Wednesday, November 21, 2007

Na Darn Warn Ling.


Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767 dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logik ke jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah. –inilah kata-kata pakar sejarah tak bertauliah yang sedang senyum kambing seperti dalam gambar di atas tu.

Amboi-amboi...ALAM MELAYU konon..manyak cantekkk..hairan bin ajaib, dia ni tak pernah kutip sumber-sumber sejarah Patani utk buat cross reference. Sebab apa dia tak kutip?
Sebab sumber sejarah dari Patani cerita dengan jelas dari mana asal usul Melayu.

Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyebut:
..Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau Singapura dan Melaka oleh orang-orang MELAYU yang datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-orang MELAYU yang datang dari PULAU SUMATERA menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang MELAYU itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat. ...

(malah nama MELAYU pun belum wujud kerana semasa mereka datang dari Sumatera, entah apa nama bangsa pelaut ini. Menurut Anai-anai, nama MELAYU ni pun Siam yang bagi iaitu Ma LA Yu bermaksud Mai la dok sini. Tapi kenapa nama ini timbul, tidak pula diberitau punca atau kejadiannya. Mungkin masa tu org Melayu ni asyik duduk tepi laut, jadi Siam pun ajak depa pi dok atas darat. Tapi Depa tak mau sebab kalau duduk atas darat, susah cari makan. Tapi Siam merayu berkali-kali sambil tarik tangan dan berkata: Ma Lae YU..Ma Lae Yu..lalu depa pun kata: Eh, Siam panggil kita Ma La Yu, best jugak nama ni. Mulai detik ini, minit ini apa kata kita namakan bangsa kita ni MALAYU.. He..he)
Sambung..sambung Sejarah Patani semula...

..Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang dalam bahasa Siam ertinya kota raja. Sekarang dalam ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai” (dalam buku Cetera Patani dikatakan perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha mazhab Mahayana).
Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Sri Wangsa. (Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang menyembah ugama Mahayana). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut....
...Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Pasai selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani....
Berkaitan pengislaman raja Patani..
...Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” ...
Lalu raja pun masuk Islam..
Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat jelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Buddha itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa...
Dalam Hikayat Patani juga turut diceritakan tentang pengIslaman raja Patani ini. Namun dalam satu perenggan dikatakan:
... Adapun raja itu sungguhpun ia membawa agama Islam, yang menyembah berhala dan makan babi itu juga yang ditinggalkan; lain dari pada itu segala pekerjaan kafir itu suatu pun tiada diubahnya….

Mungkin perkara yang sukar ditinggalkan ialah bab bini ramai sebab raja dahulu bininya berduyun-duyun. Sikap begini terbawa-bawa sampai sekarang oleh orang-orang hipokrit tahap cicak kubin ini iaitu bab makan babi saja yang cukup strict keharamannya, kalau bab betina, haram tolak tepi, taubat kemudian. Tak kira la betina tu anak tokey babi ke anak peniaga sup tulang babi. Kalau ikut kita pi Siam, nak makan nasi kena cari kedai yang ada gantung ayat Quran. Tak boleh makan masakan Siam Buddha kapiag harbi. Tak bersih, kata depa. Tapi bila dapat betina pelacur, terus perap dalam bilik hotel tak mau keluar-keluar lagi. Tinggal kita dok merayap sorang-sorang. Haram jadah sungguh.

Dan yang pasti, Patani dan Ayutthaya terlibat beberapa kali dalam peperangan. Dan dakwaan bahawa Portugis adalah Kafir zimmi dan patuh taat setia pada Raja Aytthaya adalah karut sebab Portugis membantu Patani dan turut membekalkan meriam dan ubat bedil pada Patani hingga Ayutthaya tewas beberapa kali. Mungkin kafir zimmi pada anggapan Patani la kot? Dan mungkin juga Patani juga yang di salah anggap sebagai Ayutthaya. Sestengah sejarawan mengatakan Shahrul Nawi sebenarnya adalah Patani kerana Patani satu ketika dulu sangat makmur. Malah ada satu tempat bernama Nawi berhampiran Patani. Wallahualam bissawab.

Monday, November 19, 2007

Murtad di Era Ayutthaya

Diriwayatkan, pada satu ketika Raja Bhomorokot baru sembuh dari gering dan ingin pergi ke Watt untuk upacara thamboon takbart sebagai tanda kesyukuran. Ramai pembesar yang tersenarai untuk mengiringi baginda ke watt. Praya Phet Phichai, seorang penganut Islam keturunan Che Ahmad (namun pada masa itu tidak disebut Islam kerana kalau Islam sekadar disebut Khaek, manakala kalau Buddha disebut Siam. Jadi kalau disebut Siam, otomatik orang tahu itu adalah Buddha) Praya Phet Phichai mendapati namanya tidak ada dalam senarai mereka yang akan mengiringi raja lalu mengadap Bhomorokot mohon turut serta. Raja Bhomorokot berkata Praya Phet Phichai tak boleh serta kerana beliau adalah Khaek (Islam), hanya Siam yang boleh pergi takbart di Watt. Lalu Praya Phet Phichai sanggup tukar jadi Siam dan berikrar dengan Phra Sangkharat (ketua sami negara) di hadapan Raja Bhomorokot. Langkah Praya Phichai ini turut diikuti oleh ramai juga keturunan Che Ahmad yang lain. (jelas kepada kita bahawa ramai orang Islam ketika itu diberi gelaran Praya, iaitu satu gelaran besar seakan mereka itu pun keturunan raja, padahal gelaran itu adalah anugerah Raja besar utk mereka kerana taat setia dan jasa besar mereka.
Orang-orang Islam kebanyakannya adalah dari Parsi, Arab, India dan Makasar. Orang Siam menyebut makasar sebagai Makkasan, ada satu tempat bernama Makkasan sampai hari ini di Bangkok).
Antara pembesar Istana keturunan Khaek yang lain ialah Khun Kosha Isahak yang pertanggungjawabkan mentadbir "Amphor Khaek" (satu kawasan penempatan orang-orang Islam bermula dari jambatan Pratu Chin sehingga Watt Nang Mook menjurus ke Partu Kayi).
Kemungkinan besar juga nenekmoyang keturunan Nai Long adalah salah seorang pembesar raja ini, tapi cerita atas cerita atas cerita atas cerita, ada sikit "kona" lalu mendakwa keturunan mereka adalah Raja Besar Benua Siam. Perkara "melebih-lebihkan cerita" ini adalah perkara biasa dlm sesuatu planet, dunia, negara, bangsa, keluarga.
Peristiwa murtad dlm cerita ini bukan menjadi point utama kita. Point kita ialah, Bhomorokot (antara raja Ayuttaya) bukan beragama Islam. Noktah.

*sumber tentang Praya Phikchai dipetik dari web http://www.muslimthai.com/ dalam salah sebahagian perenggan dari satu artikel mereka dalam bahasa Thai bertajuk "Islam di era Ayutthaya". Artikel sepenuhnya ialah http://www.muslimthai.com/contentFront.php?option=content&category=11&id=38
Ia cukup menarik kerana turut memaparkan tentang Islam dari era Sukhothai dan Ayuttaya termasuk tokoh-tokoh yang terlibat.
Siapa tahu baca Thai sila teropong, yang tak tau baca sila melopong. Bodo-bodo aku pun boleh juga baca beberapa jenis bahasa. Bahasa Jawi tak berapa pandai tapi setakat tulis ba alif ba ya tu bolehlah. Tak sia-sia arwah cikgu aku yang bernama Yussuf Bin Senawi ajar aku bahasa jawi dulu.

Aekhathast, Ekataat, apa-apalah..


Dua orang Raja terakhir Ayutthaya yg tak dapat dilupakan oleh seluruh orang Thai tak lain tak bukan Uthumphorn dan Aekhathast. (Aekhathast ini bukan bermaksud Aku Taat sebagaimana didakwa oleh Melayu yang tau cakap Siam sikit-sikit tu) Orang Thai menganggap kedua orang raja ini bertanggungjawab penuh atas pecahnya kota Sri Ayutthaya kepada Burma. Mereka berdua dikedudukan yg sepatutnya menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara telah kehilangan dan kemusnahan kota Ayutthaya.

Menurut "phongsawadal" (sejarah lama), Chao Bhoromokot melihat Aekhathast tidak mempunyai potensi utk mewarisi tahta lalu Aekhathast di hantar ke Watt Krak Chom menjadi sami dan memberi peluang kepada Uthumphorn yang lebih berkebolehan mewarisi tahta.

Namun, apabila Bhoromokot mangkat dan Uthumphorn menaiki tahta hanya beberapa hari, Aekhathast keluar dari sami dan kembali ke istana menuntut haknya sebagai pewaris yang lebih berhak. Bagi mengelak persenketaan, Uthumphorn menyerahkan tahta dengan baik dan membawa diri menjadi sami di Watt Prak Dusrongdham.

Aekhathast menjadi raja selama 9 tahun. Pada jangkamasa ini keadaan pemerintahannya aman makmur dengan para peniaga Cina, Khaek, Arab, Inggeris datang berniaga seperti pada masa pemerintahan sebelumnya juga. Namun menurut catatan seorang mubaligh Kristian dari Perancis, menyatakan bahawa Aekhathast adalah seorang raja yangtidak berkebolehan dalam mentadbir negara dan juga kurang mahir dalam peperangan dan sudah tentu tidak mampu menghindar bencana atau mara bahaya yang bakal melanda.

Bala mula menimpa Ayutthaya bila angkatan Burma melanggar Ayutthaya pada 2302-03 (1759-60). Aekhathast merasakan tidak mampu berhadapan dengan angkatan Alaungpaya lalu pergi merayu Uthumphorn di Watt supaya tinggalkan dunia sami dan berperang menghadapi Alaungpaya. Uthumphorn menurut kata Aekhathast dan berperang melawan Alaungpaya. Dalam peperangan ini Alaungpaya cedera terkena bedilan meriam pihak Siam dan mati ketika berundur dari kota Ayutthaya. Maka terselamatlah Ayutthaya pada kali ini.

Namun Aekhathast tak pernah sedar diri, bila Burma kalah, dia seperti biasa naik duduk tahta dengan megahnya, tak ada niat langsung nak menghargai pertolongan Uthumphorn. Uthumphorn kembali semula menjadi sami di Watt sehingga di gelar Khun Luang Ha Watt.

Tiba kali kedua Burma menyerang, Uthumphorn tidak mau terlibat lagi maka Aekhatahast menghadapinya bersendirian. Dan berakhirlah di sini kerajaan Aytthaya bersama kemusnahan kota Ayutthaya yang di bantai oleh Burma.

Menurut Phongsawadal, Aekhathast dapat melarikan diri dari kota Ayutthaya namun pelariannya berakhir dengan kematian akibat kebuluran. Manakala dalam History of the Kingdom of Siam tulisan M. Turpin pula menyatakan Aekhathast mati terbunuh di hadapan istana sebelum sempat lari. Mungkin Phongsawadal Siam atau M. Turpin tersilap kerana sumber marang perapu dari Kedah menyatakan Ekataat lari sampai ke Kebun 500 atau Tualang dan bersemenda semendi dengan Perempuan Melayu Terakhir sehingga melahirkan keturunan Nai Long. Wallahualam. Bila kita ketahui sikap Ekataat yang begitu, logik juga Praya Thaksin memburu dia sampai ke Kedah dan membunuhnya. Bunuh bukan kerana Ekataat sudah jadi "masuk Melayu", tapi kerana bimbang Ekataat akan melompat naik semula tahta Siam sebagaimana yang lepas-lepas. Ini mungkin boleh difikirkan. Walau bagaimana pun, tentu Ekataat menghadapi perjalanan sukar dlm usaha "Hijrah" nya itu kerana untuk sampai ke Kedah, dia terpaksa melalui negeri-negeri bawah naungannya yg mula membebaskan diri satu demi satu. Berapa orang pengikut yang turut hijrah bersama Aekhathast tidak pula diketahui.

Berlainan pula dengan Uthumphorn, walaupun dalam sami, dia telah ditangkap dan dibawa ke Burma bersama dengan kira-kira 30,000 rakyat Ayutthaya. Salah seorang daripadanya ialah nai Khanom Tom, seorang jaguh tinju Siam yang namanya dikenang sampai hari ini.

Di Burma itulah, Uthumphorn telah menulis sejarah Ayutthaya, tulisan ini diberi nama "Catatan Khun Luang Ha Watt".

Berkaitan rakyat Ayutthaya yang dibawa ke Burma, cucu cicit mereka masih ada sampai hari ini. Orang Thailand pun tidak pernah menganggap mereka sebagai bangsa Burma sebaliknya mereka di gelar "Thai Yai" (Thai Besar) oleh orang-orang Thai. Merujuk Thai Yai ini, PENNAPA HONGTHONG menulis:

..Thais consider the final fall of Ayutthaya one of the country's most humiliating defeats. Many would rather not even think about it, while others continue to hate the Burmese for the invasion that wiped out what was once one of the most prosperous and beautiful cities in Asia. Ask Thammasat University historian Kwandee Attawavutichai about it, however, and you'll definitely hear a different version of the story. For the past year, Kwandee has been searching for descendants of the 30,000 Thais (or, as they were then known, Siamese) who were taken back to Burma as prisoners of war 233 years ago. The second to last king of Ayutthaya was thought to be among them. King Uthumporn was ordained as a monk but was taken back to Burma nonetheless.
The first group she met reside in Mandalay. They dress like Burmese and none of them speak Thai. Asked what struck her the most about these people, Kwandee mentioned their facial composition, which is distinct from that of other Burmese; the fact that they still tell their offspring that their ancestors came from Ayutthaya and that they're proud of it; and the way the women tie up their hair, which she described as quite unique. Some traditional rituals, such as making sand stupa, are still practised. These rituals are conducted during Visakha Puja Days and not Songkran, as in Thailand today. Residents also recall the name of a village named Reuhaing, which may be a corrupt pronunciation of Rahaeng, a village in Tak province. Many residents are still goldsmiths, a profession widely known and practised in the Ayutthaya period.
Kwandee said she's certain of their origin from their gold patterns and motifs, which are definitely not Burmese. What's more, some of them even call themselves Yodhaya people, meaning Ayutthayan in Burmese. Kwandee also discovered what might be the ruin of a brick stupa marking the death of a member of the Ayutthaya royal family. The stupa and its inscription are too ornate and beautiful to be a lay person's, she said. Others suggest it might be a stupa to commemorate the bicentennial of those who were taken from Ayutthaya. Some villagers volunteered to draw a sketch of how the stupa once looked, and to Kwandee it resembled a royal coffin, with its reversed vertical cone shape.
Kwandee later said it was not King Uthumporn's tomb because he died while he was a practising monk and the Burmese practice is to cremate monks rather than bury them as they do lay people. Who this seemingly royal tomb was dedicated too remains a mystery. An elderly woman in an area called Yodayaweng told Kwandee that her ancestor was a classical dancer for the court of Ayutthaya and played the role of Hanuman, or monkey king, in the Ramayana epic. In that community, a small shrine with four Siamese classical puppet masks were found.
There's also another community called Mindasu, which can be translated as the abode of princes and princesses. Kwandee suspects this is a place where descendants of the Ayutthaya royals live. Other Burmese call them ajintor, which means "my noble friends". Some said their great-grandparents were princes of Ayutthaya but didn't know which ones. They still practise dance and keep some lyrics which are quite Siamese. "The Yodhaya blood still runs vigorously in all my veins and arteries," said a doctor by the name of Thinh Hmong
....

Ini sebahagian bukti yang menafikan dakwaan sesetengah orang bahawa dinasti Ayutthaya adalah Islam. Tapi kalau Ekataat lari ke Kedah dan masuk Melayu, itu di luar pengetahuan para pengkaji sejarah kerana biasanya orang yang sedang lari tak suka disejarahkan kejadian larinya.

Wallahualam Bissawab.

Tuesday, November 13, 2007

Selamat Pagi Cikgu


Apa khabar murid-murid sekelian? Hari ini cikgu Yadeh mau membincang contoh mudah yang cikgu paparkan semalam. Murid-murid sekelian ingat tak semalam cikgu ada letak gambar anai-anai kemudian cikgu kata gambar itu adalah gambar cikgu. Murid-murid sekelian tahu ka kenapa cikgu buat demikian?
Murid-murid nampak atau tidak, bila cikgu buat demikian, akan timbul pelbagai keributan dan polemik. Ini kerana orang ramai tahu yang gambar itu adalah gambar anai-anai, bukan gambar cikgu Yadeh. Emak anai-anai yg mengandungkan anai-anai 44 tahun yg lepas cam dgn jelas bahawa itu adalah gambar anak kesayangan dia. Bapa anai-anai yg selalu bawa anai-anai pi minum kopi di Pekan Bumbung Lima 39 tahun lepas tahu gambar yg cikgu Yadeh paparkan adalah gambar anak dia yg dia pernah share secawan kopi dulu. Masa tu dia minum dlm piring pelapik cawan, manakala anai-anai diberi minum dlm cawan. Bini anai-anai yg share anak-anak dgn anai-anai juga pasti, yg gambar itu adalah anai-anai. Begitu juga para pelajar anai-anai di UiTM Merbuk itu, mrk juga sangat pasti yg gambar ukuran gambar buat Border Pas masuk Siam itu adalah gambar pensayrah mrk.
Ada ka patut, cikgu Yadeh claim kata gambar dia? Murid-murid nampak tak apa yg cikgu maksudkan?
Bila cikgu pamerkan gambar itu tak sampai tiga jam, satu topik baru muncul dlm blog klon dgn marah mendengus-dengus..menunjukkan kemarahan yg amat sangat..tak tau kenapa dia marah sangat wallahualam. Kita abaikan itu.
Tak sampai tiga jam selepar tersiarnya gambar itu juga, anai-anai telah mengumumkan bahawa laporan polis telah dibuat atas perbuatan cikgu meletakan gambar dia dan letak nama Yadeh. Tapi dia pi bising silap blog. Gambar dia siar di sini, dia pi buat kenyataan dlm blog lain. Tak apalah, mungkin dia silap sebab blog itu adalah klon blog ini. Keseilapan yg boleh diterima.
Nah..kalau gambar org lain yg ada saksi-saksi terdekat itu bila kita claim kata gambar kita, tentu akan timbul keributan, begitu jugalah tentang Raja-Raja Ayutthaya yg nama Siam itu kalau ada org kata nama Seman ka, Abu ka..tentu kita pun tak percaya. Lebih-lebih lagi seseorg raja itu di katakan bernama Thong Chai di Siam, Kundur di Melaka dan Bahadur di India. Ada ka patut, seorang yg sama berada di tiga tempat berbeza dgn nama yang berlainan pula? Seakan dlm dunia ni tak ada org lain lagi. Ini sama juga kalau kita kata seorg bapa ayam itu bernama Tiong Nam di kawasan pelacuran Bukit Bintang, Mat Saman di kawasan pelacuran Lorong Petani di Alor Setar dan Hj Taib di kawasan pelacuran Chow Kit.
Jadi, murid-murid fahamkan lah apa yg cikgu Yadeh cuba sampaikan.
Baiklah murid-murid, kita sambung pelajaran lukisan hari ini, semua murid dikehendaki melukis gambar bertajuk "Cat Putih yg Tumpah di atas sekeping Kain Putih.
Contoh lukisan seperti gambar di atas.
Buat kerja masing-masing, jgn bising, cikgu nak keluar pi beli nombor sat.

Monday, November 12, 2007

Fakta Mengecewakan

...Kandungan buku teks bagi beberapa mata pelajaran yang digunakan di sekolah sekarang tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa selain banyak kesalahan fakta, menyebabkan ia perlu dinilai semula. Beberapa tokoh ilmuwan termasuk ahli Panel Penilai Buku Teks, berkata penilaian semula itu penting bagi memastikan buku teks yang digunakan untuk pembelajaran memenuhi hasrat ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang. Tokoh sejarah, Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata, penelitiannya terhadap buku teks digunakan di sekolah menengah mendapati banyak kesilapan fakta yang mesti diperbetulkan bagi memastikan pelajar mendapat maklumat tepat. ...

Inilah keluhan tokoh-tokoh sejarah berkaitan penulisan sejarah. Ini mereka lihat penulisan sejarah dalam buku teks...kalau mereka lihat penulisan sejarah dalam blog anai-anai, mereka boleh pitam terus.

Kisah Chan dan Mook serta Sejarah Thalang

Sepertimana yg saya telah janjikan, maka kali ini saya petik sejarah Chan dan Mook, serikandi dua beradik yg terlibat dlm perang Thalang menentang Burma.
Nama gelaran yg Chao Fa Chulalok beri kpd mrk berdua ialah Thao Thep Kasatri dan Thao Thep Sunthorn sebagai anugerah atas keberanian mereka berjuang mengusir tentera Burma keluar dari bumi Thalang. Mereka bukan berangkat dari Kedah utk berperang di Thalang sebagaimana dlm cerita versi Melayu. Mereka adalah anak jati Thalang. Yang berasal dari Kedah ialah ibu mereka di mana dlm sejarah atau Phongsawadal mengatakan ibu mereka adalah keturunan Chao Meang Saiburee (Raja Kedah)
Chan dan Mook adalah anak Chao Meang Thalang yg bernama Phrak Thalang Chomrang. Manakala ibu mrk ialah Mae Siah atau Mak Siah. Dlm sejarah ini juga menyebut Chan dan Mook mempunyai lima adik beradik, Chan yang sulung, kedua ialah Mook (bukan kembar dlm versi Melayu), ketiga juga perempuan bernama Ma, yg ke empat lelaki bernama Add. Yg bongsu juga lelaki bernama Reang.
Chan dikatakan lahir sekitar tahun 2278 – 2283 (1735 – 1740 M) pada zaman Maharaja Bhorommokot pada penghujung era Ayutthaya. Manakala Mook pula jarak tahun sekitar itu juga, ketika terlibat dlm perang Thalang, kedua mereka berusia sekitar 45 – 50 tahun.
Pada zaman kanak-kanak, keluarga Chan dan Mook menetap di Barn Tak Khian (org zaman sekarang memanggil Barn Khian) Disebabkan keduanya adalah keturunan bangsawan, maka mereka mendapat pendidikan sewajarnya dan memiliki sifat keberanian tidak seperti wanita kebanyakan yg lain.
Apabila meningkat remaja, pada tahun 2297 (1754) Chan telah berkahwin dengan Mom Sri Pakdi, keturunan bangsawan Meang Ta kuathung, mereka peroleh 2 orang anak, yg sulung perempuan bernama Prang, yg bongsu lelaki bernama Thian. Chan menetap di Tak Kuathung bersama suami dan anak-anak lima tahun saja kerana Mom Sri Pakdi meninggal dunia pada usia muda. Setelah itu, Chan balik dan menetap bersama ibu bapa semula. Manakala Mook pula dikatakan tidak pernah berkahwin.
Pada tahun 2305 (1762), Chan berkahwin lagi setelah menjanda tiga tahun. Suami baru Chan ialah Praya Phimol yang merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Chao Nakhorn Sitammarat untuk menjaga hal-hal pentadbiran Meang Thalang. Perkahwinan baru ini, Chan dapat tiga orang anak lagi, yang sulung perempuan bernama Thong (Emas), yg kedua dan ketiga lelaki nama Chui dan Niam.
Pada penghujung pemerintahan Chao Aekathast, bukan Ekataat sebab ditulis dalam bahasa Siam sebagai เอกทัศ Chao Phraya Chom rang, bapa Chan telah meninggal dunia pada tahun 2310 (1767) dan adik Chan iaitu Add menggantikan tempat bapanya menjadi Chao Meang Thalang. Namun Add dan abang ipar Phrak Ya Phimol (suami Chan) tidak sehaluan lalu Chao Phrakya Sritammarat telah menukarkan Phrakya Phimol mentadbir negeri Phattalung. Chan tidak mengikut suami ke Phattalung tetapi berpindah dan tinggal bersama keluarga suami lama, Phrakya Pakdi di Barn Takuathung.
Ketika Ayutthaya pecah kena serang dengan Burma, kebanyakan pentadbir di selatan membebaskan diri masing-masing, antaranya termasuk Chao Praya Sritammarat dan juga Praya Phimol, suami Chan. Namun kebebasan mereka tidak lama bila Praya Taksin berjaya menghalau Burma. Selepas bebas dari ancaman Burma, Praya Taksin mencari Raja-raja di selatan yg berpakat membebaskan diri masing-masing ini. Chao Praya Sitammarat dan Praya Phimol berjaya ditangkap. Praya Phimol tidak dijatuhi hukuman sebagaimana Praya Sri Tammarat tapi dilucut hak sebagai Chao Meang Phattalung dan beliau kemudian kembali hidup sebumbung dengan Chan dan menumpukan diri dalam bidang perdagangan dan akrab dengan Francis Light.
Bahan dagangan yg dibawa oleh Francis ke Thalang ialah kain baju, senjata, candu dan membeli dari Thalang barang-barang seperti bijih,mutiara,gading gajah, dan herba.
Pada tahun 2319 (1776) Praya Sritammarat yg ditahan di Thonburi telah menunjukkan sikap yg baik dan menunjukkan taat setia, maka beliau diberi pengampunan dan diberi peluang menjadi pentadbir kawasan selatan sekali lagi. Apabila Praya Sitammarat berkuasa semula, beliau melantik semula Praya Phimol sebagai Chao Meang Thalang mengganti kan Add yg terkorban dalam satu kejadian pemberontakan.
Keakraban Francis Light dengan Praya Phimol org-org Thalang telah membuatkan beliau fasih berbahasa Siam, malah telah dianugerahkan gelaran Phrakyarajkapitan oleh maharaja Siam. Gelaran ini diberi setelah Francis menunaikan permintaan Maharaja membekalkan senjatapi, dan sebagai balasan juga, Francis Light juga telah diberi bijih seberat 100 para (para ialah jenis sukatan berat pada ketika itu, 1 para = 1 tul, 1 tul = 20 kati emas). Mungkin para inilah yg disebut dalam Undang-undang Kedah sebagi “paha”.
Bersambung…(sikit-sikit dulu, kalu panjang nanti jemu baca)

Wednesday, November 7, 2007