Saturday, January 3, 2009

Mahkota itu milik siapa?

Semua org Siam tahu..tapi tak berani bersuara..

3 comments:

ahazeman said...

Tahniah kerana menjawab persoalan tetamu dengan begitu terbuka.

Saya cukup kagum dengan saudara. Namun seperti mana Prof Khoo Kay Kim pernah ulas tentang ketidak-logiknya sejarah yang dikarang bangsa asing seperti orientalist william Schealabear dan lain-lain yang kita sedia maklum di bawah bimbingan Munshi Abdullah...

Melayu yang mempunyai tulisan sendiri (tulisan Lontar atau jawi) Tidak ada catitan sejarah sendiri sebaliknya semuanya bersumberkan penulis barat.



Namun begitu adalah mustahil orang melayu berasal dari Sumatera (dongengan sejarah Melaka). Jika rujuk peta betapa dekatnya sumatera yang hanya dipisah dengan selat melaka. Boleh juga dilihat juga banyak spesis binatang sejenis yg sama membuktikan asalnya semenanjung dan Sumatera adalah satu atau sama cuma perpisahan oleh selat kesan hakisan dan pergerakan kerak bumi.

Amat tidak logik bangsa Tai yang dikenali sebagai pendatang dari tanah yunnan adalah penduduk asli Semenanjung ini. Merujuk sejarah luar yang dibaca dari banyak sumber Bangsa Tai Kadai(Tai Kradai) yang berasal dari yunnan ini adalah bangsa pelarian dari Serangan MOnggol. selepas Beijing (Pin xyin) di asak teruk lalu kegerunan berita itu menyebabkan mereka lari lebih ke selatan. jadi logik Temasik di bawah kerajan siam versi thai budha adalah tidak logik langsung.

Merujuk adat budaya beraja juga amat berbeza cara mengadap Raja dan pemakaian. rujuk buku sumber perancis atau laman web http://themalaypress.blogspot.com/

Cara penggulingan Thak sin the great juga dapat dilihat semacam konspirasi keturunan Maharaja Thai terkini walaupun Thaksin kononnya telah merayu nak jadi sami.

Cara Patung Budha diletak kemudian di runtuhan kota Ayuthiya juga menimbulkan kesangsian. Alaung Phya yang kononnya Orang Burma beragama Budha berperang sesama budha tanpa tujuan??? jika ada tujuan yg rasional sila nyatakan.

Kerajaan Monggol yang terkenal suka berperang dan menakluk, tiba tiba tidak menakluk Siam???

bangsa awal yg menduduki sekitar siam adalah mon dan khmer bukan tai highlander yg pendatang yang tiba tiba mengaku sebagai waris kerajaan Ayuthayya...???

(semua istilah dan maklumat di atas boleh search di internet.)

Dalam banyak hal saudara banyak membantu saya memahami sejarah lebih jelas.

Berbanding laman web sejarahnegarakedah.blogspot.com yang tertutup.

Namun begitu, http://themalaypress.blogspot.com/
telah menjelaskan dengan rasional dan terbuka segala dongengan kedua-dua blog ini.

Anonymous said...

Saudara ahazeman, saya ada dok baca jugak sejarah Thailand dalam bahasa Thai sendiri.

Dalam empayar Siam, selain Sri Ayutthaya tu ada banyak kerajaan-kerajaan lain lagi. Antaranya adalah Lopburi yang merupakan kerajaan orang Mon. Suku kaum Mon ni serumpun dengan orang Khmer. Nama Mon tu pon datang dari nama kerajaan Ramannadesa di Selatan Burma pada kurun ke-12 M. Raja kerajaan ini adalah menantu kepada raja Sukhotai. Orang Thai sebut Mon saja bagi mewakili Ramannadesa. Orang yang serupa dengan Mon ni ada banyak dalam Thailand dari sebelah Utara Thailand sampai ke selatan Thailand meliputi juga kawasan Selatan Burma hari ini. Di Thailand tengah orang Mon dikenali sebagai Nyah Kur atau Chao Bon. Orang Mon dan Khmer berseteru walaupun serumpun sebab orang Khmer ni asyik nak cari pasal suka perang.

Kerajaan Mon dalam Thailand ada pun adalah Haripunjaya, Lopburi, Suphannaphum, Nakhorn Prathom, Lampun, Lampang, dan sebagainya. Semua kerajaan ni diasaskan sejak dari awal kurun pertama masihi oleh pendatang India kuno dengan sokongan penduduk tempatan.

Mengenai Srivijaya pula, kerajaan Melayu-Dharmasyraya yang digabungkan dalam Srivijaya dianggap sebagai kerajaan Asing di Sumatera Selatan. Pakar sejarah seperti G. Coedes berpendapat yang kerajaan ini dimulakan oleh orang yang ada kaitan dengan kerajaan Funan di Kemboja. Ada perang saudara di Kemboja sana. Chenla kemudian ambil alih Funan dan kuasa Chenla pun sampai ke selatan Semenanjung. Kemungkinannya kerabat Diraja Funan ini terpaksa lari ke Sumatera Selatan. Kerajaan Melayu-Dharmasyraya menganut ajaran Buddha Mahayana sekitar kurun ke-4 M. Dalam kerajaan Melayu-Jambi ini, orang yang memulakan dinasti ini dikenali sebagai Dapunta Hyang Sailendra. Sebenarnya ada lagi dua pendapat tentang asal-usul keluarga Sailendra ini iaitu dari Nilakantha Sastri dan Purbajaraka, semuanya pun nampak ada kesinambungan. Sailendra maksudnya Gunung Tempat Tinggal Dewa Indra. Indra tu Dewa Perang dalam ajaran Hindu. Abad ke-8 Dinasti Sailendra ni penah mulakan pembinaan Candi Borobudur di Jawa sana. Ada orang kata Srivijaya ni nak balas dendam balik terhadap Chenla dengan takluk balik Semenanjung pada kurun ke-7 M. Nama Melayu tu ada juga di India selatan sana, tapi mungkin kebetulan saja. Melayu asalnya dari Malaya maksud Gunung. Phnom dalam bahasa Khmer maksudnya Gunung. Ikut logiknya kawasan ni memang pernah berada bawah pengaruh Empayar Phnom pon.

Bapak Parameswara yang jadi Raja Melaka kurun ke-14 M pon namanya Sam Agi. saya tak tau maksud Agi tapi saya tau Sam maksudnya Auspicious dalam bahasa Khmer. Bukan Sam - Tiga dalam bahasa Thai.

Saya tak paham mengapa nak ambil pendapat Prof Khoo Khay Khim saja sedangkan ada ramai orang tua-tua di Utara Semenanjung yang boleh kita tanya. Selain tu kita ada petitih lama dalam tulisan Jawi mahupun dalam bahasa Bali-Sanskrit. Mintak tolong saja orang di Thailand sana carikan. Jumpalah nanti.

Anonymous said...

SRi Ayuttaya tu yang bukak dia nama U Thong (Ramthibodi I) dari Chiangsaen. Dia memang bangsa Tai-Lao. Saya bukan keturunan Siam tapi saya tau cakap Siam sebab kampung saya memang dekat sempadan Thailand. Kalau benda tu betoi watpa saya nak muhong. Saya tak rasa bangga pon dengan Sri Ayuttaya, bek saya bangga dengan Kedah.

Ingat saya la dalam Siam ada 5 Dinasti yang memerintah. U Thong, Suphannaphum (asalnya Dvaravadi), Sukhotai, Prasat Thong, dan Ban Phlu Luang. Kalu saudara nak tau Raja Siam yang pernah ancam Melaka tu gelaran dia Trailokanath dari Dinasti Suphannaphum (Orang Mon, bukan Tai). Masa Parameswara masuk Islam, Raja Trailokanath rasa syak Melaka nak berontak bebas. Dia ada hantar angkatan perang ke Melaka pada 1455 M. Ada dalam catatan orang Portugis, yang mari kemudiannya. Ni saya tak merapu macam negara Kedah blog tu, saya cakap ikut urutan sejarah.

Yang baru-baru ni punya Dinasti Chakri asalnya dari kerajaan Rattanakosin. Kerajaan ni orang Mon yang asaskan. Orang Bangkok sana pon tau.