Saturday, September 22, 2007

Nang Lae Wan (Dok Tengok Matahari)

Kita dengar lagu yg menggunakan bahasa Siam Paktai ini. Dlm bahasa Siam, Wan adalah matahari. Wan juga bererti hari. Cuma nada sebutan yg membezakan. Saya tak pasti penyanyi kecil molek mirip Shela Majid (Sheila dulu la,) ini bangsa Siam atau Melayu Suratthani.
Senikata lagu ini:
(bahasa Melayu Kedah dlm kurungan)
Nang Lae Wan
(dok tengok matahari)
Thuk wan khid theng ther
(tiap hari teringatkan hang)
Chai chan nan yark cher, Ther ro mai
(hatiku ingin bertemu hang tau ka tidak)
Wan mung ming
(senja-senja?)
Yin siang ring rae rai
(kedengaran suara ungas (cengkerik?))
Song siang rong klom chai
(mendendangkan suara nyanyian mengubat hati)
Khid Theng Ther
(Terkenangkan hang)
Sai Lom Nau, Phi Bau ee ro mai
(bayu dingin, abang tau ka tidak)
Khid theng khon ju klai chai pram prer
(terkenang org jauh hati tak keruan)
Tha laew tha lau
(dok tunggu dan menunggu)
Tor dai thi dai cher
(bila nak boleh jumpa)
Jar ploi hai khoi ker Kor laew kan
(jgn biar dok tunggu melengung sudah
lah nor..)
Chan cha chuai bork khow noi
(oh bulan tolong beritau kat dia)
Wa yang mi khon khoi Bau khon Nan
(bahawa ada org dok tunggu Bau (bang) itu)
Lai wan laew thi row mai phop kan
(dah byk hari kita tak berjumpa)
Chuai bork krai khon nan hai chan thi
(tolong kirim pesanan aku kat org itu)
Nang lae wan
(dok tengok matahari)
Thuk wan khid theng ther
(tiap hari terkenangkan hang)
Rhe cha hai khoi ker jo jang ni
(atau nak bagi dok tunggu melengung mcm ni)
Mae Thau khei sorn
(mak tua (nenek) pernah pesan)
Khob krai lae hai di
(nak kawan dgn sesapa, tengok baik-baik dulu)
Fark dao chuai bork ther thi
(harap bintang tolong bagitau dia sekali)
Jar lerm kan
(jgn melupakan)

jeng..jeng..jeng..

Tuesday, September 18, 2007

Hilang Bahasa, lenyaplah bangsa..


Ungkapan ini kadang-kadang tak ada kebenarannya. Ini kerana ada bangsa yg sudah hilang (pupus) tapi bahasanya masih ada. Bangsa yg dimaksudkan ialah bangsa SamSam.



Ketika ini tidak wujud lagi bangsa SamSam kerana mereka telah Memelayukan diri mereka. Menjadi lumrah di Malaysia ini, sesiapa sahaja yg jadi Islam outomatik akan jadi Melayu termasuk org2 Siam/Thai yg masuk Islam. Mana ada org Siam yg masih kekal nama Siam bila masuk Islam? Semuanya dah tukar jadi Arifin, Husin, Harun dll nama Melayu.



Berbalik pada bangsa SamSam, mrk adalah keturunan hasil bersemenda semendi antara org Melayu dgn Siam. Berdasarkan slang percakapan bahasa Siam Samsam mrk dipercayai mrk ini adalah berasal keturunan dari Setul, Thailand. (dahulu, Setul adalah Jajahan Kedah)...


..., it is very difficult to generalize on the ethnicity of Muslims in Satun. As a historic borderland region, Satun’s Muslim community had frequent interaction with Thai and Malay communities for more than 700 years. As a result, the ethnicity of Satun Muslims is almost certainly a mixture of Thai and Malay characteristics, and therefore cannot be easily classified in either group. Second, a theory of ethnicity based mostly on language use is an inadequate definition, as communities have been known to adopt new languages in only a few decades. In the case of Satun, the Muslim community spoke almost entirely the Kedah Malay dialect before the introduction of Thai-language schools in 1910. Third, it is not clear that ethnicity plays a major role in determining individual identity for residents of Satun. Religion clearly plays an important role, and group consciousness is primarily centered on religious affiliation. However, within the Muslim community, there is very little sense of whether they are “ethnically Malay” or “ethnically Thai.” -Thomas I. Parks ,Maintaining Peace in a Neighborhood Torn by Separatism:
The Case of Satun Province in Southern Thailand
,Southeast Asia Studies
Johns Hopkins University
School for Advanced International Studies
Washington, DC

Berkaitan SamSam, Thomas menyebut:

..Thai-speakers lived primarily in the provincial capital, and probably had minimal interaction with Malay-speaking Muslims in rural areas. The “Sam-Sam” people, a Thai-speaking minority population that practiced Islam, could be found in isolated pockets of Satun, Kedah, and Perlis..

(jadi, jgnlah nak mengamuk dan marah kpd Kuroda pasal sebut SamSam ni..ramai pengkaji tahu tentang kewujudan bangsa ini dan menyebut dlm hasil kajian mrk. Namun disebabkan sumbangan bangsa ini atau penonjolan dlm hal-hal tertentu agak terhad atau tidak ada langsung, maka kewujudan bangsa ini kurang diberi perhatian)



Sayang sekali, kerana teramat ingin nak jadi Melayu, mrk sanggup pupuskan bangsa keturunan sendiri padahal Islam tidak semestinya Melayu.



Perihal Samsam ini ada byk disebut dlm catatan-catatan sejarah. Dlm jurnal Classic Encyclopedia Britannica, 11th Edition ada tersebut SamSam dlm perihal menceritakan tentang populasi Kedah:




...POPULATION (KEDAH)population is estimated at 220,000, of whom about 100,000 are
Malays, 50,000 Siamese and Samsams and 70,000
Chinese and Madrassis (Klings) . There are three towns of importance . Alor
Star, ....



Dalam Jurnal History and Politics
of the Muslims in Thailand pula
Thanet Aphornsuvan dari THAMMASAT UNIVERSITY menyebut tentang dua kelompok Islam di Thailand terbahagi dua iaitu kelompok yg sudah beranggapan bahawa mrk adalah org Thai dan satu kelompok lagi yg menganggap mrk bukan org Thai. Dlm menyebut kelompok yg sudah berasimilasi Thai, Thanet Aphornsuvan menjelaskan:



..For comparative purpose, we could divide the Muslim community in Thailand into
two broad groups; one is an “assimilated” group and the other is an “unassimilated” group. Assimilated group means the group that displays a high degree of cultural similarity with the ethnic Thai-Buddhists save in the area of religious practices and customs. This group includes a whole diversity of ethnic groups such as the Muslim Siamese, the Haw Chinese, the Bengalis, the Arabs, the Iranians, the Chams, the Javanese, the Minangkabaus, the Baweans, the Pathans, the Punjabis and the Samsams....


Jelaslah, bangsa SamSam ini bukan satu dongeng atau rekaan, tapi memang wujud. Bagaimana bangsa ini boleh lenyap?


Soalan ini dijawab oleh KURODA Keiko dari Kagoshima University dlm artikelnya yg berjudul THAI-SPEAKING MUSLIMS IN MALAYSIA AND MALAY-SPEAKING MUSLIMS IN SOUTHERN THAILAND


Berkaitan kepupusan bangsa SamSam, Kuroda menjelaskan:



...Some people had immigrated to Malaysia from Southern Thailand before the 18th century. Most of them were Thai-speaking Muslims known as the SamSams, whose cultural heritage was a unique mixture of the Siamese and Malay. However, during the establishment of the modern nation-state of Malaysia, most Sam Sams have chosen a Malay-Muslim identity and abandoned their own culture and customs, which had also included non-Islamic aspects. By 1992, almost all traces of their former culture had disappeared, except for the Thai language. Another Thai-speaking ethnic group in Malaysia are not Muslims, but Buddhist-Siamese. Being a minority, their political status is lower than that of the Chinese and Indians....


Berkaitan dgn bahasa Siam bangsa SamSam ini, amat mendukacitakan pengembangan bahasa Siam mrk terhenti sejak mrk tukar kulit jadi Melayu. Mrk hanya boleh cakap atau faham bahasa Siam yg berkaitan dgn hal lama-lama. Kalau hal-hal baru, mrk tak faham. Misalnya mrk tak akan faham tentang nama-nama moden misalnya nama resmi jawatan tertentu atau jabatan-jabatan tertentu. Kalau hal-hal rutin manusia spt makan, minum, tidur, jalan, lari, mrk boleh faham. Kalau benda lain-lain yg lebih moden, mrk akan mencampur adukkan dgn bahasa Melayu sbb ketika mrk mula menjadi Melayu, perkara atau benda-benda moden itu belum wujud lagi. Sebab itulah mrk menyebut kereta sbg "tuka" (motokar), motosikal mrk sebut "mutu", polis mrk sebut "mata".. tapi hairan juga sbb mrk sebut kasut sbg "kesut", adakah ketika mrk mula jadi Melayu, puak SamSam ini tak pernah kenal kasut ka, sampai tak reti nak sebut kasut dlm bahasa Siam.


Pelik..pelik...bangsa dah lenyap, tapi bahasa masih ada...(tapi bahasa tak lengkap). Bagai org yg sedang mabuk taik gigi sendiri mrk mula mengelabah mengatakan bahasa Thai bukan lagi bahasa Siam. Ini gara-gara mrk tersentak dgn perkataan-perkataan baru dlm bahasa Thai yg mrk tak faham. Mrk seolah-olah tidak tahu bahawa pengembangan atau pembaharuan bahasa itu memang perlu dlm sesuatu bangsa atau negara mengikut peredaran zaman kerana berbagai-bagai benda atau perkara baru yg timbul dan perlukan satu bahasa atau pengenalan utk menterjemahkannya. Mrk tidak bersendirian dlm menghadapi kemelut ini. Org Melayu Thailand juga tentu akan mengelabah puyuh kalau mendengar perkataan-perkataan baru dlm bahasa Malaysia spt Transit Aliran Ringan, Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia, Kastam dan Eksais DiRaja, Selembu, Edaran Otomobil Negara, Akademi Fantasia, Kesinambungan, Jana Kuasa, metropolitan, Menteri Kerja Raya, Sammy Veelu, Ayam Kambing Bag...dsb...tentu org Melayu Thailand kata: Bahasa Melayu Org Malaysia tidak sama dgn bahasa Melayu kita...















Sunday, September 16, 2007

Beta Mula Fening


Dlm artikel terbarunya ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN II , anai-anai ada menyebut pasal beta

.....Puak Thai yang tidak dijemput ke blog ini mengatakan kami 'hijack' sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu, menjadi spy atau balachi dinegeri Kedah.. Baca di sini,....


Patut la beta rasa terbatuk-batuk saja..

Walau bagaimanapun, beta sangat berterima kasih kpd anai-anai kerana telah edit satu ayat yg membuatkan beta tersirap darah. Ayat asal dlm satu perenggan artikel ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN I berbunyi :

...Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang (**************)dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll...

Bahagian dlm kurungan itu telah diedit, terima kasih. Ayat berbentuk ugutan atau ancaman mcm ni memang ada byk dlm forum2 sampah.

Tapi membaca artikel2 terbaru anai-anai ni membuatkan beta berasa fening dan tertanya-tanya, anai-anai ini wayar semua ada betul ka? Atau dia lupa makan ubat ka?

Apa dia ingat tamaddun dunia ni semua bermula dari Siam Islam Kedah ka? Sampai nama Iraq. Turkey, China pun berasal dari perkataan Siam Islam Kedah?

Takat nak mengubah bunyi kata itu dlm bahasa Siam memang bermacam benda boleh di sebut.

Ini tranlation ikut kamus beta:


Iraq = ee raq (nak muntah)

Turkey = Tud Khi (pungkog berak)

China = Chee Na (tunjuk muka)

Artikel anai-anai ni makin lama beta baca makin rasa ee raq..ada ka kata kita ni tak ada identiti. Kita ni Siam, itu la identiti kita. Yg separuh Siam, separuh Melayu tu yg tak ada identiti. Kalau jantina separuh jantan, separuh betina kita sebut toot..ada juga identiti dia. Tak lama lagi dia akan kata Nang Narg(hantu), Khun Phen, Khun Chang, KumanThong tu pun semua Islam dan nenek moyang dia..

Apa pun, sempena menjelang hari raya ni, beta mengalu-alukan tuan-tuan sekelian supaya menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kpd beliau. Kalau sesapa tak kenal anai-anai, tengok gambar kat atas nun...nak tengok lebih jelas dari sisi depan, sisi kiri, sisi kanan sila lihat di http://www.youtube.com/watch?v=rwxg4VSgJa4 Raya nanti, bolehlah berkunjung kat rumah dia sambil menjamah lemang cap pedang terbang. Jgn lupa bawa buah tangan.


Sunday, September 9, 2007

Ma Rong lagi..







kali ini ia merupakan lambang pada bendera negara Bhutan..Gambar paling atas dan gambar tengah adalah versi lama manakala gambar paling bawah adalah gambar terkini. Saya mencari-cari erti Bhutan dlm bahasa Siam Islam Pasai Ma tapi tak ketemu ertinya...



Penerangan pada gambar juga sedikit pun tidak ada kena mengena dgn Siam Islam Pasai Ma..






Meaning and Description
Bhutan is a Buddhist state where power is shared by the king and government. The country's name in the local dialect means Land of the Dragon. In Bhutan, thunder is believed to be the voices of dragons roaring. In about 1200, a monastery was set up called the Druk (Thunder Dragon) with a sect called the Drukpas, named after it. The name and the emblem of the dragon have been associated with Bhutan ever since. The dragon on the flag is white to symbolize purity.
The two colors of the flag, divided diagonally, represent spiritual and temporal power within Bhutan. The orange part of the flag represents the Drukpas monasteries and Buddhist religious practice, while the saffron yellow field denotes the secular authority of the dynasty.
Regarding the dragon, it represents Druk, the Tibetan name for the kingdom of Bhutan. The jewels clamped in the dragon's claws symbolize wealth. The snarling mouth represents the strength of the male and female deities protecting the country. Source: Ultimate Pocket Flags of the World, DK Publishing Inc., 1997

Kenapa suka bohong?




Gambar paling atas adalah gambar asal bendera Dinasti Qing (1860 - 1892), manakala gambar bawah adalah gambar yg didakwa oleh anai-anai sbg bendera tentera China Islam. Sama ada tentera itu Islam atau tidak, bukanlah apa yg ingin kita persoalkan. Apa yg nak dipersoalkan ialah kenapa gambar bendera China yg terpampang dlm blog anai-anai ini ada tulisan Arab?
Kenapa nak bohong?
Org China ada tulisan mereka sendiri. Nama masjid pun depa tulis dlm tulisan China.

Saturday, September 8, 2007

Lantak hang la Labu...


Hai, apa nak jadi dgn anai-anai..asyik dgn teori marang perapunya..bila lagi nak jadi kongkiak? Tak kan nak jadi anai-anai selamanya?

Blog dia tak habis-habis dgn kisah karut bersumberkan batu nesan. Kalau kita hantar komen jgn harap dia nak publish..

Terbaru dia dapat info tentang simbol tahun Siam..( itu pun dapat dari Mat Salleh), anehnya dia ni, kalu info Mat Salleh yg tak kena selera dia, dia kata itu tak betul. Kalau yg kena selera dia, terus dia serbu jadikan sumber rujukan. Baru kita tau, yg org dok sebut Siam perut hijau, ..haa..jenis mcm dia ni lah.

Pasal sumber Mat Salleh tentang tahun Siam tu, dia teruja sebab ada perkataan Marong (sebutan Siam มะโรง..) Depa ini cukup taksub dgn Hikayat Merong Mahawangsa (hikayat karut marang perapu tu), bila terjumpa dgn perkataan Marong, terus celapak kutip hasil kajian Mat Salleh sbg sumber rujukan . Marong bermaksud anjing menangis dlm bahasa Siam Islam Kedah Pasai Ma..kalau disebut ikut sebutan depa la. Ma=anjing, rong=menangis. Sebutan Siam kita tentu lah bermaksud lain, tak perlulah kita bagi tau depa apa sebutan kita, kan depa itu Siam asli, kita Siam ciplak.

Dan saya yakin mereka itu terbelit lidah hendak menyebut lain-lain simbol yg ditulis oleh Mat Salleh itu kerana Mat Salleh menulis mengikut apa yg mrk dengar tapi Siam Islam Pasai Ma menyebut ejaan Mat Salleh itu dgn sebutan baku. Contoh terdekat ialah bila puak depa menyebut Siam dgn sebutan see arm. Bila Mat Saleh tulis es ai ae em, sebutan mrk ialah SAYAM, jadi Mat Salleh mengejanya dgn huruf S I A M, puak anai-anai pula sebut see arm. Logik ka puak Siam Islam Pasai Ma ini tak reti sebut nama bangsa sendiri dgn tepat?

Dan utk nama tahun-tahun yg ditulis oleh Mat Salleh itu, tentu puak Siam Islam Pasai Ma akan sbut begini:

Pee Ch'ooat = pi cho odd, sebutan yg betul = ปีชวด (malas nak tulis dlm rumi)

Pee Ch'aloo = pi challo..eh nahin..nahin..namaste inspektor sahab, sebutan yg betul = ปีฉลู

Pee K'an = pi kan, ปีขาล

Pee Taw = pi tau, ปีเถาะ

Pee Marong = pi marong ปีมะโรง

Pee Maseng =pi maseng(dlm bahasa Siam Islam Kedah Pasai Ma, Ma Seng bermaksud anjing gila) sebutan Siam ปีมะเส็ง

Pee Mameea = pi mamia (dlm bahasa Siam Islam Kedah Pasai Ma, Ma Mia bermaksud anjing betina) hanya org Siam yg mahir bahasa Siam boleh menyebut dgn tepat ปีมะเมีย

Pee Mamaa = pi mama (dlm bahasa Siam Islam Kedah Pasai Ma, Ma Ma bermaksud anjing datang) org Siam yg mahir bahasa Siam akan sebut ปีมะแม

Pee Wawk = pi wauk, ปีวอก

Pee Raka = pi raka, ปีระกา

Pee Chaw = pi chau (pergi berambus) kah..kah..kah ..ปีจอ

Pee Koon = pi kun, yg ini depa boleh sebut dgn tepat dan terang..sama mcm sebutan kita ปีกุน , pasai apa saya pun tak pasti...mungkin sebab kun ialah sejenis binatang yg comel kot.


Dan begitulah adanya tentang tahun-tahun Thai ini. Semua nama binatang adalah berdasarkan sebutan purba, bukan sahaja Naga, malah anjing, babi, kuda dll, namanya bukan seperti yg diguna pada hari ini. Namun kaedah atau kalendar ini masih diguna sampai hari ini oleh org-org Thai. Cuma anai-anai yg tak tau..oopppss..dia nak tau lagu mana? Siam Islam Pasai Ma sebut babi sbg Mu..kalau sebut kun(koon) demo tak pahae...bagitu juga harimau, Siam Islam Pasai Ma sebut ser..kalau sebut kharn depa tak paham...depa mana tau semua ini, sumber rujukan depa adalah batu nesan..mana ada tulis semua benda atas batu nesan?
Lantak hang la Labu...



Saturday, August 4, 2007

Bukan Bohong Sebarang Bohong.


Beta, Phumingen Abdul Yadeh kembali lagi dgn isu Siam yg sangat menarik ini. Kali ini beta nak cerita pasal bohong pula. Entah berapa banyak bohong yg telah dibohongkan kpd kita dan kita terus percaya sebab kita tak tahu atau tak ada pengetahuan, maka senanglah kita menerima sesuatu itu sebagai sesuatu yg benar.

Contohnya bila kita membaca berita tentang sesuatu kejadian di tempat yg kita tak pernah pergi, apa saja yg dipaparkan dlm berita itu kita terima belaka. Tapi kalau berita itu berlaku di tempat kita dan kita pun turut berada dlm tempat kejadian kita akan dapati beberapa kesilapan fakta yg di laporkan dlm sesuatu berita.

Begitu jugalah sekiranya org bercerita pasal org Arab, org Badwi, org bani itu, bani ini, kita pun mendengar sajalah. Kalau mereka bohong pun bohong lah..kita mana tahu..

Tapi...kalau org Melayu nak bohong pasal Siam, mana boleh. Segala pembohongan ini kita tahu. Yang benar kita akui benar, yg tak benar kita pun bangkanglah. Melayu nak cerita pasal keturunan Siam serupa itik bercerita keturunan ayamlah, sebagaimana anai-anai kata dlm perenggan terakhir artikel terbarunya Gelaran "Long" dalam masyarakat Melayu

Kita tak bangkang kalau dia kata gelaran Long itu ialah gelaran Melayu. Itu hak dia. Tak ada kena mengena dgn kita. Walau bagaimanapun ingin ditegaskan bahawa tiada gelaran Long dlm salasilah keluarga Siam. Walau pun Nai ada, tapi Siam tak akan namakan anak mereka Nai Keranda, Nai Sesat atau Nai Menurun. Dan kalau mereka kata negara Siam itu di asas oleh raja Kedah, itu satu pembohongan.

Tom Pires yg mencatatkan perjalanannya dari Melaka ke Ayuthaya sekitar 1512-1515 melaporkan:


..Kedah is a very small kingdom, with few people and few houses. It is up a river. There is pepper there, a matter of four hundred bahars a year. This pepper goes by way of Siam to China, with that which they bring from Pase and Pedir also. ...


Ada ka logik, sebuah negeri yg ada beberapa org penduduk dan beberapa buah rumah dan hasilnya hanya lada itu mengasaskan sebuah negara yg lebih besar dan perdagangan lebih pesat dan pedagang datang dari seluruh pelosok itu sebagaimana Ayutthaya dicatatkan oleh Tom Pires:


...There are, however, Arabs, Persians, Bengalees, many Kling, Chinese and other nationalities. And all the Siamese trade is on the China side, and in Pase, Pedir and Bengal...


Anai-anai nampaknya semakin menunjukkan ketidak pengetahuannya tentang Siam bila menghuraikan tentang gelaran Nang. Katanya:


..Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam i.e Puteri Saadon Nang Kemuning, Raja Kuning)...


Dia berkata dipercayai Nang berasal dari perkataan Nae dlm bahasa Siam. Dari mana pula datangnya Nae? Kalau Nang, Nang lah. Memang dlm Siam ada gelaran Nang yg merujuk kpd wanita. Tapi jgn terlalu gembiralah sbb gelaran nang ini tidak semestinya puteri atau permaisuri. Contohnya:


Nang Nora - Penari Menora

Nang Likay - Penari Likay

Nang Rambong - Penari Rambong

Nang Mai - Hantu kayu/penunggu pokok

Nang Yark - Gergasi Betina

Nang Bian/Nang Rai - Watak wanita jahat dlm filem/drama

Nang Ratri/Nang Bambre - Pelacur

Nang Aek - Watak Utama Wanita dlm filem/Drama


Manakala kalau golongan raja, ia tidak disebut Nang saja tapi ada gelaran seperti Phra Nang Chao polan..polan..kalau sebut nang saja mungkin para inang pengiring atau gundik saja.


Satu perkara lagi, anai-anai sering menyebut bahawa bahasa Siam yg di tutur di Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan adalah tidak sama dgn bahasa Siam di Thailand. Malah dia kata org di Thailand tak faham lagi bahasa Siam pertuturan di Malaysia ini.

Dengan siapa anai-anai pernah bercakap? Kalau dgn pelacur Dannok memanglah dia tak faham kerana pelacur yg rata-rata berasal dari Isarn itu bukan saja tak faham bahasa Siam Paktai tapi cakap Siam Bangkok pun mereka tak pandai. Kalau Isarn Lao tu mereka pandailah.

Setahu beta, bahasa Siam yg beta sekeluarga cakap sekarang ni adalah sama dan boleh difahami oleh org Thai sampai ke Pathalung kerana pertuturan kita adalah sama. Cuma kita cakap Siam yg betullah, jgn Siam rojak. Siam rojak atau Siam Melayu Kubor Panjang atau Siam Melayu Asun memanglah org Songkhla tak boleh faham.

Nak faham lagu mana? Mai kita tengok Melayu Pendang cuba bertutur Siam dgn peniaga di Dannok (dgn harapan nak dapat harga murah)


Peniaga: Mau beli apa bang? (dia cakap melayu)

Mat Pendang : Ee ha kesut sak kho (mau cari kasut sepasang)

Peniaga: kesut.?..kesut mai mee..(padahal dia ada jual kasut, org siam kata Kreag daaaa..)

Mat Pendang: ooo..kesut ha mai..kapak nyang mai?

Peniaga: kapak? mai ru kwang..

Mat Pendang pun berlalu. Dia pi kat org jual durian pula.

Penjual Durian : bang, durian bang. Amik semua kira 20 cukup.

Mat Pendang : Mai Mau au thang phe..pha mai dai..khay mutu ma dok..mai pha rot ma..rotax tai..diau mata chap..

Kalau cakap siam rojak macam ni sapa nak faham?


Jemputlah anai-anai pergi ke kampung-kampung di Patthalung atau Nakorn Sti Thammarat. tengok bahasa Siam macamnana yg depa cakap. Atau kalau tak ada kesempatan ke sana, rajin-rajin la tengok wayang kulit Siam atau menora. Beli CD pun boleh. Tengok bahasa Siam apa yg mereka guna. Malah ada beberapa penganyi piring hitam dari selatan Siam yg merakamkan lagu Siam dlm loghat macam yg beta sedang cakap di Kedah. Antaranya seperti Luang Kai dan Bau Wi.

Antara lagu Luang Kai, dia mengeluh kerana tidak pandai berbahasa Bangkok, lalu salah satu lirik lagu itu berbunyi:


..Phi laeng chad kham diau..khre kham wa rak..laeng dai tem pak..bla..bla..


Antara lagu-lagu Luang Kai yg menggunakan bahasa Siam Selatan ialah:


-Lhaeng chud kum diew

-Bin lhar dong

-Kon mai sar rai

-Lhob mar baan rao

-Kwan jai pee lhuang

-Sao sah tor mor ram

-Kon kee hok

Perkataan seperti laeng (cakap), Lhop (balik), kee hok (bohong) adalah bahasa Siam Selatan dan sama dgn pertuturan seharian beta sekeluarga. Yg kata bahasa Siam Kedah tak difahami di Thailand itu adalah satu pembohongan belaka.


Ini sebahagian pembohongan anai-anai tentang bahasa. Tak pasti dia nak berbohong atau memang dia kurang tahu. Tapi kalau nak bohong pada org yg tahu, kita kena betulkanlah.

Kita pun bukan hendak bermusuh dgn dia. Tidak dinafikan bahawa keturunan Siam ada ramai di Kedah, dan ramai telah hilang identiti Siam kerana nenek moyang mereka telah peluk Islam. Bila peluk Islam, terus tukar nama jadi Melayu lalu anak cucu mereka pun ingat yg mereka itu berketurunan Melayu. Di Kampung beta ada ramai masuk Melayu iaitu adik beradik Ta Prean tu lah. Mereka terdiri dari Ta Prean (Lebai Husin), Ta Klap (Harun), Ta Warn (tak tau nama Melayu dia), Ta Chu (tak tau nama Melayu), Ta Khong (tak tau nama Melayu dia)..Setakat mereka sajalah beta tahu bahawa mereka itu adalah org Siam. Anak-anak cucu mereka sudah beta tak pasti lagi sebab dah nama Melayu semuanya. Bayangkanlah, anak cucu mereka ini yg baru satu dua generasi sudah sukar utk kita kenal pasti, bagaimana kita nak kenal pasti waris-waris keturunan Siam yg sudah berpuluh generasi itu. Apa pun, kita bangga dgn keturunan Nai Long kerana masih mengaku berketurunan Siam tapi kita kesal sebab mereka malu mengaku nenek moyang mereka adalah Kapiaq..apa nak buat...ini ibarat hwa lerm teen (lembu lupa kaki).

Apa yg membuat mereka ini masih mengaku keturunan Siam beta pun tak pasti. Mungkin Tok nenek tegur kut.