barang dagangan dari luar negeri sehingga kemajuan di dalam negeri Patani pada masa itu tiadalah kurangnya dari negeri Melaka yang lebih tua daripadanya.
Kemajuan dalam negeri Patani masih terus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi 1516 iaitu abad kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke Asia Timur. Dalam tahun inilah negeri PataniMula merima kedatangan sebuah kapal orang-orang Portugis dari Melaka membawa berbagai-bagai jenis barang dagangan dengan maksud akan berniaga dalam negeri Patani. Pada masa itu negeri Melaka telah dapat ditakluk oleh orang-orang Portugis Manakala sampai kapal Portugis itu di Kuala Patani naiklah kaptennya ke darat mengadap baginda sultan dan meminta kebenaran hendak berniaga di negeri Patani. Permintaan itu telah diizinkan oleh baginda lalu naiklah orang-orang Portugis itu ke darat mendiri sebuah gedung perniagaannya di bandar Patani. Maka inilah tarikhnya negeri Patani mulai menerima kedatangan bangsa Eropah yang pertama kali masuk berniaga dalam negeri Patani. - Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Bab 1 (Ibrahim Shukri)
Manakala Kitab Hikayat Patani pula meriwayatkan:
...Hatta berapa lamanya maka Paya Tu Naqpa pun sakit merkah segala tubuhnya, dan beberapa segala hora dan tabib mengobati tiada juga sembuh. Maka baginda pun memberi titah kepada bendahara suruh memalu canang pada segala daerah negeri: barang siapa bercakap mengobati baginda, jikalau sembuh, raja ambilkan menantu.
Arkian maka baginda pun sangat kesakitan duduk tiada ikrar. Maka bendahara pun segera bermohon keluar duduk di balairung menyuruhkan temenggung memalu canang, ikut seperti titah baginda itu. Arkian maka temenggung pun segera bermohon keluar menyuruhkan orangnya memalu canang. Hatta maka canang itu pun dipalu oranglah pada segerap daerah negeri itu, tujuh hari lamanya, maka seorang pun tiada bercakap.
Maka orang yang memalu canang itu pun berjalan lalu di luar kampung orang Pasai yang duduk di biara Kampung Pasai itu. Syahdan antara itu ada seorang Pasai bernama Syaikh Sa'id. Setelah didengarnya oleh Syaikh Sa'id seru orang yang memalu canang itu, maka Syaikh Sa'id pun keluar berdiri di pintu kampungnya. Maka orang yang memalu canang itu pun lalulah hampir pintu Syaikh Sa'id itu.
Maka kata Syaikh Sa'id: "Apa kerja tuan-tuan memalu canang ini?"
Maka kata penghulu canang itu: "Tiadakan tuanhamba tahu akan raja didalam negeri ini sakit merkah segala tubuhnya? Berapa segala hora dan tabib mengobati dia tiada juga mau sembuh; jangankan sembuh, makin sangat pula sakitnya. Dari karena itulah maka titah raja menyuruh memalu canang ini, maka barang siapa bercakap mengobati raja itu, jikalau sembuh penyakitnya, diambil raja akan menantu."
Maka kata Syaikh Sa'id: "Kembalilah sembahkan kepada raja, yang jadi menantu raja itu hamba tiada mau, dan jikalau mau raja masuk agama Islam, hambalah cakap mengobat penyakit raja itu."
Setelah didengar oleh penghulu canang itu, maka ia pun segera kembali bersembahkan kepada temenggung seperti kata Syaikh Sa'id itu. Arkian maka temenggung pun dengan segeranya Pergi maklumkan kepada bendahara seperti kata penghulu canang itu. Setelah bendahara menengar kata temenggung itu, maka bendahara pun masuk menghadap baginda menyembahkan seperti kata tememggung itu. Maka titah baginda: "Jikalau demikian, segeralah bendahara suruh panggil orang Pasai itu."
Arkian maka Syaikh Sa'id pun dipanggil oranglah. Hatta maka Syaikh Sa'id pun datanglah menghadap raja.
Maka titah raja pada Syaikh Sa'id: "Sungguhkah tuanhamba bercakap mengobati penyakit hamba ini?"
Maka sembah Syaikh Sa'id: "Jikalau Tuanku masuk agama Islam, hambalah mengobat penyakit Duli Syah 'Alam itu."
Maka titah raja: "Jikalau sembuh penyakit hamba ini, barang kata tuanhamba itu hamba turutlah."
Setelah sudah Syaikh Sa'id berjanji dengan raja itu, maka Syaikh Sa'id pun duduklah mengobat raja itu. Ada tujuh hari lamanya, maka raja pun dapatlah keluar dihadap oleh menteri hulubalang sekalian. Arkian maka Syaikh Sa'id pun bermohonlah kepada baginda, lalu kembali ke rumahya. Antara berapa hari lamanya maka penyakit raja itu pun sembohlah. Maka raja pun mungkirlah ia akan janjinya dengan Syaikh Sa'id itu.
Hatta ada dua tahun selamanya, maka raja pun sakit pula, seperti dahulu itu juga penyakitnya. Maka Syaikh Sa'id pun disuruh panggil pula oleh raja. Telah Syaikh Sa'id datang, maka titah baginda: "Tuan obatlah penyakit hamba ini. Jikalau sembuh penyakit hamba sekali ini, bahwa barang kata tuanhamba itu tiadalah hamba lalui lagi."
Maka kata Syaikh Sa'id: "Sungguh-sungguh janji Tuanku dengan patik, maka patik mau mengobati Duli Tuanku. Jikalau tiada sungguh seperti titah Duli Tuanku ini, tiadalah patik mau mengobat dia".
Setelah didengar raja sembah Syaikh Sa'id itu demikian, maka raja pun berteguh-teguhan janjilah dengan Syaikh Sa'id. Arkian maka Syaikh Sa'id pun duduklah mengobat raja itu. Ada lima hari maka Syaikh Sa'id pun bermohonlah pada raja kembali kerumahnya. Hatta antara tengah bulan lamanya, maka penyakit raja itu pun sembuhlah. Syahdan raja pula mungkir akan janjinya dengan Syaikh Sa'id itu.
Hatta antara setahun lamanya maka raja itu pun sakit pula, terlebih dari pada sakit yang dahulu itu, dan duduk pun tiada dapat karar barang seketika. Maka Syaikh Sa'id pun disuruh panggil oleh raja pula.
Maka kata Syaikh Sa'id pada hamba raja itu:
"Tuanhamba pergilah sembahkan kebawah Duli Raja, tiada hamba mau mengobati raja itu lagi, karena janji raja dengan hamba tiada sungguh."
Hatta maka (hamba)raja itu pun kembalilah, maka segala kata Syaikh Sa'id itu semuanya dipersembahkannya kepada raja.
Maka titah raja kepada bentara: "Pergilah engkau panggil orang Pasai itu, engkau katakan padanya jikalau sembuh penyakitku sekali ini, tiadalah kuubahkan janjiku dengan dia itu. Demi berhala yang ku sembah ini, jikalau aku mengubahkan janjiku ini, janganlah sembuh penyakitku ini selama-lamanya."
Arkian maka bentara pun pergilah menjunjungkan segala titah raja itu kepada Syaikh Sa'id. Maka kata Syaikh Sa'id: "Baiklah berhala tuan raja itulah akan syaksinya hamba: jikalau lain kalanya tiadalah hamba mau mengobat raja itu."
Hatta maka Syaikh Sa'id pun pergilah mengadap raja. Setelah Syaikh Sa'id datang, maka titah raja: "Tuan obatilah penyakit hamba sekali ini. Jikalau sembuh penyakit hamba ini, barang yang tuan kata itu bahwa sesungguhnya tiadalah hamba lalui lagi."
Maka kata Syaikh Sa'id: "Baiklah, biarlah patik obat penyakit Duli Tuanku. Jikalau sudah sembuh Duli Tuanku tiada masuk agama Islam sekali ini juga, jika datang penyakit Tuanku kemudian harinya, jika Duli Tuanku bunuh patik sekalipun, ridhalah patik; akan mengobat penyakit Tuanku itu, patik mohonlah."
Maka titah raja: "Baiklah, mana kata tuan itu, hamba turutlah."
Setelah itu maka raja pun diobat pula oleh Syaikh Sa'id itu. Hatta antara tiga hari lamanya maka Syaikh Sa'id pun bermohon pada raja, kembali kerumahnya. Hatta antara dua puluh hari lamanya maka penyakit raja itu pun sembuhlah.
Sebermula ada sebulan selangnya, maka pada suatu hari raja semayam di balairung diadap oleh segala menteri hulubalang dan rakyat sekalian. Maka titah baginda: "Hai segala menteri hulubalangku, apa bicara kamu sekalian, karena aku hendak mengikut agama Islam?"
Maka sembah sekalian mereka itu: "Daulat Tuanku, mana titah patik sekalian junjung, karena patik sekalian ini hamba pada kebawah Duli Yang Mahamulia."
Hatta setelah raja mendengar sembah segala menteri hulubalangnya itu, maka baginda pun terlalulah sukacita, lalu berangkat masuk ke istana.
Setelah datanglah pada keesokan harinya, maka baginda pun menitahkan bentara kanan pergi memanggil Syaikh Sa'id, serta bertitah pada bendahara suruh menghimpunkan segala menteri hulubalang dan rakyat sekalian. Maka baginda pun semayam di balairung diadap oleh rakyat sekalian. Pada tatkala itu Syaikh Sa'id pun datanglah menghadap raja diiringkan oleh bentara. Setelah Syaikh Sa'id itu datang maka raja pun sangatlah memuliakan Syaikh Sa'id itu.
Maka titah baginda: "Adapun hamba memanggil tuanhamba ini, karena janji hamba dengan tuanhamba ini hendak masuk agama Islam itulah."
Setelah Syaikh Sa'id mendengar titah raja demikian itu, maka Syaikh Sa'id pun segera mengucup tangan raja itu, lalu dijunjungnya. Sudah itu maka diajarkanlah kalimat syahadat oleh syaikh, demikian bunyinya: "Asyhadu an la ilâha illa l-Lâh wa asyhadu anna Muhammadan rasulu lLâh."
Maka raja pun kararlah membawa agama Islam. Setelah sudah raja mengucap kalimat syahadat itu, maka Syaikh Sa'id pun mengajarkan kalimat syahadat kepada segala menteri hulubalang dan rakyat yang ada hadir itu pula.
Telah selesailah Syaikh Sa'id dari pada mengajarkan kalimat syahadat pada segala mereka itu, maka sembah Syaikh Sa'id: "Ya Tuanku Syah 'Alam, baiklah Tuanku bernama mengikut nama Islam, karena Tuanku sudah membawa agama Islam, supaya bertambah berkat Duli Tuanku beroleh syafa'at dari Muhammad rasul Allah, salla lLâhu alaihi wa sallama diakirat jemah."
Maka titah baginda: "Jikalau demikian, tuanhambalah memberi nama akan hamba."
Arkian maka raja itu pun diberi nama oleh Syaikh Sa'id, Sultan Isma'il Syah Zillullâh Fi l'Alam. Setelah sudah Syaikh Sa'id memberi nama akan raja itu, maka titah baginda: "Anak hamba ketiga itu baiklah tuanhamba beri nama sekali, supaya sempurnalah hamba membawa agama Islam."
Maka kembali Syaikh Sa'id: "Barang bertambah kiranya daulat sa'adat Duli Yang Mahamulia, hingga datang kepada kesudahan zaman paduka anakanda dan cucunda Duli Yang Mahamulia karar sentosa diatas takhta kerajaan di negeri Patani "
Arkian maka Syaikh Sa'id pun memberi nama akan paduka anakanda baginda yang tua itu Sultan Mudhaffar Syah dan yang tengah perempuan itu dinamainya Sitti 'A'isyah dan yang bungsu laki-laki dinamainya Sultan Manzur Syah. Setelah sudah Syaikh Sa'id memberi nama akan anakanda baginda itu, maka baginda pun mengaruniai akan Syaikh Sa'id itu terlalu banyak dari pada emas perak dan kain yang indah-indah. Hatta maka Syaikh Sa'id pun bermohonlah pada raja, lalu kembali ke rumahnya di biara Kampung Pasai.
Syahdan pada zaman itu segala rakyat yang didalam negeri juga yang membawa agama Islam, dan segala rakyat yang diluar daerah negeri seorang pun tiada masuk Islam. Adapun raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam, yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan; lain dari pada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya....

No comments:
Post a Comment