Thursday, July 23, 2009

Siam Islam?

Siam adalah Siam. Mereka yang anti Siam di selatan Thai menggelar dengan gelaran kebencian iaitu Siam Buddha Kafir Harbi. Mungkin sangat sedap mulut mereka dengan gelaran itu dan hati pun terasa puas dapat keluar gelaran itu dari mulut.
Tapi nak gelar apa pun, kadang-kadang sesuatu perkataan itu terasa kesan atau bahangnya bila dituju pada bangsa tertentu. Bagi bangsa lain pula contohnya bangsa Siam, gelar mcm tu mrk tak rasa geli sikit pun.

Tapi ada satu aliran baru dengan sumber rujukan sejarah cara sendiri mendakwa Siam adalah Islam, yg kafir ialah Thai. Mujur orang Thai tak reti baca bahasa Melayu, kalu tidak tentu mrk pening sebab sejak zaman nenek moyang mereka tahu yang Siam dan Thai adalah benda yang sama.

Kalau Siam ni Islam, tak tahulah Islam aliran mana pula sebab setahu aku tak ada istilah-istilah aktiviti harian Islam dalam bahasa Siam. Mustahil sangat kalau sesuatu bangsa itu menganuti agama tertentu tapi tak ada istilah atau bahasa bagi merujuk kegiatan harian atau kegiatan rutin agama dalam bahasa mereka. Kalau kita lihat hari ni kalau seseorang ibu yang menasihati anak nya yang keluar merantau dia berpesan :" duduk kat sana nanti jangan tak sembahyang pula"
Ini adalah pesanan popular keluarga Islam kepada anak cucu mereka.
Agak-agak Siam Islam zaman Ayutthaya pesan anak cucu mereka macam mana? Tak ada istilah Islam dalam bahasa Siam sama ada merujuk sembahyang, puasa, haji, dan lain-lain.
Orang Islam di Siam memang ada, tapi Siam Islam memang tak ada. Jangan dok merapu..
Orang Islam di Siam bukan orang Siam tetapi merupakan Arab, Makasar, Melayu dan lain-lain.
Dan pihak Siam tidak pernah cuba menutup kewujudan mereka, malah nama Makasar di abadikan sebagai nama sebatang jalan di Bangkok sampai hari ni.

Kira-kira bagus juga puak yang dok canang tentang Siam ni. Pendedahan mereka tentang nama semenanjung Tanah Melayu yang asalnya adalah Semenanjung Siam Malaca itu bolehlah membuka mata orang yang tak tahu atau tak jelas lagi siapa sebenarnya pendatang. Sebenarnya bukan cerdik pandai tak tahu hakikat ini, tapi sengaja simpan bukti ini bawah tikar, untuk kebaikan sesetengah pihak juga. Tapi kita tak perlulah perbesarkan sangat isu siapa pendatang, siapa datang dahulu, siapa datang kemudian. Berdebat tentang isu ini serupa debat isu ayam dengan telur, tak ada kata putus yang mana datang dulu. Takut debat-debat nanti, yang terbukti datang dulu ialah kaum India, naya besar pula. Tentu puak Hindraf pula yang untung atas angin.

4 comments:

BSK said...

Anai-anai cukup benci kat kamu. Dia anggap kamu cuba mempertahankan kerabat raja Siam yang pernah menyerang Tanah Melayu dulu. Aku cuba terjumpa luahan dia terhadap kamu. Dia kata kamu selalu email komplain kat dia. Teruskan perbetulkan fakta. Aku percaya berdebat melalui blog tak akan kena penumbuk berbanding kita berdebat berdepan-depan macam pengalaman kita kat sekolah dulu-dulu.

Anonymous said...

Hahaha, kuat mimpi la depa, tu qeja mengarot... Peduli apa depa nak tumbuk, tara mana sangat la anai-anai. Ngaji sejarah pon entah lepas ka dak kat skolah, dok men-men agama plak, dia ngaji tara mana sangat dh agama?

Nah bagi lagu ni, kuat mimpi sangat

http://www.youtube.com/watch?v=6wavNyMzlWY

Anonymous said...

kata siam islam tak ada di thailand tu memang tak boleh diterima. Saya dok bangkok selama sebulan pada tahun 2002 dapat kenal ramai orang siam islam. bahkan ada seorang ibu kepada kawan saya adalah cicit kepada isteri ke-5 raja thai.
kami juga pernah diziarahi oleh mom iaitu ibu saudara raja thai sekarang ni. dia sendiri mengakui yang moyang-moyang terdahulu ada yang beragama islam. tapi sekarang mereka sudah jadi buddha...

nong thum

Anonymous said...

siam tu nama wilayah yg dpnggil thailand arini,thai tu bngsa yg dok di thailand...hang boleh tulis,tp fakta xleh tipu punya...bngsa melayu,mon ngan khmer tau sapa bngsa thai tu...dok muhong budak2 bleh la...thailand boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami bngsa melayu...

Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja

sapa aku??
"Mala Malayu iva Malayam raja"