Pandai sungguh mereka tafsir sesuatu penulisan, tak kalah dgn teknik mereka mentafsir tuan punya kubur atau batu nisan.
Sepatutnya sesuatu penulisan terutamanya catatan pengembara yang simple tak perlukan tukang tafsir yg bukan-bukan. Catatan yang direct mempunyai maksud yg direct bukan macam kitab suci yg mempunyai maksud berbeza mengikut selera tukang tafsir. Maksud rambang-rambang ni org kata "play safe style". Style ini tukang menurun nombor ekor selalu guna, misalnya sambil menurun dia buat tangan locoh-locoh. Kaki nombor pun tafsir kata itu adalah org main kedo, lalu pakat pulun beli nombor org main kedo. Pukul 7 malam, makan licin sebab nombor yang keluar ialah nombor budak main wau. Nak salahkan tukang menurun pun tak boleh, sebab dia buat tangan locoh-locoh tu dia nak bagi tau kata budak main wau. Tapi ini politik tukang menurunlah, cuba kalau org pakat beli nombor budak main wau, tapi yg keluar ialah nombor org main kedo, dia masih selamat. Play safe lah katakan.
Tak apalah, kita sambung lagi dgn catatan org Dutch tu, dan tengok apa pula kata tukang tafsir.
Tuesday 12th March 1737
..The oluang raxa sombat was expressly sent by the King to inquire again in the name of His Highness whether we needed anything and also whether we were curious to see the footprint of their god...
"their" merujuk kpd siapa? King, oluang raxa sombat, tok nenek kaum sam-sam?
Rasanya "their" ini merujuk kepada King dan seluruh rakyat jelata Siam. Ini kerana apabila moyang Van Nistelrooy menyatakan pendirian mereka yg mereka tidak boleh sujud kpd benda lain selain dari tuhan, wakil Raja Siam pun diam
...Then the oluang raxa sombat changed his tune and said that we were right and that he would convey what we had said to the King. He took his leave and went away...
Apabila diajukan pendirian org Dutch itu kpd raja, raja berkata.."They are right, they are foreigners, let them go wherever they want to; who is not faithful to his god, is not faithful to his master".. ini bermaksud lebih kurang "tiada paksaan dlm agama Buddha". Cakap biar serupa bikin.
Tafsir..tafsir. Jangan tak tafsir. Dan penulisan Dutch itu adalah berkaitan perjalanan mereka menuju Watt Prabat, bukan surau, bukan masjid. Dlm perjalanan berhari-hari itu tak pula mereka menceritakan tentang rombongan raja berhenti bersolat.
Monday, December 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment