Tuesday, December 30, 2008

Jawapan Kepada Tetamu


Arikel ini dibuat khusus utk menjawab komen atau pertanyaan seorang pengunjung.

Pertanyaan beliau:


...boleh kah anda terangkan tentang ibu manjalara yang berkahwin dengan paduka sri sultan abdul hamid?

Anda pasti keturunan Tai. yang baru tiba di Kedah bersama mengiringi mendiang ibu Manjalara. ibu kepada Tunku Abdul Rahman putera Al Haj.

December 25, 2008 2:14 PM


Memandangkan saya kekurangan masa, maka saya kutip malumat dari blog anai-anai sebagai jawapan. Jawapan sebenar dari saya akan menyusul.

Harap sabar menunggu.


Maklumat dari blog anai-anai:


..Makcik Manjalara adalah anak Rama V, Chula Luang Khorn (Chulalongkorn). Untuk itu, Sultan Abdul Hamid membina sebuah wat untuk isterinya di Kanchut, belakang Muzium Alor Setar hari ini. ..


Macam biasa, Mr anai-anai selalu mencampur benda benar dgn benda tak benar.

Yg benar di atas ialah tentang pembinaan Watt atau kuil Buddha, yg tak benar pula ialah yg mengatakan Makcik Manjalara (Nama Siam nya ialah Neang) adalah anak atau puteri Rama V.

Saya akan ceritakan dilain masa siapa datuk nenek Tunku yg sebenarnya. Buat masa ini, saya sertakan dulu gambar Tunku semasa bersekolah di Bangkok.


Mengenai kemusykilan mengatakan saya keturunan Tai yg datang ke Kedah mengiringi Makcik Manjalara, itu tidak benar. Keturunan saya sudah berada di sini sejak zaman Sri Vichai (Melayu kata Sri Wijaya). Malah org Siam sudah wujud di sini sehingga ke Singapura sebelum Parameswara membuka Melaka. Sejarah ada menebut Parameswara lari ke Melaka sebab di buru oleh Siam sbb dia bunuh seorang wakil Siam di Temasik. Siam itu berada di sana bukan datang melancung sbb masa tu tak ada Air Asia. Dia memang menetap di sana.


*Gambar di atas ialah Tunku Abdul Rahman berama seorang anak Kerabat Raja Siam. Keterangan gambar menyatakan tahun 2457 (1914)

(Tunku ialah yg lebih tinggi, manakala yg rendah itu ialah Luang Thawin. Gelaran kerabat Siam ialah Luang, tak ada Long sbb Long dlm bahasa Siam bermaksud keranda, sesat, turun.)