Thursday, September 27, 2007

Merujuk pada bakul lain

Kalau kita asyik merujuk sejarah tulisan kita sendiri saja, nanti org pertikai. Misalnya kalau kita ambil rujukan dari sejarah Siam saja, org kata itu sejarah versi sendiri. Jadi di sini kita perturunkan pulak hasil kajian pihak lain, selain catatan pendakwah Kristian, kita kutip juga tulisan di pihak Melayu sendiri sebagaimana dlm memperihalkan tentang Patani.

Selain Sultan Lelaki, Patani pernah diperintah oleh sultanah. Pada tahun 1630, Patani diperintah oleh Raja Ungu, bekas permaisuri Sultan Pahang. Baginda menolak gelaran anugerah yg diberi oleh Raja Siam, Raja Prasat Thong yg menggelar baginda sebagai Phra Nang Chao-Yang atau Raja Nang Cayam, sebaliknya memilih nama Islam bergelar Paduka Shah Alam.
Raja Ungu juga enggan mengiktiraf Raja Prasat Thong dan mengisytiharkan kemerdekaan Patani dan enggan menghantar bunga emas kpd Raja Prasat Thong. Raja Prasat Thong yg baru naik tahta itu amat marah dan mengisytiharkan perang ke atas Patani atas alasan bersekongkol dgn Portugis utk menentang Ayuthaya.
Pada 1631, dgn sokongan Portugis Raja Ungu menghantar bala tentera ke Ligor utk membebaskannya dari pengaruh kuasa Siam. Ini menambahkan kemarahan Raja Prasat Thong. Dlm peperangan itu tentera Patani telah Berjaya merampas dua buah kapal milik Siam dan menangkap dua org saudagar Belanda. Namun Ligor Berjaya dirampas semula oleh Siam tapi dua org saudagar Belanda itu masih gagal ditemui. Insiden itu mengajak campurtangan Belanda yg pada mulanya bersifat neutral terlibat dlm sengketa itu.
Berikutan persetujuan dgn Belanda utk membantu Siam, tentera Siam mula melancarkan perang ke atas Patani pada May 1634. Namun bala tentera Siam seramai 60,000 org itu gagal dan kalah teruk diasak oleh gabungan tentera Patani dan Portugis yg membekalkan meriam dan ubat bedil. Akibat Belanda tidak muncul utk membantu, angkatan Siam terpaksa berundur balik ke Ayutthaya, manakala panglima perang Siam dihukum penggal kepala atas perintah Prasat Thong kerana kalah perang. Bantuan Belanda hanya tiba pada Jun 1634, namun sudah terlambat.
Dua tahun kemudian iaitu pada 1636, Siam mula menyerang Patani lagi tapi terpaksa batal atas dua sebab utama. Pertama, Pihak Belanda telah mendapat arahan dari atasan supaya tidak mencampuri ursan Siam dan Patani. Yg kedua, ketegangan Siam- Patani dapat disejukkan dgn campur tangan Sultan Kedah, Sultan Rijalalludin Muhammad Shah (1619-1652). Yg memujuk Patani memberi bunga emas kepada Siam, namun ia hendaklah disifatkan sebagai symbol persahabatan. Namun Sultanah tidak setuju dan hanya bersedia menghantar duta ke Siam sbg tanda persahabatan. Wakil Raja Siam, Phraya Phraklang setuju, menandakan Patani dibawah pemerintahan Sultanah Paduka Shah Alam bebas dari pengaruh Siam Ayuthhaya.
Namun selepas kemangkatan Paduka Shah Alam, Siam berkuasa semula ke atas Patani. Puteri baginda, Raja Kuning memakai gelaran Siam iaitu Phra Nang Caho Yang.
Percubaan Patani utk bebas dari Siam berlaku lagi ketika Ayutthaya di serang oleh Burma pada 1767. Negeri-negeri lain juga pakat mengisytiharkan diri bebas dari pengaruh Siam Ayutthaya. Negeri-negeri tersebut termasuk Ligor, Patalung dan Singgora. Namun kemerdekaan itu tidak kekal lama bila Siam berjaya mengalahkan Burma dan berkuasa semula. Putera Raja Siam di hantar ke Selatan utk menakluk semula negeri yg membebaskan diri itu menyebabkan pemimpin Ligor, Pattalung dan Singgora lari ke Pattani. Siam mengikuti sampai ke Patani dan menuntut Sultan Patani, Sultan Muhammad Patani supaya menyerahkan pemimpin yg lari itu kpd Siam. Sultan Patani tiada pilihan, terpaksa bersetuju.
Pada tahun 1784, Siam merampas kembali Ligor dan Phuket dari Burma. Atas kemenangan memusnahkan angkatan laut Burma, Siam kekuasaan Siam semakin teguh lalu meminta Kedah dan Patani menghantar bunga emas ke Bangkok. Namun Sultan Muhammad Patani enggan menurut menyebabkan Siam menyerang Patani dan berkuasa ke atas Patani.
Serangan Siam ke atas Patani itu ada juga diceritakan di pihak Kedah iaitu dlm Syair Maulana kerana Siam ada meminta bantuan Kedah yg merupakan taklukanya utk memyerang Patani. Beberapa rangkap di bawah ini menceritakan perihal Patani yg hendak menentang Siam. Syair ini memperlekehkan Patani kononnya tak kuat tapi masih nak lawan Siam seprti berikut:

Kepada Siam berbuat bantahan,
Barang kehendaknya semua ditahan,
Sudah diketahui diri kelemahan
Hendak melawan berbunuh-bunuhan.


Hendak dilawan Siam Berperang,
Hal dirinya sekalian kurang,
Raja Siam melakukan garang,
Dengan sebentar disuruhnya serang.


Kedah, Petani sudah tertentu,
Takluk ke benua Siam itu,
Tatkala demikian perintah ratu,
Kedah pun disuruh pukul ke situ.


Rangkap-rangkap seterusnya menceritakan tentang angkatan Kedah yg diminta oleh Siam utk Bantu serang Patani sebaliknya enggan nak Bantu Siam tapi tak berani bantah dan berhelah melengah-lengahkan perjalanan dari Kedah ke Patani. Bukan lengah sebarang lengah, siap berdondang sayang di Padang Terap beberapa malam.

Angkatan Sekalain berhimpun di Singgora,
Angkatan Kedah pun disuruh sigera,
Naik memukul Petani Angkara.
Jika lambat Kedah pun cedera.


Hemat baginda yang maha mulia,
Tatkala demikian kehendak dia,
Hendak dibantah kurang upaya,
Diberilah angkatan menolak bahaya.


Habis berhimpun segala tentera,
Di Padang Terap berapakah dura,
Maharaja tidak berangkat sigera,
Berlambatan duduk mencari kira.


Akal wazir bukan sebarang,
Sukar dicari zaman sekarang,
Tetapi tawakal sedikit kurang,
Kehendaknya jangan sempat berperang.


Tambahan Paduka Maha Menteri,
Segannya sangat nyata pegari,
Berjalan ke Petani tiada di gemari,
Khabarnya konon menaruh ngeri.


Di Padang Terap sehari-hari,
Bermain herabab kecapi, muri,
Dihimpun menorah disuruh menari,
Menorah pun mati dengannya diri.


Beberapa permainan pula diadakan,
Segenap jajahan disuruh himpunkan,
Yang tiada pula harus dikerjakan,
Sama laki-laki konon dinikahkan.


Akan perintah Datuk Maharaja,
Suatu pun tiada mengambil reja,
Hingga duduk berdiam saja,
Lakunya menanti selesai kerja.


Sudah berangkat dari Singgora,
Duduk berhimpun segala tentera (Siam)
Di negeri Petani berapakah dura,
Angkatan di Kedah tiada ketara?


Persoalannya: Dlm hasil tulisan pihak lain (bukan pihak Siam) tak ada satu pun mengatakan Siam Ayutthaya itu Islam.
Manakala dlm Syair Maulana pula tetap merujuk Siam sbg Siam, (tidak menyebut Thai) padahal ketika serangan keatas Patani itu, masa tu selepas tahun1780an. Masa tu menurut anai-anai bukan Siam, tapi Thai. Anai-anai juga berkali-kali menyebut bahawa Thai menakluk Siam Islam Ayutthaya pada 1767, padahal fakta sebenar ialah Burma yg menyerang Siam.

Rujukan
-Hall, D.G.E., A History of South-East Asia, Third Edition, London:Macmillan Press, 1968.
-Malek, Mohd. Zamberi A., Umat Islam Patani Sejarah dan Politik, Shah Alam: Hizbi Publications, 1993.
-Che Man, Wan K., Muslim Separatism: The Moros of Southern Philippines and the Malays of Southern Thailand, Oxford University Press, 1990.
-Al-Fatani, Ahmad Fathy, Ulama Besar dari Patani, Bangi: UKM Press, 2002.
-Sejarah Kerajaan Melayu Patani - Ibrahim Shukri
-Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. -Syair Sultan Maulana merupakan syair berunsur sejarah yang ditulis menurut sastera tradisional yang bercorak sejarah. Ia dikarang di Kedah tetapi tidak diketahui siapa penulisnya kerana tidak tercatat di dalam teks tersebut. Dipercayai penulisnya pernah turut serta angkatan Kedah membantu Siam menentang tentera Burma yang menawan Pulau Salang atau Phuket (1810) kerana segala babak kisah peperangan yang dikisahkan dalam syairnya itu amat terperinci.

1 comment:

Anonymous said...

syair sultan maulana tu sultan ahmad tajudin mukaram syah yg tulis semasa lari drpd tentera siam. syair tersebut ditulis di melaka.