Sunday, September 23, 2007

Jawapan kepada Pembohongan

Di sini beta ingin menjawab beberapa pembohongan yg semakin menjadi-jadi di web blog "pluaq" itu. Bukan beta tak mau reply dlm web blog dia tapi buang masa beta reply sbb komen beta tak pernah disiarkan. Dulu beta bersoaljawab dgn Mr Pluaq dlm ruangan chat box dia. Akibat beta suka tanya itu ini, terus chat box itu dibuang dari blog dia.
Pembohongan Mr Pluaq dlm blognya sbg menjawab komen salah seorg pengunjung blognya spt berikut:
(jawapan beta dlm kurungan.)

Kami tahu mengenai link tersebut tetapi untuk makluman saudara, maksud perkataan yang berlainan sedikit dengan Kedah itu ialah 'alat kelamin wanita'!!! dengan itu kami tidak mahu melibatkan diri dengan mereka.
(ohh..perkataan kedag itu ka? perkataan itu, beta dapat dari blog anai-anai sendiri..masa tu anai-anai kata Kedah berasal dari bahasa Siam iaitu Kedag. Katanya kedag bermaksud kertas atau surat watikah. Sekarang anai-anai sudah edit dan tukar kedag jadi kedat)

Kami terima saranan yang bercorak akademik tapi dengan maki hamun, mencarut dan memperlekehkan penyelidikkan orang lain bukan caranya. Zaman untuk mereka memperkecilkan kebolehan kita sudah berakhir. Bukan untuk membalas dendam tapi sekarang giliran kita pula mendedahkan segalanya, termasuklah apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.
(kita tetap memperlekehkan penyelidikan yg bersifat marang perapu)

Patutkah kita mendiamkan diri?Dulu, sekiranya orang melayu bertindak menulis artikel sebegini, sudah pasti akan ditangkap oleh mereka ini yang menjadi spy maharaja thai di Kedah.
(tidak ada siapa akan menangkap anai-anai sebab tidak ada org yg memberi perhatian terhadap tulisan yg tak berasas ini. Cuma beta yg lebih tahu hal org Siam dari anai-anai tak suka kalau ada org nak bohong)
Ini bukan 'statement' kami tetapi apa yang diriwayatkan semula oleh orang-orang tua di Kedah.Tapi sekarang kita sudah 50 tahun merdeka, pengkajian sejarah melayu sentiasa menemui jalan buntu, bukan? Dengan itu, kita perlu membuat pengkajian semula sejarah bangsa melayu agar dapat mendedahkan realiti sejarah dan tamaddun Islam,secara tidak langsung (samada suka atau tidak) mendedahkan kepincangan mereka dahulu.
(org-org tua? siapa org2 tua itu? TNL Kassim? Kalau org paling tua sekali pun, katakan dia berusia 100 thn ketika ini, tentu dia lahir dlm thn 1907..org lahir thn 1907 nampak dgn mata kepala sendiri ka tentang suasana Ayutthaya dulu? Satu masa nanti beta pun akan jadi org tua juga. Jadi kalau beta cakap apa-apa semua boleh percaya ka?)

Sebelum ini mereka tidak mahu mengaku bahasa siam dan thai itu berbeza, tetapi sekarang mereka mengaku pula. Setiap yang kami terjemahkan ke bahasa Siam, mereka bandingkan dengan bahasa thai.Lainlah maksudnya. Memanglah berbeza. Tahukah saudara untuk generasi muda mereka menjadi sami pun, mereka perlu pergi ke thailand dan dimestikan mempelajari semula bahasa thai, sebab ia tidak sama dengan bahasa siam!!!Ini mereka tidak dedahkan.
(Ini mu mau bohong kat sapa? (mu dlm bahasa Siam tak kira Siam Kedah atau Siam Bangkok bermaksud babi.) Org nak jadi sami kena pi Siam belajar bahasa Thai? Buat apa nak belajar bahasa Thai utk jadi Sami? Bahasa sami bukan bahasa Thai, tapi bahasa Pali la Yg Mulia Tuanku..kalau dulu depa pi masuk sami di Siam bukan nak belajar bahasa Thai, tapi tak ada org yg layak utk men sami kan seseorg di Malaysia. Ingat masuk sami tu setakat cukur kepala dan kelubung kain kuning ka? SaMee Segera yg dok bawak mangkuk minta sedekah tu lain la..
Namun sekarang sudah ramai sami besar di Kedah yg ada kelayakan utk sami kan org.)

Semasa Forum Realiti Sejarah Kedah pada 13 Sept 2006, bertempat di Dewan Seri Negeri
Kedah, ahli panel forum, Prof Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, pakar sejarah negara kita telah mendedahkan bahawa banyak lagi manuskrip melayu tulisan jawi disimpan diistana thailand!!
Persoalannya kenapa dan bagaimana manuskrip ini semua boleh berada ditangan raja thai??
(ini menunjukkan org Melayu adalah Melayu bukan org Siam Islam. Dan tulisan org Melayu adalah Jawi. Manuskrip melayu tulisan jawi disimpan diistana thailand sekiranya betul bukan perkara aneh sbb Siam pernah berkuasa ke atas Kedah.)
Cuba berhubung dengan Dr Othman Md Yatim dari USM, apa pandangan beliau sebagai pengerusi pada malam itu. Kami pun ada rakaman forum tersebut.TNL Kasim turut mendedahkan segalanya dihadapan Sultan Kedah dan Tengku Mahkota Kedah yang merasmikan majlis tersebut. Siap cabar pergi ke Mahkamah lagi!!
(Cabar di mahkamah? itu kita tak ambik tau. Ramai org dakwa diri mrk waris sultan sekarang ini. Kalau mrk ada bukti (bukan bukti merapu), teruskan usaha..elaun-elaun menarik utk kerabat sultan sedia menunggu)
Sekiranya Sultan dan kerabat diraja Kedah pun tahu, apa kita nak takut atau percaya dengan blog yang sememangnya telah hijack sejarah kita dan masih lagi gemar memperlekehkan kita?? Mereka fikir mereka memperlekehkan kami yang menulis diblog ini tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya mereka menghina sejarah bangsa Melayu!!. Fikirkanlah, kalau sejarah yang diceritakan disini tak betul, takanlah sehingga mereka sanggup menubuhkan blog untuk membangkang setiap artikel kami. Memang mudah bagi mereka untuk membangkang dan memperlecehkan kami tetapi lebih sukar bagi kami yang mencari maklumat dari responden yang belum tentu mahu menceritakan segalanya.Bagi kami rahsia sejarah realiti banyak terdapat dalam buku Undang-Undang Kedah, sebuah buku mengenai undang-undang Maharaja Kedah yang berkuatkuasa ketika itu. Selamat membaca, "cause this is where the Malay history doesnt check and balance itself".
(kita tidak hijack sejarah sesiapa, org yg memberi nama bukan-bukan kpd raja-raja Siam Ayuthia adalah pembohong besar. Dia bagi nama Shariff itu Sheikh ini, tapi sumber sah tarak.. semasa beta bersoal jawab dgn Mr Pluaq dlm chat box dia, beta masih ingat dia kata: "aku dapat sumber dari pihak terntentu. Kalau dia bohong, aku pun bohonglah.." itu lah saja taraf penyelidikan anai-anai @ Mr Pluaq. )

1 comment:

asoka said...

Mulai hari ini kita harus rekodkan segala butiran tentang wat siam@thai di malaysia dan semua penempatan orang siam@thai supaya lima atau enam ratus tahun akan datang tak akan ada cucu-cicit Anai-anai yg merapu dan memutar belitkan fakta dan menghebohkan wat siam adalah masjid dan kampung siam islam pula!!!!!!!!!!!