Kerap kali kejadian tembak-menembak berlaku di Patani, Yala dan Narathiwat. Mangsa-mangsa pula terrdiri dari Siam Islam dan juga Siam Buddha. Penembak misteri ini sering menghilang selepas menembak mangsa. Pihak kerajaan menuduh ia dilakukan oleh puak pemisah bagi menimbulkan rasa ketakutan dan huru-hara, manakala penduduk kampung pula ia dilakukan oleh pihak tentera (renjer atau dlm bahasa Thai Thaharn Phran). Seringkali penduduk kampung atau saksi yg melihat kejadian drive by shooting ini nampak dgn jelas penembak memakai boot tentera dan seluar celoreng.
Pihak kerajaan pula menafi dan mendakwa, sesiapa saja boleh beli boot tentera dan seluar celoreng terutama puak pemisah yg membuat kacau dan melontar tuduhan ke arah tentera bagi menimbulkan kebencian penduduk kampung terhadap tentera khususnya dan kpd kerajaan amnya.
Pada 30 Jan yg lepas, misterinya terjawab bila dua org lelaki melangkah masuk ke laman rumah Mat Roning Ali yg sedang menjual ais dan mengeluarkan pistol menembak Mat Roning. Mungkin ajal Mat Roning belum sampai, pistol penyerang tak berfungsi lalu Mat Roning pun lari. Penyerang mengejar sambil cuba tembak lagi dan terkena Mat Roning. Penduduk kampung yg melihat kejadian itu menembak balas ke arah penyerang membuatkan mereka lari dgn motosikal, tapi penyerang yang membonceng terkena tembakan lalu jatuh. Kawannya terus pecut motosikal manakala yg jatuh itu terus dibelasah oleh penduduk kampung maut di situ juga.
Siasat punya siasat, si mati adalah dari pasukan renjer batalion 4102.
Ketika dihubungi, pegawai yg bertanggungjawab berkata kejadian itu tidak ada kena mengena dgn kekacauan di Selatan Thai tapi lebih merupakan masalah peribadi semata-mata. Menurut beliau lagi, si mati mempunyai masalah peribadi dan sering dendam mendendam dgn Mat Roning sebelum si mati menyertai pasukan renjer lagi.
Manakala Mat Roning yg ditemui di wad hospital menafikan hal itu. Menurut Mat Roning, dia langsung tidak mengenali penyerangnya itu.
Wallahaualam bissawab.
Tuesday, February 5, 2008
Reality Patani Sepintas Lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment