Merujuk kepada habit pemakanan, mari kita tengok, antara Melayu cakap Siam dengan Siam cakap Siam, siapakah pewaris sebenar Siam Ayutthaya.
Merujuk catatan Parsi mengenai pemakanan orang Siam Zaman Ayutthaya, pada tajuk kecil Local Delicacies pada ms 157, The Ship Of Sulaiman, Third Jewel menyebut:
Every now and then the natives are inclined to roast lizard and snakes and this is quite common practice in Siam. In all the market places you see these repulsive animals on sale instead of partridge and lamb.
Another dish is the tortoise and in general they do not abstain from eating sea food or for that matter any land creature either..
Org Siam cakap siam bila sebut makanan kat atas tu tentu terliur manakala Melayu cakap Siam akan muntah uwekk..uwekkk..
Ewekk pun uwekkk lah..harga kura-kura sekarang ni dah melebihi RM15 sekilo..kalu Melayu cakap Siam pun makan sama, boleh melonjak RM20 sekilo...semangkuk gulai kura-kura boleh mencecah RM100...
46 comments:
sebagaimana diterangkan oleh geng2 anai anai... orang siam asal dah dibunuh beramai-ramai kaum tai di ajaudia, maka dah tentu budaya x sama...
sebagaimana Mughal di india yg mana di bawah taklukan keturunan Monggol.. penduduk secara majority adalah hindu...
begitu juga ajaudia yang majority bangsa pendatang tai yg beragama melanggar ajaran budha yang sama sekali mengharanmkan maging.
tapi zaman yg org Parsi sedang cerita tu adalah zaman Narai..
Yg geng anai-anai kata Hang Tuah tu..
Hang Tuah pun makan bewak ka?
Jgn main hentam ikut sedap..kajilah sikit..k?
haha, saudara2, jangan terikut sangat dgn blog anai-anai. Ajaran Buddha sudah ada di kawasan Tanah Besar Asia Tenggara bermula kurun ke-4 M lagi. Begitu juga dgn di Sumatera sana. Ajaran pertama sekali yang tiba di sini adalah ajaran Hindu Vedanta. Juga ajaran Siva Siddhanta. Di Bali masih diamalkan lagi ajaran Siva Siddhanta. Lepas ajaran Buddha masuk pula ajaran Hindu Vishnava yang membesarkan dewa Visnu. Penduduk tempatan di Patani masuk Islam hasil kerja dakwah orang Pasai (Acheh). Orang Patani bukan orang Thai (Siam). Depa pernah lawan dengan Siam kurun ke-17. Sultan depa ada sorang mangkat dikuburkan di Menam Chao Phraya sana. Meriam Sri Patani pon sekarang nih ada depan Pejabat Kementrian Luar Thailand.
Bila masa pulak Somdet Phra Narai Maharat masuk Islam? Nama gelaran dia Narai tu pon nama dewa Hindu, Narayan (Visnu). Baginda ni dari Dinasti Prasath Thong. Sila tanya orang Thailand ya. Mereka bukan semua di'brainwash'. Ada yang tau sejarah tempatan mereka sendiri. Setiap bahagian ada saja sejarahnya sendiri. Kawasan paktai (selatan) dengan sejarah sendiri, kawasan paknua (utara) dengan sejarah sendiri, kawasan esan (timur laut) dengan sejarah sendiri.
Sebelom Narai ada Raja Prasath Thong (Sanpeth ke-5) 1630-1655, Raja Chai (Sanpeth ke-6) 1655, Raja Suthammaratcha (Sanpeth ke-7) 1655, pastu baru Narai 1656-1688. Dinasti yang memerintah Sri Ayutthaya sebelum Dinasti Prasath Thong ini adalah Dinasti Sukhothai. Dinasti memerintah Sri Ayutthaya dan negara Siam selepas Prasath Thong adalah Dinasti Ban Phlu Luang.
Sekitar tahun 1651-1661, negeri aku Kedah diperintah Sultan beragama Islam dan berbangsa Kedah bernama Sultan Muhyiddin Mansur Syah! Bukak balik salasilah kesultanan Kedah bermula kurun ke-11 M. Sebelum tu ada 8 orang Sultan beragama Hindu-Buddha bermula kurun ke-6 M. Sebelum tu lagi Kedah ada dalam Kesatuan Kerajaan Langkasuka sekali dengan Patani, Songkhla, Kelantan, dan Terengganu.
Pada kurun ke-16 (tahun-tahun 15 M) jugak terjadinya perang antara Kedah dengan Acheh. Ada kisah Puteri Lindungan Bulan.
Apa kaitan pensejarahan Kedah dengan Siam dan Sri Ayutthaya????? Kedah berkaitan dengan Nakhorn Sri Thammarath (Ligor/Tamralingga), Langkasuka, Singanakorn (Songkhla), Srivichai sebab kena jajah dengan depa, dan ada kaitan dengan Chola sebab Chola Tamil pernah serang tanah kami kurun ke-10 dan ke-11 M. Oh ya, kerajaan Sukhothai pernah menyerap Nakhorn Sri Thammarath dalam pemerintahannya, jadi penduduk dalam Nakhorn Sri Thammarath mula cakap bahasa Tai. Lepas tu Raja U Thong ambil kuasa pada kurun ke-13. Barulah bahasa Tai tu jadi bahasa Siam.
Pasaipa blog anai-anai muhong??? Tak bek tau perbodohkan pembaca. Nanti kita sendiri akan termalu. Aku tak tau wasiat apa depa dok ligan. Depa ni keturunan Dinasti apa dalam Siam? Apa kaitan depa ngan Kedah lak kalu depa nak wat tuntutan? P la tuntut kat Istana Chakri kat Bangkok sana.
Mintak maaf, aku silap bab *sultan utk raja yang beragama Hindu kat Kedah. Panggilan Sultan ada pada zaman Islam saja.
Mula-mula cerita blog tersebut pasal Kedah pastu pi melalut pasal Siam pulak. Raja Merong Mahawangsa jadi Raja Moghul mana pulak dah. Yang aku tau Hikayat Merong Mahawangsa tu petitih orang tua yg disampaikan secara lisan. Mula kurun ke-17 baru disalin org masuk dalam buku gunakan bahasa Melayu dalam skrip Jawi. Merong mmg bermaksud Ular Besar. Ia perbendaharaan kata bahasa asli sini sejak Empayar Funan (Phnom) lagi. Bukan bahasa Tai bukan bahasa Siam Islam ka Tai Buddha ka apa. Nak tau bahasa Tai asli panggil apa naga p tanya kat org Lao dgn org Lannatai. Depa kata Naga dalam basa depa dipanggil Loung.
Ada satu lagi Hikayat Mahawangsa pasai keturunan raja-raja di sini yang berkaitan dgn raja-raja Sinhala dan Bengal mula ditulis oleh seorang Sami Buddha Ligor dgn gelaran Thera Mahanama. Kitab hikayat tu dikarang sekitar kurun ke-4 M di Ligor sana, dan selepas tu ada beberapa orang lagi sami Buddha Sinhala sambung tulih bahagian depa pulak dan dijilidkan sekali dengan bahagian Thera Mahanama Ligor tu punya. Ada lagi orang terbitkan sampai sekarang ini. Salasilah raja orang asli di kawasan AT ni ada kaitan dgn India Kuno.
Kemungkinannya Hikayat Merong Mahawangsa tu dah bercampur aduk dgn kisah tempatan dan kisah raja-raja. Tapi aku tak nampak perkaitannya dgn Moghul apa bala tu.
Orang Tai aku tak tau sgt dn malas aku nak wat pandai pasai sejarah depa. Yg aku tau depa kata Raja depa mai dari keturunan kayangan nama Khun Borom. Orang Lao pon kata lagutu gak pasai Chao Anuwong depa tu pasai depa tu serumpun dgn org Tai. Org Tai kat Thailand kita panggil Phuthai. Bahasa depa ni la yg jadi bahsa kebangsaan kerajaan Sukhothai pada abad-12 tapi bahasa Siam pulak bahasa kacukan Tai dgn bahasa Mon-Khmer.
Yang aku tau org Tai masuk Buddha aliran Theravada pun sebab org Mon yg ajarkan, depa ada agama sendiri gak nama agama Ten Fa, atau agama Pi Fa. Org Mon masuk Buddha aliran Theravada pada kurun ke-5 M. Org Khmer pun tukar aliran dari Mahayana ke Theravada sebab org Mon yg ajar. Sebelum abad ke-4 M, org Mon, Khmer, dan org asli "bertamadun" lain di Kedah, Langkasuka, Ligor semua menganut ajaran Hindu mazhab dewa Siva.
Lagi satu, Agama Hindu dan Buddha tak melarang pon pemakanan daging. Agama Jainisme yg melarang daging. Ajaran Jainisme tu diasaskan Mahavira di Gujarat hampir seusia dgn ajaran Buddha gak. Penganut HIndu yg terikut dgn ajaran Jainisme ni banyaknya dr. Selatan India. Ada beza Brahmin di Kashmir dgn Brahmin di Selatan India. Brahmin di Selatan India banyaknya sembah Visnu dan tak makan daging, tapi Brahmin Kashmir tempat asal bangsa Aryan masuk India dulu sembah Siva. Depa Brahmin Hindu kat Kashmir sana makan daging gak. Depa tak buleh pakai baju warna oren macam org Brahmin kat kawasan lain di India pakai dan tak boleh wat rambut berdandan.
Semua kata kunci tu ada dalam komen aku. Hgpa pi la wat kajian sendiri. Bagi fikir skit, baru ada usaha.
Hang Tuah ada pada zaman Sultan Mansur Syah mestilah sekitar kurun ke-14. Hang Tuah tu jadi TUk Uban ka Raja Siam ka aku tak tau la pulak, aku baru dgr dalam kenyataan Nai Long apa tak thu dua tahun lepas. Bagus gak la depa wat laguni, aku cari balik pasai sejarah Kedah dan perkaitannya dgn kerajaan luar lain. Hasilnya Kedah lagi lama drpd Siam dan Siam baru mula sekitar kurun ke-13 M tak jauh dari tarikh Melaka ditubuhkan, mungkin Melaka baru sikit daripada Siam. Dan Kedah bukan Siam. Kedah cuma Kedah saja.
Raja Narai ambik takhta pada kurun ke-17. Hang Tuah pon dh ilang p mana dh. Melaka pon dah hancor kena jajah dgn Portugis pada kurun 1515 M. Hang Tuah tu orang Siam gak ka? Aku dengar dia tu suku orang Laut. Maknanya, dia serumpun dgn org Melayu di selatan semenanjung. Melayu cuma satu suku saja bagi org Asli di Asia Tenggara selain suku lain seperti Batak, Jawa, Bali, Rawa, Mon, Khmer, Kuy, Nyah Kur, Senoi, dan sebagainya. Tapi istilah Melayu nih dah diperkaumkan selepas Merdeka. Ini sebab perkaitannya nama Melayu-Jambi dgn Empayar Srivijaya yg pernah menguasai kawasan sini sampai ke Selatan Filipina sana. Jgn campur aduk ya. Guna garis masa. Nak jadi ahli sejarah mesti ada tarikh, ada bukti hikayat, temu ramah penduduk tempatan, batu bersurat, dokumen rasmi dr Istana, catatan luar dr sumber India, Arab, Cina, Parsi, Kerajaan Sekitar.
Orang Asli Asia Tenggara terbahagi dua. Orang Darat dan Orang Pulau.
Orang Pulau tu semua yang ada kat Selatan dan dok di Pulau-Pulau yang ada kat Indonesia. Filipina, Selatan Semenanjung, dan kat Kalimantan sana. Yang Orang Darat tu ada di Utara Semenanjung sekarang ni, seluruh Thailand, Kemboja, dan Selatan Myanmar.
Orang Pulau ada macam2 suku termasuklah Melayu, Jawa, Bali segala mak nenek. Orang Darat termasuklah Mon, Khmer, Orang yang bukak Langkasuka! dan lain-lain.
terima kasih... sedang cuba faham walaupun banyak yg x faham
Sama2, saudara2 sekelian jgn terkeliru harapnya antara sejarah Siam dengan sejarah negeri2 dalam Malaysia. Siam adalah sebuah negara dan Empayar pada sekitar kurun ke-13 M sehingga lah kurun ke-17 M.
Mula sekali biar saya perkenalkan Kedah dahulu. Negeri ini bermula sebagai sebuah negara-kota pada kurun ke-6 M. Sebelum kurun ke-6 M, Kedah merupakan sebuah kota pelabuhan sebelah barat dalam Kerajaan Langkasuka.
Pelabuhan Lembah Bujang dianggarkan bermula lebih kurang pada kurun ke-3 M. Pedagang dari sebelah Barat iaitu dari India Kuno, Parsi (dipanggil Rom bukan bermaksud Rom di Itali sana), Tanah Arab, dan dari Greek akan singgah di Lembah Bujang dan mereka juga akan masuk ke kawasan Utara di Hulu atas iaitu ke Kemboja sana dan kawasan China Selatan melalui Kedah sebab tak payah susah2 pusing semenanjung untuk ke Timur.
Ada dalam hikayat dari Patani tersebut bahwa kerajaan Langkasuka sebenarnya bermula di Kedah, dibuka dalam kurun-kurun pertama Masihi. Kemudian pada kurun ke-5 M, Raja Negara-Kota Kedah yang keturunan orang Asal mangkat.
Kebetulan upacara memilih Raja baru diadakan dan seorang Putera dari India dalam pelarian singgah di Kedah. Dia dipilih rakyat dan menjadi Raja Kedah pertama dari keturunan Parsi. Bangsa Parsi di India sebenarnya digolongkan dalam kasta Kesatria, mereka ini dipanggil suku kaum Pallava dan beragama Hindu, mereka ada buka kerajaan di India Selatan sana. (Sila lihat buku undang-undang Hindu, Manusmriti)
Pada saat ini iaitu dalam kurun ke-6 M saya rasa Nabi Muhammad SAW mungkin belum menerima arahan Tuhan lagi untuk menyebarkan risalah Islam. Jadi penduduk di Kedah mungkin sekali merupakan penganut ajaran Hindu mazhab dewa Siva yang bercampur dengan ajaran Buddha Mahayana seperti di Bali sana.
Ini halnya pula di Sumatera. Bukan di Semenanjung. Jangan keliru dulu, ketika ini Srivijaya masih belum berperang lagi dengan orang Kedah. Kerajaan Srivijaya sebenarnya dibentuk di Sumatera Selatan selepas keruntuhan kerajaan-kerajaan seperti Kandali (Kantoli), Koying, dan sebagainya. Kantoli ini letaknya di antara Palembang dan Jambi.
Srivijaya berasal dari kerajaan Kandali ini. Dalam abad ke-6 M, kerajaan Srivijaya dibentuk di atas kerajaan Kandali. Sang Hyang Jayanasa merupakan Maharaja Pertama Kerajaan Srivijaya. Saudara boleh lihat dalam batu bersurat Kedukan Bukit (683M) dan Talang Tuwo (684M) mengenai Sang Hyang Jayanasa membuka Srivijaya dgn mengasimilasikan beberapa kerajaan kecil di Sumatera sana dalam Empayar Srivijaya.
Ketika ini, Kedah masih bebas dari Srivijaya. Srivijaya menyerang Kedah melalui kerajaan Panai di Sumatera Utara. Mereka menakluki Kedah dan penduduk Kedah mula berbahasa dgn bahasa orang Srivijaya. Maharaja Srivijaya ketika itu adalah anak kepada Jayanasa, daripada puteri dari kerabat diraja Tarumanegara di Jawa Barat sana. (Ini ada juga dalam Hikayat Patani yang dikarang dalam kurun ke-17 M mengenai Langkasuka diserang melalui Kedah).
Maharaja Dharmasetu lah yang menakluki Kedah, Pan-Pan, dan negeri-negeri lain dalam kerajaan Langkasuka yang berada di Semenanjung sebelum tahun 755 M. Maharaja Dharmasetu ni ada mengarahkan pembinaan 3 kawasan penyembahan untuk Bodisatwa, Padmapani, Vajrapani, dan Buddha di Ligor sana. Kawasan tu saya rasa ada lagi di sana. Mungkin saudara2 yg ada saudara kat Siam atau selalu melawat sana boleh p tengok.
Siam adalah kerajaan yang terkemudian, keadaan dia samalah macam Srivijaya mengintegrasikan kerajaan-kerajaan kecil membentuk satu empayar.
saya cuba baca dengan teliti tetapi banyak persoalan bertambah pelik dan saling bercanggah dari saudara dengan sejarah melaka yang berakhir pada 1511, Kesultanan kedah muslim yang kononnya bermula 1651... adakah empayar melaka yg kononnya Islam itu jugak palsu??
boleh tolong jelaskan kenapa semua sejarah kita ditulis omputih.. dan sumber omputih ni pulak bertentangan dengan sumber arab dan sumber china???
ahazeman..yg dimaksudkan penulis anonymus tu sebenarnya kesultanan kedah bermula dari abad 11 masehi (islam)...sebelum tu beragama hindu/buddha..tahun 1651 tu sultan islam kedah yg sezaman dengan NARAI raja siam..sejarah melayu memang banyak ditulis oleh orang putih..begitu juga sejarah siam..juga di usul kan tuan semasa membaca sejrah..hendaklah tidak menerima begitu saja apa yg ditulis terutamanya seperti blog anai anai..kerana ia nya tiada sumber khusus..cuma penceritaan lisan dan rujukan Undang undang kedah...sepatutnya sejarah yg ditulis mesti cross check dengan lain lain sumber supaya terdapat persamaan seperti hikayat pattani, ship of sulayman dan lain lain.itu saja...
Bagus sekali pemahaman saudara zurinloso dan terima kasih meperjelas lagi kekeliruan. Blog anai-anai tu memang merapu dengan menyamakan Somdet Phra Narai ddn tokoh-tokoh sejarah lain yang tak berkaitan seperti Hang Tuah dan segala bagai.
Sejarah Selatan Thai dan sejarah negeri-negeri Utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, dan negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu bertalian dengan kerajaan kuno iaitu Langkasuka. Bukan Siam. Siam tak wujud lagi pada awal kurun Masihi pun.
Saudara Ahazeman,
Kesultanan Kedah yang menganuti ajaran Islam bermula pada kurun ke-11 M lagi. Raja pertama menganuti ajaran Islam di Kedah bergelar Phra Ong Mahapotiset dengan nama Hindunya Maha Karma. Selepas menganuti Islam baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Syah. Kuburnya masih ada lagi di kawasan Kuala Muda sana. Hal ini ada tercatat dalam Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan saya tau puak Anai-anai mesti kata Tuk Kerani Arsyad tu dipaksa menulis ikut suka hati Istana Kedah. Saya nak tekankan Kedah tidak berkaitan dalam penubuhan Siam atau Sri Ayuttaya. Yang berkaitan dengan Sri Ayuttaya ada di kawasan Thailand tengah iaitu di Lopburi, dan Suphannabumi (Dvaravati). Dua kerajaan yang bekerjasama dengan Empayar Siam itu pun sebenarnya sudah wujud lama sebelum orang Thai dihalau keluar dari selatan China oleh Monggol.
Kedah wujud sebagai sebuah negara kota pada kurun ke-6 Masihi. Zaman itu adalah zaman Hindu-Buddha. Sebelum Kedah menjadi negara-kota bebas, ia adalah wilayah kerajaan Langkasuka. Langkasuka wujud pada kurun pertama Masihi.
Mungkin puak Anai-anai ingin menuntut Kesultanan Kedah tapi masalahnya Kesultanan Kedah tidak berkaitan dengan Sri Ayuttaya atau Siam pun. Jika mereka itu keturunan dari Istana Siam sana maka mereka mungkin sekali pelarian kerana dihalau dan mereka mungkin masuk ke Kedah kerana Istana Siam memang mendukung ajaran Buddha. Mana boleh kerabat Diraja menganuti ajaran selain Buddha.
Mengenai hal Melaka, saudara sudah terpening dengan kenyataan melalut blog anai-anai. Kerajaan Melaka dimulakan oleh Parameswara anak kepada Sam Agi. Parameswara sebelum itu merupakan Adipati atau Gabenor Palembang di Sumatera Selatan. Dia cuba memberontak daripada kekuasaan Majapahit dan kalah. Maka dia lari ke kawasan taklukan Siam iaitu Temasik. Lepas tu dia bunuh Tamagi yang jadi wakil Kerajaan Sri Dharmashoka (Ligor). Sri Dharmashoka pon salah satu kerajaan lama yang wujud sebelum diserap ke dalam Siam.
Melaka wujud pada kurun ke-14 M. Kedah pada kurun ke-6 M. Kedah merupakan wilayah Langkasuka sebelum kurun ke-6 M.
Melaka asalnya dibangunkan oleh Parameswara dengan pengikut setianya Orang Laut (Orang Asli yang serumpun dengan orang Jakun, orang Talang Mamak, dan orang Melayu Riau).
Parameswara berasal dari keluarga Dapunta Hyang Chailendra (Sailendra) di Palembang sana. Keluarga Sailendra ni sebenarnya pewaris kerajaan Srivijaya yang pernah menguasai sebahagian besar kawasan Asia Tenggara.
Melaka wujud selepas Empayar Srivijaya hancur iaitu pada kurun ke-12 M. Saudara boleh guna rujukan Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang untuk tahu keadaan yang terjadi di Tanah Melayu dan Sumatera. Tapi pastikan saudara buat rujukan selari dengan bahan-bahan lain seperti Hikayat Patani.
Parameswara asalnya beragama Hindu mazhab Siva sama juga dengan Orang Jawa sana. Ada kekeliruan dalam pengislaman Melaka. Ada yang kata Parameswara yang menganut Islam, ada yang kata anaknya yang menganut Islam. Walaubagaimanapun, tarikh pengislaman Melaka yang dipersetujui semua cendekiawan sejarah tak kira di Barat mahupun di Timur adalah sekitar kurun ke-14 M.
Tujuan Melaka menganuti Islam mungkin disebabkan oleh perdagangan dengan pedagang Muslim dari Arab dan India. Kalau benar Parameswara menganuti Islam, maka mungkin dia ada tujuan untuk membebaskan dirinya daripada sebarang ikatan dengan musuh tradisinya Majapahit yang beragama Hindu, tak menganuti ajaran Buddha kerana ingin bebas daripada Siam, tanah Semenanjung dikuasai oleh Negara Ligor yang berkerjasama dengan Siam (Sri Ayutthaya).
Bagaimana Kedah boleh terlibat dengan Melaka??? Pada sekitar kurun ke-16 M, Sultan Kedah ketika itu minta tolong Melaka bagi mengelakkan dijajah Siam sebab Melaka menganuti agama Islam, atas nama persaudaraan sesama Islam maka Sultan Kedah minta tolong perakuan Melaka sebab Melaka ketika itu sudah kuat dan bebas kerana dinaungi Kerajaan Dinasti Ming (China).
Saudara Ahzeman, sumber sejarah bukan sahaja didapati dari tulisan Orang Putih tapi juga dari sumber China, India, dan kitab-kitab Buddha dan Hindu sendiri. Kalau saudara tanya kepada pakar-pakar halau setan atau ustaz halau setan, dia orang ada mengakui kawasan Asia Tenggara memang kawasan jajahan Dewa Hindu (agama Hindu). Ada juga sumber tulisan penulis Istana beragama Islam dari Thailand misalnya Hikayat Patani (17 M) karangan Syeikh Daud Al-Fathani atas arahan Sultan Patani ketika itu.
* Maaf ada ralat sedikit sebab saya terkhayal semasa menaip, Sultan Kedah mintak tolong Melaka sekitar kurun ke-14 M. Kurun ke-16 M tu Melaka dah berada dalam jajahan Portugis. Harap maaf atas kekeliruan
Alhamdulillah ada jugak orang yang menjawab pandangan dan tuduhan dari blog anai-anai tu.
Banyak benda yang bukan2 dimasukkan dalam blog tu tak boleh diterima dan tak boleh disangkal(ye la macam mana nak sangkal, sumber cerita datang dari mana aku pun tak tahu). Tapi aku heran ramai pula tu yang percaya. Cerita pasal iskandar zulkarnain pun dah boleh dipertikai. Memang pening la puak2 ni.
Sejarah melayu sumber omputih pun setaraf macam blog anai anai tu.. banyak sejarah melayu ni tergantung??? contoh paling jelas ialah Kerajaan kekhalifahan Ottoman mesti ada sistem zakat atau ufti... mana pergi??? mana rekod ... pembayaran zakat atau ufti kepada khalifah.. terlalu banyak sejarah tergantung... Undang-undang kedah adalah telah menunjukkan sedikit logik dan kesinambungan.... ada masuk akal ke? kerajan kecil seperti siam yg kononnya budha tentunya lemah boleh bypass semasa kegemilangan kekahalifahan Uthman dari mengurus wilayah raja-raja Islam yang tentunya kewajiban wala' kepada khalifah yg sedang kuat pada era 1600 hingga lemah lebihkurang 1768 sehingga 1824 yang sehingga jatuh sepenuhnya 1911 (lebih kurang)
sejarah melayu sumber org putih mana pulak?kitab tu depa amik dari sumatera sana.jabatan arkib negara malaysia yg beli dari sn.org indonesia sampai la pon dok kata malaysia seludup bahan tu.melaka memang bukan kerajaan besar pon.dia tu cuma digembar-gembur saja besar.tanah dia wat negeri tu siam punya.negeri ligor bukan siam,tp dia disiamkan.maka segala jajahan dia pon org panggil siam la jugak.
Siam bukan negeri islam.dia negeri buddha saudara.semua negeri sini asalnya bukan negeri islam semua negeri hindu-buddha masuk islam.kerajaan islam pertama di kawasan Asia Tenggara ada di Pasai sana (Acheh). Raja Melaka masuk Islam pon pasal dia menikah dengan anak raja Pasai.
Khalifah Uthmaniah tu kuasai negeri sebelah mana?Bukan Balkan ka?Jugak negeri2 sebelah Arab sana.Sebelah sini tak bekerjasama dengan Turki Uthmaniah lagi tu la pasai kena jajah British. Yang ada berhubung dengan Uthmaniah pun negeri Acheh (Pasai). Uthmaniah jauh sangat dari sini. Lagipun mula tahun 1840 zaman Sultan Abdul Hamid tu khalifah Uthmaniah mula jatuh dah. Uthmaniah pernah terlibat dalam perang dunia pertama dan kalah, masa tu baru sistem khalifah dia habis terus.
Siam bukan kerajaan kecil, ia satu empayar. Ada banyak negera kota dalamnya. Macam-macam suku kaum. Sama macam Srivijaya. Kawasan jajahan dia dari Chiangmai, Laos, Kemboja, Selatan Thai (Ligor, Patani, Yala), dan Utara Tanah Melayu sampai ke mulut Tanjung (Singapura).
Kedah merupakan negeri bebas sebenarnya bermula sejak kurun ke-6 M, Islam xmasuk lagi pun. Islam sampai ke Kedah sekitar kurun ke-8 M, waktu tu sudah ada orang Islam tp xsmua orang menganuti Islam. Kurun ke-11M baru raja Kedah masuk Islam. Kubur baginda ada di Merbuk sana.
Siam mula masuk campur di Kedah kurun ke-14 M. Orang Melayu yg cakap Siam kat setengah kampung di Kubang Pasu tu sebenarnya keturunan tawanan perang Kedah kurun ke-14 M. Depa dihantar balik pada kurun ke-19 ikut sistem yang diperkenalkan Raja Siam masa zaman pemerintahan Siam.
Kalau tak percaya sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang bacalah Kitab Hikayat Patani karangan Syeikh Daud Al-Fathani. Takkan kitab ni pon orang putih jugak yang perkenalkan? Dia bukan kitab seberang cuma kitab seberang sempadan saja. Sultan Patani yang suruh karang salin balik dari hikayat2 tua dan temu ramah dengan penduduk di negeri Patani.
Yang saudara nampak tergantung dalam Sejarah Melayu tu bukan sebab kitab tu sumber org putih. Pengarang kitab tu tak menitikberatkan tarikh. Ada kisah yang mengesahkan lagi kejadian2 pada kurun ke-10 dan ke-11 M yang terjadi di Tanah Melayu. Misalnya serangan Raja Benua Keling ke atas Tanah Melayu. Zaman tu zaman kegemilangan Empayar Srivijaya mula jatuh. Raja Benua Keling tu Raja Raja Chola dan Rajendra Chola. Yang kita dok dengar Raja Chulan tu. Ada catatan lagi pasai serangan tu kat koil Brihadeswar di Tanjor, India sana. Nama Kedah pon masuk dalam negeri kena serang. Maharaja Sriviajaya masa tu Sangrama Vijayatunggavarman. Nama dia ada bunyi Islam ka? Dia ni Melayu ada kacukan India la sikit memang raja zaman dulu ada kaitan dengan India lama!
Ada jugak keterangan pasal negeri orang asli sini dalam Sejarah Melayu, Khlangkeo (Ganggayu) yang orang sejarah dok kata kemungkinan kerajaan Johor Tua, ada kat sempadan Johor-Pahang sana. Kerajaan ni kerajaan orang Mon-Khmer (Siam Asli). Kadang2 bergaduh dengan orang Melaka (Melayu). Kadang-kadang hidup aman. Negri ni dalam Sejarah Melayu diceritakan membayar ufti kat Raja Chola. Raja Benua Keling (India Selatan), yang dua ekor Raja Raja Cholan dan Rajendra Cholan tu punya angkara la.
Paham dulu Tai tu apa, Mon-Khmer tu apa dan Melayu tu apa. Pastu baru baca balik Sejarah Melayu ka apa sejarah pun. Tiga tu etnik yang berbeza-beza. Siam bukan nama etnik atau bangsa tertentu dah bila dia jadi nama Empayar. Siam merujuk orang Tai, sebab majoriti orang yang menguasai empayar itu orang Siam (Tai). Maka semua suku kaum lain yang ada dalam Siam automatik jadi orang Siam. Bukan mestinya dia kena ada darah Tai.
Macam Malaysia, Afrika Selatan, Australia, etc tu negara naungan Empayar British. Orang dalam negeri-negeri ni orang British ka?
Jadi sekali lagi sebagai suku kaum Kedah yang bangga walopon aku tau cakap SIAM, aku nak tekankan pemerintahan bersultan dengan raja menganuti Islam di Kedah selama 900 tahun mula dengan kurun ke-11 M. Pemerintahan beraja jika termasuk dengan nenek moyang Sultan-sultan ni adalah selama lebih kurang 1378 tahun bermula tahun 630 M. Aku tak peduli sangat pon kat Siam ka kat Malaysia ka kat Thailand. Ada 9 orang RAJA beragama HINDU di KEDAH, dan diteruskan oleh 28 orang SULTAN beragama ISLAM.
Sila lawati makan Sultan kita Sultan MUzaffar Syah (Maharaja Derbar Raja) di Merbuk sana. Makamnya tak dijaga elok, padahal baginda sangat berjasa terhadap penyebaran Islam di Kedah. Ada 4 lagi kubur dekat makam baginda, tak tau kubur sapa, mungkin kubur ahli keluarganya.
Seorang penulis Inggeris J.R Logan yg mengarang ‘Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia’ telah singgah ke Kedah dalam tahun 1851 dan telah bertanyakan perkara yg sama ketika melawat Makam Diraja Langgar. Kemanakah perginya makam Raja-raja lama sebelum Sultan Muzafar Shah? Aku agak mungkin la ada kat candi-candi sana. Orang Hindu mana tanam mayat, depa bakar kecuali kalau mati tak sampai ajal macam bayi2 kecik atau org tua yg dh takdak keinginan dunia lagi baru depa tanam simpan dalam perut Dewi Pertiwi (Bumi). Abu mayat depa mesti ada dalam candi, candi-candi tu memang tempat perkuburan orang HIndu selain tempat pemujaan nenek moyang. Kat Nepal sana pon ada.
ok aku lak cerita.. cuba hang bayangkan kekeliruan dalam sejarah malaysia.. dlm buku teks melaka di buka oleh paramiswara(mengikut buku teks lah yang berasal kononnya dari macadonia<-- nak jugak angkat dari orang eropah..lawak gila kemudian dikatakan dia berasal dari sumatera kononya lari dari majapahit..)lagi lah lawak.. bayangkan dia boleh bukak kerajaan kt melaka tanpa diserang dari siam n majapahit yg tahu melaka kat situ? mana boleh hidup 1 kerajaan muda yg baru bertapak nak di hidupkan dengan 2 serajaan memusuhi dia.. di waktu itu pulak si parameswara ni pulak p bunuh org siam kat temasik dah tu lari p melaka... melaka tu dalam empire siam kan? macam mana dia boleh hidup? saya percaya empire islam sangat luas keluasannya dari eropah sampai ke gugusan p.melayu
tetapi di hancurkan oleh org kristien yang memberikan pangkat n kuasa kepada sesiapa yg hendak menjadi raja dan berkuasa. sehingga islam lemah sampai sekarang ini.. selepas kejatuhan sistem khalifah.. sistem monarki di naik bagaikan cendawan... dan menghancurkan sistem khalifah..yang ada ...
Aku xthu papa pasai empayar Siam Islam.Aku tau kata negeri Serlatan (Semenanjung Tanah Melayu) masa kurun ke-13 bawah kuasa Sri Thammasok.Lepas Raja Chanthraphanu yang perintah Tamraling mangkat kat Sri Lanka,baru negeri naik dinasti Sri Thammasok.Negara Sri Darmaraja (Nakhorn Si Thammarat/Ligor) tu nama asal dia Tamraling, suku kaum lama situ, org panggil Mon, zaman la dh campoq ngan bangsa Melayu n lagi baru bangsa Thai.Parameswara yang bunuh Tamagi (Gobenor Sri Thammasok) tu bukak Melaka atas tanah Sri Thammasok. Sri Thammasok sekutu Siam.Parameswara ngaku bangsa Sailendra,lani ramai org tau kata Sailendra tu asal dari tanah jajahan Kemboja sana.Depa lari masuk Sumatra lepas kalah perang saudara dengan negeri Chanla.Kalu org kata Tanah Melayu bawah Siam dulu, Siam dulu n smua kawasan masuk Burma bawah sana tu Tanah jajahan Kemboja.Lani pon nak haram Khmer Pol Pot pembunoh dok ngaku kata smua kita ni keturon depa, ha ha ha.Ckp dp mmg btoi,kita suka tikam sma sniri sb politid/kuasa sama la macam depa pd zaman tok gajah lagi, ha ha ha.
korang semua ketinggalan tentang cara org Hindu atau org budha masuk Islam tentang janji nabi terakhir yang dipanggil khalki avatar yang ciri cirinya sama seperti nabi Muhammad. inilah akibat berkiblat ke barat dalam menilai sejarah. cerita sejarah didongengkan masuk Islam sebab semata-mata mimpi. golongan ini diislamkan kerana kesinambungan ajaran terdahulu nabi terdahulu sebelum diselewengkan ke dunia berhala.
makin jelas dongeng barat bila kita teliti cara anda jawab dan rujukan sumber patani dan karangan Sri Lanang...
memang cerita dongeng lebih berleluasa.
Dongeng barat, masuk Islam sebab mimpi dah setaraf cerita ayah pin jer.
Kalu ya pon orang tempatan masuk Islam sebab kesinambungan ajaran dulu, pa kaitan dengan kita sini dok berkiblat sumber sejarah Barat? Hang ngaji habeh dah ka sejarah agama Islam mula dari Adam-Muhammad?
Hikayat Patani bukan sumber British, Tuk Guru Syeikh Daud al-Fathoni tulih atas perintah Sultan Patani kurun-17. Kurun tu la jugak Patani pernah masuk sampai Bangkok tapi Sultan mangkat sana. British bangsat baru dok ngintai-ngintai jalan nak masuk sini guna Siam bagi berlaga dengan orang Islam selatan.
Kalu bab claim-meng-claim sejarah pa semua ni, aku tak larat dah baca tuan-tuan oiiii...
Nu dalam forum-forum Thai n Antarabangsa ada saja org mengkelai pasai Thailand. Laos n Kemboja, semua pon dok mengkelai pasai sejarah Thailand pasai dalam dia ada banyak kerajaan lama.
Puok-puok Lao plak kata orang Siam semua anak cucu depa. Lagumana plak tu? Khmer pon kata orang asli lam Malaysia semua masuk sampai Burma Selatan pon anak cucu depa.
Satu Tajuk Thread dalam Forom Thai aku boh untuk tatapan tuan-tuan nak kata di bahagian antarabangsa pon ada klaim-mengklaim ni...
1)Ankorian1 wrote:
"In Khmer we call people who live in thailand thai and the citizen of the past siem. And we do not believe to group of people is the same group. We respect so much on "siem" but not thai. Siem was dumb but thai was dumber. If you research on the history of siem. They existed in early 1400, meaning they're only a 600 year old country. They're a bunch of Chinese rejects, lost they're country and ran away like cowards.
So basically the siems are a bunch of failures. Siem slave the Khmer and learn from the Khmer's. They Drop all there chinese heritage and adopt whats better the Khmer's.
Building temple just like Khmer. Starting by caves near mountain. And when the siem barbarians was human enough they made there way into the city. WIth all the Khmer knowledge. The structure of siem was like Khmer. There have a caste system, but it is not so strong like in Khmer because of the influence from Budhist. The thai had a very weak link with the Old "Khmer". They are a lower caste of Khmer society. Ofter the higher caste was gone. The siem in rural area and a distance areas create a new kingdom and the successor kingdom never success like a Khmer Empire. Because the are not as good as quality like the old one. That is why thai is very weak. However, they have seen his master glorious day. Most of them dream about the glorius day that they had been live with their master, "Khmer". That is why khmer pay some respect on siem never thai. Cant believe Khmer raised a dog that bite its own owner"
2)Laoism wrote:
"That explained why they changed their name to Thailand, its all about being ashamed of their ancestors and decided to called themselves as Thai so they have some relation to Ai Lao....
Thanks for sharing Angkorian!"
Ankorian1 wrote:
"No problem Bro.
thailand acually mean land of the free; free from slavering the Chinese and the Khmers.
thai have the same skills as their ancestor lie, cheat, steal.
Like their ancestors both pathetic.
At the end all that matter is 'Khmer made thai..' They get on their knees and pray to Buddisht and Khmer Gods."
1)Angkorian1 wrote:
""LISTEN TO YOUR ELDERS"
Thai Brotha, Sister, You all might not want to hear this. Not all Thais would agree with your statements. My brother’s and sister please don’t make Thai’s look evil, every elders of Thai’s knows where Thai culture and history evolve from Khmer. The Khmer Kingdom "Funan" dates back as early as 100th to 1400th a.d. ++ Thailand dates from 1400th a.d. Thai’s Royal Monarchies was model after the "Khmer Monarchies" and thai’s Royal Language is Old-Khmer. Our history books in Thailand are full of story telling some are true but most are made believe to trick us.. WHY???? Please check it for your self.!!!
In other words, the earliest royal Thai titles – King Sri Intrabodintrathit, the Pra Khan Jayasri sword, and the consort Sikara Maha Devi – were derived from the Khmer, one of the most highly advanced civilizations in Southeast Asia at the time and a source of knowledge and inspiration to the Thai people. It is possible that Sikara Maha Devi was a daughter of King Jayavarman VIII and thus the Thai leader Khun Pha Muang, one of the founders of Sukhothai, was a son-in-law of the Khmer King. Everyone knows muay thai roots is from Kun Khmer Boran. Plus Antonio G. ask lao masters and they agreed.
muay thai is lady boys but all the Kru is Khmer just the name was change Pradal Serey to muay thai just like Papaya Salad change to thai salad."
Daripada sini, pa kesimpulan hangpa buleh wat? Siam n Thai berlain ka? Pasaipa menatang2 tu semua dok qeja kacau dalam forum orang Thailand?
Dua ekoq menatang tu, sekoq Laos, sekoq lagi Kemboja.
Aku xlarat nak boh semua lah kenyataan orang yang dok bagi post-post dalam thread-therad. Ni salah satu forom yang aku pernah baca, orang-orang bangang mengkelai bab-bab klaim sejarah.
Tajuk thread, What Khmer has to do with Malayan Peninsula?
link: http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=207406&st=0&start=0
Hangpa baca semua seniri, buat kesimpulan sendiri jugak lah. Lain pada tu banyak lagi forom2 dalam bahasa Thai, orang dok sembang. Kalu hangpa reti bahasa Thai p la tengok2 sniri.
Hello everybody! I don't know where to start but hope this place will be useful for me.
Hope to receive any assistance from you if I will have any quesitons.
Thanks in advance and good luck! :)
Phumingan Abdul Yadeh! Kalau dah berani sangat, bagilah nama penuh, letaklah gambaq macam anai-anai buat. Jangan jadi pengecut!Hang nak bela Raja Thai Kapiaq (kafir) ka?
Nude art [url=http://vimeo.com/user4513883] nude shoots[/url] Celebrities nudes
apabila seseorg tu pengajiannya terlalu sedikit maka percakapan dia tu akan berlegar legar pada topik yg sama dan mengelirukan, kerana dia tak mengaji betul2.... itulah antara punca boleh wujud golongan yg sampai boleh pulak nak islamkan nenek moyng dia yg hindu/buddha/pagan/animisme yg hidup sebelum kedatangan Islam.. dah takdir mereka hidup zaman sebelum datang Islam, nak buat camana, kita anak cucu jgn lah sampai nak jadi tukang karut nak mendahului ketentuan Allah, Allah telah menjadi kan proses ketamadunan manusia begitu adalah sebabnya... or Arab pun mengaku yang myang mereka sebelum datang Rasulullah SAW adalah arab jahilliyah sembah berhala latta dan uzza,
realistiklah
from fairuz kamarulzaman
nampak sangat cetek ilmu sejarah Islam. Orang Arab sebelum kerasulan nabi ada bermacam-macam agama. ada yang menganut Agama Hanif ada juga juga menganut agama Nasrani... tetapi ada juga yang syirik iaitu macam org melayu nama jer Islam tapi puja syaitan atau hantu atau kombinasi agama hanif dengan kepelbagaian kesyirikan kepada Allah menyembah Al Latta dan Al Uzza denga tujuan mengharap rezeki lebih atau ilmu sihir. sebab tu dipanggil musyrikin.
Agama Hanif adalah agama Ajaran nabi terdahulu yang berasaskan keesaan Tuhan yang tunggal, Sang Hyang Widhi. atau Sang Dewata Raya atau The only One GOD. Yang tiada sekutu atau perantaraan antara manusia dan dewa. Ada juga ahli sejarahwan Islam menganggap sebagai ajaran Agama Ibrahim.
peneyelewengan terkemudian seperti mana juga dalam ajaran kristian trinity atau trimurti dalam hindu.
tsalatsa fil ahad. dalam konsep allata, all uzza dan Allah dalam kemusyrikan Arab Mekah.dan pelbagai lagi.
Sesungguhnya Agama di sisi Allah hanyalah Islam. memperbetul dan menambah displin ibadat yang baru.
bangsa thai pencuri,lg mau mengaku Ayuthia milik mereka..boleh jalan lah..Ayuthia sbuah kerajaan islam,dlmnya terdapat bnyak masjid2,kmudia dmusnahkan oleh org2 lanna thai yg dtg mnjajah...selama ini org melayu dan khmer hdup rukun damai di indocina,org thai dtg lalu mncuri budaya serta binaan melayu dan khmer...pastu ngaku budaya thai..xthu malu..org thai ingat bngsa melayu dan khmer mcm bngsa mon ke,mudah dpkotak katikkan?ini keturunan mala la..
Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja
sapa aku??
"Mala Malayu iva Malayam raja"
Dia x berani buat pasai dia menipu, pembohong kuat. Masih nk pertahankan thai dia yg di agung2 kan tu. Dok kilaih budak2 mentah bolehlah. Hang x boleh tipu fakta yg dh terfaktab phumingan oi. Ntah Islam ka bukan Islam dia nih.
Ada beberapa persoalan yg perlu dijawab.1.Kenapakah terdapat makam keturunan raja ayuthia di kawasan perkuburan Islam di kedah? 2. Kenapakah Raja Mongkut dan Chulalongkorn memburu dan membunuh keturunan raja ayuthia sampai ke kedah? 3. Kenapakah Raja Chulalongkorn mengarahkan pembakaran hikayat merong mahawangsa? 4. Kenapakah sangat banyak jumlah orang2 islam di ayuthia, krabi, phuket?
4. kenapakah bahasa siam di perlis/ kedah tak sama dengan bahasa Thai.
5. Kenapakah masjid2 lama di thailand menggunakan kubah berwarna kuning.
6. Bagaimana boleh wujud pertalian kekeluargaan antara orang2 kedah/ perlis denga org2 islam di phuket& Bangkok suatu jarak y g sangat jauh.
7. kenapakah tinggalan2 istana lama ayuthia menampakkan ciri2 arab/ parsi sedangkan di china wpun org islam byk mempengaruhi kerajaannya, masih mengekalkan seni bina china.
8. kenapakah nama Thailand hanya muncul selepas 1767.
9. Kenapakha dalam perjanjian Bangkok 1909 tidak ada wakil dari kalangan orang2 Islam.
10. Kenapakah Naskhah Undang-undang kedah disimpan di London, hanya pada tahun 2003/2004 diserahkan kembali kpd Malaysia?
11. Bagaimana bahasa Melayu boleh menjadi bahasa lingua franca di asia tenggara sedangkan bahasa inggeris pun ramai org tidak boleh cakap lagi wpun US dan Britain menguasai ekonomi dan komunikasi skrg?
Kita perlu melihat sejarah melalui jendela sejarah.
Assalamualaikum..
Bismilahhirohmanirohim..
Sawahijao.. Bagus gak soalan tu.. :-)
Depa kaji
sejarah kat google..
Kaji sejarah bukan turun padang..
Kaji sejarah bukan sumber pengetahuan yang makan masa..
Kaji sejarah pandai sebut agama islam.. Tapi ada sifat nabi SAW ajar.. ( maki maki )
Baguih betui la depa..
Baik baca belog ilmiah.. Cara tak langsung, sejarah akhirat lebih penting.. Besok besok, kalo masuk syurga.. Sejarah dunia bole terus tanya direct kat tiap2 nabi2 yg diutus..
Salam...pertama kali dtg melawat kat sini....Salam perkenalan kpd tuan rumah...
Anonymous kau banyak sgt baca sejarah tulisan penjajah,tak kisah apa pun sejarah melayu yang penting berpegang pada islam,kau cam pandai gila pasal agama hindu,tera la kau,sampai mahzab2 kau tau,penjajah menipu sejarah dan asal usul melayu kau rasa betul dan yakin ka apa yg kau karang panjang2 tu,kau pun baca sejarah tulisan penjajah lepas tu kau nak cakap orang tu tak betul,aku nak tanya 1 soalan kau yakin ka dengan sejarah dan asal usul melayu yang kau hurai tu,hanya allah yang lebih megatahui dari kau,tak yah cakap orang tu xbetul orang ni xbetul,cuba kau cerita mana asal usul orang melayu,jangan versi penjajah plak.
Post a Comment