Thursday, January 22, 2009
Mak Che Menjalara
Sebagai menjawab pertanyaan seorang pengunjung tentang Mak Che Menjalara, maka di sini saya perturunkan sedikit maklumat yang saya perolehi dari sumber dari pihak Thai/Siam.
Sebelum kita pergi lebih detail tentang Mak Che Menjalara, apa kata kita lihat dulu siapa lagi antara isteri Paduka Sultan yang berasal dari Siam. Ramai antara kita (termasuk orang Siam di Kedah) hanya tahu Mak Che Menjalara saja, atau sekurang-kurangnya seorang lagi iaitu Mak Che Sepancadara. Pada hal ada tiga orang lagi isteri Paduka Sultan yang merupakan wanita dari Siam.
Kebanyakan mereka adalah pelakon Lakorn (drama pentas) dari Kumpulan Lakorn Sri Nag dan Kumpulan Lakorn Chaiya yang sering membuat persembahan dalam istana. Tentu mereka ini cantik-cantik, kalau tak cantik tentu tidak diambil menjadi pelakon Lakorn yang mana sama standardnya dengan artis drama atau filem pada zaman ini.
Antara mereka (Isteri Paduka Sultan) yang diketahui termasuk:
1. Thiab (Sepenchandara) - Ada tiga orang putera/puteri dengan Paduka Sultan.
2. Neang (Menjalara) - Lapan anak (anataranya, Tunku)
3. Choi - Lima anak
4. Sirik - Tujuh anak
5. Phuang - Satu anak
Kalau kita lihat pada jumlah anak-anak daripada lima ibu ini, (24 orang) sudah tentu pada masa sekarang ini sudah bercambah entah berapa ramai cucu cicit keturunan Siam di Kedah. Tapi sangat sukar dikesan sebab semua sudah jadi Melayu.
Namun ada juga anak-anak dari ibu Siam ini yang dikenang, terutama dari ibu Thiab dan Ibu Neang. Ibu Thiab (Sepenchandara) merupakan pelakon Lakorn dari Kumpulan Chaiya, tempat tinggal di Soi Watt Bhupharam, Thonburee. Sebelum menjadi isteri Sultan, beliau datang ke Kedah bersama bapanya. Apabila sultan melihat lalu tertarik lalu diambil jadi isteri.
Anak-anak Ibu Thiab termasuk:
1. Tengku Ibrahim
2. Tengku Baricha (sebutan mengikut tulisan Siam, sebutan yang betul dalam bahasa Melayu semua orang tahu)
3. Puteri ( maklumat tidak diketahui)
Manakala Ibu Neang (Menjalara) pula berasal dari keturunan (keluarga) Nontanakorn. Siapa yang kata beliau adalah puteri Rama V adalah bohong belaka. Bapa beliau bernama Narabrirak (Kleb) yang merupakan gabenor Nonthaburee, ibunya bernama Im. Kediaman mereka ialah di Jalan Woracak, Krungthep (Bangkok). Mereka mempunyai pertalian keluarga dengan keturunan Panyarachoon. (Anan Panyarachoon merupakan bekas perdana menteri Thailand).
Salasilah Mak Che Menjalara ini ialah dari Chao Phraya Maha Yotha yang berketurunan Mon dan pernah menjadi raja Mataban tapi melarikan diri dan menetap di negara Siam.
Neang dan adiknya Nid (Menajawangi) datang menetap di Kedah sejak remaja lagi dan dijadikan anak angkat oleh Tengku Halimah, adinda kpd Sultan Ahmad Tajuddin Al Mukaram Shah. Setelah berusia 19 tahun baru dperisterikan oleh sultan (isteri ke enam)
(Jadi, kalau kata ada orang Siam datang berombongan menghantar Mak Che Menjalara adalah tidak tepat). Orang Siam yang ada di Kedah semuanya hidup di Kampung-kampung dan telah menetap di situ sebelum kedatangan Mak Che Menjalara lagi. Lagi pun, kalau orang Siam yang ada di Kedah hari ini merupakan rombongan menghantar isteri Sultan sudah tentu mereka ini akrab dengan pihak istana, tetapi tidak berlaku seperti itu.
Ibu Neang beroleh 12 orang anak dengan Paduka Sultan, tetapi hanya 8 orang yang hidup, antaranya ialah Tunku Abdul Rahman.
Anak-anak yang lain termasuk:
-Tengku Yussuf
-Tengku Kalsom
-Tengku Jiwa
-Tengku Baharom
-Tengku Aminah
-Tengku Dakiah
-Tengku Habsah
Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya ingin ceritakan dua peristiwa bohong yang melibatkan Mak Che Menjalara. (berapa kali dia bohong kat Sultan tak dapat dipastikan)
Bohong pertama yang diketahui, (TAR turut mengakui) ialah di mana pada satu ketika seorang pegawai telah pecah amanah dan sultan amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh. Manakala anak-anak dan isteri pegawai itu pula dijatuhi hukuman potong ibu jari. Lalu isteri pesalah itu datang merayu kepada Ibu Neang mohon simpati.
Ibu Neang hanyalah isteri ke enam, mana ada kuasa mengampun orang. Lalu Ibu Neang bohong kepada sultan bahawa dia mengandung. Menjadi kepercayaan orang Siam, ketika isteri mengandung suami ditegah membuat perkara seperti mengail ikan (bimbang anak yang lahir nanti sumbing mulutnya), inikan pula nak bunuh orang dan potong jari orang. Lalu sultan pun tidak jadi jatuhi hukuman bunuh, cuma penjara saja. Manakala anak dan isteri pesalah tidak di apa-apakan.
Bohong yang kedua ialah, selepas ibu Mak Che Menjalara di Siam mati, beliau memohon sultan membina sebuah Watt (kuil Buddha) kerana menurut beliau apabila ibu meninggal dunia, sebuah Watt hendaklah dibina untuk menyumbang pahala kepada ibunya. Lalu Sultan pun membina sebuah Watt di Lorong Bakar Bata yang masih ada sampai hari ini.
Tak dapat dibayangkan apa akan berlaku kalau peristiwa itu belaku pada zaman sekarang iaitu di zaman orang Melayu semakin tinggi ilmu Islamnya. Yang sebenarnya orang Melayu dan Siam adalah bersaudara pada masa dahulu, sekarang ini pertalian persaudaraan semakin menjarak, kemungkinan sudah putus terus dan tidak dapat dikesan lebih-lebih lagi orang Melayu sekarang ada bermacam-macam bangsa dan asal-usul, bukan lagi dari keturunan Siam, tak kiralah Siam Islam atau Siam Kapir.
Gambar di atas bukanlah gambar Mak Che Menjalara, tapi merupakan gambar Riam, bekas ratu cantik Siam yang diambil jadi isteri oleh sultan Perlis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
44 comments:
BUKTI....
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.
Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai[at]puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.
Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.
Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34)
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.
Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.
Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu). Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma.
Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.
Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.
Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu). Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu
agaknya lah
boleh dibincang dan dibahaskan di sini
nampak sangat Ayuthayya bukan bawah kekuasaan bangsa Tai Pendatang tu. Sebagai mana kebiasaan Mughal penakluk sudah pasti tidak terlepas Tanah Mon Khmer ini jatuh ke tangan mereka.
Biasalah seperti mana Mughal yg mana rakyatnya majoriti hindu.. maka Ayyuthayya jua tak mustahil ada majoriti budha.
kalu Ayutthaya itu di asas oleh Islam, kenapa dia pilih nama Ayutthaya yg meniru nama Ayodhaya iaitu negeri Buddha di India?
Kenapa tak beri nama Madinahya ka, Mekahya ka, Badarka ka, Uhudka ka?
Benar, asal usul Melayu Kedah adalah dari keturunan Siam..SIAM BUDDHA..baru jadi Islam kebelakangan ini..jgn tipu diri sendiri..
byk lagi org Melayu bertutur Siam di KEdah..sila kaji sejarah dgn mrk juga..jawapan dari mrk lebih ikhlas berbanding dgn jawapan 2-3 kerat yg gila tahta..
Aku cabar puak gila tahta ini kemukakan tuntutan terbuka, biar semua org Malaysia gelak pecah perut.
Takat tulis blog ni nak jadikan bukti sejarah? Sikit-sikit bagitau org: "Sila lihat artikel saya pada sekian-sekian tarikh.." nak buktikan dakwaan sendiri kena rujuk bukti yg ditulis sendiri juga? blog rekaan sendiri ni serupa kitab tuhan pulak dah..mmg sakit jiwa puak ni..
komen..jgn tak komen..semua komen akan di publish tanpa tapisan..
Cuma kalu boleh, jgn la copy paste artikel org lain dan masuk dlm ruangan komen..nanti kena saman pula..
lagipun, aku dah bagi link blog yg hangpa copy mai letak dlm komen tu..pi la baca puas-puas kat blog sana kemudian komen la mcm ni:" SETELAH SAYA BACA BLOG ABE ANAI-ANAI INI MAKA SAYA BARU SEDAR BAHAWA SEJARAH YG SAYA BELAJAR KAT SEKOLAH SELAMA INI ADALAH TIPU BELAKA...
mmg haru..dok belajar sejarah bertahun-tahun, dari pelbagai pakar dan pengkaji sejarah..sekali baca sejarah versi anai-anai terus tolak semua sejarah yg dipelajari selama ini..
nasib baik la aku terer sikit dari lain lain pengikut anai anai yg kagum dgn kaki pembohong tu..mula mula aku baca sedap juga la..tapi lama lama..(sebab otak aku memang cerdik) aku pun terpikir la...kalau kesultanan melayu kedah ckp siam perintah ayuthia..pasai pa kat kedah dulu dulu org ckp melayu..pasai pa melayu kat petani yala satun nara ckp melayu..awat tak cakap siam? bila tanya balik depa ckp aku tak abih baca..bila aku tanya kubur raja siam memang tak ada sebab agama budha bakar mayat...depa tak leh jawab..depa kata aku budak sekolah..last sekali aku geli pusat sebab depa kata portugis tu org islam, pastu raja siam depa sampai australia...nasib baik tak cakap raja siam depa sampai jepun....(dalam bahasa siam - je=bontot pun=gebu) hahahahahahha
Aku cemuih la baca blog merapu pasai nagara Kedah apa bala tu. Apa yang nak bangga sangat ngan Siam, Nyiam nih. Negeri kita Kedah dah lama termasuk bawah jajahan takluk empayar besar. 1) Anachakra Funan 2) Anachakra Srivijaiya 3) Anachakra Sukhotai 4) Bila Sri Ayuttaya ambik kuasa yang dok bawah Sukhothai pon jatuh la bawah Sri Ayuttaya.
Sri Ayuttaya ni orang Tai yang asaskan, depa mai dari Chiangsaen. Tapi ada lagi kerajaan lain yang bekerjasama dengan Sri AYuttaya membentuk Siam. Siam bukan nama bangsa tapi nama negara. Semua yang pernah dok dalam Siam tu jadi orang Siam la.
Kat selatan nih kita ada Sri Thammasok. Kerajaan Sri Thammasok nih kerjasama dengan Siam. Kat selatan nih ada terbahagi agama Islam dan Buddha masa kurun ke-11 lepas saja Srivijaiya jatuh. Srivijaiya tu Melayu-Buddha. Bukan Tai ka Lao ka Lannatai ka.
Sri Thammasok tu negeri Ligor. Raja dia masa kurun ke-10 dulu nama Chandrabhanu. Orang yang dok bawah kerajaan ni orang tak panggil Siam lagi sebelom kurun ke-12. Ajaran Theravada banyak berkembang sini. Bukan tu ja, ajaran Mahanigaya dan macam-macam mazhab agama Buddha dan Hindu pon berkembang di sini. Kawasan Paktai kita. Orang Tai-Lao cuma serap ja orang asal punya agama dan budaya walaupun depa lama dok kat dalam tanah orang Khmer sejak kurun ke-7 masa Srivijaiya Palembang serang Kedah dan Selatan Thai la nih.
Takyah dok Hijack sejarah Sri Ayutthaya. Sri Ayutthaya punya negara cuma dekat Phra Nakhorn Khrungthep. Atas tanah bangsa Mon (Chao Bon). Negeri Lopburi (Lavapur) dan negeri Mon lain macam Suphannaphum ada kerjasama dengan orang Tai yang bukak Sri Ayuttaya. Budaya Siam la nih pon dipengaruhi orang Khmer punya budaya, satu pasai orang Khmer pernah serang orang Mon kat Phra Nakhorn Dvaravadi, dan satu lagi orang Siam pernah serang Siam Reap. Basa Kedah kita la ni ada pengaruh Mon-Khmer kuat. Bukan mai dari basa Tai. Aku pernah cek dengan saudara-saudara dari Kemboja dan Burma selatan.
Orang Khmer dapat balasan Karma balik pasai depa serang orang Mon, walaupun sama suku kerabat. Nama Melayu pulak asalnya dari negara Melayu Dharmasyraya yang la ni ada kat Propinsi Jambi kat Sumatera Selatan dalam wilayah Indonesia. Kurun ke-14 baru orang sekelian kat Tanah Melayu pakai nama Melayu sebelum tu mana ada nama bangsa. Yang ada nama orang ikut negara dia mai. Aku mai Kedah, aku orang Kedah la, bangsa aku bangsa Kedah. Takdak Siam, ka tadak Melayu ka tadak mamak pa pon. Cuba la sikap kebangsaan Kedah berjati diri sikit.
Eloknya hangpa baca balik Phra Chadok atau kisah Jataka. Cerita Phra Mahachon mai sini nak meniaga tapi kapal dia bocoq kat sekitar kawasan Paktai. Jugak ada kisah pasai Phra Asok Maharat kirim bala tantra lindung orang asli sini kat Tanah Utara Semenanjung dan Selatan Thai daripada ancaman Lanun. Lanun tu orang asli yang tarak kerajaan yang qeja dia dok melanun ja kat laut sampai orang semua takut. Ada dua orang Gabenor Phra Asok Maharat antaq soh tadbir kawasan Paktai. Yang ni sebelom kejadian pembukaan negara Siam. Sebelom orang Tai masok. Tak bedosa pon kalu baca Phra Chadok sebaliknya tambah pengetahuan. Tok sah dok muhong bab agama Islam la apa ka. Agama Islam masuk kawasan Tanah Besar Asia Tenggara sekitar abad ke-8 M. Sebelum tu sudah ada kerajaan berpengaruh Hindu yang memang dibuka oleh orang yang berasal dari India kuno dengan kerjasama orang asli tempatan di sini!
Kalu tak reti baca Phra Chadok terjemahan dalam basa Siam atau bahasa sanskrit baca la dalam basa Inggeris bercerambah terjemahan Phra Chadok ada dalam Internet tu. Aku baca yang basa Siam punya serta aku rujuk balik basa sanskrit punya sebab ada komentari.
Ni smua perkataan yang aku cek dgn saudara kawan-kawan dari Kemboja:
Relai
Klam
Khrachoung
Lop
Marong
Chuat
Chalu
Khan
Thok
Sgala mak nenek lagi.
Tu bukan bahasa Melayu, bukan bahasa Thai mauhpon bahasa Siam. Tapi wujud dalam bentuk dialek Kedah dan sebahagian lagi dalam dialek Paktai. Nak lagi aku leh bagi. Lembah Bujang dah bermula sejak kurun ke-3 M. Bangga dengan Kedah!
Aku antara orang yang ramai-ramai dok pantau blog sejarah kedah merapu tu. Aku rasa orang yang dok mengkaji sejarah Kedah tu patut ambik balik kursus sejarah Asia Tenggara saja.
Kami orang Kedah rasa sejarah negeri atau negara-kota kami lama lagi daripada empayar Siam lagi. Empayar Siam mula kurun ke-13 M. Negara-kota Kedah mula ada sejak kurun ke-6 M bawah Raja keturunan Parsi beragama Hindu. Sebelum tu negara kota kami ni adalah sebahagian daripada Kerajaan Langkasuka yang ditubuhkan pada kurun pertama Masihi lagik. Langkasuka bukan kerajaan Melayu bukan kerajaan Siam, bukan kerajaan Moghul segala bagai. Dia cuma Langkasuka saja. Kedah ada kat Pintu masuk sebelah Barat, Patani kat sebelah Timor, (tengok Petitih Patani). Jangan dok campor aduk sejarah kami ngan sejarah Jawa ka sejarah Siam. Yang tu sejarah yang kemudiannya. Abad ke-7 M tu orang Tai cuma dok berterabur dalam tanah bangsa Khmer. Mula abad ke-12 baru depa memberontak, bawah penghulu Ramkhamhaeng bukak Kerajaan Sukhotai. Tu pon depa dapat pengesahan kerajaan Angkor dulu.
Raja Kedah yang keturunan orang asal sebelum Kedah berpecah dari Langkasuka mangkat masa kurun ke-5 M. Gelaran dia Bhagadatta, nama dia Ramaniubha. Ada bukti prasasti Cheruk Tok Kun kat Bukit Mertajam depan Gereja St. Anne. Hangpa pi tengok sniri. Bawah raja ni semua musuh Kedah kalah, tak dak kacau bilau. Mana dia Siam, mana dia Melayu??? Raja Durbar Raja yang keturunan Parsi tu aku agak mesti asal dari India selatan. Kat sana memang ada kerajaan Hindu-Parsi bawah suku kaum Pallava. Sejarawan pun ada kesimpulan yang sama. Bila Raja Durbar Raja sampai Kedah orang Kedah masa tu dok wat pemilihan raja baru pasai Raja Bhagadatta tarak waris laki. Depa guna Gajah Putih, Gajah Putih pilih Raja Derbar Raja. Gajah Putih ada dalam cerita Phra Chadok. Salah satu penjelmaan Phra Buddha yang lepas.
Kesimpulan aku kat sini, kita orang Kedah sebenarnya sebahagian pewaris Empayar Funan (Phnom), tapi ada pentadbiran sendiri. Yang dok ada dalam negara Kemboja tu mungkin kerajaan Pusat dia. Dalam empayar tu ada banyak negara-kota macam la gak yang hangpa tengok dalam negara Greek. Ada Athens ada Sparta, ada Ioni (Yavani) macam-macam lagik. Raja Kaundinya (Kondanna) pernah masuk ikut Kedah dan dok sat kat Pan Pan (Patani) sebelum dia nek pi Kemboja sana.
Anachakra (Kerajaan) Tamralinga pon penah tulong Suryavarman I yang nama dia Narvanapala bangunkan Angkor Thom. Narvanapala tu orang Tamralinga (Nakhorn Sri Thammarat) gak.
Yang hangpa kata Melayu tu masuk masa kurun ke-7 M. Zaman dulu mana ada sistem pengelasan bangsa boh dalam kad pengenalan ka dalam surat beranak. Bahasa pon nak dekat sama saja. Tengok la pengaruh basa Sanskrit kat batu bersurat mana-mana pon. Tulisan Siam ngan tulisan-tulisan Hindu lain pon sama macam cacing tunjuk kata pengaruh kerajaan Pallava dengan Brahmin dia kat kawasan sini. Orang Khmer kata tulisan Siam tu modify tulisan dia. Padahal tulisan dia tu plak modify tulisan Brahmi Pallava. Bagi kredit kat yang sepatutnya.
Merapu gila empayar Siam sampai Australia. Yang aku tau empayar Siam sampai takat Singapura yang la ni ja. Tu pon bawah pantauan Dinasti Sri Thammasok. Yang kat Kedah plak ada gabenor dari Phetchaburi mai masuk campoq, tu masa abad-abad ke-16. Pi belajaq basa Siam balik dan jugak belajaq basa lain macam basa Mon dan Khmer. Baru ada banyak sumber sikit.
menarik..menarik dan menarik..walaupun aku org kedah asal..asli..keturunan tok nenek moyang semua asal kedah ..aku tak la tau sangat pasal sejarah kedah siam ni..tapi dari dok pecaya kat geng anai anai yg merapu parang sekeper tu...aku kesian kat geng geng yg dok percaya bulat bulat tu...bukan apa geli telinga..org kedah ada empayar sampai ke australia...mungkin buta perut kot...depa ingat dili yg kat timor timor tu..mungkin depa silap kot...deli dgn dili...deli ada la kerajaan melayu deli..dili memang kat australia...kalau deli dgn dili tak leh nak beza..macam mana nak baca sejarah
Bek kita bangga dengan Kedah Asli ja. Pa pasai plak nak bangga dengan Siam ka Jawa ka. Dah kita bangsa Kedah, bangsa Kedah la. Nak jadi bangsa lain buat apa? Kata Nagara Kedah pi tulih dalam blog anai-anai la blog angkut-angkut la. Buat cara negara-kota Kedah la. Kalau kat Siam sana pon orang dia tak dak plak nak kata aku orang Siam ka, pasai Siam tu orang luar yang panggil penduduk negara yang berjiran dengan kita nih sebelum 1934. Kedah masuk Malaysia tahun 1948, Tunku Abdoraman gak yang bawak masuk. La nih hangpa tanya: Mung nih kon arai? (Hang ni orang apa?) Depa mesti kata: Ku pein kon Thai (Aku orang Thai la). Depa tukaq nama Siam jadi Thai pasai nak masuk zaman moden. Guna petitih lama kita balik. Dia ada bertali dengan petitih agama Hindu-Buddha dan jugak petitih kat Selatan Thai sana. Ada Phra Dathu Nakhorn, ada Petitih Chamatewiwong, macam-macam lagi.
Hahaha, nak terberak aku baca Chakri Sukhotai. Hangpa ngaji sejarah kat sekolah mana ni. Baca la buku sejarah AT balik. Chakri tu baru ja start dari pemerintahan Rattanakosin. rattanakosin tu bangsa Mon bukan bangsa Tai. Bangsa Mon hari nih memang dah di-Thai-kan. Tapi bahasa depa dok ada lagi. Ada Tahun Baru Mon tiap-tiap tahun p la sertai. Disambut orang Mon Myanmar dan Thailand.
Lagi lak nih, Kedah Pasai-Ma ni apa? Pasai tu kerajaan Islam kat Sumatera Utara kan. Orang Pasai memang ada lari ke Semenanjung dan bukak kampung kat Patani pasai depa kena ligan dengan orang kerajaan Hindu jiran-jiran depa. Ma tu apa? Ma-Kuda? Ma-Anjin? Ma-Mari? Ma-Bangku? Bahsa Siam ka tu? Ka Bahasa Thai? Ka Bahasa Moghul? Ka tarak makna wat bagi ada makna?
Ha lagi satu jangan ingat perkataan satu suku kata tu smua bahasa Siam/Thai nah. Banyaknya tu bahasa Mon-Khmer. Bahasa orang asli sini!
If you believe everything you read, better not read.
Mo nou punya olang...
bangsa kedah?hehe...kalau orang siam...siam je la,tak nak ngaku pulak.Hina ke jadi orang siam?satu lagi kalau nama langkasuka,ke atau nama raja tu kehindu-hinduan macam Parameswara,jangan dok ingat dia ni orang India Tamil datang perintah sini.Takkan nak tunggu raja tu nama Ahmad Bin Ali baru kata itu raja Melayu.Rasa semua dah faham yang Nusantara ni ada pengaruh hindu dulu kan?satu lagi,ada beza sukukaum dengan bangsa.
'ethnic' ngan 'race' ada beza tu.Malay ni race,ada banyak sukukaum kat dalam.Macam bangsa Cina,banyak sukukaum atau etnik termasuk shan iaitu nenek moyang etnik Tai.Dan aku setuju Mon layak digelar Siam Asli sebab merekalah yang dahulu bukak kerajaan kat sini.Masa etnik Tai dan Khmer datang ke Indochina,orang Mon dah ada kerajaan sendiri.Dan ya,orang Tai amik kebudayaan orang Khmer.
Pelik! Puak buddha Thai berpakat puak buddha Burma serang puak buddha Siam yang kemudian berlindung dengan puak Islam Kedah dan dihalang oleh puak Kristian Inggeris. Kan lebih baik Siam lari ke mana-mana pulau di Indonesia yang tak berpenghuni.
Bukan! Kaum buddha sukothai bergabung dengan kaum buddha burma perang kaum buddha ayuthia yang berlindung kepada kaum islam kedah tetapi dihalang kaum kristian inggeris. Patutlah tak sampai ke kaum hindu bali.
Bukan! Kaum buddha sukothai bergabung dengan kaum buddha burma perang kaum buddha ayuthia yang berlindung kepada kaum islam kedah tetapi dihalang kaum kristian inggeris. Patutlah tak sampai ke kaum hindu bali.
satu lagi kebodohan penulis blog ananai-anai ka cyber siburi ka ialah depa kata ada kerajaan albani australia?? hahaha nk tercirit aku bca sejarah depa... gila!!!! albani tu albania kat eropah .mai mana pulak sampai ke kedah asia tenggara?? what the hell piece of shit!!!... satu lagi try hang bca blog sejarah Thailand... memg depa kata ada ulama islam dtg ke ayutthaya tpi depa tu syiah bodoh!!!... syeikh abdullah al-qomi tu SYiah mai dari kerajaan Savanid Iran,.. sebb tula kalau hang siasat kat selatan Thai byak syiah tau,... abdullah qomi kawin dengan sedara raja siam... keturunan dia byk jadi Samuha Kalahom kira menteri pertahanan Thailand la pada zaman Ayutthaya... keturunan dia membentuk The Bunnag Family... keturunan dia ada islam ada yang buddha... ni hang xleh putar belit sejarah...
Barulah jumpa commentator yg tau ttg sejarah dan x ukut buta tuli anai2 pasai ma depa tu......kita jgn layan gang nagara kedah ni sbb dulu depa mintak maaf bila pers kerabat d raja kedah wat laporan polis bila depa hina agong kata keturunan bukan sultan.....tu sbb diam sj lani...bodo hayun deje punya anai2 dgn kedah pasai ma depa tu
Barulah jumpa commentator yg tau ttg sejarah dan x ukut buta tuli anai2 pasai ma depa tu......kita jgn layan gang nagara kedah ni sbb dulu depa mintak maaf bila pers kerabat d raja kedah wat laporan polis bila depa hina agong kata keturunan bukan sultan.....tu sbb diam sj lani...bodo hayun deje punya anai2 dgn kedah pasai ma depa tu
Syabas dan tahniah kpd Blogger Phumingen Abdul Yadeh. Terima kasih juga kepada saudara kerana menegakkan kebenaran dari pembohongan yang berleluasa dan memalukan. Pembohongan ini sudah banyak saya cuba perbetulkan lebih2 lagi yang tersebar di dalam blog individu dan juga fb. Malangnya mereka ini rata2 berdarah muda yang menyampaikan apa yang mereka dengar cerita yang telah berubah dari mulut ke mulut dengan perasaan dendam yang terpendam, bukannya dengan akal yang matang.
~tmj.mokhtar~
Sy Tunku Mohamad Jayadi, cicit kpd Paduka Sri Sultan Abd Hamid.
~tmj.mokhtar~
Che manjalara tu islam ke? Kenapa nisan penuh dgn gambar binatang? Dan nisan warna hitam.
Manjalara Islam dari muda. Saya tak nampak pun gambar binatang pd batu nisannya. Ia diperbuat drpd marmar berwarna hitam, salah ke? Batu nisan bapa sy berwarna hijau tua...
Kalau nak cri keturunan manjalara ni di mana ya?? Ad sapa tahu
Kepala busut ko melayu berasal dr siam.. melayu patani sendiri adlh melayu..
Kalau siam.. kenapa ada prasati kuno semua dlm melayu kuno.. tunjukkan prasasti dlm bhase siam.. jgn mangkuk sgt ..
Ayutya di asaskan oleh kerajaan melayu seblum kedtgan islam lg..
Saya
Terimakasih kpd semua blogger yg berkongsi kisah sejarah kedah...Hidup Kedah...
Orang k.L ngan orang Johor Riau tak hingin jdi orang Siam la. Riau ni asal usuL melayu tau tak
Assalamualaikum Tuan...boleh kongsi info tentang adik beradik Che Manjelara....yg kahwin dgn Ali bin Yaakob(Tok Ali Penjara)
Salam.. saya nk tya tentang menajawangi.. adik menjalara.. sapa ada info tlong kongsi.. terima kasih
Tanah Melayu bermula drpd selatan Thailand sampai ke kepulauan Riau.. Penjajah dah pecah kan Tanah Melayu kepada 4 negara.. Thailand, Malaysia, Singapore dan Indonesia. Melayu bukan berasal drpd Riau tp Riau asalnya sebahgian drpd Tanah Melayu..
Nama lama Thailand adalah Siam..Melayu adalah bangsa Asia Tenggara. Perbezaan kita cuma agama.. Sampai org Himalaya punya rupa dgn kulit sama mcm org Melayu. Siam Islam Thailand kapir kepala abah kau.. Bodo..
saya. susur galur dri Raja Jalal seterusnya cik manjalara
Post a Comment