Tuesday, December 25, 2007

Khusyuk al masyuk..


tengok muka dua org ini terlalu khusyuk mendengar cerita penglipur lara. kalau saya yg sedang bercerita, bila pendengar buat muka macam ni saya kena tanya dia: "kenapa? Tak percaya?"

Tentu mrk berdua akan angguk-angguk sambil kata: "percaya...percaya.."

Dekat-dekat pilihanraya ni kena pandai ambik hati org, termasuk org-org yg putus wayar..undi org putus wayar pun akan dihitung mcm undi org lain jugak..

Sekian, walahualam bisawab.

Friday, December 7, 2007

Bahasa Siam Kedah tak difahami di Thailand??

..mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama...
Inilah dakwaan anai-anai dlm satu artikelnya. Sebenarnya dakwaan ini akibat kejahilan diri sendiri yg tdk dapat memahami tentang variasi bahasa. Loghat Siam Kedah adalah sama dgn loghat Thai Selatan yg dipertuturkan secara meluas di Songkla, Surat, Patthalung, Satun, Phuket.
Kejahilan ini mungkin timbul akibat anai-anai hanya mendengar bahasa Thai yg disiar melalui radio atau TV. Bahasa itu adalah bahasa Thai resmi, serupa bahasa Cina juga, di rumah cakap longhat lain i.e Hokkien, Kantonis..manakala kat sekolah guna bahasa Mandarin.
Selain dari bahasa Thai Selatan, penduduk Thailand masih mempunyai pelbagai loghat daerah masing-masing. Saya sendiri hanya dapat memahami bahasa Thai Selatan dan bahasa Thai standard sahaja, lain-lain loghat terutama Isarn memang saya tak faham.
Dalam klip ini kita akan lihat Aekachai menemuramah dancernya yg berasal dari daerah berlainan dgn loghat berlainan. manakala Aekachai yg sentiasa berbangga dgn bahasa Thai Selatan tetap dgn bahasa dia. Klip ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa bagi org tertentu kerana terdapat kata-kata atau aksi-aksi kelucahan melampau. Apa nak buat, Aekachai ni adalah bekas Tok Dalang.

Jangan Khi Hok (Jgn muhong)

Saya memberitahu Luang Kai, seorg penyanyi Selatan Thai beragama Islam tentang dakwaan dari Kedah bahawa kesultanan Ayutthaya beragama Islam. Beliau tidak komen apa-apa tapi terus mencipta sebuah lagu berjudul Khon Khi Hok (Org Kaki Muhong)...best jugak lagu dia..

Wednesday, December 5, 2007

Tuesday, December 4, 2007

Siapa tau no. contact dancer ini?

saya mau undang utk majlis perkahwinan datuk saya.

Monday, December 3, 2007

Tafsir buta, jadi huru-hara

Pandai sungguh mereka tafsir sesuatu penulisan, tak kalah dgn teknik mereka mentafsir tuan punya kubur atau batu nisan.
Sepatutnya sesuatu penulisan terutamanya catatan pengembara yang simple tak perlukan tukang tafsir yg bukan-bukan. Catatan yang direct mempunyai maksud yg direct bukan macam kitab suci yg mempunyai maksud berbeza mengikut selera tukang tafsir. Maksud rambang-rambang ni org kata "play safe style". Style ini tukang menurun nombor ekor selalu guna, misalnya sambil menurun dia buat tangan locoh-locoh. Kaki nombor pun tafsir kata itu adalah org main kedo, lalu pakat pulun beli nombor org main kedo. Pukul 7 malam, makan licin sebab nombor yang keluar ialah nombor budak main wau. Nak salahkan tukang menurun pun tak boleh, sebab dia buat tangan locoh-locoh tu dia nak bagi tau kata budak main wau. Tapi ini politik tukang menurunlah, cuba kalau org pakat beli nombor budak main wau, tapi yg keluar ialah nombor org main kedo, dia masih selamat. Play safe lah katakan.
Tak apalah, kita sambung lagi dgn catatan org Dutch tu, dan tengok apa pula kata tukang tafsir.

Tuesday 12th March 1737
..The oluang raxa sombat was expressly sent by the King to inquire again in the name of His Highness whether we needed anything and also whether we were curious to see the footprint of their god...
"their" merujuk kpd siapa? King, oluang raxa sombat, tok nenek kaum sam-sam?
Rasanya "their" ini merujuk kepada King dan seluruh rakyat jelata Siam. Ini kerana apabila moyang Van Nistelrooy menyatakan pendirian mereka yg mereka tidak boleh sujud kpd benda lain selain dari tuhan, wakil Raja Siam pun diam
...Then the oluang raxa sombat changed his tune and said that we were right and that he would convey what we had said to the King. He took his leave and went away...
Apabila diajukan pendirian org Dutch itu kpd raja, raja berkata.."They are right, they are foreigners, let them go wherever they want to; who is not faithful to his god, is not faithful to his master".. ini bermaksud lebih kurang "tiada paksaan dlm agama Buddha". Cakap biar serupa bikin.
Tafsir..tafsir. Jangan tak tafsir. Dan penulisan Dutch itu adalah berkaitan perjalanan mereka menuju Watt Prabat, bukan surau, bukan masjid. Dlm perjalanan berhari-hari itu tak pula mereka menceritakan tentang rombongan raja berhenti bersolat.