Thursday, March 26, 2009

Orang Siam zaman Ayutthaya beragama Islam?


Merujuk kepada habit pemakanan, mari kita tengok, antara Melayu cakap Siam dengan Siam cakap Siam, siapakah pewaris sebenar Siam Ayutthaya.

Merujuk catatan Parsi mengenai pemakanan orang Siam Zaman Ayutthaya, pada tajuk kecil Local Delicacies pada ms 157, The Ship Of Sulaiman, Third Jewel menyebut:


Every now and then the natives are inclined to roast lizard and snakes and this is quite common practice in Siam. In all the market places you see these repulsive animals on sale instead of partridge and lamb.

Another dish is the tortoise and in general they do not abstain from eating sea food or for that matter any land creature either..


Org Siam cakap siam bila sebut makanan kat atas tu tentu terliur manakala Melayu cakap Siam akan muntah uwekk..uwekkk..

Ewekk pun uwekkk lah..harga kura-kura sekarang ni dah melebihi RM15 sekilo..kalu Melayu cakap Siam pun makan sama, boleh melonjak RM20 sekilo...semangkuk gulai kura-kura boleh mencecah RM100...

Thursday, January 22, 2009

Mak Che Menjalara




Sebagai menjawab pertanyaan seorang pengunjung tentang Mak Che Menjalara, maka di sini saya perturunkan sedikit maklumat yang saya perolehi dari sumber dari pihak Thai/Siam.
Sebelum kita pergi lebih detail tentang Mak Che Menjalara, apa kata kita lihat dulu siapa lagi antara isteri Paduka Sultan yang berasal dari Siam. Ramai antara kita (termasuk orang Siam di Kedah) hanya tahu Mak Che Menjalara saja, atau sekurang-kurangnya seorang lagi iaitu Mak Che Sepancadara. Pada hal ada tiga orang lagi isteri Paduka Sultan yang merupakan wanita dari Siam.

Kebanyakan mereka adalah pelakon Lakorn (drama pentas) dari Kumpulan Lakorn Sri Nag dan Kumpulan Lakorn Chaiya yang sering membuat persembahan dalam istana. Tentu mereka ini cantik-cantik, kalau tak cantik tentu tidak diambil menjadi pelakon Lakorn yang mana sama standardnya dengan artis drama atau filem pada zaman ini.

Antara mereka (Isteri Paduka Sultan) yang diketahui termasuk:

1. Thiab (Sepenchandara) - Ada tiga orang putera/puteri dengan Paduka Sultan.
2. Neang (Menjalara) - Lapan anak (anataranya, Tunku)
3. Choi - Lima anak
4. Sirik - Tujuh anak
5. Phuang - Satu anak

Kalau kita lihat pada jumlah anak-anak daripada lima ibu ini, (24 orang) sudah tentu pada masa sekarang ini sudah bercambah entah berapa ramai cucu cicit keturunan Siam di Kedah. Tapi sangat sukar dikesan sebab semua sudah jadi Melayu.
Namun ada juga anak-anak dari ibu Siam ini yang dikenang, terutama dari ibu Thiab dan Ibu Neang. Ibu Thiab (Sepenchandara) merupakan pelakon Lakorn dari Kumpulan Chaiya, tempat tinggal di Soi Watt Bhupharam, Thonburee. Sebelum menjadi isteri Sultan, beliau datang ke Kedah bersama bapanya. Apabila sultan melihat lalu tertarik lalu diambil jadi isteri.
Anak-anak Ibu Thiab termasuk:
1. Tengku Ibrahim
2. Tengku Baricha (sebutan mengikut tulisan Siam, sebutan yang betul dalam bahasa Melayu semua orang tahu)
3. Puteri ( maklumat tidak diketahui)

Manakala Ibu Neang (Menjalara) pula berasal dari keturunan (keluarga) Nontanakorn. Siapa yang kata beliau adalah puteri Rama V adalah bohong belaka. Bapa beliau bernama Narabrirak (Kleb) yang merupakan gabenor Nonthaburee, ibunya bernama Im. Kediaman mereka ialah di Jalan Woracak, Krungthep (Bangkok). Mereka mempunyai pertalian keluarga dengan keturunan Panyarachoon. (Anan Panyarachoon merupakan bekas perdana menteri Thailand).

Salasilah Mak Che Menjalara ini ialah dari Chao Phraya Maha Yotha yang berketurunan Mon dan pernah menjadi raja Mataban tapi melarikan diri dan menetap di negara Siam.
Neang dan adiknya Nid (Menajawangi) datang menetap di Kedah sejak remaja lagi dan dijadikan anak angkat oleh Tengku Halimah, adinda kpd Sultan Ahmad Tajuddin Al Mukaram Shah. Setelah berusia 19 tahun baru dperisterikan oleh sultan (isteri ke enam)
(Jadi, kalau kata ada orang Siam datang berombongan menghantar Mak Che Menjalara adalah tidak tepat). Orang Siam yang ada di Kedah semuanya hidup di Kampung-kampung dan telah menetap di situ sebelum kedatangan Mak Che Menjalara lagi. Lagi pun, kalau orang Siam yang ada di Kedah hari ini merupakan rombongan menghantar isteri Sultan sudah tentu mereka ini akrab dengan pihak istana, tetapi tidak berlaku seperti itu.

Ibu Neang beroleh 12 orang anak dengan Paduka Sultan, tetapi hanya 8 orang yang hidup, antaranya ialah Tunku Abdul Rahman.
Anak-anak yang lain termasuk:

-Tengku Yussuf
-Tengku Kalsom
-Tengku Jiwa
-Tengku Baharom
-Tengku Aminah
-Tengku Dakiah
-Tengku Habsah


Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya ingin ceritakan dua peristiwa bohong yang melibatkan Mak Che Menjalara. (berapa kali dia bohong kat Sultan tak dapat dipastikan)
Bohong pertama yang diketahui, (TAR turut mengakui) ialah di mana pada satu ketika seorang pegawai telah pecah amanah dan sultan amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh. Manakala anak-anak dan isteri pegawai itu pula dijatuhi hukuman potong ibu jari. Lalu isteri pesalah itu datang merayu kepada Ibu Neang mohon simpati.
Ibu Neang hanyalah isteri ke enam, mana ada kuasa mengampun orang. Lalu Ibu Neang bohong kepada sultan bahawa dia mengandung. Menjadi kepercayaan orang Siam, ketika isteri mengandung suami ditegah membuat perkara seperti mengail ikan (bimbang anak yang lahir nanti sumbing mulutnya), inikan pula nak bunuh orang dan potong jari orang. Lalu sultan pun tidak jadi jatuhi hukuman bunuh, cuma penjara saja. Manakala anak dan isteri pesalah tidak di apa-apakan.
Bohong yang kedua ialah, selepas ibu Mak Che Menjalara di Siam mati, beliau memohon sultan membina sebuah Watt (kuil Buddha) kerana menurut beliau apabila ibu meninggal dunia, sebuah Watt hendaklah dibina untuk menyumbang pahala kepada ibunya. Lalu Sultan pun membina sebuah Watt di Lorong Bakar Bata yang masih ada sampai hari ini.

Tak dapat dibayangkan apa akan berlaku kalau peristiwa itu belaku pada zaman sekarang iaitu di zaman orang Melayu semakin tinggi ilmu Islamnya. Yang sebenarnya orang Melayu dan Siam adalah bersaudara pada masa dahulu, sekarang ini pertalian persaudaraan semakin menjarak, kemungkinan sudah putus terus dan tidak dapat dikesan lebih-lebih lagi orang Melayu sekarang ada bermacam-macam bangsa dan asal-usul, bukan lagi dari keturunan Siam, tak kiralah Siam Islam atau Siam Kapir.

Gambar di atas bukanlah gambar Mak Che Menjalara, tapi merupakan gambar Riam, bekas ratu cantik Siam yang diambil jadi isteri oleh sultan Perlis.

Saturday, January 3, 2009

Mahkota itu milik siapa?

Semua org Siam tahu..tapi tak berani bersuara..

Tuesday, December 30, 2008

Jawapan Kepada Tetamu


Arikel ini dibuat khusus utk menjawab komen atau pertanyaan seorang pengunjung.

Pertanyaan beliau:


...boleh kah anda terangkan tentang ibu manjalara yang berkahwin dengan paduka sri sultan abdul hamid?

Anda pasti keturunan Tai. yang baru tiba di Kedah bersama mengiringi mendiang ibu Manjalara. ibu kepada Tunku Abdul Rahman putera Al Haj.

December 25, 2008 2:14 PM


Memandangkan saya kekurangan masa, maka saya kutip malumat dari blog anai-anai sebagai jawapan. Jawapan sebenar dari saya akan menyusul.

Harap sabar menunggu.


Maklumat dari blog anai-anai:


..Makcik Manjalara adalah anak Rama V, Chula Luang Khorn (Chulalongkorn). Untuk itu, Sultan Abdul Hamid membina sebuah wat untuk isterinya di Kanchut, belakang Muzium Alor Setar hari ini. ..


Macam biasa, Mr anai-anai selalu mencampur benda benar dgn benda tak benar.

Yg benar di atas ialah tentang pembinaan Watt atau kuil Buddha, yg tak benar pula ialah yg mengatakan Makcik Manjalara (Nama Siam nya ialah Neang) adalah anak atau puteri Rama V.

Saya akan ceritakan dilain masa siapa datuk nenek Tunku yg sebenarnya. Buat masa ini, saya sertakan dulu gambar Tunku semasa bersekolah di Bangkok.


Mengenai kemusykilan mengatakan saya keturunan Tai yg datang ke Kedah mengiringi Makcik Manjalara, itu tidak benar. Keturunan saya sudah berada di sini sejak zaman Sri Vichai (Melayu kata Sri Wijaya). Malah org Siam sudah wujud di sini sehingga ke Singapura sebelum Parameswara membuka Melaka. Sejarah ada menebut Parameswara lari ke Melaka sebab di buru oleh Siam sbb dia bunuh seorang wakil Siam di Temasik. Siam itu berada di sana bukan datang melancung sbb masa tu tak ada Air Asia. Dia memang menetap di sana.


*Gambar di atas ialah Tunku Abdul Rahman berama seorang anak Kerabat Raja Siam. Keterangan gambar menyatakan tahun 2457 (1914)

(Tunku ialah yg lebih tinggi, manakala yg rendah itu ialah Luang Thawin. Gelaran kerabat Siam ialah Luang, tak ada Long sbb Long dlm bahasa Siam bermaksud keranda, sesat, turun.)

Friday, October 31, 2008

Jai, Keturunan ke empat Sheikh Ahmad Qomi yang murtad


Cerita tentang Jai yang murtad telah saya paparkan dalam artikel saya yang lepas Murtad di Era Ayutthaya , tapi kali ini saya akan paparkan cerita yang sama yang saya dapat sumbernya bukan dari orang-orang lain melainkan anak cucu Tuan Sheikh Ahmad Qomi sendiri.


.. Jai, the son of Chao Phya Chamnarn Bhakdi (Somboon) was intially a Royal Page of King Somdej Phra Chao Narai the Great, then raised to Phya Petr Pichai in the reign of King Boromma Gotr (1773 - 1758) by the King. According to extracts from archives, on the eighth month of the tenth waning moon, in the year of the Tiger, King Boromma Gotr became seriously ill. Little hope was held for him. He did, however, recover from his illness in the twelveth month. In order to make merit and thanksgiving (to receive benediction from the Buddhist priests and present offerings of food and gifts to them), he decided to go to Mount Phra Buddha Bart (where the sacred Buddha foot - print is located in Saraburi Province).
On this occasion all the senior officials and all members of the Royal Court were to accompany him. The rites were to last for seven days.

During the preliminary arrangements, a list of anybody of any importance was draw up. Jai's name was not included! Needless to say he was displeases and disappointed. He sought and secured an audience with the King and asked why he had been put in disgrace by not being allowed to accompany the King on this occasion. The King pointed out that he was not in disgrace or disfavour, but owing to Jai's nationality and religion, being Persian and a Muslim, he did not feel it proper to have him go on a pilgrimage to the Buddha's Foot print as he was not a Buddhist or a Siamnese. Jai promptly replied that he was more than willing to embrance Buudhism and become a Siamnese. The King immediately consented to have him included in his entourage. Special rites, presided over by His Holiness the Patriarch, were held at Phra Buddha Bart for Jai's acceptance of the Buddhists tenets and the taking of his oath of allegiance to the King. He was then made Chao Phya Petr Pichai. This created even more rejoicing in the merit - making and thanksgiving rites and ceremony. Thus Jai became the first descendant of Sheikh Ahmad Qomi Chao Phya Boworn Rajnayok to become a Siamnese and a Buddhist. It is here that a dicotomy in the descendants of Sheikh Ahmad Qomi occurs: one that has carried on right up to the present. He was also the Commander of the Moor Volunteers as well as the Japanese Volunteer Forces.

Chao Phya Petr Pichai (Jai) had four children, the eldest of whom was a daughter named Keaow. A son Shane, a Muslim, became the fourth Phya Chula Rajmontri, Leader of the Muslim Community in Siam in the reign of King Somdej Phra Chao Egatutr, the last of the Phya Chula Montries of the Ayudhya period. So the leadership of the Muslim Community reverted back to the descendants of Sheikh Ahmad Qomi and away from the descendants of Mohamudh Said, the two brothers who ushered in the Leadership of the Muslim Community in Siam. A son Sane was Phya Maha Sena in the reign of King Somdej Phra Chao Egatutr. The youngest son, Noo, was Chamuen Wai Woranart at the time Krung Sri Ayudhya was sacked by the Burmese. It must be mentioned here that Phya Chula Rajmontri (Shane) was the progenitor of the Ahamudh Chula Family Tree...


Berbuktikan kejadian murtad ini, dakwaan bahawa Raja Boromokot itu Islam adalah pembohongan belaka kerana Jai menjadi murtad semata-mata hendak mengikut Raja Boromokot beribadat di Watt Buddha.

Tapi mengapa kita perlu mengambil berat dakwaan dua tiga orang yang bersumberkan wasiat puak sendiri itu. Kalau wasiat seseorang dijadikan satu perkara yang wajib dipercaya, kacau bilaulah dunia. Nanti saya pun boleh wasiatkan kepada anak cucu saya bahawa saya ini keturunan raja (Raja Kapor).

Bukan kita menidakkan atau menolak terang-terang sesuatu wasiat tapi biarlah selari dengan sumber-sumber lain sama ada sumber barat atau Islam. Ini sumber barat pun tak ada sebut, sumber Cina pun tak sebut, sumber dari Parsi pun terang-terang sebut bahawa raja-raja Siam itu Buddha belaka. Malah satu tujuan kedatangan Parsi ke Siam (Ayutthaya) ialah mengislamkan raja-raja Siam dan rakyatnya.

Sahlah yang selalu dakwa bukan-bukan itu bukannya realiti tapi sekadar skrip drama yang suka benar mereka watak-watak yang tak wujud. Drama ini pula bukanlah drama kelas A yang boleh jual kepada stesen-stesen TV tapi drama kampungan yang dipersembahkan berselang-seli dengan pertunjukan tarian hadrah di majlis-majlis perkahwinan. Bolehlah juga penari-penari hadrah yang rata-rata darai itu berhenti lap peluh.

Thursday, October 23, 2008

SALASILAH SHEIKH AHMAD QOMI


Kpd geng merapu meraban, kalu nak merapu pasal salasilah org lain tu tolong hati-hati sikitlah sebab masih ada cucu cicit orang itu yang masih hidup. Jangan memandai-mandai nak modified salasilah orang lain pula.

Contohnya keturunan Tuan Sheikh Ahmad Qami, masih ada lagi cucu-cicitnya di Thailand. Rajin-rajin lah masuk membaca web-site mereka, http://www.bunnag.in.th/main.php

Walau pun web itu dalam bahasa Thai, tapi ada satu bahagian yang menggunakan bahasa Inggeris iaitu bab HISTORY.


Wednesday, October 22, 2008

Tepuk Menepuk di perkarangan Pejabat Perdana Menteri Bangkok




Sepanjang puak Phantamirt (PAD) mengadakan demontrasi sejak lima bulan lepas, saya tidak ketinggalan mengikutinya secara berterusan menerusi siaran langsung 24 jam dari stesen tv ASTV ( TV milik Sondhi Limthongkul, ketua demontrasi ini).


Pada satu ketika, seorang pemimpin pelajar naik ke atas pentas dan berucap. Dalam ucapan itu terselit kata-kata: " Amma dan papa jangan risau tentang saya. Saya di sini sedang berjuang untuk negara, bangsa dan raja.."..


Selepas kejadian rusuhan pada 7 Oktober yang mengakibatkan dua orang mati, ibu dan ayah si mati menulis meluahkan perasaan dalam surat yang dibaca atas pentas PAD. Luahan dari bapa berbunyi: "..papa bangga dengan adik Bow (Bow ialah nama timangan si mati)...adik Bow mati kerana berjuang untuk bangsa......"..


Luahan dari si ibu pula berbunyi lebih kurang: "..mama tahu adik Bow seorang yang baik dan sentiasa membantu mama...bla..bla.."..


Ramailah yang menitiskan air mata mendengar surat itu dibacakan.


Tapi bukan persoalan itu yang saya mau timbulkan. Cuma saya mula sangsi kenapa orang-orang dalam puak ini tidak berbahasa macam orang Siam. Kenapa panggil ibu dengan panggilan mama, bapa dengan panggilan papa. Kaji punya kaji, puak protes ini namanya saja Thai, tapi keturunannya bukan. Bangsa apa tu, yang panggil mak dan bapa dengan panggilan mama dan papa?


Selain itu atas pentas tu turut mengundang opera Cina untuk buat persembahan untuk berhibur. Ada kumpulan muzik turut membuat persembahan dan mencipta lagu berjodol " Luk Chin Rak Chart" (anak Cina Sayangkan Bangsa) Bangsa apa yang disayang tu?


Manakala ada ketika perhimpunan ini orangnya kurang kerana pada ketika itu ada pesta "Kin Che", (Makan Sayur). Bangsa apa yang mengamalkan budaya ini?


Ada juga yang terang-terang mencetak tulisan bonda mereka di belakang t-shirt. Tulisan apa tu?


Mereka ini bertuah kerana hidup di Thailand, boleh melalak atas jalan berbulan-bulan, boleh hijack pejabat perdana menteri sampai hari ini, siap buat pentas menyanyi, menari dalam kawasan itu seakan itu milik datuk mereka. Kalau di negara lain mungkin lain jadinya terutama di negara yang mengamalkan racist bila media-media mula menghasut dengan meletakkan tajuk-tajuk besar berbunyi: " Bangsa Cicak jangan main api".."Bangsa Cicak jangan Jolok sarang Tebuan"..Bangsa Cicak sudah pijak kepala Bangsa Mawas"..dan macam-macam lagi hasutan.


Bertuahlah kau Sondhi sebab bukan kat negara lain. Kononnya berjuang untuk negara dan raja. Sebenarnya berjuang untuk diri perut sendiri. Orang berperibadi macam tu kononnya nak berjuang untuk orang lain? Hutang berbillion-billion tapi tak mau bayar nak tunjuk tauladan baik kat orang lain? Atau saja-saja nak timbulkan huru-hara supaya bebas dari bayar hutang?




Ini sedikit berkaitan Sondhi Limthongkul, pemilik media The Manager ini..




...Sondhi Limthongkul, Chinese name Lin Mingda, born 7 November 1947. Sondhi was born to Chinese immigrant parents from Hainan in Bangkok. He studied history at University of California, Los Angeles, where he became a reporter for the student newspaper, The Daily Bruin, from 1966 to 1969.Upon returning to Thailand, he worked for the newspaper Prachatipatai (Democracy) as reporter and managing editor from 1973 to 1974. He wrote several exposes of the political developments that led to the bloodshed on Oct. 14, 1973, an event that brought the government down.


Following the Asian Financial Crisis of 1997, Sondhi's satellite and publishing businesses faced a meltdown. His WCS was sold to the CP Group before it was renamed TA Orange and later became True Move. The Manager Group was saddled with THB 20 billion in debt but only THB 4 billion in equity. The Manager Group's holding company alone had liabilities of THB 6 billion. Manager Media had Bt4.7 billion in debt.
Sondhi was personally in debt for THB 1.5 billion. Sondhi ended up declaring himself bankrupt for three years. This meant that his THB 1.5 billion debt could be claimed from whatever was in his personal account for a span three years, rather than having to repay the debt over 15 or 20 years as earlier scheduled.Sondhi's companies were also investigated for irregular inter-company transactions. IEC guaranteed a THB 1.2 billion baht loan by M group in 1996, but never disclosed this guarantee to the public.
M Group later defaulted on the loan, sending IEC into bankruptcyAuditors of Eastern Printing, Sondhi's SET-listed printing company, noted that its huge losses partially stemmed from lendings to associated companies and the establishment of off-balance accounts to related publishing companies. For example, in its 2000 financial statement, Sondhi-linked companies Asia Inc and FRYE Smith (USA) Co owed Bt59.86 million and Bt125.79 million respectively to Eastern Printing. Likewise, according to its 2000 financial statements, Manager Media lent Bt1.061 billion to related publishers, under guarantee from Sondhi.
The Manager Group furiously attacked the Democrat-led government over its management of the economic crisis during its time in office from late 1997 to 2000. This included scathing attacks on Finance Minister Tharin Nimmanhaeminda for his emergency financing agreements with the IMF and Deputy Prime Minister Sawit Bhodhivihok for his policy of privatizing the state-owned electricity sector....




Orang macam ni pun dianggap pejuang. Mungkin orang inilah yang anai-anai kata bukan Siam ni. Yang ini memang saya setuju 100%...memang dia ni bukan Siam. Thai tak semestinya Siam dalam kes macam ni.
Tangan tepuk plastik yang diguna oleh pengikut dia seperti dalam gambar ni pun sebenarnya adalah produk jual tak habis temasya Olimpik Beijing. Maka dia ni tolong borong habis.