Thursday, September 10, 2009

Masjid Krisek Mesti Disiapkan


Ramai tahu tentang kisah Lim Koh Niau dan Masjid Krisek. Kononnya masjid ini tidak siap sebab disumpah oleh Lim Koh Niau yang marah kepada abangnya Lim Toh Kian iaitu orang yang membina masjid ini.


Koh Niau marah bila dia datang ke Patani menurut abangnya yang datang lebih dulu darinya. Dikatakan ibu mereka di negeri China sedang sakit dan merindui Toh Kian lalu menyuruh Koh Niau pergi menurut abangnya. Tapi abangnya itu sudah kahwin dengan seorang wanita anak pembesar Patani dan tidak mahu pulang ke China. Tambahan pula masa itu dia sedang membina Masjid Krisek itu.


Akibat kecewa dengan Toh Kian, Koh Niau telah menggantung diri di sebatang pkok janggus tidak jauh dari masjid itu (Tempat Koh Niau gantung diri itu sekarang terletak Tokong Lim Koh Niau). Sebelum gantung diri, dia bersumpah bahawa masjid binaan Toh Kian itu tidak akan siap sampai bila-bila.


Itulah, sebagaimana kita lihat sekarang masjid itu tak nampak serupa masjid sebab kubahnya tak pernah dapat disiapkan. Dikatakan, setiap kali kubah dinaikkan oleh Toh Kian, kubah itu akan roboh kena panah petir. Kononya juga ada usaha untuk membuat kubah itu oleh generasi lain namun menerima nasib yang sama lalu tiada siapa lagi sanggup atau berani nak membina kubah masjid itu lalu nampak terbengkalai macam sedia adalah.


Manakala orang Islam, mereka tidak percaya hal itu (orang Islam zaman sekaranglah. Yang zaman dulu tak tahu lah). Ya lah, masjid adalah rumah Allah bagi orang Islam. Allah dengan Lim Koh Niau, siapa lebih berkuasa? Walau bagaimana pun jangan lupa, Allah juga tak suka orang yang mengabaikan ibunya.


Ada beberapa pendapat lain mengatakan kubah memang ada dan siap dibina oleh Toh Kian, bukan roboh kerana panahan petir tapi kena penangan bedilan meriam pihak Siam Ayutthaya ketika mereka menyerang Patani.


Ada juga yang mengatakan kubah itu sengaja tidak dibaiki bagi mengekalkan keadaan seperti itu bertujuan menjadikan masjid itu tumpuan pelancong.


Sama ada kubah itu tidak ada disebabkan oleh panahan petir, kena bedilan meriam atau sengaja tidak dibina, menunjukkan bahawa masjid itu memang tak boleh disiapkan tak kiralah apa sebabnya dan menunjukkan bahawa sumpah Lim Koh Niau itu memang ada mengena. Yalah, kalau dah kena sumpah, ada-ada sahaja sebab yang membuatkan ia tak boleh siap - engineer sakit la, kontraktor lari la, habis bekalan simen la dana lain-lain.


Untuk menghilangkan atau menafikan cerita sama ada benar atau karut itu, masjid itu mesti disiapkan. Walau pun sesetengah orang mengatakan kerajaan Thai sengaja mengekalkan keadaan masjid sebegitu. orang Islam boleh berkeras untuk membinanya sebab masjid adalah milik orang Islam, tak boleh dimiliknegarakan. Kalau kerajaan Thai enggan membantu, masyarakat seluruh dunia boleh bantu, hulur seorang sepuluh sen pun, sudah cukup untuk membuat kubah yang bersalut emas.


Kesimpulannya, orang Islam kena siapkan masjid ini kalau mahu menangkis kebenaran cerita dongeng Lim Koh Niau itu. Menangkis dengan cara bercakap saja tak bolehlah. Kena naikkan kubah masjid tu dan tunggu tengok ada petir panah atau tidak. Kalu tak ada, sahlah Lim Koh Niau tak power. Kalu kena petir, itu ujian Tuhan....

3 comments:

Anonymous said...

ko ni islam ker kafir ek? aku tengok cara ko terangkan pasal masjid grisek lebih kpd org yang takde ilmu agama islam plak...///.pade la demo dok kutuk pasal masjid grisek tu... biar la dia dlm keadae supo tu.

Anonymous said...

salam.. keadaan fizikal sesebuah masjid seeloknya jgn dipersoalkan.
ape yg lebih pnting fungsi nye sbagai masjid bg org Islam. Bkn la mksud saye nk menyangkal usaha penambah baik msjid ni tapi kite kna fikir rasional la. Klau da tau bnde tu khurafat..knp nk layan? dok gitu?

Anonymous said...

Kerajaan Thai cakap - kalau disiapkan hilang lah seni pada masjid. tapi sekrang dah cantik, dalam dia letak atap cantik.