Thursday, July 30, 2009

Jejak Luang Phor Thuard


Orang cerita pasal sejarah dari wasiat, aku pun nak cerita sejarah dari wasiat juga. Namun cerita ini bukan wasiat yang disimpan oleh seorang saja tapi ramai juga yang mempunyai cerita yang sama. Ceritanya ialah berkaitan Luang Phor Thuard Jiab Nam Thalay Ched. (Jiab Nam Thalay Ched bermaksud Pijak Air Laut Jadi Tawar). Selain gelaran itu, keramat ini mempunyai gelaran lain lagi antaranya ialah SamiRamo, Luang Phor Thuard Watt Chang Hai dan lain-lain lagi. Sebab-sebab berkaitan gelaran itu akan diceritakan kemudian. Dalam artikel ini juga akan disentuh kaitan Luang Phor Thuard dengan candi-candi yang ditemui di Kedah.


Menurut wasiat turun temurun, Luang Phor dilahirkan pada bulan 4, tahun Mak Rong (thn Naga Besar) sekitar tahun 2125 (1582 M) iaitu kira-kira 427 tahun yang lepas di Amphor Sathing Phrak, Songkhla. Ayahnya bernama Nai Hu, seorang Siam Islam, manakala ibu pula ialah Nang Chan, Siam Budhha. (tiada paksaan dlm agama, dua orang dari agama berbeza boleh hidup satu bumbung). Luang Phor merupakan anak tunggal dan ibunya berusia 44 tahun ketika melahirkan beliau.


Menurut cerita, ketika baru lepas pantang, Nai Hu dan Nang Chan pergi ke huma mengerat padi manakala anak kecil itu dibawa bersama dan diletak dalam buaian yang digantung antara pokok iaitu ton wa dan ton maw (aku tak pasti Melayu sebut apa pokok ni, kat kampung aku dengar org Melayu panggil pokok Reyang, buah dia kalu masak warna hitam kebiruan, bila makan gigi dan lidah pun jadi biru juga). Tak semena-mena, dalam dua laki bini itu bekerja potong padi itu, kedengaran anak kecil mereka menangis lalu Nai Hu dan Nang Chan pun pergi tengok. Alangkah terperanjat bila mereka lihat seekor ular tedung selar sedang melingkar di buaian anak kecil itu. Rakan-rakan lain dipanggil untuk menghalau ular itu tapi bukan sahaja ia tidak mahu beredar tapi menegakkan kepalanya sambil mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Lalu Nai Hu dan Nang Chan pun dapat mengagak bahawa ini bukan sebarangan ular, pasti ia adalah jelmaan dari sesuatu yang sakti. Sejurus itu, Nai Hu pun mengambil padi dan digoreng jadikan bertih lalu disembahkan kepada ular bersama bunga-bungaan. Selesai sahaja Nai Hu berbuat demikian, ular pun beredar dan kedua laki bini pun menerpa ke arah anak mereka dan mendapati terdapat sebutir geliga dalam buaian itu.


Ceritanya agak panjang, tapi aku cuba singkatkan supaya mata aku pun tak berpinar menaipnya. Ini cerita wasiat, mana boleh cut and paste..he..he. Oh..lupa pula, nama Luang Phor yang diberi oleh ibubapa ialah Pu. (nanti tentu ada org dari blog sebelah bagi penambahan pulalah tu..)

Maka setelah besar, Dek Chai Pu pun belajar di Watt DeeLuang, di Songkhla juga. Tak lama kemudian kerana tertarik dengan cara kehidupan sami, beliau pun mula jadi Sami junior (samanen).


Ketika Luang Phor lulus jadi sami senior, ibubapa beliau sudah berusia 60 tahun. Ada satu ketika, ibubapa beliau datang ke watt merayu beliau keluar dari sami dan jadi ketua kampung atau kamnan tapi beliau tidak berminat. Pada usia 25 tahun, Luang Phor pergi ke Nakorn SriThammaraj untuk menyambung pengajian dalam ilmu agamanya. Setelah itu beliau kembali semula ke Songkhla.


Cerita ini akan dipendekkan lagi, dah lewat ni. Maka pada satu ketika, Luang Phor pun bertolak ke negara kota Ayutthaya menumpang kapal layar. Entah apa bala, ketika melalui N. SriThammaraj, angin pun berpusing dan perjalanan tak boleh diteruskan beberapa hari. Disinilah titik permulaan mengapa Luang Phor digelar Keramat pijak air laut tawar. Dikatakan akibat tersadia beberapa hari di tengah laut, bekalan minuman pun habis. Anak-anak kapal dan penumpang lain sudah kelam kabut. Dipendekkan cerita, dikatakan Luang Phor telah mencelupkan kaki beliau ke permukaan laut dan para orang yang melihat ternampak air laut sekitar kaki Luang Phor itu berkilau lain macam. Lalu Luang Phor menyuruh orang mencedok air itu dan minum dapati air laut itu tidak masin dan boleh di minum.


Pendekkan cerita lagi, Luang Phor pun sampai Ayutthaya dan menetap di Watt ThaiSakwan. Dan ada satu ketika ada rombongan 7 kapal besar utusan dari Langka nak bermain bertaruh dengan raja Ayutthaya. Rombongan itu membawa 84,000 kepingan emas sebesar daun asam jawa setiap satu. Dalam setiap kepingan itu ditulis mentera Buddha dan disuruh ahli dari Ayutthaya menyusun mentera itu secara tepat. Kalu berjaya, hadiahnya 7 kapal bersama muatan, kalu tak berjaya, kena hantar ufti ke negeri Langka. Dan dipendekkan cerita juga, Maharaja telah mewakilkan Luang Phor menyusun mentera itu dan berjaya. Dan maharaja memberi gelaran SamiRamo kepada Luang Phor.


Skip lagi, tak lama kemudian, Luang Phor mohon dari Maharaja untuk pulang ke Songkhla, tapi kali ini Luang Phor mengembara melalui jalan darat. Di mana Luang Phor singah, di situ didirikan watt dan ada yang masih wujud sampai hari ini. Setelah berjalan bertahun-tahun, akhirnya Luang Phor menetap di Watt Chang Hai, Patani. Menurut sejarah, nama Chang Hai itu diperolehi kerana gajah yang menunjukkan tempat itu. Chang Hai bermaksud gajah beri. Diceritakan pada satu ketika PiJa (Raja) Saiburi atau Meang Sai mencari satu tapak untuk perbuat istana bagi adindanya. Untuk makluman, Saiburi ialah nama Siam bagi Kedah. Bermaksud raja Kedahlah yang nak buat istana tu. Sama ada raja tu tok nenek Nai Long Kassim atau bukan, wallahualam. Maka baginda melepaskan gajah untuk menunjuk tempat nak perbuat istana itu. Sampai satu tempat, gajah pun berpusing-pusing kat situ juga tak mau berjalan. Lalu Pija Saiburi pun nak pilihlah tempat tu buat istana, tapi adindanya tak berkenan pula. Lalu orang Siam rakyat Pija Saiburi masa itu pun buatlah watt kat situ, diberi nama Watt Changhai. kekal sampai hari ini.


Menetap di Watt Changhai tak lama, Luang Phor mengembara lagi sampai ke negeri Siam di sebelah sini iaitu Saiburi (Kedah), Pinang dan Perak. Menurut cerita, beliau meninggal di Perak. Sebelum meninggal, beliau berwasiat supaya mayat beliau dibawa pulang dan disemadikan di Watt Changhai. Menurut cerita lagi, kerja-kerja membawa mayat (ada cerita kata diusung, ada kata dibawa dengan gajah) memakan masa beberapa hari sehingga mayat beliau hampit reput dan mengeluarkan air kuning (air mayat). Dikatakan, setiap tempat di mana air kuning ini menitis ke tanah, pihak rombongan yang mengusung itu menimbunkan tanah dan memacak sebatang teras kayu sebagai penanda, dan kemudian mereka mendirikan candi ditempat-tempat yang ditanda itu. Di sinilah aku rasa yang candi-candi kecil yang ditemui di Kedah ada kaitan dengan Luang Phor. Candi bagi orang Siam ialah tempat simpan mayat atau abu mayat, dlm kes candi kecil yang dijumpai di Kedah tiada mayat didlmnya sbb ia hanya tempat persinggahan mayat sahaja.


Berasaskan maklumat ini, sejarawan dari Jabatan Sejarah Universiti Thaksin, Chaiwut Piyakul bersama pasukanya telah turun padang dan menyelidik beberapa tempat sebanyak 18 tempat bermula di Perak dan berakhir di Watt Changhai.

Tempat pertama ialah, di tebing Sungai Bah dan Sungai Kenaring, Mukim Kenaring, Grik, Perak. Di sini ada satu tempat di beri nama SamiMati oleh penduduk setempat.


Tempat ke 2 ialah Watt Kroh Dalam (Watt terbiar), Pengkalan Hulu. Jarak dari tempat pertama sekitar 80 km. Di sini ada satu tempat keramat yang penduduk setempat beri nama Sami Hujan. (menurut cerita, berlaku kemarau di sini dan Luang Phor telah mohon hujan lalu hujan turun, maka keramat itu digelar sami hujan). Di katakan Ajarn Phim iaitu ketua Sami Watt Changhai pada tahun 2505 (1962) telah datang ke sini untuk mendapatkan tanah di sini dan di bawa balik ke Patani utk dicampur dengan adunan lain bagi membentuk arca atau amulet Luang Phor Thuard. (aku antara seorang yang memiliki amulet Luang Phor Thuard keluaran tahun tersebut).


Tempat ke3, Watt Cadap (juga terbiar), di Belukar Semang, Kroh, Perak. Jarak dari tempat ke2 kira-kira 3 km, dipercayai juga menjadi tempat rehat rombongan membawa mayat Luang Phor. Namun menurut Chaiwut, tiada bukti kukuh ditemui di sini.


Tempat ke4, Koh Meru, Baling. Di sini jarak dari tempat ke3 sejauh 14 km. Pada setiap 15 haribulan, bulan 5 setiap tahun diadakan upacara keagamaan oleh masyrakat Siam di sini.


Tempat ke5, Bukit Sami atau Khuan Phrak, menurut Chaiwut lokasi ini ialah di Kedah, namun tiada bukti kukuh yang ditemui di sini.


Tempat Ke6, Bukit Candi atau Khuan Chedi, di Teloi kanan. Dipercayai terdapat sebuah candi dibukit itu, namun pemilik tanah yang merupakan orang Islam telah memusnahkannya. Ada juga yang menamakan tempat ini Bukit Gong atau Khuan Gong kerana Dahulu kala pada malam penting agama Buddha dikatakan ada bunyi gong datang dari arah bukit ini.


Tempat ke7, Watt Nang Plaeng atau Padang Peliang. Tempatnya ialah berhampiran Watt ketika ini.


Tempat ke8, Watt Thung Kwai...

dan detailnya selain 10 lokasi lagi akan disambung kalu ada masa...harap bersabar. Dah Siam Malaysia malas nak korek sejarah tempat sendiri, kita baca saja hasil usaha orang luar (Siam Thailand)


Gambar di atas ialah tugu Luang Phor Thuard yang paling besar di Thailand, bertempat di Hua Hin, Prak Chuapkirikhan.






Thursday, July 23, 2009

Siam Islam?

Siam adalah Siam. Mereka yang anti Siam di selatan Thai menggelar dengan gelaran kebencian iaitu Siam Buddha Kafir Harbi. Mungkin sangat sedap mulut mereka dengan gelaran itu dan hati pun terasa puas dapat keluar gelaran itu dari mulut.
Tapi nak gelar apa pun, kadang-kadang sesuatu perkataan itu terasa kesan atau bahangnya bila dituju pada bangsa tertentu. Bagi bangsa lain pula contohnya bangsa Siam, gelar mcm tu mrk tak rasa geli sikit pun.

Tapi ada satu aliran baru dengan sumber rujukan sejarah cara sendiri mendakwa Siam adalah Islam, yg kafir ialah Thai. Mujur orang Thai tak reti baca bahasa Melayu, kalu tidak tentu mrk pening sebab sejak zaman nenek moyang mereka tahu yang Siam dan Thai adalah benda yang sama.

Kalau Siam ni Islam, tak tahulah Islam aliran mana pula sebab setahu aku tak ada istilah-istilah aktiviti harian Islam dalam bahasa Siam. Mustahil sangat kalau sesuatu bangsa itu menganuti agama tertentu tapi tak ada istilah atau bahasa bagi merujuk kegiatan harian atau kegiatan rutin agama dalam bahasa mereka. Kalau kita lihat hari ni kalau seseorang ibu yang menasihati anak nya yang keluar merantau dia berpesan :" duduk kat sana nanti jangan tak sembahyang pula"
Ini adalah pesanan popular keluarga Islam kepada anak cucu mereka.
Agak-agak Siam Islam zaman Ayutthaya pesan anak cucu mereka macam mana? Tak ada istilah Islam dalam bahasa Siam sama ada merujuk sembahyang, puasa, haji, dan lain-lain.
Orang Islam di Siam memang ada, tapi Siam Islam memang tak ada. Jangan dok merapu..
Orang Islam di Siam bukan orang Siam tetapi merupakan Arab, Makasar, Melayu dan lain-lain.
Dan pihak Siam tidak pernah cuba menutup kewujudan mereka, malah nama Makasar di abadikan sebagai nama sebatang jalan di Bangkok sampai hari ni.

Kira-kira bagus juga puak yang dok canang tentang Siam ni. Pendedahan mereka tentang nama semenanjung Tanah Melayu yang asalnya adalah Semenanjung Siam Malaca itu bolehlah membuka mata orang yang tak tahu atau tak jelas lagi siapa sebenarnya pendatang. Sebenarnya bukan cerdik pandai tak tahu hakikat ini, tapi sengaja simpan bukti ini bawah tikar, untuk kebaikan sesetengah pihak juga. Tapi kita tak perlulah perbesarkan sangat isu siapa pendatang, siapa datang dahulu, siapa datang kemudian. Berdebat tentang isu ini serupa debat isu ayam dengan telur, tak ada kata putus yang mana datang dulu. Takut debat-debat nanti, yang terbukti datang dulu ialah kaum India, naya besar pula. Tentu puak Hindraf pula yang untung atas angin.

Friday, June 26, 2009

Krisis Selatan Thailand - Penyelesaiannya mudah..

Penyelesaiannya ialah, bebaskan saja wilayah itu kepada sesiapa yang berminat nak buat negara baru, nak tukar nama negara apa pun tak kisah, asalkan bukan Thailand.
mengapa aku kata begitu? Jom baca pandangan aku.

Sebenarnya aku tak berapa suka bincang hal ini, tapi bincang sikit-sikit rasanya tak salah, dan ia merupakan pandangan aku semata-mata.

Membincangkan isu selatan Thailand tanpa mengetahui trend politik Thai akan membuatkan berlaku salah faham. Orang luar yang tidak tahu inu ini mudah disogok dengan berita bahawa krisis itu berlaku kerana permusuhan Islam dengan kafir.

Kalau kita ikuti perkembangan keganasan yang berlaku, kita dapati ianya berlaku di hujung-hujung kuasa Thaksin. Bila aku membuat andaian begini, aku maksudkan yang mendalangi keganasan di selatan Thai ialah musuh politik Thaksin. Ia turut dibantu oleh kumpulan pengedar dadah kerana cara Thaksin yang agresif dalam memerangi dadah. Dalam masa Thaksin berkuasa, lebih 2,000 orang pengedar dadah di tangkap mati (dibunuh).

Peristiwa Tak Bai misalnya, kita dapati perlakuan pihak berkuasa Thai dalam berhadapan dengan penunjuk perasaan seakan-akan mereka ini tidak pernah di latih dalam menghadapi situasi begitu. Malang bagi Thaksin, pihak tentera yang dipercayai nya telah dibeli oleh musuh politiknya. Pihak tentera seperti pelakon yang telah diarah melakukan adegan-adegan ganas sambil tangan-tangan merakamkannya dan diedar dalam bentuk CD kemudiannya. Semuanya dilakukan semata-mata mahu menjatuhkan Thaksin.

Apabila permainan di Selatan tidak menjadi, mereka beralih ke Bangkok dengan cara tunjuk perasaan jalanan yang memakan masa berbulan-bulan. Pihak tentera dan polis melihat saja perhimpunan berbulan-bulan itu tanpa berusaha menyuraikannya. Ketika ini mereka bawa isu pertelingkahan sempadan dengan negra Kemboja. Jadi masa ni kat Selatan Thai aman sikitlah. Setelah berbulan-bulan berkampung, mereka mula bertindak agresif, berlaku tembakan gas pemedih mata oleh polis kali pertama sejak perhimpunan hampir enam bulan (kat Malaysia hari tu aku tengok warga Iran berkumpul tak sampai 2 jam dah kena 5 das gas pemedih mata). Dalam penyuraian dengan gas pemedih mata itu, ada penunjuk perasaan yang putus tangan, putus kaki, dua mati. Macam biasa, mereka rakam dan edar dalam bentuk CD (spt kejadian Tak Bai). Padahal yang mati itu ialah pertama, ketua pengawal puak penunjuk perasaan ini: mati sebak trak yang dia bawa penuh dengan muatan bahan letupan meletup. Yang kedua, seorang wanita, mati kerana kena letupan kat bawah ketiaknya. (ramai mengesyaki dia membimbit beg yang berisi bom.)

Tapi puak ini pandai buat propaganda, kononnya yg mati dan cedera putus tangan putus kaki itu akibat kena gas pemedih mata. Nak tipu orang Thailand boleh la, kena gas pemedih mata boleh mati konon. Orang Malaysia dah kena sampai lali, tak ada sorang pun yang mati. Tanya la orang PAS ka, Keadilan ka.

Maka pendakwaan pun bermula ke atas kerajaan terlibat. Perundangan Thai pun dah jadi kartun sebab mahkamah pun sudah dikuasai oleh puak ini. Perdana Menteri Thai yang pro Thaksin iaitu Samak terpaksa melepas kerusi atas kesalahan terlibat dalam rancangan masak-memasak di salah satu saluran TV tempatan.

Sekarang puak itu sudah berpuashati sebab dah berkuasa.

Tapi adakah kemelut di Selatan Thai berakhir?

Tidak sama sekali. Memang malang nasib penduduk selatan Thai. Mereka ini menjadi alat pelakon politik untuk menjatuhkan lawan mereka. Kalau pihak A berkuasa, pihak B akan buat huru hara supaya merosakkan reputasi pihak A. Kejadian terbaru di Masjid Al-Furqan misalnya. Orang yang tak berapa bijak pun boleh baca bahawa kejadian itu ialah untuk mensabotaj Abhisit yang sedang berunding dengan Perdana Malaysia untuk memajukan Selatan Thai.

Jadi, untuk selamatkan jiwa yang akan bertambah korban, eloklah wilayah ini dikeluarkan dari Thailand. Ini bukan bererti Thailand terpaksa tunduk kepada pemisah. Aku tak pasti pemisah itu wujud atau tidak sebab dalam banyak kejadian, tak ada satu kejadian pun yang pihak pemisah tampil mengaku bahawa kejadian itu adalah angkara mereka.

Bagi aku, sekiranya cara berpolitik orang Thailand yang mempermainkan nyawa, eloklah wilayah selatan itu dikeluarkan dari Thailand. Kalau dah bukan Thailand, mrk tidak akan gunakan nyawa orang Selatan sebagai cara menjatuhkan musuh mereka. Kalau tidak, keganasan tidak akan berakhir kerana sebagaimana telah aku sebut tadi, bila Parti A berkuasa, PArti B bunuh orang untuk hentam Parti A dan sebaliknya.

Dah keluar dari Thailand, mereka nak buat negara sendiri atau nak bergabung dengan negara lain terpulanglah kepada mereka.

Friday, June 19, 2009

Apa ada pada nama

Seakan berlaku mass hysteria di blog sebelah di mana mereka tersangat gembira kononnya ada sejarawan Thai mahu nama Siam diguna untuk menggantikan Thailand. Gelagat mereka seolah tindakan itu akibat desakan dari blog mereka itu.
Mereka tak tahu langsung bahawa sejarawan sorang ni akan mendesak setiap perdana menteri Thailand untuk tukar nama ini. Zaman Thaksin dia desak Thaksin, zaman Samak dia desak Samak, zaman Abhisit, dia desak Abhisit.
Tapi saya tak dapat cari bukti kempen dia yang lepas-lepas, hanya satu dari berita The Nation spt di bawah yg tersiar pada tahun 2007:

...Historian wants country called 'Siam'A historian of Southeast Asian studies has launched a "Siam not Thailand" campaigning, urging constitution drafters to revert to the name used in the Kingdom's first constitution.
"People who have been part of our country have different ethnic, linguistic and cultural identities. Therefore, to reflect historical fact and the present reality, the name of the country should be Siam, not Thailand," historian Charnvit Kasetsiri wrote in an open letter issued yesterday.
The country's first constitution, promulgated in 1932, used Siam as the country's name, but in 1939 Prime Minister Field Marshal Phibul changed this to Thailand "for racist reasons", Charnvit said.
"The government deems it is appropriate following the new fashion to change the name of our country to fit the race and the liking of the people," said the government statement in 1939.
The name "Thailand" does not fit with historical or present facts as there are more than 40 ethnic groups in the country, including Chinese, Tai, Hmong, Akha, Karen, Laotians, Khmer and Mon, said Charnvit, a senior advisor and lecturer at Thammasat University's Southeast Asian Studies Programme.
Constitution drafters discussed the issue of renaming the Kingdom in 1949 and 1968.
"To reflect the reality about races, languages and cultural identities, the 2007 constitution should make Siam the official name of the country in order to promote reconciliation and acceptance of ethnic and cultural diversities, as well as for the benefit of the country and its people," Charnvit said.
The historian asked people who agreed with his proposal to write to the constitution drafters and concerned parties.

http://nationmultimedia.com/2007/04/03/national/national_30030960.php....

Alasan dia sangat rapuh, sukar diterima oleh cerdik pandai lain. Alasan dia ialah :
..in order to promote "unity", "harmony" and "reconciliation..
Ketika zaman Thaksin di mana kejadian huru-hara di selatan Thai, dia guna alasan ini. Tak ada siapa pun boleh terima alasan ini. Mana mungkin, tukar nama Thailand ke Siam boleh meredakan huru hara di Pattani? Tak pasti sejarawan sepet ini tak tahu atau pura-pura tak tahu bahawa orang-orang Patani memang sudah menggelar orang Thai sebagai Siam dari dulu. Itu lah trade mark yang mereka guna bagi membezakan Islam dan kafir.
Sekarang zaman baju merah dan baju kuning bergasak, sejarawan ini mendesak lagi. Dia kata untuk menjadikan mereka berdamai, kena tukar Thailand jadi Siam.
Yang sebenarnya di sebalik alasan-alasan tidak munasabah itu, sejarawan ini mempunyai agenda sendiri. Dalam satu keadaan, dia kata Kalu guna Thailand, akan membuatkan orang yang berbangsa Thai terlebih bangga, manakala etnik lain terasa kelas dua. (Sejarawan ini berketurunan Hakka). Dia mahu tukar balik ke Siam, jadi tak merujuk mana-mana kaum atau etnik.
Dah orang Thai adalah majoriti, manakala Hakka (Cina) dan lain-lain seperti Yuan, Lao, Lue, Malayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Persian, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur and farang, dan lain-lain adalah minoriti maka nama Thailand lah. Tak kan nak nama Hakkaland. Serupa Malaysia juga, sebab Melayu adalah majoriti dan pribumi, tentulah nama Malay Sia. Tak kan nak nama Cina Sia atau India Sia. Tapi nama Malay Sia kalau translate ke bahasa Thai bermaksud Melayu Rosak. Sia=Rosak.

Thursday, March 26, 2009

Orang Siam zaman Ayutthaya beragama Islam?


Merujuk kepada habit pemakanan, mari kita tengok, antara Melayu cakap Siam dengan Siam cakap Siam, siapakah pewaris sebenar Siam Ayutthaya.

Merujuk catatan Parsi mengenai pemakanan orang Siam Zaman Ayutthaya, pada tajuk kecil Local Delicacies pada ms 157, The Ship Of Sulaiman, Third Jewel menyebut:


Every now and then the natives are inclined to roast lizard and snakes and this is quite common practice in Siam. In all the market places you see these repulsive animals on sale instead of partridge and lamb.

Another dish is the tortoise and in general they do not abstain from eating sea food or for that matter any land creature either..


Org Siam cakap siam bila sebut makanan kat atas tu tentu terliur manakala Melayu cakap Siam akan muntah uwekk..uwekkk..

Ewekk pun uwekkk lah..harga kura-kura sekarang ni dah melebihi RM15 sekilo..kalu Melayu cakap Siam pun makan sama, boleh melonjak RM20 sekilo...semangkuk gulai kura-kura boleh mencecah RM100...

Thursday, January 22, 2009

Mak Che Menjalara




Sebagai menjawab pertanyaan seorang pengunjung tentang Mak Che Menjalara, maka di sini saya perturunkan sedikit maklumat yang saya perolehi dari sumber dari pihak Thai/Siam.
Sebelum kita pergi lebih detail tentang Mak Che Menjalara, apa kata kita lihat dulu siapa lagi antara isteri Paduka Sultan yang berasal dari Siam. Ramai antara kita (termasuk orang Siam di Kedah) hanya tahu Mak Che Menjalara saja, atau sekurang-kurangnya seorang lagi iaitu Mak Che Sepancadara. Pada hal ada tiga orang lagi isteri Paduka Sultan yang merupakan wanita dari Siam.

Kebanyakan mereka adalah pelakon Lakorn (drama pentas) dari Kumpulan Lakorn Sri Nag dan Kumpulan Lakorn Chaiya yang sering membuat persembahan dalam istana. Tentu mereka ini cantik-cantik, kalau tak cantik tentu tidak diambil menjadi pelakon Lakorn yang mana sama standardnya dengan artis drama atau filem pada zaman ini.

Antara mereka (Isteri Paduka Sultan) yang diketahui termasuk:

1. Thiab (Sepenchandara) - Ada tiga orang putera/puteri dengan Paduka Sultan.
2. Neang (Menjalara) - Lapan anak (anataranya, Tunku)
3. Choi - Lima anak
4. Sirik - Tujuh anak
5. Phuang - Satu anak

Kalau kita lihat pada jumlah anak-anak daripada lima ibu ini, (24 orang) sudah tentu pada masa sekarang ini sudah bercambah entah berapa ramai cucu cicit keturunan Siam di Kedah. Tapi sangat sukar dikesan sebab semua sudah jadi Melayu.
Namun ada juga anak-anak dari ibu Siam ini yang dikenang, terutama dari ibu Thiab dan Ibu Neang. Ibu Thiab (Sepenchandara) merupakan pelakon Lakorn dari Kumpulan Chaiya, tempat tinggal di Soi Watt Bhupharam, Thonburee. Sebelum menjadi isteri Sultan, beliau datang ke Kedah bersama bapanya. Apabila sultan melihat lalu tertarik lalu diambil jadi isteri.
Anak-anak Ibu Thiab termasuk:
1. Tengku Ibrahim
2. Tengku Baricha (sebutan mengikut tulisan Siam, sebutan yang betul dalam bahasa Melayu semua orang tahu)
3. Puteri ( maklumat tidak diketahui)

Manakala Ibu Neang (Menjalara) pula berasal dari keturunan (keluarga) Nontanakorn. Siapa yang kata beliau adalah puteri Rama V adalah bohong belaka. Bapa beliau bernama Narabrirak (Kleb) yang merupakan gabenor Nonthaburee, ibunya bernama Im. Kediaman mereka ialah di Jalan Woracak, Krungthep (Bangkok). Mereka mempunyai pertalian keluarga dengan keturunan Panyarachoon. (Anan Panyarachoon merupakan bekas perdana menteri Thailand).

Salasilah Mak Che Menjalara ini ialah dari Chao Phraya Maha Yotha yang berketurunan Mon dan pernah menjadi raja Mataban tapi melarikan diri dan menetap di negara Siam.
Neang dan adiknya Nid (Menajawangi) datang menetap di Kedah sejak remaja lagi dan dijadikan anak angkat oleh Tengku Halimah, adinda kpd Sultan Ahmad Tajuddin Al Mukaram Shah. Setelah berusia 19 tahun baru dperisterikan oleh sultan (isteri ke enam)
(Jadi, kalau kata ada orang Siam datang berombongan menghantar Mak Che Menjalara adalah tidak tepat). Orang Siam yang ada di Kedah semuanya hidup di Kampung-kampung dan telah menetap di situ sebelum kedatangan Mak Che Menjalara lagi. Lagi pun, kalau orang Siam yang ada di Kedah hari ini merupakan rombongan menghantar isteri Sultan sudah tentu mereka ini akrab dengan pihak istana, tetapi tidak berlaku seperti itu.

Ibu Neang beroleh 12 orang anak dengan Paduka Sultan, tetapi hanya 8 orang yang hidup, antaranya ialah Tunku Abdul Rahman.
Anak-anak yang lain termasuk:

-Tengku Yussuf
-Tengku Kalsom
-Tengku Jiwa
-Tengku Baharom
-Tengku Aminah
-Tengku Dakiah
-Tengku Habsah


Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya ingin ceritakan dua peristiwa bohong yang melibatkan Mak Che Menjalara. (berapa kali dia bohong kat Sultan tak dapat dipastikan)
Bohong pertama yang diketahui, (TAR turut mengakui) ialah di mana pada satu ketika seorang pegawai telah pecah amanah dan sultan amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh. Manakala anak-anak dan isteri pegawai itu pula dijatuhi hukuman potong ibu jari. Lalu isteri pesalah itu datang merayu kepada Ibu Neang mohon simpati.
Ibu Neang hanyalah isteri ke enam, mana ada kuasa mengampun orang. Lalu Ibu Neang bohong kepada sultan bahawa dia mengandung. Menjadi kepercayaan orang Siam, ketika isteri mengandung suami ditegah membuat perkara seperti mengail ikan (bimbang anak yang lahir nanti sumbing mulutnya), inikan pula nak bunuh orang dan potong jari orang. Lalu sultan pun tidak jadi jatuhi hukuman bunuh, cuma penjara saja. Manakala anak dan isteri pesalah tidak di apa-apakan.
Bohong yang kedua ialah, selepas ibu Mak Che Menjalara di Siam mati, beliau memohon sultan membina sebuah Watt (kuil Buddha) kerana menurut beliau apabila ibu meninggal dunia, sebuah Watt hendaklah dibina untuk menyumbang pahala kepada ibunya. Lalu Sultan pun membina sebuah Watt di Lorong Bakar Bata yang masih ada sampai hari ini.

Tak dapat dibayangkan apa akan berlaku kalau peristiwa itu belaku pada zaman sekarang iaitu di zaman orang Melayu semakin tinggi ilmu Islamnya. Yang sebenarnya orang Melayu dan Siam adalah bersaudara pada masa dahulu, sekarang ini pertalian persaudaraan semakin menjarak, kemungkinan sudah putus terus dan tidak dapat dikesan lebih-lebih lagi orang Melayu sekarang ada bermacam-macam bangsa dan asal-usul, bukan lagi dari keturunan Siam, tak kiralah Siam Islam atau Siam Kapir.

Gambar di atas bukanlah gambar Mak Che Menjalara, tapi merupakan gambar Riam, bekas ratu cantik Siam yang diambil jadi isteri oleh sultan Perlis.

Saturday, January 3, 2009

Mahkota itu milik siapa?

Semua org Siam tahu..tapi tak berani bersuara..