Tuesday, September 25, 2007

Variasi Bahasa Thai

Bahasa Thai ada pelbagai dialek sama seperti bahasa Melayu yg ada Melayu Kedah, Melayu Kuala Kangsar, Melayu Nogori, Melayu Kelate.
Bahasa Thai pula terbahagi kepada 4 kumpulan besar iaitu Tengah (Bangkok - bahasa standard), Utara, Isarn dan Selatan. Bahasa Thai selatan atau Paktai inilah yg ditutur oleh Siam Kedah. Namun Thai Selatan juga mempunya pelbagai slang, namun perbezaan tidak ketara sangat.
Dlm video klip ini kita lihat 2 org artis Thai penutur bahasa Thai standard cuba nak bercakap Thai Selatan. Ini bukan perkara aneh di mana di Malaysia juga kerap kali kita lihat artis dari Selatan cuba bercakap Kedah. Sama ada bahasa Melayu Kedah atau Melayu Johor, ia tetap bahasa Melayu. Begitu juga bahasa Thai, sama ada Thai Selatan atau Thai Tengah, ia tetap bahasa Thai.

No comments: