Friday, June 26, 2009

Krisis Selatan Thailand - Penyelesaiannya mudah..

Penyelesaiannya ialah, bebaskan saja wilayah itu kepada sesiapa yang berminat nak buat negara baru, nak tukar nama negara apa pun tak kisah, asalkan bukan Thailand.
mengapa aku kata begitu? Jom baca pandangan aku.

Sebenarnya aku tak berapa suka bincang hal ini, tapi bincang sikit-sikit rasanya tak salah, dan ia merupakan pandangan aku semata-mata.

Membincangkan isu selatan Thailand tanpa mengetahui trend politik Thai akan membuatkan berlaku salah faham. Orang luar yang tidak tahu inu ini mudah disogok dengan berita bahawa krisis itu berlaku kerana permusuhan Islam dengan kafir.

Kalau kita ikuti perkembangan keganasan yang berlaku, kita dapati ianya berlaku di hujung-hujung kuasa Thaksin. Bila aku membuat andaian begini, aku maksudkan yang mendalangi keganasan di selatan Thai ialah musuh politik Thaksin. Ia turut dibantu oleh kumpulan pengedar dadah kerana cara Thaksin yang agresif dalam memerangi dadah. Dalam masa Thaksin berkuasa, lebih 2,000 orang pengedar dadah di tangkap mati (dibunuh).

Peristiwa Tak Bai misalnya, kita dapati perlakuan pihak berkuasa Thai dalam berhadapan dengan penunjuk perasaan seakan-akan mereka ini tidak pernah di latih dalam menghadapi situasi begitu. Malang bagi Thaksin, pihak tentera yang dipercayai nya telah dibeli oleh musuh politiknya. Pihak tentera seperti pelakon yang telah diarah melakukan adegan-adegan ganas sambil tangan-tangan merakamkannya dan diedar dalam bentuk CD kemudiannya. Semuanya dilakukan semata-mata mahu menjatuhkan Thaksin.

Apabila permainan di Selatan tidak menjadi, mereka beralih ke Bangkok dengan cara tunjuk perasaan jalanan yang memakan masa berbulan-bulan. Pihak tentera dan polis melihat saja perhimpunan berbulan-bulan itu tanpa berusaha menyuraikannya. Ketika ini mereka bawa isu pertelingkahan sempadan dengan negra Kemboja. Jadi masa ni kat Selatan Thai aman sikitlah. Setelah berbulan-bulan berkampung, mereka mula bertindak agresif, berlaku tembakan gas pemedih mata oleh polis kali pertama sejak perhimpunan hampir enam bulan (kat Malaysia hari tu aku tengok warga Iran berkumpul tak sampai 2 jam dah kena 5 das gas pemedih mata). Dalam penyuraian dengan gas pemedih mata itu, ada penunjuk perasaan yang putus tangan, putus kaki, dua mati. Macam biasa, mereka rakam dan edar dalam bentuk CD (spt kejadian Tak Bai). Padahal yang mati itu ialah pertama, ketua pengawal puak penunjuk perasaan ini: mati sebak trak yang dia bawa penuh dengan muatan bahan letupan meletup. Yang kedua, seorang wanita, mati kerana kena letupan kat bawah ketiaknya. (ramai mengesyaki dia membimbit beg yang berisi bom.)

Tapi puak ini pandai buat propaganda, kononnya yg mati dan cedera putus tangan putus kaki itu akibat kena gas pemedih mata. Nak tipu orang Thailand boleh la, kena gas pemedih mata boleh mati konon. Orang Malaysia dah kena sampai lali, tak ada sorang pun yang mati. Tanya la orang PAS ka, Keadilan ka.

Maka pendakwaan pun bermula ke atas kerajaan terlibat. Perundangan Thai pun dah jadi kartun sebab mahkamah pun sudah dikuasai oleh puak ini. Perdana Menteri Thai yang pro Thaksin iaitu Samak terpaksa melepas kerusi atas kesalahan terlibat dalam rancangan masak-memasak di salah satu saluran TV tempatan.

Sekarang puak itu sudah berpuashati sebab dah berkuasa.

Tapi adakah kemelut di Selatan Thai berakhir?

Tidak sama sekali. Memang malang nasib penduduk selatan Thai. Mereka ini menjadi alat pelakon politik untuk menjatuhkan lawan mereka. Kalau pihak A berkuasa, pihak B akan buat huru hara supaya merosakkan reputasi pihak A. Kejadian terbaru di Masjid Al-Furqan misalnya. Orang yang tak berapa bijak pun boleh baca bahawa kejadian itu ialah untuk mensabotaj Abhisit yang sedang berunding dengan Perdana Malaysia untuk memajukan Selatan Thai.

Jadi, untuk selamatkan jiwa yang akan bertambah korban, eloklah wilayah ini dikeluarkan dari Thailand. Ini bukan bererti Thailand terpaksa tunduk kepada pemisah. Aku tak pasti pemisah itu wujud atau tidak sebab dalam banyak kejadian, tak ada satu kejadian pun yang pihak pemisah tampil mengaku bahawa kejadian itu adalah angkara mereka.

Bagi aku, sekiranya cara berpolitik orang Thailand yang mempermainkan nyawa, eloklah wilayah selatan itu dikeluarkan dari Thailand. Kalau dah bukan Thailand, mrk tidak akan gunakan nyawa orang Selatan sebagai cara menjatuhkan musuh mereka. Kalau tidak, keganasan tidak akan berakhir kerana sebagaimana telah aku sebut tadi, bila Parti A berkuasa, PArti B bunuh orang untuk hentam Parti A dan sebaliknya.

Dah keluar dari Thailand, mereka nak buat negara sendiri atau nak bergabung dengan negara lain terpulanglah kepada mereka.

17 comments:

Anonymous said...

Tentu orang kampung tak percaya tembakan dalam masjid hasil tangan orang Islam sendiri. Kerana sebarang keji semacam itu orang Islam tak boleh buat. Semacam juga pembunuhan sami, orang Buzapun tak buat, bermakna ini kerja ‘tangan ketiga’. Puak tu mahu memecahbelahkan penganut kedua-dua agama. Mereka mendalangi semua kejadian dengan tujuan membakarkan perasaan dan prasangka penganut masing-masing. Mereka memainkan perjudian dengan kehendaki mendapat untung daripada keadaan yang berapi-api. Coba fikir kalaulah rakyat di sini turut mempertikaikan sesama sendiri keadaan akan lebih buruk dan masalahnya akan kemuncak. Pada hemat kami, hanya satu jalan saja yang boleh memulihkan keadaan, yaitu kerajaan mesti tangkap pelaku sebena biar cepat-cepat

Anonymous said...

ya..mahkamah kartun bawah pentadbiran sekarang membebaskan semua 85 soldadu yamg terlibat dalam kes Tak Bai..itulah tanda terima kaseh kerajaan sekarang terhadap soldadu-soldadu yang membantu kerajaan sekarang mengusir Taksin..

Anonymous said...

tak kira lah puak merah ke, puak kuning ke, atau puak thaksin ke, puak abhisit ke, yang pasti, diskriminasi, penindasan & kekejaman yg sememangnya dilakukan oleh puak2 Thai ke atas orang2 Melayu-Islam kat sana bukannya baru berlaku hari ini, tapi dah berlaku sejak Kerajaan Sukothai menyerang bandar Ayuthia dalam tahun 1767 dahulu sampailah masa Thailand menghapuskan Kesultanan Melayu Patani masa awal era 1900-an dulu..

Kalau ikutkan, semenanjung Tanah Melayu ni bukannya macam hari ni yg cuma takat sampai ke Perlis or Kelantan jek, tapi lebih jauh sampai ke Rundung (Ranong), pulau Bukit (Phuket), Terang (Trang), Merdelong (Phattalung) & lain2 kawasan dalam segenting Kra hari ini.

Tapi memandangkan keadaan dah jauh berubah, cukuplah kalau kawasan yang masih majoritinya Melayu-Islam macam Setul (Satun), Singgora (Songkhla), Jalor (Yala), Menara (Narathiwat) & Patani (Pattani) sahaja yang merdeka. Bagus jugak posting nih. First time aku jumpa kat internet, ada orang Thai/Siam yang sokong kawasan selatan Thailand tu dimerdekakan. Boleh aku jadikkan proof dalam blog2 lain... (^__^)

Anonymous said...

aku nak komen satu je iaitu pasal orang islam tembak orang islam dalam masjid.

pada zaman sekarang ianya bukan lagi perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang islam.

ia sentiasa berlaku di iraq, afghanistan dan pakistan.

matlamat menghalalkan cara. pernah dengar?

Anonymous said...

Aku sependapat komen saudara Anon 1:33. Realiti dan fakta yg. melanda orang Islam hari ini.

Amerika menakluk Iraq pun tak lah seramai kematian berbanding pembunuhan harian sesama sendiri.

Aku juga menghormati pendapat dan cita-cita(mungkin angan-angan) saudara Anon 12:06.
Cuba renungkan dan ambil ikhtibar daripada peristiwa Saddam Hussein merampas Kuwait yg. didakwa sebuah wilayahnya suatu masa dahulu.

Saddam sangat berkuasa di negaranya sehingga terlupa bahwa ia hidup di zaman mana sekarang.

Tak terpijak di bumi nyata.Ternyata pertumpahan darah sesama sendiri yang sia-sia belaka.

Anonymous said...

nampak gayanya 'DENIAL SYNDROME' puak2 Thai kat Thailand pasal isu kekejaman kat kawasan selatan ni dah bjangkit pulak kat suku sakat depa di Malaysia nih. tak 'sia-sia' lah usaha & propaganda Barat selama nih nak buruk2kan imej orang2 Islam. la nih, kalau org Islam kena bunuh, cakap jek orang Islam sendiri yang buat. tutup buku! Kalau dulu, pejuang2 Arab pertahankan diri, terus dicop Pengganas Islam. Tapi yang herannya, kalau pejuang IRA buat serangan kat Ireland, tak pulak dicop pengganas Kristian? kalau pelampau India serang Masjid Babri, tak pulak disebut Pengganas Hindu? kalau tentera Thai serang orang Melayu, tak pulak disebut Pengganas Buddha?

Sblm hangpa sume cerita panjang, baik korang baca balik semula artikel pengakuan yang puak korg sendri tulis nih. Apa kehalnya nak samakn kes pgeboman kat luar negara tuh? Kat negara2 luar tu, memang jelas pbezaan antara aliran agama, cth Sunni dgn Syiah yg sampai ke tahap fanatik. Orang2 melayu kat Patani tu ada ke perbezaan mazhab yg ketara sangat sampai ada kes tembak sesama sendiri pasal bergaduh tentang pbezaan mazhab? Kat luar negara tu pun, kalau kumpulan satu aliran tu serang kumpulan aliran yang lain, sape sbnrnya di sebalik sume tu? sape yg bekalkan & dari mana bom tu dibuat? sape dalang sbnrnya? CIA? MOSSAD? Boleh ko tunjukkn fakta yg cakap kematian masa Amerika serang Iraq lebih sikit banding pembunuhan harian?

Kalau betul pemerintah Thai betul2 jujur nak buat siasatan, kenapa sibuk nak kaji peluru pada jenazah yang dah dikebumikan? pasal tau warisnya orang2 Melayu tu takkan bagi kebenaran, so boleh tutup kes? kenapa tak kaji je peluru pada orang2 kat dalam masjid yang kena tembak tapi masih hidup? agak2 la kan, kalau yang kena tembak ni orang2 Siam/Thai Buddha yang tengah beribadat kat dalam wat, siasatan yg depa buat lambat macam ni ka? hangpa suma leh la cakap banyak pasal bukannya kena kat batang hidung hangpa suma!!! bukannya sedara mara hangpa suma yang mati kena bunuh!!!

Anonymous said...

setiap perbuatan yg di buat adalah diharap hasil untung ruginya. Sama juga kes tembak jemaah sedang solat ini. Guna akal sendiri, pikir sendiri..siapa dapat untung atas kejadian ini?
Kerajaan?
Musuh kerajaan?
Pejuang Pemisah?
..guna otak pikir sendiri..tak ada sesiapa yg akan membuat perkara yg merugikan diri sendiri...

Anonymous said...

kalu emotional camni,sampai bila2 pun krisis tak akan selesai.selagi perasaan dendam wujud selagi tu la bunuh-membunuh akan berterusan..apapun dah dekat zaman pupusnya manusia yang betul2 manusia...walahualam

Phumingen Abdul Yadeh said...

pendapat Anon 5:46 AM blh diperbincangkan..
Siapa dapat untung?
1.Kerajaan - ...kerajaan langsung tak untung..rugi adalah sbb akan dikritik seluruh dunia. Lagi pun, sebagai kerajaan yang berkuasa penuh ke atas negaranya dari sempadan utara sampai sempadan selatan mrk tak perlu bunuh sesiapa utk kekal berkuasa. Mmmg sudah diperakui antarabangsa bahawa negara itu adalah negara mrk..

2.Pejuang Pemisah - kalau pejuang pemisah yg buat, ini merupakan pejuang paling bodoh dalam dunia. kalu mrk berjaya merdeka, akan hilang semula negara dlam masa singkat atas sifat bodoh ini. Semua kita tahu, pejuang tak ada kederat nak berjuang secara persenjataan. Apa yg boleh ialah mendapat sokongan masyarakat antarabangsa. masyrakat mana nak sokong org yg hari-hari tembak guru sekolah, tembak sami, tembak tok imam..

3.Musuh kerajaan:..ha..yg ini blh difikirkan..musuh2 ini terdiri:
a)Pengedar dadah-: timbulkan kekacauan supaya polis tentera sibuk dan mrk senang buat kerja jual dadah..
b)Puak berkepentingan : puak ini kononnya pejuang dan selalu dapat dana dari pihak yg bersimpati..selagi ada huru-hara, selagi itu dana mengalir masuk. Upah budak tamam bom 5000(RM500) baht setiap satu bom. Mrk ini sampai kiamat pun tak akan berunding dgn kerajaan sbb motif mrk bukan merdeka, tapi wang. Kalau aman, wang tak masuk, kena masuk Malaysia toreh getah.
c)puak politik kampung yg bertelagah yg dok rebut jawatan cokia-cokia dlm kampung..
d)musuh politik kerajaan, dlm kes sekarang puak Thaksin (dulu puak Abhisit)..pendek kata, Thaksin berkuasa pun org selatan jadi mangsa, Abhisit berkuasa pun org selatan jadi mangsa. Sbb itu aku kata, keluarkan saja wilayah selatan Thailand ini dari Thailand..boleh jimat belanjawan negara. Ada negara lain yg sedang tunggu gabung dgn negara mrk..lepas tu negara tu pun turut lingkup sbb rakyat baru tu bergabung pula dgn pembangkang yg sedia ada..
e)tentera: yg ini mmg ada posibiliti..mrk ada tenaga, ada peralatan. Kenapa mrk buat? wang juga..kerajaan peruntukkan wang yg byk utk keamanan selatan Thai. Melimpah-limpah wang mengalir ke selatan kebanyakannya utk bajet ketenteraan. Kalau aman, tak ada wang masuk..biar ganas memanjang..yg mati tu pun askar pangkat rendah belaka. Kadang-kadang pihak askar yg kena serang hendap tu seakan pihak musuh sudah tahu pergerakan mrk..musuh dlm selimut tu...

Anonymous said...

selagi mentaliti org Islam tdk berubah, selagi itulah nyawa org-org Islam yg tidak berdosa akan menjadi korban.
Org Islam (bukan semua) mmg mudah dipergunakan utk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Amat malang bila matlamat politik itu mempertaruhkan nyawa org lain.
Yg terkini, apa yg berlaku di China sekarang.

Anonymous said...

aku ingat nak diamkan je. tapi aku rasa, aku kena luahkan juga. kali ni, aku tak boleh nak setuju dengan kau Yadeh. Pada aku, lebih baik kau delete je posting artikel ni. Tak ada apa-apa yg menguntungkan pun. Apa kena mengena isu Patani dengan tujuan kita untuk bongkar sejarah yg anai2 tu selewengkan? aku kecewa sangat2 bila kau setuju dengan tuntutan kumpulan separatis haram tu untuk berpisah,seolah2 kau khianat pada pembaca & pengikut setia blog kau selama ni. aku percaya bukan semua rakyat thailand terlibat & sokong dengan keganasan kat selatan thai tu. tak kira orang thai, cina, melayu, semua boleh sama2 berganding bahu majukan negara Thailand. Tak perlu sesiapa nak berpisah. Patani memang selamanya milik Thailand sejak dulu.. pada aku, lebih baik kau buat artikel pasal Patani memang under Siam ikut sejarah daripada bikin mengarut pergi sokong kumpulan pemisah tu..

Anonymous said...

aku setuju & sokong pendapat anon 5:20 di atas 200%!!!

Anonymous said...

aku setuju & sokong pendapat anon 5:20 di atas 200%!!!

Anonymous said...

Elehhh...Thailand dan Malaysia bukan ada sorang dua je yg berbeza pendapat....berlambak!!

Disana thai bunuh thai, melayu bunuh melayu, lao bunuh lao, cina bunuh cina dan orang bukit bunuh sama sendiripun berlungguk.

Kat malaysia ni pun tak kurang hebatnya. Melayu, siam, cina, india, iban dan kadazan bunuh sesama sendiri pun ada berlaku juga.

Hangpa nak luahkan perasaan apa semburkan sajalah.Aku harap satu saja janganlah sampai memaki hamun sampai ibu bapa nenek moyang sudahlah..

Masing-masing ada otak untuk berfikir. Se tak pandai aku ni pun aku boleh agak mana fakta..provokasi..tipu helah dan baik buruknya.

Tak ada satu agama pun menyuruh manusia membunuh sesama manusia.

Peristiwa dan tragedi yg berlaku tu semuanya kerana nafsu dan kebodohan manusia belaka.

PATUT DAH KERAJAAN KITA MENGEKALKAN "AKTA ISA" HINGGA KE HARI INI.

Phumingen Abdul Yadeh said...

Mari kita lihat apa komen Org Muslim Patani..komen seorg manusia yg hidup dlm wilayah itu, bukan komen manusia yg teropong dari jauh dan asyik membatu api..

...“Jangan coba melihat begitu, kerana pandangan begitu adalah salah,” ungkapnya. “Setiap pihak mesti melihat atas dasar hakiki. Coba lihat pengganas ada yang penganut Islam dan ada yang Budhis. Mangsa yang matipun ada Muslim dan ada Budhis. Maklumat yang kami dapat lebih banyak orang Islam kena bunuh daripada orang Budhis. Sedangkan penganut Buza (Budha) lebih banyak kena serang dibandingkan dengan orang Islam. Jadi janganlah mengata orang Islam mengancam, kerana ada lagi pihak lain yang mengancam. Jangan mengata rupa-rupanya begitu-begini, itu ilusi yang membentukkan imej maya dan memburukkan, sedang belum dipastikan. Cara melawan pengaruh imej maya yang salah kita mesti kembali kepada ‘fakta’, kembali kepada maklumat yang penuh fakta. Mengambil fakta, menghamparkannya di dapan mata kita dan saksikan,” tegasnya.


Pada pendapatnya kepahaman berdasarkan fakta perlu diambil kira setiap kali mendekati ‘manusia’ di situ!


“Saya kesian tak kira orang Islam maupun orang Budhis termasuk pegawai kerajaan yang bersusah payah di situ. Saya ingat mereka amat menderita dengan segala kesukaran yang ditimpainya. Bagi umat Islam saya tak berani memberi nasihat tentang pendirian mereka. Tetapi yang saya pikir dan merasa mereka yang dimangsakan terdiri dari kedua-dua pihak. Sebagai seorang Muslim saya mau mengucap bagi kedua-dua belah pihak. Ini bermakna apa yang berlaku terhadap orang Islam dalam Masjid Al Furqan saya mahu mengucapkan takziah terlebih dahulu, ya, saya amat risau dan merasa sangat bimbang. Saya turut risau dan juga merasa sangat bimbang apabila seorang sami ditembak mati tepi jalan. Perasaan demikian merupakan pendirian semua orang Islam yang tidak hanya berdukacita kerana dikena zalim, tapi berdukacita kerana orang yang tidak bersalah dari kelompok mana-manapun dikena zalim senasib dengannya juga. Saya ingat ini adalah ‘intisari’ keIslaman yang mau saya mengemukakan di sini. Orang Islam mesti mengaju tuntutannya dan mencari ‘jalan keluar’, serta memberi keterangan dan mencurahkan perasaan kasihan belas terhadap setiap mangsa yang ditimpa nasib sebegitu malang. Yang dinyatakan di sini, saya pikir, adalah di antara syarat-syaratnya yang amat penting.”....

Anonymous said...

aku xtau menatang apa masalah kat Patani sana.dok qeja tembak saja sampai melarat nak masuk belah songkhla kat saba yoi.aku tgk belah setoi tarak pon jadi lagutu.orang melayu punya kawasan gak.orang situ pon fasih cakap thai,adik bradik aku ramai dok sana.pa kejadahnya leh jadi tembak2 dlm mesjid?aku xtau nak tuduh kerajaan Thai ka Tentera tapi aku rasa kawasan belah sana tu banyak pengedar dadah yang dok main politik.dok main politik pastu pemain nyawa manusia,xpeduli la p tembak tok sami ka tok imam ka sama saja,sapa pon depa,smuanya manusia.kalu depa nak merdeka sgt,bg ja merdeka.wat nyusahkan org sj nak masuk Thailand wat qeja bisnes n melawat dekbradik.org Thai sana bukan xtau sejarah Patani,ramai dh celik sejarah.politik punya pasai mengkelai habeh orang smua,menyampah aku ahli politik,dp dok senang gak lpas bg belaga habeh org bunoh mati smua,kurang asam btoy dp!

Pak Tam said...

yang mati masuk syurga... hangpa yang hidup menempah neraka dok perselisihkan benda yang hagpa dok duga...