..mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama...
Inilah dakwaan anai-anai dlm satu artikelnya. Sebenarnya dakwaan ini akibat kejahilan diri sendiri yg tdk dapat memahami tentang variasi bahasa. Loghat Siam Kedah adalah sama dgn loghat Thai Selatan yg dipertuturkan secara meluas di Songkla, Surat, Patthalung, Satun, Phuket.
Kejahilan ini mungkin timbul akibat anai-anai hanya mendengar bahasa Thai yg disiar melalui radio atau TV. Bahasa itu adalah bahasa Thai resmi, serupa bahasa Cina juga, di rumah cakap longhat lain i.e Hokkien, Kantonis..manakala kat sekolah guna bahasa Mandarin.
Selain dari bahasa Thai Selatan, penduduk Thailand masih mempunyai pelbagai loghat daerah masing-masing. Saya sendiri hanya dapat memahami bahasa Thai Selatan dan bahasa Thai standard sahaja, lain-lain loghat terutama Isarn memang saya tak faham.
Dalam klip ini kita akan lihat Aekachai menemuramah dancernya yg berasal dari daerah berlainan dgn loghat berlainan. manakala Aekachai yg sentiasa berbangga dgn bahasa Thai Selatan tetap dgn bahasa dia. Klip ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa bagi org tertentu kerana terdapat kata-kata atau aksi-aksi kelucahan melampau. Apa nak buat, Aekachai ni adalah bekas Tok Dalang.
Friday, December 7, 2007
Bahasa Siam Kedah tak difahami di Thailand??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment