Sunday, February 17, 2008
Nu-San-Ta-Ra
Kita mulakan dgb Nu San Ta Ra.
Nu dlm bahasa Siam ialah tikus, san ialah menggigil. Ta pula bermaksud mata. Ra pula tak tau apa benda. Tapi kerana ia berlanjutan dari perkataan mata, besar kemungkinan ia bermaksud terbeliak. Jadi Nu San Ta Ra bermaksud Tikus Menggigil Mata Terbeliak. Begitulah adanya.
Berkaitan pakar sejarah yg berlatarbelakangkan pendidikan Seni Lukis dan Senireka ini, kita dah slow down, malas nak kacau dia lagi. Dulu kita ingat dia ni pakar sejarah, jadi kita pun cuba nak cabar kajiannya. Kalau kita tau dari awal yg dia ni hanya pakar reka mereka, tobat kita tak buang masa usik dia.
Makin lama kita baca artikel dia ni, makin kita tau, selain dari suka reka-mereka, dia ni besar kemungkinan ada sikit penyakit perasan (sejenis penyakit mental). Dia terperasan yang dia ini sudah terlibat dgn satu tugasan besar dan penting dan ada pihak lain terasa tergugat dgn projek reka-mereka dia ini. Menurutnya, pihak yg terasa tergugat ini telah mengupah penulis upahan yg berniaga dan bekerja di Malaysia utk memantau tulisan sejarah reka mereka ini. Ini menampakkan kebingaingan dia ini yg tak faham apa itu maksud world wide web..tak kan kena pasang spy di guard post ITM Merbuk utk intip penulisan blog dia. Duduk dlm jamban kat Ivory Cost pun sudah boleh baca tulisan dia asalkan online. Dan blog pula bukanlah sesuatu bentuk media yg boleh di akui kasahihannya. Ada org buat blog sebagai kenangan peribadi, ada yg nak kutuk menteri, ada yg nak tonjol body sendiri.
Selain itu, dia ini sering berhujah tentang kedudukan candi yg tertimbus. Kata dia, tak kan candi itu tertimbus sendiri kalau tak ada yg menimbusnya kerana tak ada bukti bencana alam di tempat penemuan candi itu. Kalau dia ini tak belajar subjek Geografi, takkan tak pernah belajar Ilmu Alam?
Namun, motif utama yg dapat kita agak ialah, hendak menabalkan puak sendiri. Utk claim diri sebagai waris raja, bukan satu benda mudah. Kena ada bukti salasilah yg sahih. Jadi, nak bukti salasilah raja-raja Melayu, susah sikit nak kelentong sbb ramai org tahu. Terpaksalah mengaku waris keturunan Raja Siam. Boleh muhong habis-habisan sbb org tak tau. Nak mengaku waris Raja Siam, masalah lain pula timbul. Org Malaysia (Melayu) pantang bertuankan org Kapiag. Yg jadi huru hara kat Patani sekarang ini pun berpunca drp masalah tak mau bertuankan org kapiag. Jadi terpaksalah reka cerita kononnya Siam Islam. Walau pun terasa janggal, terpaksa kelentong jugaklah.
Berkaitan perkataan kapiag, harap pembaca tidak terkeliru dgn perkataan lain yg seakan sama iaitu kaupiag. kaupiag adalah sejenis masakan yg dijamu kpd tetamu yg menziarahi org mati dlm masyarakat Siam. Bubuh babi cincang dan lain-lain rencah...fuiyooo..kapiag yg dah melucutkan taraf kapiag tapi pernah merasa masakan ini pun rasanya mau jadi kapiag balik bila terbau aromanya..
Ada juga kawan-kawan sekapiag aku tak selesa bila org gelar dia kapiag. Aku pun tak faham kenapa dia marah. Bagi aku, kapiag bererti bebas. Patut la dlm satu artikel pakar reka, dia ada sebut: Siam bererti Islam, Thai bererti kapiag, di mana Thai bermaksud bebas. Bebas di sini, besar maksudnya. Contohnya, kalau aku kapiag, aku bebas atau jadi org merdeka. Kalau aku nak lupuskan taraf kapiag, boleh bila-bila masa. Tidak susah, hanya perlu berikrar. Ikrar meninggalkan kapiag, seakan ikrar masuk kongsi gelap jugaklah. Sudah masuk, tak boleh keluar. Keluar kalu, Matiiii...jadi, ramai yg dah masuk, tak berani keluar cara terang-terang..makan babi pun curi-curi..namun bila mati, mayat pun kena curi..anak bini yg cuci kencing berak pun tak ada hak..
Kesimpulan, kapiag=bebas.
Tuesday, February 5, 2008
Reality Patani Sepintas Lalu
Kerap kali kejadian tembak-menembak berlaku di Patani, Yala dan Narathiwat. Mangsa-mangsa pula terrdiri dari Siam Islam dan juga Siam Buddha. Penembak misteri ini sering menghilang selepas menembak mangsa. Pihak kerajaan menuduh ia dilakukan oleh puak pemisah bagi menimbulkan rasa ketakutan dan huru-hara, manakala penduduk kampung pula ia dilakukan oleh pihak tentera (renjer atau dlm bahasa Thai Thaharn Phran). Seringkali penduduk kampung atau saksi yg melihat kejadian drive by shooting ini nampak dgn jelas penembak memakai boot tentera dan seluar celoreng.
Pihak kerajaan pula menafi dan mendakwa, sesiapa saja boleh beli boot tentera dan seluar celoreng terutama puak pemisah yg membuat kacau dan melontar tuduhan ke arah tentera bagi menimbulkan kebencian penduduk kampung terhadap tentera khususnya dan kpd kerajaan amnya.
Pada 30 Jan yg lepas, misterinya terjawab bila dua org lelaki melangkah masuk ke laman rumah Mat Roning Ali yg sedang menjual ais dan mengeluarkan pistol menembak Mat Roning. Mungkin ajal Mat Roning belum sampai, pistol penyerang tak berfungsi lalu Mat Roning pun lari. Penyerang mengejar sambil cuba tembak lagi dan terkena Mat Roning. Penduduk kampung yg melihat kejadian itu menembak balas ke arah penyerang membuatkan mereka lari dgn motosikal, tapi penyerang yang membonceng terkena tembakan lalu jatuh. Kawannya terus pecut motosikal manakala yg jatuh itu terus dibelasah oleh penduduk kampung maut di situ juga.
Siasat punya siasat, si mati adalah dari pasukan renjer batalion 4102.
Ketika dihubungi, pegawai yg bertanggungjawab berkata kejadian itu tidak ada kena mengena dgn kekacauan di Selatan Thai tapi lebih merupakan masalah peribadi semata-mata. Menurut beliau lagi, si mati mempunyai masalah peribadi dan sering dendam mendendam dgn Mat Roning sebelum si mati menyertai pasukan renjer lagi.
Manakala Mat Roning yg ditemui di wad hospital menafikan hal itu. Menurut Mat Roning, dia langsung tidak mengenali penyerangnya itu.
Wallahaualam bissawab.