Tidak dapat dinafikan bahawa ketidakamanan yang berkekalan lebih daripada 4 tahun di wilayah-wilayah sempadan selatan menarik perhatian sebahagian besar orang terhadap apa yang berlaku lebih daripada hal-hal lain. Ada orang melafaz perkataan: kejam, kejam dan kejam....Pada hal yang sebenarnya kawassan ini banyak lagi dimensi lain yang layak diselidiki terutama sekali di bidang sejarah dan tamadun.
Mujurnya dalam alam Patani yang subur dengan kesan sejarah itu ada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bergerak dengan baik dengan hasrat untuk mempertahankan kebudayaan seperti binaan purba dan jenazah masa silam yang sebahagiannya bercorak Islam merangkumi juga jatidiri penghuni tempatan.
Di antara Pertubuhan Bukan Kerajaan itu termasuk PUSTA atau Pusat Pemulihan Seni Budaya Tempatan Dan Alam Sekitar Wilayah Sempadan Selatan yang dipimpin oleh En Ismail Benjasmith. Aktivitinya merupakan pameran beronda yang mempertunjukan kekayaan tamudun tempatan dan alam sekitar.
“Kami pernah mempamerkan aktiviti PUSTA di Jabatan Kawasan Pendidikan Pattani dan pada Hari Bangkit Satu Dasawarsa Universiti Islam Yala. Pada kala itu kami menceritakan riwayat hidup dan karya para ulama Muslim Nusantara dan Patani. Kami juga menyediakan maklumat historis (sejarah) tentang mukim Barahom (Al-Marhum), daerah Bandar Pattani kerana di situ adalah tempat awal perkembangan sejarah Patani Darussalam pada masa silam,” ujar Ismail.
“Maklumat yang disediakan kami berkenaan mukim Barahom dipergunakan untuk menyusunkan buku-buku pelajaran sekolah dasar peringkat Prathom 5 dan 6 mengikut kurikulum pengajian tempatan. Tujuan kami untuk kanak-kanak mempunyai ilmu tentang kepentingan mukim mereka sendiri yang pada suatu ketika pernah menjadi tempat perhimpunan jenazah purba, yang berfungsi mengekalkan sejarah Patani hingga kini,” ujarnya.
“Saya pikir penyusunan mata pelajaran demikian akan memanfaatkan kanak-kanak kita agar mereka dapat menghargai masyarakat tempatan. Dengan yang demikian mereka akan timbul rasa kasih sayang terhadap kampung halaman mereka sendiri dan berikrar untuk membela tempatnya. Mereka mesti bermula dari titik yang lebih kecil dan memperluaskan kemudian,” katanya. Di lokasi tersebut ada beberapa kesan purba seperti makam Sultan Ismail Syah dan permaisurinya, makam Sultan Mansur Syah, makam Sultan Bantah Siam, makam Raja Siti Aisyah dan Raja Bambang, makam Sultan Bahdur Syah, makam Raja Bima dan makam Raja Hijau, Raja Biru dan Raja Ungu.
Selain daripada itu di Barahom ada pusaka lama seperti Pintu Gajah, tanur bata Kedi dan Wat (biara) Ban Di. Tapak arkeologi yang telah didaftar oleh Jabatan Seni Halus tidak begitu banyak. Kebanyakan adalah bangunan bercorak keagamaan.
“Di Pattani hanya Mesjid Krisik dan Masjid Dato’ yang telah didafterkan sebagai pusaka lama. Sekarang Mesjid Krisik dikawal oleh Jabatan Pentadbiran Mukim Tanjung Lulo’. Mesjid Dato’ telah didaftar pada tahun 1933 (TB 2476). Pengaju ialah Jawatan Kuasa Mesjid itu. Sekarang kedua-dua mesjid Krisik dan Dato’ di dalam jagaan dan kawalan tuan Imam dan ahli jawatan mesjid.
“Mesjid Aur, letaknya di mukim Menangyung (Nat Tanjung), Daerah Yaring (Jering) Wilayah Pattani, sebenarnya lebih tua daripada Mesjid Teluk Manok yang terkenal juga dengan nama Mesjid 300 tahun, letaknya di Daerah Bacok, Narathiwat. Mesjid Aur belum lagi didaftar sedangkan Mesjid Selindung Bayu di Sai Buri (Teluban) sezaman dengan Mesjid Kota Cabang Tiga yang dibina oleh Praya Suria Sunthorn. Sebelum ini Mesjid Selindung Bayu sebahagian besarnya rosak tetapi selepas didaftarkan (dengan Jabatan Seni Halus), sekarang telah dipulihkan kembali dalam bentuk asalnya,” hurai Ismail.
Studi Masa Silam Untuk Memahami Masa Kini…
Selaku ketua Pusat Pemulihan Seni Budaya Tempatan Dan Alam Sekitar Wilayah Sempadan Selatan (PUSTA) En Ismail Benjasmith berpendapat, aktiviti Jabatan Seni Halus yang mahu membangunkan dan memulih balik binaan lama adalah kerja yang memanfatkan dan patut dapati sokongan baik. Kerana kalau binaan lama itu dilepas saja ke tangan kita yang tiada pengetahuan cara pemulihan yang sebaik-baiknya nanti binaan-binaan warisan itu mungkin tertukar rupa dan wajah asalnya. Jabatan Seni Halus juga pernah terjumpa tapak mesjid asalnya terkambus dalam tanah beratus-ratus tahun lamanya,” hurainya lagi.
Demikian juga binaan Buza, pihak PUSTA juga memberi perhatian dengan cukup baik, kata Ismail. “Di mukim Wat, Daerah Yarang, Wilayah Pattani ada banyak sekali binaan lama dan jenazah usang kesan agama Buza yang tertinggal hingga sekarang. Kalaulah kita tinjau dengan teliti mungkin kita akan boleh menangkap visi bahawa semua itu menceritakan jati diri orang yang bertempatan di sini. Dengan kata lain iaitu suara sejarah manusia Patani yang gemilang dengan berbagai kepercayaan dan agama, secara bertolakansur menyesuaikan diri mengikut edaran zaman dari semasa ke semasa,” ujarnya dengan panjang lebar.
“Pada mulanya orang Patani diselimuti dengan kebudayaan Hindu dari Hindi. Kita menerima ajaran Brahmin-Hindu dan Buza sebagai agama anutan. Sebab tu kita dapat banyak sekali kesan lama seperti berhala lembu, Syiva Lingam, wat (biara) dan binaan bercorak agama Brahmin-Hindu dan Buza. Akhir sekali kita pula menukar ke agama suci iaitu agama Islam,” ujarnya. “Mempelajari sejarah adalah usaha untuk mengambil tauladan dari masa silam. Dengan itu ia akan membolehkan kita memahami masa kini kita. Dengan pengetahuan yang didapati itu juga yang memberi manfaat kepada masa depan kita,” ujar Ismail.
Takut-takut lembah pengetahuan yang amat berharga itu hilang nanti…
Asmawati seorang ustazah Madrasah Songsermsasna, cabang To’ Ku, Mukim Tanjung Dala, Daerah Yaring (Jjamu), Wilayah Pattani yang pernah mengundi murid-muridnya ‘Berjejak langkah ke Langkasuka’ mengeluar pendapatnya. Pengajian sejarah melalui kajian binaan dan jenazah lama tertinggal di kawasan kita cukup bagus, ujar cik puan. Kerana ia dapat mendorongkan masyarakat tempatan melihat kepentingan pusaka lama di gedungnya sendiri. Tetapi kita mesti sanggup memulihkan yang telah rusok hingga jadi hidup balik. Mudah-mudahan kesan lama itulah menjadi lubuk ilmu bagi jenerasi mendatang, ujar ustazah.
”Kalau kita jaga-jaga dengan baik, memulihkan binaan pusaka lama itu, pada suatu hari nanti, tempat itu akan jadi gedung ilmu bagi pemuda-pemudi yang berkesan sekali. Kita juga boleh membangunkan pusat pelancongan di situ yang boleh menguntungkan orang kampung,” ujarnya. Masalah besar dari kaca mata Asmawati ialah kedudukan pihak kerajaan dan masyarakat tempatan sendiri yang tidak ambil pedoli pusaka lama milikinya. Ini menyebabkan pemulihan pusaka nenek moyang mereka sukar diperbuat.
“Sekarang istana lama banyak terpunggah, diganti dengan rumah duduk orang kampung. Yang tinggal hanya bekas dan tapak-tapak lama. Contohnya istana lama Yaring yang merupakan bangunan warisan usang walau rupanya masih kekal lagi tapi ia telah merosot macam di lain-lain tempat. Gambar terlihat yang kita boleh menyaksi istana itu tenggelam di tengah-tengah binaan dan rumah tangga orang kampung. Kata, kalau hendak memulihkan istana lama itu tentu sekali kita mesti minta izin tuan punyanya rumah itu dulu,” ujarnya.
Ulasan Asmawati yang prihatin amat memanfaatkan lebih-lebaih lagi terhadap pengajian dan kajian alam tamadun Melayu Patani. Cik puan menjelaskan asal-usul nama Yaring yang terbit daripada perkataan Jering, pada masa lampau adalah sebuah negara kota lama, letaknya di lokasi yang bukan sekarang. Maklumat yang menarik di tapak itu kata orang kampung pernah terjumpa tapak kaki manusia purba yang paling besar. Entah tapak kaki siapa? Katanya, tapak kaki itu banyak lebih besar daripada tapak kaki manusia sekarang. Jabatan Pentadbiran Daerah pernah merancang akan jadikan tempat itu sebagai lokasi pelancongan tetapi konsepnya hanyut entah kemana juga. Sekarang yang masih kelihatan ialah tapak istana lama Jering,” ujar ustazah.
“Katakan kalau pusaka lama itu dah lenyap maka kita akan sayanglah. Kerana ia takkan pulang kembali. Dari mana pula anak cucu kita akan mencari dan mengharungi ilmu pusaka nenek moyangnya kalau bukan dari gedungnya sendiri? Sungguhpun kita boleh mencari ilmu dari buku, tapi tak sama dengan mengaji dari gedung yang asli. Sebab tu saya mau pihak berkenaan rasa ini penting dan sanggup bercampurtangan dengan orang kampung secara lebih rapat dari dulu,“ anjur Asmawati.
Budayawan Wilayah Pattani berharap di bawah langit Patani yang terindah, kawasanya berpotensi menarik pelancongan
Thanes Adulyakij pengarah Jabatan Budaya Wilayah Pattani mengata sekarang binaan lama di Pattani yang telah didaftarkan dengan Jabatan Seni Halus ada semuanya 16 tempat, tetapi pelancong tertarik untuk menziarahi hanya ke Mesjid Krisik dan ke Kota Lama Yarang (Binjalima). Selain dari itu pelancong juga minat mengunjungi Wat (Biara) Cang Hai, Mesjid Tengah Pattani dan Rumah Tok Pek Kong Mek.
“Pelancong tak berapa mau kunjung ke tempat-tempat pusaka lama kerana keadaan sekarang tidak aman. Tempat-tempat bersejarah kebanyakan terletak jauh di antaranya dan belum dibikin menjadi tempat pelancongan yang berwibawa,” ujar pengarah jabatan itu.
“Yang kami menjengok-jengok lihat dan tunggu ialah keamanan. Apabila 3 wilayah menjadi aman, pelancongan ke tempat bersejarah akan digalakan dan pelancong boleh jadi banyak balik. Sekarang Jabatan Budaya Wilayah dan Jabatan Seni Halus mesti kerja kuat. Kita harap dan menunggu-nunggu hari dapan kita lebih baik daripada sekarang. Kepercayaan saya apabila tiba kegelapan, langit Patani yang terindah akan menjadi cerah. Tapi jangan tidak mempersediakan diri menggalakkan pelancongan sejak sekarang ni lagi,” ujar pengarah Jabatan Budaya Wilayah Pattani dengan bimbang dan harapan yang bercampuraduk.
Perasaan yang sama menyelimuti khayalan dan hati sanubari penduduk di alam Patani yang sedang menunggu-nunggu keamanan.
Sumber: Meja Berita Paktai, Patani.
1 comment:
Phumingen Abdul Yadeh! Kalau dah berani sangat, bagilah nama penuh, letaklah gambaq macam anai-anai buat. Jangan jadi pengecut!
Post a Comment